"Ujian lisan wajib tau.. jangan tak ambil.. tak mau buat..jika tak buat akan pasti dapat G untuk subjek ini!:
Saya ingatkan para pelajar.
Bukannya mereka tak tahu tetapi ada saja yang tak ambil berat.
Awal bulan Februari lagi saya sudah ingatkan mereka bahawa mereka perlu jalani ujian lisan B.Inggeris lagi sebelum bulan April. Bahkan topik telahpun diberi pada awal bulan seterusnya supaya mereka berpeluang mencari bahan dan membuat latihan secara berkumpulan.
Mai mai bulan Mac.. ada pula yang menghilangkan diri. Terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah sehingga tidak masuk ke dalam kelas selama beberapa hari. Pelajar-pelajar kelas "ICU" pula semakin ramai yang mula ponteng sekolah. Disebabkan di sekolah saya sistem pengumpulan pelajar untuk subjek BI adalah berdasarkan prestasi markah mereka dalam peperiksaan akhir tahun 2013 dan bukan mengikut bidang jurusan mereka di Tingkatan 5, hasilnya dalam satu kumpulan PdP saya terdapat 30 pelajar yang asalnya dari 4 kelas yang berlainan. Saya pening, pelajar pun pening sebab terpaksa menumpang bilik darjah orang lain. Nak komplen pun tiada yang nak dengar sebab ia cetusan idea ketua panitia... cikgu-cikgu lain hanya menurut perintah.
"Teacher.. tak boleh buat Oral.. Kamal dan Hazrin takde," kata Jamil.
"Takde? Tak hadir atau tak masuk kelas?" saya minta kepastian.
"Tak hadir.. main bola..wakil sekolah," jawabnya lagi.
"Ok.. ada nombor telefon mereka? Tolong minta mereka hadir esok dan jika mereka tak boleh kamu perlu teruskan Oral tanpanya. Saya akan suruh mereka buat Oral dengan pelajar lain."
Ahli-ahli kumpulan Jamil tersenyum. Lega diberi peluang sehari lagi untuk berlatih. Saya buat tak tahu saja tapi saya tahu sebenarnya mereka belumpun membuat apa-apa persediaan walaupun telah mendapat topik itu 2 minggu lalu.
Dua hari kemudian, mereka berdua masih tak hadir padahal perlawanan bola sepak telahpun berakhir. Saya buat keputusan mengadakan Ujian Lisan itu ke atas kumpulan itu ( baki tinggal 3 pelajar ) walaupun tanpa kehadiran jamil dan Kamal.
Setelah menagguh berkali-kali dengan alasan ada ahli kumpulan itu yang tidak hadir, akhirnya mereka berjaya menamatkan ujian mudah tetapi tidak disukai mereka itu.
"Tolong panggil Jamil di kelas 5B, minta dia turun ke bilik guru untuk Ujian Lisan," saya minta bantuan pengawas sekolah.
10 minit kemudian, pengawas itu masuk semula ke dalam bilik guru.
"Teacher, Jamil tak mahu turun. Dia kata Kamal tak hadir.. dia tak mahu buat Ujian Lisan.'
Saya segera bagun dari kerusi. Mahu tak mahu terpaksa juga naik dari tingkat 1 ke tingkat 3 semata-mata untuk mendapatkan kepastian.
Ketuk pintu kelas 5B.
Mohon kebenaran untuk berjumpa Jamil.
"Mengapa tak turun masa saya panggil tadi?"
"Kamal takde," jawabnya dengan muka masam.
"Saya panggil kamu, bukan Kamal. Lagipun sepatutnya kamu berdua dah lama tamat ujian lisan.. saya tak boleh tunggu kamu berdua lagi. Saya perlu hantar kembali semua markah kamu kepada Pn.Rita esok."
Dia diam.
"Mari turun ikut saya," saya naikkan suara. Dia diam tak bergerak.
"Nak buat Oral tak?"
Diam tak menjawab pun.
Saya keluarkan fail.
"Ok.. tandatangan di sini.. kamu tak mahu buat, kamu tanggung sendiri."
Dia menandatangani dokumen itu tanpa sepatah perkataan.
Masuk ke dalam kelas 5D. 3 pelajar yang dicari-cari masih ponteng sekolah. Ujian Lisan BI tak dapat dijalankan ke atas mereka juga. Masuk kelas 5R. Seorang daripada pelajar berlima itu, Eric tidak hadir - rakan rakannya membuat keputusan tidak mahu menunggunya... mereka tamat jalani Ujian Lisan
Sekembalinya ke bilik guru, saya serahkan fail kepada Pn.Rita.
