"Baik memang baik tapi tengok suami yang asyik pi sana sini sebab usrah dan aktiviti mereka, saya rasa saya tak larat. Tambah lagi anak-anak masih kecil.. takkan saya nak bawa anak 6 bulan dan 2 tahun bersama?"
"Mintalah tolong suami jaga masa awak pi usrah, bukankah dia yang suruh pi?"
"Huh, dia suruh pi, tapi dia tak dapat jaga anak sebab dia sibuk aktiviti lain pada waktu tu."
"Kalau camtu, memang susahlah.." angguk Fatiah.
"Aku tak faham, mengapa perlu sangat ke hulu ke hilir semata-mata kerana usrah dan aktiviti mereka tu. Sampai kita ajak keluar jalan-jalan hujung minggu pun dia kata tak boleh, sibuk. Ada qiammulail la, ada sesi ceramah la.. tak ada masa untuk keluarga sendiri. Bila aku komplen, dia kata aku takkan faham sampai aku pi usrah 2-3 tahun."
"Isshhh, takkan sampai begitu sekali? Aku pun pi usrah gak, tapi setakat di surau aku je.. sekali setiap minggu. Dapatlah kenal orang-orang lain yang turut hadir."
" Ni aku nak tau la... usrah tu wajib kena hadir ker? Kata suami aku, wajib.. sampai dia yang kadang-kadang letih sakit pun pi jugak malam-malam bawa kereta sorang-sorang.. balik pula lepas tengah malam. Aku cukup tak faham tapi sebagai isteri , aku terpaksalah redha kerana agama."
"Entah la.. aku tak gak pi usrah tiap-tiap minggu walaupun ustazah galakkan.. ada urusan lain yang penting, aku tak pi la usrah di surau. Bagi aku biarlah berpada-pada, jangan paksa diri."
" Tu la... aku nasihatkan gak suami aku tu, kalau dah demam sakit, banyak kerja lain yang kena buat, tak payahlah pi usrah.. tapi dia tak nak dengar.. dia kata wajib.. malah aku pula yang kena marah, katanya aku tak faham sebab aku tak pi usrah wanita."
"Suami awak tu dah lama ker pi usrah?""Lama.. dah berpuluh tahun sebelum aku kahwin dengan dia lagi. Tu yang masalahnya sebab katanya dia dah masuk group kategori lain, aku baru nak mula. Jadi tak boleh sama-sama."
"Suami awak tak bawa awak pi usrah dengan dia ker?"
"Depa tu usrah lelaki, mana aku boleh turut serta? Usrah wanita hari lain, waktu lain, ketuanya orang lain. Waktu usrah gabungan pula, dia tak ajak pun, dia pi sorang dia..alasan anak takde orang jaga kalau aku pi sama."
"Dulu belum ada anak lagi, awak pi usrah kat mana?"
" Usrah wanita yang suami suruh pi tu jauh, kena drive 30 minit baru sampai.. tu yang aku tak larat...aku pi tiga kali ajer sebelum mengandung anak sulung.. tambah sekarang ni takde orang nak jaga anak-anak yang tengah buas tu. Kalau dia tolong drive, jaga anak-anak masa aku pi usrah, takpe jugak. Ni yang aku tensen, tak pi usrah dia tegur, pi usrah aku yang terpaksa uruskan anak-anak sorang diri..mana masa nak jaga anak, mana masa nak dengar."
"Awat tak minta usrah dekat rumah? Takkan tak ada group yang lebih dekat?"
"Pernah aku tanya masa mula-mula kahwin dulu, tapi banyak pula masalah yang timbul... respon dingin jer.. masa tak sesuai la, takde group yang sesuai untuk aku ikut la... Lama-lama aku naik malas nak tanya dah.. Depa pun senyap terus."
"Siannya.."
"Aku tengok orang lain tak pi usrah pun ok jer, tak kurang juga ilmu agamanya. Malah ada yang lebih mesra dan baik hati dengan aku berbanding mereka yang kononnya pandai agama dan pi usrah bertahun-tahun. Cuma aku akui, belajar dengan guru agama lebih baik la.. belajar agama secara sistematik lebih baik..tambah kawan-kawan seagama..nak harapkan suami bimbing, dia pun tak lekat di rumah.""Ha.. dapatkanlah guru agama untuk ajar awak.. tak payah pi usrah.. tentu suami ok."
"Awak pun tau kan.. suami pembimbing isteri, suami yang kena ajar isteri selok-belok agama selepas berkahwin.. aku tak dapat jumpa ustazah, dah puas aku tanya tapi tak ramai yang nak ajar orang dewasa cam aku ni. Suami pula suruh aku cari sendiri, bayar sendiri.. ni gak buat aku tensen sebab aku rasa tugas dia untuk cari dan bayar upah ustazah tu kalau dia sendiri tak boleh ajar aku. Bab-bab agama ni aku tau la serba sikit cuma tak berguru sepenuh masa.. belajar tak ada sistem seperti dalam usrah suami aku tu."
"Cubalah awak pujuk suami awak tu.. tolong carikan ustazah untuk bimbing awak.. takkan dalam usrah dia takde isteri kawan yang boleh."
"Entahlah Fatiah... awak tau apa dia kata? Senang-senang dia suruh aku minta tolong staf pejabat aku untuk ajar aku mengaji pada waktu rehat.. manalah orang senang? Awak pun tau kan kita orang kerja pejabat, waktu rehat tu la nak rehat kejap, nak makan, nak solat.. rehat pun bukannya lama.. waktu balik, semua berebut nak punch-out, nak ambik anak di rumah pengasuh, nak balik masak.. aku dah tanya, tapi semua minta maaf jer.."
"Hmm...aku nak tolong awak pun tak boleh, aku pun dua kali lima dengan awak.. mengaji tak pandai lagi, sebab tu aku pi usrah di surau..untungnya anak-anak aku dah besar-besar, tak perlu usung sana sini macam awak."
" Masalahnya aku takde bibik untuk tolong jaga anak di rumah.. tak berani pun nak ambik bibik, takut jadi hal lain pula nanti..pusat asuhan pula tutup pada hujung minggu.. waktu kita kerja depa buka, waktu kita cuti depa pun cuti sama."
"Sabarlah Nisa.. tentu ada jalan penyelesaiannya nanti.. Allah Maha Mengetahui."
"Dok tengah sabarlah ni..."