"Ada fotostat?" saya mengejar masa. Cuca pula tidak kurang ceria - hujan lebat di Sg Petani.
Wanita Cina itu segera menghampiri saya.
"Mau berapa keping?"
"Ci hang noh teow" [sekeping dua salinan] , saya sebut dalam loghat Hokkien.
"Oh, sorry.. u Cina, wa tak tau," ujar nyonya itu lagi.
Saya senyum saja sambil menghulurkan dokumen yang perlu dibuat salinan.
"Kahwin suami melayukah? " Nyonya itu terus berbual. Saya angguk sambil senyum.
"Kerja apa?" dia tanya lagi.
"Kerja cikgu."
"Suami pun cikgukah?"
"Pensyarah."
"Baguslah,anak saudara saya pun dulu kahwin suami Melayu tapi selepas satu tahun kahwin dan anak satu, dia diceraikan suami," sambung Nyonya itu.
"Ohh.. "saya hanya mampu berkata begitu.
"Susah la, masa kahwin suruh masuk Islam, tapi bila tak suka dan ada pompuan lain, dia terus cerai. Kejam la... anak saudara saya dengan anak dia masih kena jadi orang Islam" kata Nyonya lagi.
Saya hanya mampu mengangguk. Nak kata apa? Masalah keluarga orang, tambahan yang tidak saya kenali.. aduh, susah gak jadi orang Cina masuk Islam ni. Tiba-tiba jadi pendengar kisah rumahtangga muallaf lain.
Saya ucapkan terima kasih padanya lalu tinggalkan kedai itu.
"Mengapa lama?" tanya Mak dalam kereta.
"Nyonya tu cerita tentang anak saudaranya yang kahwin melayu," jawab saya, ringkas.
Dari FB seorang sister (edit)..
" geram betoi dgn laki melayu yang sibuk kawin dengan muallaf, lepas kawin komplen sana sini, laki berisyteri dua pula suka banding dgn bini yg born muslim.. sian beoi kawan2 saya yg jadi mangsa.. masa nak dapat muallaf tu punya manis mulut, nak bimbing la, nak didik la, nak tolong la.. lepas kawin hampeh, bila rasa tak sesuai senang2 je lafaz cerai.. apa dia orang pikir muallaf takde perasaan ker?
Aduh, pening gak bila baca.
Tapi alhamdulillah, ramai sekali sister- sister lain yang sedang aktif dalam FB dwasa ini yang turut memberi pendapat dan komen dalam group kami itu.
Kesimpulannya, bukan senang nak jadi isteri, apatah lagi sebagai seorang mualimah baru yang baru belajar tentang cara hidup Islam. Mahu tak mahu, masih ada package yang perlu diterima oleh bakal suami dan keluarga suaminya - cara hidup dan didikan dulu, dan juga pemikiran yang mungkin tidak selari dengan adat budaya keluarga suami yang born muslim.
Bagi saya, jikalau nak kahwin sangat dengan isteri muallaf, terimalah dia seadanya.
Dah tahu dia tu baru memeluk Islam dan belum tentu kuat imannya, maka bimbinglah sewajarnya. Jangan pula disuruh mengaji tanpa si suami tak tolong carikan ustazah untuk isteri, jika suami sendiri tak mampu nak ajarkan alquran secara berterusan.
Isteri pula, jangan terlalu bergantung kepada suami untuk segalanya. Sedar bahawa suami itu walaupun born muslim masih manusia biasa yang masih terikat dengan adat budaya dan cara pemikiran bangsanya [walaupun dia tak mengaku].
Sebaik-baiknya, mulakan cara hidup dengan kosong-kosong. Mulakan sebagai pasangan orang Islam yang mahu membina keluarga Islam, bukan sebagai muallaf dan sebagai born Islam yang serba tahu.
