'Jika Tuhan mereka itu maha berkuasa, sudah tentu sudah lama musuh mereka dah dihancurkan! Mengapa tuhan mereka tak tolong?'
Maaf, tapi itulah pendapat saya ketika masih belum bergelar Muslim.
Pada tahun 1980-an, saya tidak berminat dengan berita peperangan di Semenanjung Gaza. Malah tak langsung ambil tahu.Sebagai remaja biasa waktu itu, saya lebih berminat dengan perkara lain, dan sibuk dengan rutin pembelajaran di sekolah. Bagi saya ketika itu, peperangan tersebut terlalu jauh untuk mengancam kehidupan saya. Lagipun, ia tidak membabitkan orang yang saya kenali. Peperangan antara dua negara yang hanya dikhabarkan dalam laporan beritadari masa ke semasa.
Lagipun, kata anggota keluarga saya yang lebih dewasa (dan kononnya lebih bijak) itu hanya peperangan yang ada kaitan dengan agama mereka dan tanahair mereka. Biarlah mereka yang bereskan sendiri, biarlah tuhan mereka yang mana lebih berkuasa menangkan mereka.
Itu kata orang tua saya.
Namun siapa jangka, sekarang pun peperangan masih belum selesai. Belum ada titik tamat. Yang ada hanya semakin banyak kematian yang turut melibatkan orang awam.
Dan maaf sekali lagi saya pohon, sebab saya masih belum berupaya membantu. Malah saya sendiri sudah tak pasti hari keberapakah hari ini semenjak Gaza diserang semula. Dah tak larat nak kira. Ada masanya saya tukar siaran apabila terpampang berita kematian penduduk Palestin dan bangunan yang dibom lagi. Bukan tak kasihan dengan nasib penduduk Palestin, tetapi terlalu sebak melihat keadaan sana seperti mana yang ditunjukkan dalam siaran televisyen. Saya dah tak larat nak tonton lagi.
Bila lihat bangunan yang roboh, saya cuba tak fikirkan berapakah manusia yang telah meninggal dunia di bawah runtuhan itu.
Bila lihat paparan kanak-kanak yang terbunuh, saya lagilah sedih sebab mereka anak orang lain, sedih saya sedih lagi ibu bapa mereka yang masih hidup.
Bila lihat tayangan kanak-kanak yang cedera/cacat anggota badan akibat serangan tidak berperikemanusiaan itu, saya fikir, bagaimana nasib mereka nanti?
"Allah awak tak sayangkah orang Palestin? Mengapa biarkan mereka dibunuh? " pernah seorang kawan nonMuslim bertanya kepada saya.
"Bukankah orang Palestin itu orang Islam? Mengapa tak bagi mereka menang perang seperti dalam Perang Uhud?" tanya pula seorang pelajar saya beragama Hindu yang belajar tentang perang Uhud dalam subjek Sejarah.
Saya pening nak jawab. Maklumlah ketika itu saya baru bergelar Muslimah. Tiada tempat nak rujuk untuk menjawab soalan begitu. Nak tanya ustaz dan ustazah pun, ada yang cuba mengelak. Minta rujuk orang yang lebih arif, lebih-lebih lagi jika soalan dituju oleh yang bukan Islam.
Takkan saya nak cerita kisah-kisah keajaiban di Perang Gaza sebagaimana yang saya pernah dengar kepada mereka yang masih bersikpa skeptikal terhadap kekuasaanNya?
Satu yang saya amat pasti.
Mana suara agung orang ramai yang cintakan keamanan? Senyap atau sudah serak sebab masih melaungkan nasihat yang sama berpuluh-puluh tahun lamanya? Atau masih ditenggelami bunyi bom-bom?
Mana dia negara-negara yang kaya dengan minyak petroleum, yang mengaku sebagai negara Islam? Masih berfalsafahkan Oh-i-see?
Dan tak payahlah nak harapkan Pak-B*-bi yang sudah lama kehilangan giginya. Buang masa je asyik bersemuka di meja rundingan.
