"Aliya, kalau dah ada tu, cepatlah kahwin," ustazah menasihati saya.
"Aliya, dah ada orangkah belum? Kalau belum ada, akak nak rekomenkan," kata salah seorang staf yang saya kenal.
"Aliya, anak saudara makcik ni baik, duda. Kalau Aliya tak kisah, boleh makcik kenalkan."
Aduh... sejak saya memeluk Islam, begitu banyak orang yang menawarkan menjadi orang tengah. Masing-masing dengan niat ikhlas hendak melihat saya bahagia dan dilindungi seorang lelaki yang bergelar suami. Walaupun saya janda ketika itu, itu tidak menjadi penghalang kepada mereka. Walaupun saya dah agak lanjut umur, itu juga bukan alasan untuk saya terus bersendirian. Bijak pula kakak-kakak dan makcik-makcik tersebut memikirkan lelaki yang dianggap mereka sesuai untuk saya.
" Ermm, saya belum bersedia lagi la nak berumahtangga semula, kak," saya cuba menolak dengan cara baik. Risau. Takut. Malu. Segan. Lucu pun ada melihat kesungguhan mereka untuk memperkenalkan saya kepada kawan, atau anak saudara mereka yang masih tiada berteman. Yang bujang ada. Yang duda pun ada.
"Aliya, ada seorang ustaz yang masih bujang sedang mencari isteri. Dia minta ustazah perkenalkan.Tetapi katanya, dia hanya nak mualaf sahaja," terang ustazah kepada saya sebulan selepas saya menjadi Muslimah.
"Oh, kenapa dia hendak mualaf sahaja?"
"Katanya dia hendak bimbing mualaf itu, dan lebih mudah kalau sudah menjadi isterinya."
" Minta maaf ustazah. Saya rasa diri saya ini kurang sesuai menjadi isterinya. "
Pening saya. Nak kata saya ini cantik, tak juga. Nak kata muda, umur dah 30an. Nak kata anak dara, nyata sekali bukan. Kenapa mereka beria-ia hendak jodohkan saya?
Adakah kerana mualaf atau Cina Muslim seperti saya ini dianggap lebih mudah dibimbing menjadi isteri solehah berbanding wanita Islam yang lain?
Adakah kerana kami ini berkulit putih melepak berbanding mereka yang berkulit hitam manis?
Adakah kerana kami tidak mungkin meminta wang hantaran yang tinggi seperti wanita Islam yang lain?
Adakah kerana kalau berkahwin dengan mualaf maka status keluarga suami dianggap hebat oleh orang kampung?
Adakah kerana kami lebih mudah dipujuk untuk berkahwin kerana sudah tinggal sebatang kara, akibat disisihkan keluarga asal?
Adakah kerana mereka risau suami mereka sendiri terpikat?
Atau, adakah kerana mereka menganggap sudah menjadi tanggungjawab mereka mendapatkan saya seorang suami agar kehidupan saya lebih terjamin dan akidah saya dilindungi?"
Pelik juga. Ke mana saya pergi, orang akan bertanya sama ada sudah berpunya atau belum. Tiada pula yang menawarkan untuk menjadikan saya salah seorang daripada keluarga mereka atau diangkat menjadi anak angkat atau kakak angkat. Saya pun tidak berani bertanya. Takut akan disalahtafsirkan. Maklum sahaja, saya boleh dianggap 'bahaya' oleh sesetengah isteri kerana berstatus janda. Risau pula nanti kehadiran saya bakal mengundang masalah.
Syukur alhamdulillah dilema saya tidak begitu lama. Allah swt memberi jalan keluar yang terbaik. Doa saya untuk mendapatkan suami yang memenuhi kebanyakan kriteria yang saya inginkan dikabulkan akhirnya.
Kini ada pula dilema baru.
"Aliya, bolehkah perkenalkan seorang mualaf Cina untuk kawan saya? Dia teringin hendak peristerikan wanita Cina."
"Aliya, kawan saya ini nak tahu bolehkah carikan amoi yang baru peluk Islam? Kawan saya ini ada bisnes ikan; dia perlukan seorang isteri untuk membantunya. Tetapi wang hantaran kahwin janganlah tinggi sangat. "
Saya hanya mampu tersenyum. Sebenarnya saya kurang berhubung dengan mualaf-mualaf lain. Lagipun ramai wanita Cina yang memeluk Islam sudah mempunyai teman lelaki Melayu. Jarang terdapat mualaf wanita yang memeluk Islam secara bersendirian seperti saya. Namun sekiranya saya kenal sekalipun, saya keberatan hendak memperkenalkan mereka kepada lelaki yang tidak saya percayai, dan lelaki yang saya dapati gagal memenuhi kriteria saya sebagai Muslim yang mukmin. Saya juga berpendapat mualaf daripada kalangan amoi-amoi lebih memerlukan perlindungan dan bimbingan khas supaya mereka mampu berdikari dan boleh hidup dengan yakin sebagai Muslimah yang baik, berbanding dengan usaha pihak tertentu untuk melihat mereka mendirikan rumahtangga dengan lelaki Melayu yang belum tentu boleh membimbing mereka dari soal agama Islam.
Amoi-amoi Cina yang memeluk Islam merupakan saudara kita juga. Mereka juga mempunyai harga diri dan keperluan tertentu yang mungkin tidak mampu dipenuhi oleh sesetengah lelaki yang kurang arif dalam bab agama Islam. Oleh yang demikian, janganlah begitu mudah menganggap mereka sebagai bakal isteri tanpa menyelidiki kemampuan diri sendiri dan keluarga untuk membimbing dan membantu. Keluarga Melayu yang menerima mualaf sebagai isteri dan menantu mempunyai tanggungjawab besar membimbing mereka dan memastikan mereka tidak menjadi murtad akibat kecuaian suami. Kelainan daripada segi budaya, adat resam dan masakan harian amat mencabar kepada seorang saudara baru yang baru belajar mengenai Islam dan budaya Melayu. Jangan pula cepat menceraikan isteri dalam kalangan saudara baru dengan alasan sudah tidak ada keserasian. Ketahuilah bahawa isteri adalah amanah kepada suami, dan saudara baru Islam yang dinikahi merupakan amanah berat yang dipertanggungjawabkan olehNya kepada suami dan keluarga tertentu sahaja. Sekiranya bimbingan anda baik, maka berbahagialah anda di akhirat kelak. Sekiranya buruk, maka bersedialah untuk menanggung akibatnya.