Tuesday, July 1

DALAM HATI ADA ALLAH

"Kak, saya pergi ke bilik kawan, ya,' kata Kimah [bukan nama sebenar] sambil dia bersiap-siap untuk keluar.
"Ok," jawab saya sambil tersenyum.
Hmmm... nampaknya berbuka puasa seorang diri lagi la.
Kimah, teman sebilik saya yang masih muda remaja (19 tahun, baru lepas STPM) sering tiada di dalam bilik yang kami kongsi berdua. Saya pula ditempatkan di bilik kecil itu selepas memeluk Islam dan permohonan saya untuk bertukar bilik diluluskan.
Kawan-kawannya sering mengajak dia bermalam di bilik mereka. Saya tidak kisah bermalam seorang diri sebab dah biasa. Cuma ada masanya sunyi juga terutama ketika berbuka puasa.
Tahun pertama sebagai seorang muallaf yang menyambut bulan Ramadhan dan perlu berpuasa agak berat bagi sesiapa pun. Tambahan pula seperti saya yang masih mengaji sepenuh masa di universiti; kadangkala perlu berjalan jauh ke bilik kuliah dan ada masanya kuliah berakhir pada jam 6 petang.
Syukur alhamdulillah ketika itu saya masih kuat.
Ya, walaupun kadangkala berseorangan.

Pada tahun 2006, jaringan internet belum begitu laju. FB pun belum aktif seperti sekarang.
Saya merasakan diri keseorangan menyambut Ramadhan walaupun rakan-rakan yang sama kursus ada di sisi. Bukan salah mereka pun. Kami ditempatkan di desasiswa yang berjauhan antara satu sama lain.
Cuma yang melegakan, ada kawan nonmuslim yang sering menumpangkan saya ke bazaar Ramadhan.
Bagi saya, itu sudahpun rahmat Allah.
KimPing [bukan nama sebenar] walaupun bukan Islam tetapi disebabkan dah lama bergaul dengan orang Melayu, dia tidak kekok memandukan kami kawan-kawannya yang berpuasa ke bazaar Ramadhan dengan keretanya untuk membeli juadah berbuka puasa. Jemu dengan makanan di kafe desasiswa, kami berlima akan membeli-belah di gerai-gerai bazar Ramadhan Bayan Baru. Apabila dah puas membeli, barulah kami pulang ke desasiswa masing-masing.
Dapatlah merasa masakan khas seperti nasi kerabu, murtabak dan sup.
Itu merupakan hari-hari yang menyeronokkan ketika berpuasa.
Namun ada kalanya, KimPing sibuk dengan urusan peribadinya. Saya pun belilah makanan yang sesuai di kampus universiti untuk berbuka puasa di bilik sendiri.
Biasanya sebungkus nasi berlauk, sepaket air dan sedikit manisan sahaja. Itu sudah cukup mengenyangkan.
Tidaklah sehebat makanan yang dibeli oleh ramai rakan-rakan lain, hehe.

Kadangkala juga, saya ke masjid USM untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan lain yang bukan sekursus dengan saya. Seronok berbuka puasa di sana terutama jikalau staf-staf Pusat Islam yang saya kenal turut bersama. Namun apabila melihat keadaan makanan yang kadangkala cukup-cukup makan sahaja untuk para tetamu yang hadir, saya memilih untuk berbuka puasa di asrama saja sebab kasihan adik-adik yang berbuka puasa di masjid setiap hari. Terasa seolah-olah saya mengambil bahagian mereka sebab saya mampu membeli lauk sendiri.