Mengapakah Allah tak tolong penduduk Palestin yang dilanda kesusahan demi kesusahan?
Hmm... pastikah kita yang Allah SWT tak tolong mereka?
Itu juga soalan yang saya tujukan kembali kepada mereka yang menyoal saya.
"Awak betul-betul pastikah yang Allah tak tolong mereka?"
"Bukankah penduduk Palestin dibunuh dengan kejam? Jika tuhan awak kuat dan paling berkuasa, sudah tentu dah lama dia hentikan peperangan itu, bagi Palestin menang."
"Memang sebagai manusia saya pun harapkan penduduk Palestin akan menang perang. Tapi semua atas izinNya. Peperangan lama ini pun atas ketentuanNya, saya pasti ada sebab mengapa sampai ke hari ini pihak Zionis masih gagal mendapatkan tanah Palestin, masih gagal bunuh semua penduduk sana. Bagi saya, itu sudah satu kemenangan Islam sebab walaupun dengan kuasa ketenteraan hebat pun, perang berdekad-dekad lamanya mereka masih belum berjaya menawan tanah Palestin."
"Tapi sudah ramai rakyat sana terbunuh!"
"Itu memang tak dapat dinafikan. Tapi tahukah awak, kami orang Islam anggap mereka yang mati mempertahankan bumi Palestin itu sebagai mati syahid. Sebab orang Islam Palestin bukan saja berjuang untuk kebebasan mereka sendiri tapi mereka turut mempertahankan kota suci orang Islam iaitu Baitul-Maqdis dan Masjid al-Aqsa iaitu masjid ke3 terpenting untuk orang Islam. Dan jikalau awak pergi Palestin dan awak tanya ibu-ibu sana sedihkah mereka anak mereka mati dibunuh, ibu-ibu itu akan menjawab bahawa mereka bangga anak mereka mati syahid, iaitu cara kematian idaman semua yang beragama Islam. Bagi mereka mati seorang anak kerana Islam, insyaAllah akan lahir dua lagi anak untuk menggantikan tempat saudara mereka untuk meneruskan perjuangan."
"Bukankah negara Arab itu kaya? Sama-sama Islam? Tak mahu tolongkah orang Palestin? Haiyah, ada duit bina bangunan tinggi maa, boleh tolong bagi duit untuk tolong laaa..."
" Itulah... susah mau cakaplah. Rambut sama hitam hati lain-lain maaa. Bagi kami orang Islam yang faham, ini perang bukan saja mahu uji iman orang Palestin sana, tapi juga mahu tengok siapa orang Islam di seluruh dunia yang mahu bantu saudara seagamanya. Ini test juga untuk semua orang Islam supaya bersatu sebagai satu jemaah, tapi sayang sekali, sampai hari ini, belum ada kekuatan yang dikehendaki untuk tewaskan musuh."
"Saya bukan Islam, mengapa saya perlu bersimpati dan tolong orang Palestin? Ini perang orang Yahudi versus Islam maaa!"
"Betul, ini lebih kepada perjuangan orang Islam untuk bersatu mempertahankan Palestin. Tapi mahukah awak lihat orang awam yang tak bersalah dihalau dari tempat tinggal mereka, turut terbunuh dalam bedilan bom? Perang tak kenal siapa dewasa, siapa kanak-kanak.. semua mati. Jika awak cintakan keamanan, awak takkan suka perang yang berat sebelah. Satu pihak guna senjata serba canggih, satu pihak lagi ditindas dan dihalang daripada terima bantuan makanan, guna kayu dan senapang patah pertahankan diri tetapi dilabel sebagai terrorist. Adilkah?"
"Oooh, saya tak pernah pula fikir macam itu. Betulkah apa awak katakan ni?"
"Betul. Tapi awak takkan tahu jika awak hanya baca suratkhabar harian, tonton berita CNN."
"Mengapa mereka serang Palestin? Itu negara padang pasir saja.Buat apa kita susah-susah nak pergi bantu Palestin?"
