"Rasa menyesal pula sebab pergi sana," sister mualaf itu mengadu dalam perbualan telefon.
"Mengapa?"
"You pun tahu bukan senang nak bawa dua anak kecil dua tiga tahun ke satu-satu majlis, kena siapkan awal-awal dan berdoa agar mereka kekal kemas dan tak meragam. Saya minta suami tolong temankan kami ke surau, sebab ada program sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah sempatlah kami dengar ceramah yang disampaikan tentang Rasulullah SAW walaupun pada penghujungnya. Orang agak ramai, dan seperti biasa bila pergi masjid dan surau, kami dipisahkan ikut jantina. Saya bawa anak bongsu masuk ruang muslimah. Memang dah biasa gitu, tak kisahlah. Yang berlaku lepas ceramah tu yang benar-benar made me frust!"
"Apa yang berlaku?"
"Bila habis ceramah, ada jamuan tengah hari. Saya malas nak turut serta sebenarnya sebab maklumlah, bukan senang nak uruskan anak-anak kecil sambil makan di tempat orang. Tambah dengan suasana surau yang masih asingkan lelaki-perempuan. Tapi suami tak setuju; dia nak bertemu dengan orang surau. Katanya bukan selalu dapat berjumpa, jadi mau tak mau saya ikut gak katanya. Saya disuruhnya menyertai muslimah lain untuk makan tengah hari. Ingatkan makan di bawah khemah seperti orang laki tapi bila saya tinjau, rupa-rupanya kami kaum muslimah terpaksa beratur panjang mengambil makanan di dalam bangunan surau."
"Kira berpisah dengan suami gak la?"
"Ya, bayangkan berderet satu barisan panjang semua muslimah yang ada di surau tu beratur menunggu giliran ambil nasi dan lauk. Saya tak nak kecoh, lalu saya pun masuk baris sambil mendukung Hakim. Bila dia tengok orang ramai, dia jadi merap, dan mahu didukung. Saya sempat gak bersembang dengan beberapa muslimah lain yang saya kenal tapi sembang sajalah sambil dukung anak. Hampir 10 minit gak saya beratur sebelum sampai ke meja lauk dihidangkan. Kalau bukan sebab kesiankan anak yang lapar dan dahaga sebab ceramah lama, saya dah tinggalkan surau tu."
"Takde orang tolong bawakan makanan kepada awak ker? Kesiannya, beratur lama sambil dukung anak.."
"Itulah... saya terkilan sungguh. Bayangkan berpuluh orang muslimah yang berada dalam bilik tu tapi tak seorang pun datang tolong saya. Masing-masing buat hal sendiri padahal nampak saya tengah struggle dengan dukung anak dan pegang pinggan kosong. Sampai nak cedok nasi pun saya kena imbangkan anak dengan pinggan atas meja, itupun ada cik-cik muda yang berebut nak cedok nasi dengan saya. Geram betul bila ingat semula peristiwa tu!"
"Habis awak berjaya gak ambil makanan?"
"Tak, saya give up apabila sebahagian nasi yang dicedok dengan tangan kanan terjatuh ke atas lantai bilik. Tambah pula nak cedok lauk dari dulang yang tersedia bukan mudah, dengan si Hakim merengek dalam pelukan saya bila nampak makanan. Saya tinggalkan sepinggan nasi kosong itu atas meja lauk dan bawa anak keluar dari bilik tu. Terdengar suara-suara berkata 'kasian' bila saya keluar tapi saya dah tak endah, sakit betul hati saya.."
"Awak jumpa suami ?"
