Wednesday, October 3

DARI KACA MATA T-CER

Mengapa ada segelintir pelajar yang makin kurang ajar sekarang:
1. Tidak takut pada Tuhan
a) Islam - nakal2 pun dia masih ada rasa malu pada Allah, takut jadi anak derhaka pada ibubapa
b) Hindu - nakal2 pun, dia masih takut pada Tuhan, takut pada mak bapa
c) Kristian - nakal2 pun dia masih takut buat dosa
d) benar2 pengikut Buddha - jarang nakal sebab 100% vegetarian
d) " = " - nakal dan berani lawan guru sebab jarang sembahyang, tak takut buat dosa, konsep ketuhanan tak difahami. Tuhan sesuatu yang asing kepada mereka, ada ibu bapa yang tidak dapat 'control' anak.


2. Hilang rasa malu
- Tak malu bila disuruh berdiri di khalayak ramai sebab membuat kesalahan, malah anggap diri sebagai 'jaguh'.


3. Ibu Bapa bagi muka
- Kata-kata anak semuanya betul, teguran guru dan pihak sekolah dianggap tidak benar. Patutlah anak itu naik minyak, jadi makin kurang ajar sebab memamng di rumah pun kurang di-ajar.

Guru-guru semakin pening kepala, terutama mereka yang mengajar di kelas-kelas tertentu yang ramai pelajarnya jenis "=". Kerusi meja dan peralatan lain ada sahaja yang dirosakkan tetapi tiada sesiapa yang mahu mengaku melakukannya.
"Tulislah dalam e-disiplin." nasihat demi nasihat diberikan oleh mereka yang berpengalaman.

Maklumlah guru tak ada kuasa merotan atau menghukum pelajar.
Silap hari, ada saja surat layang yang sampai ke JPN atau PPD, mengadu tentang guru itu dan ini.

Tapi.. masalahnya, sampai bila jika hari-hari setiap aduan guru hanya dimasukkan ke dalam sistem e-disiplin?
Sistem itu hanya merekodkan kesalahan pelajar.

2 comments:

  1. perilaku anak2 sekolah sekarang memang menakutkan.kak zan sentiasa berdoa anak2 menjadi anak tg soleh dan solehah.

    ReplyDelete
  2. Norhaizan hakim,
    Ameen.. Saya suka jika ibu bapa pergi ke sekolah ntuk berbincang perkembangan anak-anak mereka dengan guru. Sedih juga apabila tak ramai yang pergi ketika sekolah mengadakan Hari Terbuka untuk mengambil buku kemajuan akademik anak-anak mereka, dengan alasan mereka sibuk sedangkan pihak sekolah berusaha memberitahu melalui surat dan sms.

    ReplyDelete