Tegur isteri muallaf bukan mudah, kawan-kawan. Silap tegur tambahan jikalau dia tengah datang bulan, boleh jadi makin lama merajuknya. Sedarlah juga wahai suami, seburuk-buruk perangai isteri muallaf itu, dia jugalah yang Allah pilihkan yang terbaik buatmu sebagai isteri, maka hargailah dia dan segala pengorbanannya untuk Islam dan usahanya menjadi isteri baik untuk suami.
Kesilapan besar apabila suami membandingkan isteri muallaf dengan wanita lain, lebih-lebih wanita bangsanya sendiri yang lebih awal menerima didikan dan cara hidup Islam. Tuduhan tak cukup lembut, tak cukup sabar, keras kepala, melawan dan sebagainya bukannya akan menambahkan kasih sayang isteri pada suami tapi bakal mengeruhkan suasana.
Siapa suruh kahwin dengan isteri muallaf? Pilihlah isteri daripada kalangan wanita yang sama bangsa denganmu, yang boleh bersabar dengan karenahmu, wahai suami.. jikalau dah kahwin, anggaplah sebagai jodoh dan berusahalah mengubah dirimu sendiri dulu agar lebih sabar dan lebih penyayang terhadap isteri itu.
Jangan asyik minta isteri berubah jadi isteri solehah padahal anda tidak pernah berusaha bersabar dan menyelami adat budaya bangsanya sendiri. Jikalau suami asyik meminta isteri berbahasa melayu sebab mudah bagimu berkomunikasi tetapi anda pula tidak pernah berusaha belajar adat dan bahasa ibunda si isteri.. jika asyik mahu isteri masakkan kari tetapi menolak masakan tradisional isteri sebab tak ikut seleranya, bukankah itu sudah tidak adil dalam satu perkahwinan? Jika asyik minta isteri buat itu ini saja sama seperti yang pernah dilakukan ibu atau wanita born muslim lain, itu sudah melampau. Apatah lagi, ada suami yang terus tinggalkan isteri muallaf keseorangan semasa perayaan besar bangsanya dengan alasan ada hal lain yang lebih mustahak tanpa memikirkan perasaannya, sudahlah kini tak boleh bersama keluarga bukan islam sebab berlainan agama, ditinggalkan keseorangan pula pada saat-saat emosinya lemah?
Bagi isteri muallaf pula, kurangkan perbandingan dengan orang born Muslim. Memang ada yang berkata bahawa muallaf kurang dosa sebab dosa lama telah diampunkan Allah. Namun itu tidak bermakna anda terlepas daripada dosa baru.
Lebihkan melakukan kerja dan tanggungjawab yang boleh memudahkan pasangan masing-masing...
Suami, jangan terlalu mendesak dan meminta layanan seumpama raja sedangkan nafkah zahir untuk isteri tidak/jarang diberi, dan menjadi satu pertanyaan besar dalam hati isteri muallaf yang telah belajar dalam kelas agama tentang haknya menerima nafkah daripada suami. Jangan jadikan alasan isteri ada pendapatan sendiri sebagai alasan tidak memberikan nafkah zahir; jangan anggap isteri muallaf itu bodoh; walaupun senyap tak bermakna dia tak tahu haknya.
Suami, kurangkan menimbulkan isu hak suami jikalau tanggungjawab anda sebagai suami pun anda masih lalai melaksanakannya. Usahlah bandingkan isteri muallaf dengan muslimah born muslim yang lain, sebab membandingkannya begitu hanya mencerminkan kepincangan anda sendiri sebagai suami untuk menerima dia seadanya, dan membuktikan anda tidak pernah berpuas hati dengannya dan menghargai segala yang istimewa dalam dirinya. Mengugut isteri muallaf yang kononnya jahil dalam bab agama bahawa syurga terletak pada tapak kaki suami, dan isteri kena patuh segala suruhan suami untuk masuk syurga hanya menunjukkan sikap otokratik suami dan kelemahan suami membimbing isteri dengan berhikmah sehingga perlu gunakan ugutan sebegitu rupa untuk memintanya memenuhi kehendak anda sebagai suami. Siapa masuk syurga atau neraka itu ketentuan Allah, bukan hak suami.. sebaliknya Allah terlebih dahulu suruh kaum suami untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap isteri dan anak-anak, bukan gitu?
