Saturday, March 8

SOALAN SENSITIF

"Eerr.. nak tanya sikit. . Soalan sensitif," Encik Samsul menghampiri Cikgu Zaleha.
"Pasal kawan saya tu?"
"Hah.. " Encik Samsul mengiayakan.
"Nak tahu apa?"
"Err.. dia tu Cina atau Melayu? Aku dengar dia cakap Cina dengan budak budak Cina."
"Memang dia Cina pun. Agama Islam."
"Oh, patutlah putih. Dia masuk Islam sebab kahwin yer?"
Cikgu Zaleha menarik nafas. Berfikir.  Mulalah cerita panjang lagi tentang kawan yang seorang tu.. demi mengikis pandangan sempit masyarakat umum bahawa wanita masuk Islam sebab berkahwin.
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

"Pai toi!" Saya berikan arahan ringkas.
Cikgu Safiyah memuji, "Pandai cikgu cakap bahasa Cina!"
Saya senyum.
"Saya memang Cina."
Setelah pelajar berbaris, kami berbual-bual sambil turun tangga ke blok lain.
"Cikgu dah lama ker masuk Islam? Suami Melayu?"
"Tak lama, baru lapan tahun. Ya, suami saya Melayu."
Soalan rutin. Sebaik saja tahu saya ini Cina muslim, biasanya itulah soalan yang menyusul.
"Masuk Islam lepas kahwin ya?"
Senyum lagi. Dah terlalu biasa ditanya, soalan begini pun yang asalnya bersifat agak sensitif pun dah tak sensitif lagi. Dah lali agaknya.. hehe.
"Sebenarnya saya masuk Islam dulu sebelum kahwin. Sendiri-sendiri la dulu, belum ada niat nak kahwin dengan siapa-siapa...tujuh bulan lepas tu baru suami saya masuk meminang.."
"Ohh.."
Senyum terus.

=====================================
Aduh, perlukah seorang wanita ada niat kahwin lelaki beragama Islam baru nak masuk Islam kah?
Sedih juga bila difikirkan, bagaimana masyarakat amnya termasuk yang beragama Islam memandang seorang saudara baru/revert yang telah memeluk agama Islam. "Mesti dia dah ada pakwe/makwe Melayu sebab tu dia masuk Islam".." Mesti dah nak kahwin"
Bagaimanakah jikalau tanggapan mereka itu salah dan saudara baru itu sebenarnya masih solo? Bukankah berdosa juga jikalau telah membuat satu kesimpulan tanpa memeriksa kesahihan spekulasi itu? Bertambah dosa lagi bukan jika dengan tanggapan bahawa revert itu telah ada orang tersayang untuk menjaga kebajikannya, maka dia tak perlu lagi diberi bantuan dan bimbingan sewajarnya?
Kes begitu dah pernah berlaku kepada saya sendiri.  Teringat lagi bagaimana saya terkial-kial seorang diri membuat persiapan menyambut aidilfitri serta aidiladha pertama sebagai muslim tanpa adanya keluarga angkat. Syukurlah waktu itu saya sudah ada pendapatan sendiri. Alhamdulillah sebab saya ni muka tebal tak tahu malu meminta bantuan dekan pengajian saya, tak payahlah saya berseorangan sambut raya di bilik asrama.. huhu. Semua berpunca daripada sangkaan orangramai bahawa saya dah berpunya ketika itu :)
Oleh itu, saya amat berhati-hati apabila berjumpa saudara revert lain. Berjumpa atau berhubung dengannya tanpa membuat andaian tentang dirinya terlebih dahulu lebih lebih lagi bertanya dah ada boyfriend/girlfriend muslim. Jika dia ada, tak salah pun.. terima saja.  Namun jika dia takde teman teristimewa itu tetapi berminat pada Islam, jangan pula anggap dia pelik. Terima dia saja sebagai ahli keluarga muslim yang baru dan bantulah dengan sebaik-baiknya.
Memeluk Islam tak semestinya sebab nak kahwin.
Jika orang hanya memeluk Islam sebab untuk kahwin takdelah wujud tokoh-tokoh dan pendakwah Islam yang kita kenali dalam sejarah.. betul tak?


2 comments:

  1. cikgu saya ada beberapa soalan nak tanya cikgu..
    1)secara jujurnya apa pandangan perempuan cina bila lelaki melayu hendak dan suka kepada perumpuan cina... dan hendak start berkawan dengannya

    masalah saya sekarang ni...
    saya ada suka perempuan cina.. actually dia half chinese and half malay dia merupakan junior saya masa sekolah menegah.. jujur memang saya xpenah teguh dia masa sekolah... dh 4 tahun saya tinggalkan zaman sekolah dh saya menuntut di sebuah university. xpi sejak akhir2 ni saya terjumpa fb dia dan saya memang ingin berkawan dengan dia sejak saya form 3 lagi..

    dia memang rapat dengan kenalan cina walaupun dia sekolah kebangsaan.. mungkin ibu dia keturunan cina so jiwa dia senang adapt dengan culture cina..
    ada tak pandangan macam mana nak bagi saya menjadi kawanya..??

    ReplyDelete
  2. kita terimalah hakikat kebanyakan Melayu yang amat berpandangan sempit tentang perkahwinan. Mereka anggap kalau ada perempuan bukan Melayu berugama Islam adalah lelaki yang hendak dikahwini. Saya rasa kalau lelaki bukan Melayu berrugama Islam begitu juga anggapan nya. Mereka yang bertanya bukan tentu kuat keislamannya. Islam pada nama.

    ReplyDelete