"Cuba awak fikirlah, jika tanah Palestin itu jatuh pada tangan orang Barat, tentu mereka akan lebih berani lagi untuk menceroboh ke negara lain selepas itu. Negara kita pun akan terdedah kepada ancaman pencerobohan. Lagipun, sana banyak gas petroleum yang belum dilombong. Bayangkan la, jika semua itu jatuh ke tangan pihak yang serang tu, bila-bila saja harga petroleum akan naik ikut suka mereka."
"Wah, itu macam kah? Bahaya loh!"
"Tau tak pe."
"Sekarang apa awak orang Islam buat untuk bantu Palestin? Saya tengok dalam TV, ada yang mahu derma untuk hantar barang ke sana. Ada suruh boikot barangan tertentu. Apa awak nak buat?"
"InsyaAllah, buat semua yang saya mampu. Sekarang saya bagitau awak tentang hak orang Palestin dan mengapa kami orang Islam perlu bantu mereka, itu sudah kira bantuan juga. Awak walaupun nonMuslim boleh tolong rakyat Palestin sebab ini melibatkan hak kemanusiaan sejagat. Sanggupkah awak lihat dan tahu ada manusia yang kebuluran sebab disekat makanan sampai padanya, sakit tetapi dihalang ubat sampai untuknya? Itulah yang dihadapi rakyat Palestin sekarang. Saya Muslim, tentu saja saya wajib buat apa saja untuk bantu saudara seagama saya. Paling tidak pun, saya doakan agar Allah terus memberi kekuatan dan memberi kemenangan kepada mereka."
"Tengok dalam tv, asyik-asyik cerita pasal bom di Gaza. Apa kaitan dengan kita di sini?
"Kita semua manusia, bukan? Sukakah kalau rumah awak kena bom, awak dihalau dari rumah, anak awak mati terkena tembakan sasar? Ingat kawan, perang Gaza ini isu kemanusiaan, bukan isu agama!"
"Betulkah tuhan awak tolong? Apa buktinya?"
"Buktinya sudah
lama perang Gaza berlangsung tapi pihak yang lebih kuat dan serba
canggih dari segi peralatan perang masih belum dapat kemenangan. Ikut
logik, jika guna senjata tercanggih dan perisik hebat, tentu mudah menang, bukan?
Tapi hakikatnya, tidak. Allah Maha Berkuasa, Dia yang tentukan segala
yang berlaku dan bakal berlaku. Sekarang ini pun, negara-negara yang
kuat menyokong musuh Palestin itu dilanda pelbagai bencana alam yang dikawal oleh Allah swt. Kemurkaan Allah tidak semestinya jatuh di tanah Palestin itu sendiri dengan menghantar burung-burung sama seperti di Perang Uhud tetapi boleh dalam bentuk lain yang sama dasyhat."
Refleksi kendiri:
Saya ingat lagi, semasa kelahiran Ikram pada Mei 2010, dunia heboh dengan berita serangan puak Zionis ke atas kapal bantuan kemanusiaan di Gaza. Pelbagai pihak mengecam tindakan ganas itu, lama-lama api kemarahan itu semakin malap.Kini anak saya sudahpun berumur 2 tahun 5 bulan, berlaku kekecohan di sana lagi. Genjatan senjata baru diumumkan, tetapi adakah ini juga bermakna bantuan kemanusiaan dan perhatian dunia terhadap kesengsaraan penduduk Palestin akan juga beralih arah ke isu lain?
Terima kasih Aliya untuk artikel ini.
ReplyDeleteTerharu sgt...sy selalu terfikir apa yg non muslim sll fikirkan mengenai perang di Gaza?...akhirnya saya jumpa jwpn pertanyaan sy tu.