"Ya, saya berjalan keluar ke khemah tempat makan orang lelaki. Saya minta kunci kereta daripada suami sebab nak masuk kereta dengan anak tapi suami tahan. Mungkin dia boleh baca mimik muka saya. Dia suruh saya duduk di situ lalu ambilkan makanan untuk saya. Akhirnya saya seorang saja muslimah yang makan di bawah khemah dengan suami dan anak-anak. Memang ramai orang laki yang sedang makan di situ yang pandang saya satu macam tapi saya tak kisah dah, saya dok situ makan atas arahan suami gak. Rasa nak menangis saja ketika tu, penat dukung anak sambil nak tunggu makan, kemudian tak dapat nak makan seperti dirancang."
"Sabarlah.. ujian dari Allah jua."
"Tahulah tapi yang buat saya terkilan sangat adalah itu majlis sambutan Maulidur Rasul. Berjam-jam semua dalam surau tu termasuk muslimah dengar ceramah tentang sifat Rasulullah yang disampaikan oleh ustaz jemputan, takkan mereka masih tak tahu cara nak layan orang lain seperti mana dilakukan baginda? Sudahlah diasingkan ikut jantina bila time makan, ini buat don't know pula bila nampak orang lain bermasalah. Siap komen 'kesian' tapi tak bertindak apa-apa pun untuk mengurangkan beban orang. You tahu, saya sebelum Islam, saya biasa pergi jamuan di gereja dan tokong, tak pernah lihat ibu dengan anak kecil dilayan sebegitu rupa. Malah ibu dengan anak kecil yang akan diberi layanan dulu di gereja dan tokong sebab mereka tau masalah ibu muda. Sedih saya, bila fikirkan orang nonmuslim boleh beri layanan baik tak kira bangsa atau agama di tempat ibadat mereka tetapi sesama muslim pun, wujud sikap pentingkan diri sendiri; bila masing-masing lapar, dah tak fikirkan orang lain yang lebih berkeperluan."
"Sabarlah, anggap itu pengalaman.. jangan kita buat gitu pada orang lain."
"InsyaAllah, saya tak akan layan orang lain gitu. Bila bincang dengan suami, dia terkejut. Katanya sepatutnya didahulukan ibu dengan anak kecil, ataupun sediakan ruang makan untuk keluarga dengan anak kecil agar dapat suami isteri dapat makan bersama lalu kurangkan masalah anak-anak kecil meragam. Bila dijemput tapi tak hadir, takut nanti orang tuduh kita sombong tapi bila hadir ke majlis sebegitu, frust pula bila dapat layanan dingin. Bila jadi keadaan begitu, malaslah ibu muda yang ada anak kecil hadir ke majlis ilmu di surau dan masjid. Yang rugipun masyarakat Islam sebab ibu muda juga yang bakal mendidik dan membesarkan anak-anak dengan roh Islam."
"Merajuk la ini?"
"Ya, merajuk gak.. sebab bukan senang nak hadiri majlis ilmu di surau dan masjid dengan suami dan anak-anak. Nampaknya lepas ini, saya akan berfikir banyak kali sebelum hadir lagi ke aktiviti surau, terutama jika terpaksa bawa anak-anak."
memang lagi senang pergi majlis maulid kat masjid besar macam yg dibuat kat putrajaya. biasanya boleh tunggu anak2 kat luar dewan dan masih dapat lihat/dengar ceramah2. time makan pun boleh makan sama2 cuma beratur sahaja tak boleh bercampur.
ReplyDeletetapi kalau kes2 macam ni boleh adukan kat ajk surau tu, nanti dia tegur la. so inshaAllah next time, harapnya ada orang tolong. kadang2 orang ni macam paku. ketuk baru gerak. tak tego tak buat.
salam,
ReplyDeletealiya dan rakan-rakan. lama saya tidak kirim komentar, moga-moga aliya dan keluarga sihat walafiat sentiasa.
memang ada banyak perkara yang mengecewakan dalam majlis-majlis yang berhubungan dengan hal-hal agama. itu yang sangat menyedihkan dalam mengenangkan kita menyebut diri sebagai muslim sejati.
saya pernah hadir satu majlis berbuka puasa. masuk waktu sahaja, hadirin dijamu dengan kurma dan air sirap. kemudian masing-masing masuk ke masjid untuk solat maghrib. bila selesai solat, orang ramai sudah beratur panjang untuk mengambil makanan. ini termasuklah ibu-ibu yang membawa anak (konon-kononnya pihak majlis menggalakkan bawa anak supaya nampak majlis seperti mesra-keluarga). yang menyedihkan, para vip disambut ke meja khas yang siap makanan berhidang sedangkan hadirin biasa (rakyat marhaen) harus beratur lama untuk ambil makanan.
bila sampai giliran saya dan dan rakan untuk menceduk nasi dan lauk, semuanya sudah habis. saya pandang wajah kawan saya, dan kemudian pandang wajah ibu-ibu dan anak-anak yang lain yang masih beratur. malah, mereka yang sudah mengambil makanan untuk anak-anak dan diri sendiri pun dengan menu yang tak lengkap, ada yang cuma nasi yang ditaruh kuah gulai tanpa isi lauk.
di meja vip yang tak jauh daripada barisan kami beratur itu, lembaga pengelola majlis, datuk-datuk, malah tuan mufti negeri juga duduk selesa makan berhidang sambil bersembang gelak ketawa.
masa itu, minta maaf cakap, saya rasa tidak dapat memaafkan para vip tersebut, terutama tuan mufti negeri sebab tidak beri perhatian pun kepada hadirin yang masih berdiri, terutama para ibu dan anak-anak kecil mereka. di meja makan dengan makanan siap berhidang, entah ke mana hilang nilai ihsan dan tanggungjawab mereka.
sebab kecewa, saya ajak kawan saya tinggalkan majlis dan cari makanan untuk berbuka di tempat lain. rupa-rupanya, ramai juga rakan-rakan lain yang berbuat perkara yang sama.
tapi, sampai sekarang saya masih ingat wajah para vip terutama tuan mufti yang sedap-sedap makan dan para ibu dan anak-anak kecil yang penat berbaris tetapi makanan tidak cukup untuk mereka.
moga-moga Allah SWT ampunkan dosa saya sebab ada rasa "jahat" dalam hati pada para vip terutama tuan mufti negeri.
ya, aliya, ada banyak benda yang tidak betul dalam perjalanan memurnikan akhlak muslim di negara ini. dan sepatutnya, orang dengan kuasa dan ilmu agama lebih peka dan bertanggungjawab.
sekarang saya faham kenapa orang miskin lebih mudah masuk syurga sedangkan para pemimpin akan menanggung perhitungan terhadap sifat-sifat dan tanggungjawab mereka di dunia.
wassalam,
notalalaland
Dakwah kepada non muslim kena buat. Kepada muslim pun kena buat. Bila muslim x bermakna semua sempurna. Kena belajar peerelokkan diri dengan akhlak sesama islam dan bukan islam.
ReplyDeleteBagi saya yg mai program-agama yg besar kurang amalan(akhlak n ilmu). Lebih baik kualiti dari kuantiti.
Allahua'lam
Assalammualaikum wrt wbt..
ReplyDeleteSesungguhnya Islam itu Indah..
Aliya...
Umat Islam mempunyai dan perlu memainkan peranan..
dalam sesuatu itu akhlaklah yg mengawal peribadi..
memang sayang, ramai yg tidak mengutamakan akhlak islamiyyah..
Aliya...
cerita aliya adalah satu antara beribu kesulitan...
namun kerana kita mahu berakhlak seperti tuntutan Islam apalagi mengikuti akhlak terpuji junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, maka kusulitan bukan menjadi kesukaran bagi kita.
Aliya...
dalam majlis bercorak keagamaan seharusnyalah prinsip Islam terpakai..pengasingan antara Muslimin dan Muslimat memang wajib seperti pengasingan saf sewaktu solat..dari sinilah tempat yg sebaik-baik menunjuk cara..
Apa yg susah untuk dibentuk hanyalah peribadi..bila tidak faham apalagi tidak berilmu maka seseorang itu sukar mengamalkan prinsip Islam dalam semua aspek kehidupan..justeru itu sikap mementingkan diri sudah menjadi kebiasaan..
Aliya..
Islam itu mudah maka permudahkan..
kita tidak boleh minta orang seperti apa yang kita fikirkan..
kita harus mempermudahkan agar hati kita tidak rosak kerana orang lain..
kerana itu akak selalu mengambil jalan sendiri..
sewaktu akak mempunyai anak2 kecil, akak bawa mereka usrah juga ke mana2 majlis..biasakan anak2. Sebelum menghadirkan diri dalam setiap majlis walaupun undangan jamuan terbuka hariraya akak akan pastikan keluarga sudah makan. Akak juga bawa bekalan air masak. Kiranya sesuatu tempat itu padat seperti yg aliya alami...suami akak akan memainkan peranan..dia akan bawakan sepinggan makanan buat akak dan tiga anak perempuan..biasanya takbanyak kerana dah kenyang..kalau sebelah malam lagilah..cukup sekadar minuman je..
Aliya..
akak pernah menghadiri satu usrah muslimat..tuan rumah biasanya sediakan sedikit sajian atau kudapan..biasalahkan aliya, kalau masak banyak tak habis..masak sedikit takcukup. Keadaan ini yg berlaku..namun kerana akak dan anak2 memang biasa dah makan dulu, jadi 4 bahagian tak diperlukan, alhamdulillah makanan tu mencukupi cuma takboleh nak tambah..
Aliya...
setiap hari kita berhadapan dengan karenah manusia...kita mohon agar Allah mempermudahkan urusan dan kita sentiasa di bawah perlindungan dan rahmatNya.
salam ukhuwah..
kak ros
Waalaikumussalam warahmatullah,
ReplyDeleteTerima kasih kepada yang menulis komen.
Saya poskan cerita ini bukan bertujuan mencari kesalahan sesiapa tapi sebagai ikhtibar kepada kita semua yang bergelar Muslim dan saudara seagama Islam, agar perkara seumpama itu dapat dihindarkan daripada berlaku lagi dalam mana-mana majlis kita, tak kiralah sama ada di masjid, surau ataupun kenduri-kendara yang kita sendiri anjurkan.
Mungkin bagi kita yang dah lama Islam ataupun born Muslim, perkara itu kecil sahaja, berlaku dalam mana-mana majlis melibatkan orang ramai. Tapi bagi orang tertentu termasuk mualaf, ia memaparkan sikap buruk masyarakat yang mementingkan diri dan tidak seiring dengan ajaran Islam. Perlu diingati, golongan mualaf pengalaman mereka berbeza sebab mereka dapat 'exposure' yang lebih banyak maka mahu tak mahu, mereka boleh membuat perbandingan. Dan malang juga, apabila berlaku banyak percanggahan amalan dengan ajaran Islam sebagaimana yang dipelajari, boleh mengakibatkan perasaan kecewa lebih-lebih lagi tidak mendapat sokongan muslim lain dalam hal-hal yang diketengahkan.
The Tea Drinker,
Malang sekali, bukan semua AJK surau apabila ditegur, boleh menerima teguran dengan lapang dada. Malah ada yang serang balik dengan menyalahkan kembali pihak yang mengadu, tanpa sebarang permohonan maaf.
notalalaland,
ReplyDeleteWaalaikumussalam, Alhamdulillah kami sihat, terima kasih :)
Bagi saya, apabila menganjurkan sesuatu majlis makan tak kira di mana-mana pun, pihak tuan rumah (AJK surau/masjid/ibubapa pengantin dll) perlu memastikan keselesaan tetamu terutama sekali makanan. Perlu pastikan makanan cukup untuk semua hadirin.
Dalam hal makanan tak cukup, yang bertanggungjawab adalah pihak penganjur. Saya sendiri pernah membantu di masjid untuk majlis berbuka puasa apabila hadirin melebihi yang dijangka. Syukurlah pihak masjid cekap bertindak dengan meninjau keadaan ketika masuk waktu maghrib, dan memasak nasi tambahan serta buat pesanan makanan tambahan. Walaupun terpaksa catu lauk dan tunggu lama sedikit pada hari itu, alhamdulillah semua yang hadir dapat makanan.
joe penang,
ReplyDeleteManusia rambut sama hitam, hati lain-lain.
Tak kiralah sebab menghadiri sesuatu majlis ilmu di surau dan masjid. Sebaik-baiknya bila hadir, jagalah adab sebagai muslim dan beri keutamaan kepada orang lain yang memerlukan. Zaman saya dulu, dan setahu saya memang amalan semua masyarakat, saya dididik untuk dahulukan orang tua, ibu mengandung dan ibu-ibu dengan anak kecil. Malangnya rata-rata saya lihat zaman sekarang,generasi muda kurang berbuat demikian.
Saya terima komen daripada seorang ajk surau yang saya tak mahu siarkan sepenuhnya di sini tetapi ia mencerminkan pandangan masyarakat terhadap ibu-ibu muda dengan anak-anak kecil. Golongan ibu pula seolah-olah dipersalahkan.. patutlah saya jarang nampak ibu muda dengan anak kecil ke majlis ilmu, mungkin sebab mereka tidak akan mendapat sokongan dan bantuan sekiranya suami tiada untuk membantu.
Komennya 'jangan kita menganggap orang lain memahami keperluan kita melalui gerak badan yang ditunjukkan. sebab itu dalam Islam ada adab dalam soal memohon izin dan sebagainya yang mengajar kita bagaimana berinteraksi dengan manusia lain. kita mungkin memahami diri kita, tapi kita mungkin tidak memahami diri orang lain..selain meminta orang lain memahami kita, lebih patut juga kita cuba memahami orang lain.'
Pelik, disuruhnya pula ibu muda yang berkesulitan itu cuba memahami orang lain.Saya percaya, sister mualaf yang mengalami pengalaman itu sudahpun cuba memberi signal kepada orang lain sekelilingnya tetapi berat mulutnya untuk bersuara terus memohon bantuan sebab tak mahu kecoh. Sekiranya tiada juga yang tampil membantu, bukankah ia hanya akan memalukannya sendiri? Sedangkan Allah berikan kita mata untuk melihat, otak untuk berfikir, dan hati untuk merasa.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
ReplyDeleteRos,
Terima kasih atas komen saudari yang panjang dan mantap. Sekali lagi saya ingin tegaskan, pos ini bukan mencari sebab berlaku atau siapa sala tetapi lebih penting lagi, bagaimana elak daripada berlaku lagi.
Benar, saya setuju dengan pendapat Ros tentang penyediaan makanan. Ia bukan mudah (saya sendiri pun ada 2 anak kecil, faham benar bab ini)tapi penting. Namun ragam anak-anak pun susah nak dijangka tambahan bila berada dalam keadaan sesak dan mungkin majlis berlangsung terlalu lama.
Kesabaran amat perlu dalam keadaan seperti itu. Ia juga banyak bergantung kepada keadaan persekitaran, tahap iman sendiri, sokongan suami dan karenah anak-anak. Ros bertuah sebab suami sendiri bawakan makanan tetapi bukan semua suami begitu. Dalam kes sister di atas, mungkin suaminya segan nak pergi ruang muslimah ( saya tahu suami saya juga takkan pergi ke ruang wanita) dan menganggap ada muslimah yang membantu bawakan makanan untuknya ataupun tolong menjaga anak kecil sementara isterinya ambil makanan, sedangkan hakikatnya tidak berlaku.
Syeikh Mohammad Abduh berkata:
“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBiasanya kalau kami ke majlis sebegitu, saya lebih sanggup makan di luar daripada makanan yang disediakan masjid. Bukan nak menolak rezeki, cuma saya tidak suka suami isteri pun perlu dipisahkan semasa makan.
Jika mak bapak dibenarkan makan bersama kan lebih senang nak urus anak? Atau urus anak itu kira tanggungjawab ibu sahaja dan bapa boleh berlepas tangan?
:)
bila saya baca, bnenda x jadi masalah kalau kita ringan mulut minta tolong, insyaAllah orang melayu islam akan bagi pertolongan jika puan bagitahu puan nak minta izin ambil nasi dulu tanpa beratur sbb ada anak kecil, jgn malu nak minta tolong kalau kita benar perlukan pertolongan, nasib kita Allah swt tak ubah kalau kita tak uasaha ubah, citer ni simple je, nasib kena beratur dukung anak kecil, usaha..nil..sbb tu susah n nak slahkan semua orang x nak tolong puan, cuba ubah sikit je, tgk barisan panjang, pergi depan, minta maaf kat orang depan tu bagi tahu, sy ada anak kecil, bole saya ambil dulu, insyaAllah akan di beri dengan senang hati..kenapa saya tahu sbb saya selalu buat masa anak sy masih kecil dulu so next time pls do so ya puan :)
ReplyDeleteWaalaikumussalam ahong,
ReplyDeletesetuju sangat-sangat sebab rata-rata masyarakat kita terutama Melayu [maaf tapi itulah pandangan saya] meletakkan tanggungjawab menjaga anak-anak kecil ke atas seorang ibu. Pergi sahaja ke majlis keraian melayu, kaum ibu akan sibuk dengan karenah anak-anak sehingga ada anak yang kita nampak berkeliaran seorang diri tanpa perhatian orang dewasa, manakala kaum bapa pula berborak panjang dengan rakan-rakan. Jarang sekali kelihatan bapa-bapa melayu yang turut menjaga keselamatan anak-anak mereka di majlis keraian. Ini memberi impak dan tanggapan kepada jiwa anak-anak bahawa menguruskan makan minum anak-anak hanyalah tanggungjawab ibu dan bapa boleh lepas tangan.
Memang betul, asingkan orang lelaki dan perempuan yang bukan mahram tetapi biarlah ada meja-meja khas untuk keluarga dengan anak-anak kecil, supaya lebih Islamik, mesra keluarga.Bukankah bapa adalah ketua keluarga, dan keselamatan anak-anak di tempat awam juga tanggungjawab bapa yang membawa mereka ke situ?
susumanis,
ReplyDeleteSaya tak tahulah sama ada yang saudari cadangkan itu adalah budaya orang Melayu, pergi ke majlis orang dan meminta diberi keutamaan sebab bawa anak kecil. Bagi masyarakat Cina, jika anda buat begitu, anda akan dianggap biadap /rude.
Ya, mungkin percanggahan budaya. Tapi hakikatnya, yang dah berlaku dahpun berlaku.
Saya percaya sister yang terbabit bukan malu nak minta tolong, tapi dia dibesarkan dan dididik untuk tidak memotong barisan, walaupun mendukung anak kecil. Lagipun Islam tidak mengajar kita untuk memberi alasan meminta diutamakan sebab mendukung anak kecil ke majlis agama. Yang disuruh dan disunatkan adalah memberi bantuan kepada orang yang dalam kesusahan.. jadi yang ramai-ramai berdiri macam tunggul di bilik makan tu tanpa cuba menolong meringan beban ibu itu, kenapa tak usaha untuk rebut pahala Allah?
Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua.
Assalamualaikum wbt Kak Aliya,
ReplyDeleteMohon share di fb ya =)
Lama tak jumpa.. Semoga dlm rahmat Allah selalu, ameen...