Isteri, jangan minta suami bimbing dan salahkan suami jikalau suami gagal ajar bab agama.. sebab agama itu kena cari sendiri, jika mampu bayar carilah ustazah.. jikalau tak mampu masih ada cara seperti belajar sendiri melalui kawan atau internet. Jangan terlalu harapkan suami born muslim untuk bertindak sebagai ustaz sebab dia pun manusia biasa, belum tentu dia tahu serba-serbi tentang agama Islam melainkan dia ada kelulusan yang diakui institusi agama. Lagipun apabila belajar Islam daripada sumber-sumber yang betul, tak wujudlah masalah isteri mudah percaya segala kata suami yang kaki kelentong dalam bab agama.
Masing-masing jangan terlalu meminta pasangan untuk memenuhi citarasa masing-masing.
Sebaliknya hargailah pengorbanan isteri dan suami masing-masing.
Jikalau dah tak sehaluan, bercerailah dengan cara baik. Tapi ingat, lebih-lebih bagi suami born muslim, jikalau anda gagal sebagai suami kepada isteri muallaf terutama jikalau anda sendiri yang bawa dia masuk Islam dan pernah menjanjikan untuk menolong dan membimbingnya dalam Islam, dan gagal berbuat demikian [sebab tak sabar], sediakanlah jawapan anda di hadapan Allah nanti. Jangan pula salahkan pasangan masing-masing saja, nanti jika Allah tanya 'mengapa tak terus bersabar? mengapa cepat putus asa sedangkan dia jodoh bagimu?' ha.. nak jawab macam mana tu?
Sudah ramai isteri muallaf yang hidupnya musnah selepas diceraikan suami muslim; ada yang sedang memohon murtad dan ada yang jenis tak kisah lagi- luaran nampak muslim tetapi hatinya yang kecewa sudah keras terhadap Islam. Dosa juga ditanggung oleh bekas suami mereka sebab membiarkan mereka gagal menyediakan pendidikan agama kukuh semasa dalam perkahwinan dengannya.
Oleh itu, berfikirlah panjang sama anda seorang bakal isteri muallaf, bakal suami kepada wanita muallaf atau pun mereka yang sedang krisis rumahtangga.
Apa yang akak tulis terutamanya bab suami mengugut isteri dengan menyatakan syurga terletak pada kaki suami bukan mualaf sahaja yang kena. Born Muslim pun sama. Kemudian dalam hati tertanya-tanya, manakah nafkah zahir. Bila isteri bekerja, kebanyakan suami assume tak perlu bagi nafkah zahir. Terus terang, banyak penceraian berlaku kerana suami hilang sabar dengan isteri apabila isteri mula menuntut nafkahnya/isteri dah tak nak tanggung suami.
ReplyDeletepernah dgr lelaki Melayu yg baru 'bercouple' pun dah pandai ckp 'tak cium bau syurga' bila mahu awek dia patuh!
DeleteUmmu Auni,
ReplyDeleteKebanyakan suami sekarang memang begitu - lebih suka memilih calon isteri yang bekerja kerana boleh dapat dua sumber pendapatan, dan guna alasan isteri sudah ada pendapatan sendiri untuk kurang/tidak berikan nafkah zahir. Alangkah ruginya mereka yang berfikiran begitu, sebab suami tetap berdosa selagi isteri tidak merelakan.
Maka tak hairanlah sekiranya ada isteri yang semakin kurang menghormati suami sebagai ketua keluarga sebab isteri yang perlu tanggung keperluan keluarga.