ReplyDeleteBetul, kemenangan tidak semestinya dimedan perang. Juga saya lihat dari segi satu cara Tuhan memnberi petunjuk kepada orang Islam keseluruhannya betapa hinanya negara negara Islam yang tidak ingin bersatu walaupun sudah diberi kekayaan sumber asli yang melebihi dari apa yang diberi kepada negara bukan Islam. Betapa hinanya bila umat Islam tidak menghiraukan arahan Nya yang umuat Islam mesti bersatu dan jangan sekali kali berpecah belah. Huinggakan dalam khutbah Jumaat pekara ini diucapkan. Kita terus berpecah kerana dengki dan tamak, dan kita akan terus terhina.
ReplyDeleteada satu ceramah tu penceramah tu mention kemenangan untuk orang Islam itu tak semestinya sama dengan definasi orang lain.
ReplyDeleteSahabat Nabi(saw) kita, Bilal(r.a) dikatanya mencapai kemenangan besar semasa diseksa tuannya kerana memeluk Islam. diseksa sebegitu tetapi dia tetap dengan 'Ahad...Ahad... Ahad'. Itulah kemenangan besarnya. mendapat ujian sebegitu besar tetapi masih tetap dengan imannya.
dunia ini satu ujian, Allah menguji Bilal seberat2 itu, dia lulus dengan cemerlang.
seperti juga puan, kadangkala ada saja persoalan dan adakalanya soalan yang lahir dari diri saya sendiri. namun setelah direnung-renung, manusia, kita berbeza walau mungkin hati sama warna. kita buat yang termampu dan kita doakan agar insan-insan lain terutamanya pemimpin-pemimpin negara islam bersatu dan berani mempertahankan agama. Insyaallah, disebalik kejadian, Allah jadikan pengajaran untuk kita kembali dekat kepadaNya.
ReplyDeleteTerima kasih atas komen semua.
ReplyDeletesalam..sama2lah kita berdoa n menderma utk sahabat2 kita di Gaza..semoga Allah menurunkan kemenangan kpd kita umat Islam...Amin..
ReplyDeletehttp://jukdin.blogspot.com
Maaf kata, "kemenangan" Palestin yg dicanangkan datang dari perspektif pihak yg dah lama kalah di medan perang. Sebab lamanya dimalukan oleh Yahudi Zionis, apa2 sj yg dilihat sbg "kelemahan" Zionis akan dikatakan kita dah "menang".
ReplyDeleteIsrael dah jajah Palestin 66 tahun. Setiap kali Israel berperang dgn negara Arab (tahun 1948, 1956, 1967, 1973, dan 1982) pasti negara Arab kalah teruk. Ketika Hamas dan Israel bertemu pula, pasti Hamas kalah teruk. Kalau dr perspektif org luar, jelas lagi bersuluh Israel lah yg sentiasa menang, dan orang Islam yg berterusan kalah dan dimalukan.
Negara2 yg membantu Israel dilanda bncana alam? Pada masa sama negara Islam pn sama juga. Banjir besar, tsunami, gempa bumi dan perang saudara telah membunuh ratusan ribu umat Islam di Bangladesh,Indonesia, Pakistan, Iran, Turki etc malah baru semalam banjir besar melanda umat Islam di pantai Timur Malaysia.
Bukan perancangan kerajaan Israel utk membunuh semua warga Palestin, bahkan bukan juga utk menghancurkan masjid Aqsa, itu semua retorik dari pelampau Yahudi yg tidak mndapat pengiktirafan majoriti rakyat Israel. Bukankah 5 juta rakyat Palestin skrg hidup sbgai pelarian, dihalau dari Israel pada 1948? Tidakkah itu satu kejayaan besar bg Israel?
Hakikatnya bantuan Allah belum sampai. Sama seperti dahulu, ketika al-Quds dikuasai tentera Salib, selama 88 tahun solat Jumaat tidak didirikan di Masjid al-Aqsa, dan lambang salib diletakkan di atas Kubah as-Sakhrah.
Bantuan Allah tidak sampai lagi..
Allahu Akbar! Terharu saya membaca kisah ini, terima kasih kerana sudi berkongsi. Kadang memang sukar untuk kita membalas persoalan dari bukan Islam yang mempertikaikan kekuasaan Allah...
ReplyDelete