"Aliya, tak boleh terimalah. Markah terlalu jauh berbeza.:
"Habis nak suruh saya buat apa lagi? Seorang tak hadir, seorang lagi tak mahu buat langsung dengan alasan nak tunggu kawannya tu. You dok press suruh saya siapkan semua dokumen..saya pun ada banyak kerja lain nak siapkan.. saya serahkan la apa yang ada."
"Tak boleh camni.. kena suruh dia buat oral gak. Tunggu sampai lepas cuti sekolah, you suruh mereka berdua buat semula.'
Ikut hati yang semakin panas ni, mahu sahaja saya hempaskan fail-fail tersebut atas meja.
Buka sekolah pada 31 Mac, saya mencari semula si Jamil dan Kamal. Kali ini Jamil hadir tetapi Kamal pula yang tiada. Eric pula saya ingatkan semula agar bersedia untuk diuji esok bersama pelajar lain sebab ia perlu dilakukan dalam kumpulan.
1 April...
Jamil masih tidak hadir ke sekolah. Saya panggil Kamal dan Eric dari 2 kelas berbeza itu berjumpa saya di bilik guru pada jam 12.30 tgh, iaitu selepas saya mengajar di 2E.
Jam 12.30tgh tiba, tak seorang pun yang masuk ke bilik guru. Tunggu lagi 5 minit. Kamal muncul.
""Tolong naik ke 5R dan panggil Eric. Jika dia tiada, kamu turun semula ke sini. Saya nak ke tandas kejap, nanti saya balik ke bilik guru. tunggu saya di sini."
Kamal keluar semula. Saya segera ke tandas.
Sekembalinya dari tandas, tiada seorang pun yang dikehendaki itu berada di sana menunggu saya. Sebaliknya telefon yang berdering.
"Hello.. Aliya. Tadi Eric datang jumpa saya.. dia minta saya beritahu awak yang dia tak mahu buat Oral.. dia tak bersedia."
"Apa?"
"saya suruh dia pergi jumpa awak sendiri.. saya tak mahu jadi posmen bagi dia.. dia pergi cari awak tak?"
"Takde.. tak seorang pelajar yang masuk ke bilik guru ni"
Rasa dipermain-mainkan pula.
Geram sungguh.
Mana perginya adab murid terhadap guru. Yang nak diuji itu pun untuk masa depan mereka, bukannya peringkat sekolah tapi markah bakal dihantar ke KPM dan akan dimasukkan dalam sijil SPM mereka. Ini pun mereka nak ambil mudah, sama seperti cara mereka ambil mudah tentang peperiksaan dan peraturan sekolah.
Oral test has been with us since I sat for it in mid 1950's. Poossibly because of the number of candidates was small, test was carried out by someone from the education department; and because subjects were taught in English, including Geography and history, passing a test was almost a formality.
ReplyDeleteReading what you have written I wonder how fair or unfair such a test is these days. All these contribute to my ddisappointment with the current system of education. Preparing oneself for an oral test is so unlike preparing for wwrtten papers.
Incidentally, I was hoping to get some feedback from you on my recent posting on PBS and so on.
kesian cikgu.. budak2 sekarang dah tak macam dulu.. dulu walaupun ade budak tahap degil , ponteng sekolah.. tapi dorg tetap hormat cikgu.. takde pon bossy dengan cikgu.. sepatutnye dorang ni hormat cikgu sebab bagi ilmu kat dorg.. haihhh.. sedih tgk sistem pendidikan sekarang.. cikgu langsung takde kuasa.. walaupun kuasa mendidik.. mcm cikgu ni patung pulak.. suami sy cikgu juga.. tp mengajar di sarawak.. die kate budak2 kat sarawak jauh lebih baik drpd budak2 semenanjung.. masih ade manners.. tau hormat cikgu.. tau diri tu salah.. semoga cikgu sabar ye.. insyaAllah ade pahala dan hikmahnye.. :)
ReplyDelete:. http://ironwomanwife.blogspot.com/ :.
And we wonder why our local graduates unemployment is so high. Our education system is failing. This is not about just respect for teachers. This also shows the tidak apa attitude towards education. I beg to ask why does the headmistress still insist in giving these kids a chance when they do not even appreciate the opportunity? Is it to maintain a hunky dory report for the MOE? Is this halal?
ReplyDelete