"Aaaaaaaaaaaaa!!!!!!"
Tiba-tiba lampu terpadam. Tiada sedikitpun cahaya kelihatan. Saya tengah menukar lampin Ikram.
Dia meraung sebab terkejut apabila bilik tiba-tiba menjadi gelap. Ihsan yang sedang dalam dakapan Mak, turut menangis apabila mendengar jeritan abangnya. Suasana semakin gamat.
"Tak ada letrik!" saya menjerit kepada Mak. Syukur kami semua sedang berkumpul di ruang makan ketika itu.
"Cepat... ambil lampu suluh dalam bilik tidur," kata Mak dengan suara yang agak panik. Mungkin pening mendengar jeritan cucu-cucu kesayangannya.
Saya segera meninggalkan Ikram yang terus meraung, lalu berjalan ke arah bilik tidur. Syukurlah rumah Mak hanya satu tingkat. Tak perlu turun naik tangga.
Lampu suluh segera dicapai. Mak segera menelefon TNB. Nombor telefon itu telah lama dihafalnya. Laporan kerosakan segera dibuat.
Jam 8.30 malam. Rumah yang selalunya sejuk nyaman itu segera berubah menjadi panas.
Kesian Ihsan. Saya dah pakaikan dia dengan baju lengan panjang sebab sudah masuk waktu tidurnya. Badannya sudah berpeluh.
Mujurlah lampu minyak yang dipasang di meja tokong di ruang tamu masih menyala terang. Ia membantu saya melihat keadaan dalam rumah.
"Cepat, naik kereta. Saya nak pasang aircond, bagi budak-budak tu sejuk sikit."
Saya segera mengangkat Ikram dan memasukkannya ke dalam kereta. Ihsan juga dimasukkan ke dalam kerusi kecilnya lalu diangkat masuk ke dalam kereta. Susu Ikram yang baru dibancuh dan susu yang baru hendak diberi kepada Ihsan segera dimasukkan ke dalam beg tangan dan diletakkan dalam ruang duduk belakang.
Kedua-dua anak kecil itu berjaya ditenangkan sejurus selepas mereka duduk dalam kerusi masing-masing dalam kereta.
"Nak ke mana ni?" tanya Mak apabila dia mengunci rumah.
"Mana-mana saja. Kita ronda sehingga bekalan elektrik berjaya disambungkan semula. Petrol masih banyak."
Satu taman perumahan dalam keadaan gelap. Saya segera memandu kereta meninggalkan rumah yang berkunci.
Percutian di rumah Mak dengan anak-anak berubah menjadi kelam-kabut sebab terputusnya bekalan elektrik.
Kami meronda sekeliling bandar selama 30 minit. Ikram ketawa riang Saya pula terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan untuk memberi Ihsan susu. Syukur dia tidur selepas kenyang minum susu.
"Harap-harap dah elok semula sekarang," kata Mak apabila kami tiba semula ke taman perumahan.
"Ok, dah ada letrik semula," saya jawab apabila lampu dari deretan rumah-rumah teres jelas kelihatan.
Apabila kami turun dari kereta di laman rumah, barulah saya sedar rupa-rupanya saya masih berpakaian baju kaftan dan Mak pula terlupa membawa beg tangan dan ICnya. Ikram masih berlampin tanpa memakai seluar. Semua gara-gara kelam-kabut kami keluar dari rumah yang gelap, diiringi tangisan kuat anak-anak kecil.
Semua bilik dalam rumah Mak terang-benderang sebab dalam keadaan kami yang kelam-kabut itu, kami terlupa menutup suis lampu dan televisyen.
"Fuhhh, lega kita tak berhenti di mana-mana tadi. Kalau tidak, malu."
Saya hanya mampu senyum melihat Ikram bertepuk tangan gembira.
Nampaknya kami perlu lebih bersedia lagi untuk menghadapi keadaan sebegitu lagi.
cabaran bila ada anak ... :) hoping that i can do the same.
ReplyDeletevery interesting experience =)
ReplyDeletehaha..
agreed. bila kelam kabut kan. hehe..rumah saya selalu juga trip. lama2 dah biasa..asal guruh je mulalah trip. teringat mak call bagitahu takde letrik semasa saya di tempat kerja. mujrla mak tak panik.
ReplyDeleteati, cabaran tak pernah berhenti bila ada anak, huhu.. tapi hidup takkan semeriah ini lagi :) InsyaAllag you can
ReplyDeletepooikheng, yes..just sharing, hehehe
Eri-chan, saya selalu recharge torchlight emergency yang besar di rumah saya untuk hari-hari sebegitu, tapi di rumah Mak hanya ada torchlight kecil. Ikram dah makin besar; mudah meraung bila dia terkejut/sakit/tak dapat yang diingini.. kemudian adiknya Ihsan akan sambung chorus, bising la.