Friday, November 12

SEMINGGU LAGI

Alhamdulillah, tinggal beberapa hari lagi akan berakhirnya sessi persekolahan 2010.
Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mengharungi cabaran sebagai pelajar sekolah semenjak hari persekolahan bermula pada 4 Januari 2010.
Tahniah juga kepada adik-adik Tahun 6 yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang 5A, dan 7A dalam UPSR. Itu hanyalah satu daripada beberapa peperiksaan awam yang kamu bakal hadapi sepanjang tempoh pengajian di sekolah.
Kepada mereka yang bakal mengambil SPM dan STPM pada akhir tahun, saya ucapkan selamat maju jaya.

Kami para pendidik di sekolah sibuk menguruskan pelbagai perkara dalam seminggu ini.
Kertas peperiksaan perlu dinilai dan diberi markah. Markah setiap subjek pula perlu dimasukkan dalam data komputer. Buku teks perlu dikutip semula, dan diagihkan buku baru untuk tahun hadapan.
Pelbagai borang perlu dilengkapkan.
Apa-apa sahaja tugas yang belum selesai perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat.
Para pelajar pula perlu diberi tugas dan terus dipantau walaupun mereka sudah tamat peperiksaan.
Mereka yang mengambil cuti sendiri pula semakin bertambah.

Letih. Pada ketika inilah, kalau diukur tahap stress guru, sah di tahap tinggi, hehehe...

Pada tahun 2011, bakal berlakunya beberapa sedikit perubahan dalam format kertas peperiksaan subjek BM dan Bahasa Inggeris, terutama dalam komponen sastera. Buku teks baru sudah sampai. Mulai 2011 juga, subjek Sains dan Matematik dibolehkan diajar dalam dwibahasa.

No comments:

Post a Comment