Sibuk.Hujan seharian menyukarkan pakaian menjadi kering. Saya menyidai di halaman rumah. Waktu pula sudah hampir masuk asar. Anak-anak sedang tidur di bilik.
Tib-tiba saya ternamapk kelibat seorang lelaki berkopiah dan memegang fail berjalan menuju ke rumah jiran.
Ahhhh, peminta derma agaknya. Hampir setiap bulan ada sahaja pemungut derma yang sampai ke depan rumah kami. Ada yang dari Kemboja, Thailand dan terbaru ini, ramai pula datang dari Myanmar.
Saya mempercepatkan kerja menyidai pakaian.
"Assalamualaikum.." lelaki itu memberi salam di depan pintu pagar rumah saya setelah jiran saya tetap tidak keluar dari rumahnya.
Saya mendiamkan diri. Risau nak jawab salamnya sebab saya berseorangan di depan rumah.
Lagipun saya seorang wanita, dia pula seorang lelaki, walaupun dia mungkin sedang memungut derma.
Zaman sekarang ni, silap hari boleh berlaku rompakan akibat terlalu percaya kepada orang tidak dikenali yang datang ke depan rumah kita.
Teringat sebuah hadis yang menyebut sekiranya salam diberi sebanyak tiga kali tidak dijawab, tetamu itu perlu beredar dari depan rumah.
Saya segera menundukkan kepala dan masuk ke dalam rumah. Pintu segera ditutup.
Dia memberi salam sekali lagi di luar pintu pagar rumah. Dan sekali lagi. Dan sekali lagi.
Saya teruskan kerja saya di dalam rumah.
Terasa bersalah pun ada sebab tidak menjawab salamnya tetapi keselamatan diri lebih diutamakan, tatkala suami tidak ada di rumah.
Hmmm, bersalahkah saya sebab tidak menjawab salamnya itu?
Jikalau jawab, takut nanti dia meminta derma pula, dan terpaksa pula saya keluar semula ke pintu pagar itu seorang diri.
Ahhh, biar bersalah asalkan selamat.
Apa pendapat anda?????
Kak zan rasa tindakan aliya adalah betul ketika itu. Nawaitu aliya bukan utk sengaja tidak mengendahkan salam yg diberi, tetapi khuatir akan keselamatan diri kerana suami tidak ada di rumah. Kak zan jyga akan bertindak begitu dlm situasi begitu.
ReplyDeleteSalam perkenalan ...
Salam perkenalan,
ReplyDeleteSaya juga akan berbuat demikian apabila berada dalam situasi yang sama - keselamatan diri yang paling utama tentunya!
mak saya buat macam ni :
ReplyDeleteOrang tak dikenali/peminta sedekah/ berkemungkinan penjahat:
Assalamualaikum...
Mak: Waalaikumussalam...
Orang tadi : Nak kutip derma/ ada urusan/ mintak air segelas/ apa2 saja....
Mak : Maaflah.. suami akak/makcik takda di rumah.. mari lain kali yer..
apa saja yg org tu kata lepas tu mak saya xlayan dah kecuali kalau org tu saudara mara ke, atau jiran yg dikenali
=p=p=p
saya juga selalu begitu
ReplyDeletebukan sebab nak mengelak memberi derma
tapi atas dasar keselamatan diri dan anak-anak kann
salam kenal buat aliya (",)
Terima kasih atas pendapat dan nasihat semua.
ReplyDeleteAlhamdulillah lega apabila membaca komen anda.
salam perkenalan juga kepada Norhaizan dan dak-eiza :)
Oooh memang bahaya ke.. saya tak tahu pula..
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberitahu.
Bagus-bagus, kakak-kakak sekalian memang isteri solehah.
Insya Allah, saya juga dapat berhati-hati setelah membaca ruangan ini.