Tuesday, July 24

BILA SUDAH BERBANGGA DIA TAK PUASA...

"Tak sahurkah?" saya tanya seorang pelajar lelaki Tingkatan 5.
"Tak,"jawabnya ringkas.
"Kenapa tak sahur?"
"Tak puasa!" dia tersengih.
"Awak datang bulankah?" komen saya itu disambut dengan gelak ketawa pelajar-pelajar perempuan.
"Setahu saya, hanya wanita yang datang bulan saja yang tak perlu berpuasa.. kamu ni lelaki tulenkan?" saya sengaja mengusiknya.
'Teacher ni la, tentulah saya lelaki tulen!" jawabnya dengan nada merajuk. 
Lagi riuh kelas itu dengan ketawa pelajar perempuan.
"Habis tu, sebagai lelaki beragama Islam, kenalah berpuasa pada bulan Ramadhan ni. Bukan dengan bangga mengaku diri tak berpuasa. Jika tak puasa, kamu berdosa. Tambah dosa lagi bila kamu mengaku tak puasa depan pelajar bukan beragama Islam. Menjatuhkan imej agama Islam depan orang bukan Islam itu berdosa, tau tak?"
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Arghhh... I hate it when muslim students proudly declare that they don't fast, especially in front of their nonmuslim classmates :(

3 comments:

  1. The contents are really good…
    saadepunjab.com

    ReplyDelete
  2. Agaknya sekarang ini sudah jadi trend, bangga berbuat dosa. Astaghfirullahaladzim!

    ReplyDelete
  3. Memang betul ramai yang tidak berpuasa dan saya bersetuju dengan Ummu Auni yang ianya sudah menjadi satu trend. Yang lebih menyedihkan, ramai non-muslim kini selalu mengatakan orang muslim kebanyakannya ponteng puasa dan tidak mampu menahan makan/minum dalam sehari.

    Dalam pengalaman kerja saya, selalu melihat mereka yang berpuasa akan menumpang beli makanan melalui non-muslim di waktu puasa. Nila setitik, rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete