PUZ DAN ASNAF MUALAF

Hmmm, banyak masa lagi ni.. bolehlah saya masuk ke sini. Saya lalu di hadapan bangunan Pusat Urus Zakat. "Cik, boleh saya bantu?" Lelaki muda di kaunter itu menegur dengan ramah. "Tengok-tengok je," saya membalas senyumannya. Di kaunter borang, pandangan saya jatuh pada kad ini.
"Maaf encik.. boleh saya tanya?" saya mendekati kaunter pelanggan. "Boleh.. boleh" jawabnya. "Boleh encik terangkan tentang asnaf muallaf?" saya tunjukkan kad itu. "Asnaf muallaf? pihak puz ada sediakan bebrapa peruntukan unutuk membantu muallaf. seperti dalam borang ini, jika ada muallaf yang memohon kami akan hubungi JAIPP". "Perlukah mualaf itu datang sendiri atau boleh melalui orang lain?" "Dia mesti datang ke pejabat puz sendiri. bawa kad masuk islam dan salinan kad pengenalan." "Maksud encik, mualaf itu mesti berdaftar dengan jabatan agama islam?" "Ya. betul." "Apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan?"
"Untuk mualaf yang baru masuk Islam, kami boleh bantu dia dapatkan pendidikan agama peringkat sekolah pondok atau diploma. Jika dia berminat, boleh jadi anggota PERKIM. Begitu juga jika dia nak berkahwin, boleh mendapat saguhati perkahwinan. "Saguhati itu diberi sebelum atau apabila sudah melangsungkan perkahwinan?" "Bila sudah tempah jurunikah, " katanya sambil tersenyum. "Erm, bagaimana dengan bahagian yang lain ini? Kursus dakwah, program Syiar Ramadhan dan sebagainya?" "Semua itu di bawah JAIPP [Jabatan Agama Islam Pulau Pinang]. Kami salurkan melalui JAIPP." "Oh, begitu ya." Hmmm, menarik juga. Selama ini saya tak tahu pun bahawa mualaf yang baru berkahwin boleh mendapat bantuan kewangan melalui PUZ. Asalkan dia berdaftar sebagai Muslim dan rajin ke JAIPP, mudahlah dia mendapatkan semua kemudahan yang disediakan, mungkin.. "Adakah semua bentuk bantuan itu sama dengan jabatan agama Islam di semua negeri?" "Ikut jabatan agama Islam negeri masing-masing. Sebab pengurusan setiap jabatan agama agak berlainan." "Oh, kiranya jika mualaf itu tak ada contact dengan jabatan agama Islam selepas dia memeluk Islam, tak dapatlah dia semua kemudahan itu?" "Semua permohonan untuk asnaf mualaf sepertimana dalam kad ini mesti melalui jabatan agama Islam negeri. Walaupun dia datang sendiri ke sini, kami masih perlu hubungi JAIPP dulu untuk mendapat kepastian." "Em, boleh bagi saya satu borang untuk permohonan asnaf mualaf ini?" "Kami tak sediakan borang, cik. Mualaf yang memohon mesti datang ke sini sendiri dan berjumpa kami, selepas kami sahkan dengan JAIPP statusnya baru kami bantu dia." "Jikalau mualaf itu tidak boleh datang sebab uzur dan sebagainya?" "Itu kena melalui JAIPP." Handfon saya berdering. Suami sudah menanti.Terpaksalah saya beredar dari situ. "Ok.. terima kasih, ya atas penerangan tadi.Boleh saya tahu nama encik ni?" "Nizam." "Terima kasih, ya Encik Nizam." "Sama-sama." --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hmmm, rupa-rupanya ksebahagian bantuan yang diberikan oleh jabatan agama Islam dari segi kewangan, perlindungan di rumah transit dan peralatan ibadat adalah sumbangan PUZ. Mualaf yang nak mohon pun perlu melalui jabatan agama Islam yang terdekat. Masalahnya, jika dah kantoi dalam permohonan di peringkat jabatan agama itu [tidak dilayan pegawai jabatan agama, diberi alasan tiada lagi peruntukan, dll] , tak dapatlah dia menikmati segala kemudahan yang sedia ada diberi oleh PUZ itu. Lagi satu... mengapakah saya tidak pernah diberitahu bahawa ada peruntukan-peruntukan begitu untuk mualaf/ saudara baru Islam, semasa saya mula-mula memeluk Islam dulu? Baru hari ini saya tahu..  Hmm, jikalau mualaf itu masih belum berdaftar di JAIPP atas sebab ingin merahsiakan pengislamannya, tak dapatlah dia mendapatkan segala kemudahan yang disediakan. Alhamdulillah dengan rahmatNya, mungkin hari ini saya dapat menolong seorang saudara seagama untuk mendapatkan haknya, insyaAllah.