Untuk sahur pula, disebabkan bilik asrama tiada kemudahan oven dan periuk letrik, saya memilih makanan yang ringkas sahaja. Saya malas untuk turun ke kafe semata-mata untuk membeli nasi dan lauk. Cukuplah beberapa keping roti sandwich, beberapa biji kurma dan secawan air milo, diikuti dengan beberapa gelas air kosong. Bagi saya, itu sudah mencukupi dan alhamdulillah mampu untuk saya bertahan sehingga waktu maghrib.
Saya pula yang hairan apabila diberitahu rakan-rakan melayu bersahur dengan nasi dan lauk serta makanan-makanan lain, sama seperti berbuka puasa.

Tak sunyi kah bersahur dan berbuka puasa seorang diri?
Bagi saya ketika itu,tindakan berani mati dengan memeluk Islam mengucap 2 kalimah syahadah sudah pun memerlukan saya bersendirian. Istilah sunyi tidak releven lagi bagi saya yang bergelar muallaf. Dengan lafaz 2 kalimah syahadah itu sudahpun mengasingkan diri saya daripada sebahagian keluarga saya yang ketika itu masih belum dapat menerima saya bergelar muslimah.
Oleh itu, apalah jika perlu bersahur dan berbuka puasa seorang diri?

Lagipun bukan saya berseorangan pun. Allah swt kan ada. Allah sentiasa menemani saya yang berusaha menetapkan hati untuk menurut perintahNya dengan berpuasa, walaupun secara fizikal badan memberontak sebab tidak pernah dipaksa menahan lapar dan dahaga. Memang lah, bagi seorang revert atau mualaf, kami belajar berpuasa pada usia dewasa iaitu sekurang-kurangnya 18 tahun. Kami tidak pernah dilatih untuk berpuasa sedikit demi sedikit, tidak seperti kanak-kanak belum baligh yang beragama Islam. Tapi insyaAllah hati kami cekal, diri kami tabah... bukan sebab kami mualaf ini spesies luar biasa tapi sebab kami umatNya yang luarbiasa sebab masuk-masuk Islam terus berpuasa wajib... sebab Allah swt jua yang memberi kekuatan kepada kami.


Bagi saya, tak kisahlah apa sahaja,
berbuka puasa beramai-ramai ada pahala
berbuka puasa berseorangan pun tak apa
sebab dalam hati tiada kosong lagi
bila beiman kepada Allah
Dia mengisi ruang hati dengan kasih sayangNya

nota: Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan alMubarak
Dah 4 tahun bersahur dan berbuka puasa, paling kurang bertemankan anak-anak.. bukan lagi sunyi tapi riuh serumah, hehehee..
alhamdulillah :)








Saturday, June 7

CRAVING

As a Chinese Muslim in Malaysia, it's not easy to get halal and authentic Chinese food where I live. Oh sure, there's the Hokkien mi stall near my house but the noodles don't taste the same like the ones I had eaten for the first 35 years of my life. The wan tan mi at another stall is also not authentic enough to satisfy me. Don't even mention char koay teow. The ones preferred by the Malays are not to my liking; I prefer the drier version they call koay teow kerang. Still it doesn't taste the same.
So what is there to do?
It's either to do without them, to eat what's offered or to cook myself.
Being a busy woman, I opt for the second choice. But finding stalls that sell authentic chinese food is so difficult in Penang. Sure there's halal Chinese cuisine in restaurants but the price is too steep for everyday, even weekly visits. Anyway I don't fancy having too much ajimoto in my food.
Therefore I try to cook whenever I have the energy and time. Finding the right ingredients for the food is also a great challenge.  I mean, even using another brand of soy sauce compared to the one used by my mom may cause the stew to taste different.
Since becoming a muslimah and a mom, I find myself entering the kitchen more often. The children need real food ( or rather, this ummi think they do; they're just happy to munch biscuits) and I'm not a fan of instant noodles.
I've cooked char koay teow, hainan chicken rice, bak kut teh ( told hubby that it's chicken herbal soup when he asked, haha), chaiboay as well as simpler dishes. Alhamdulillah I managed with whatever I could find in the grocery store and wet market.
Last week, I decided to be more adventurous. I hadn't had dim sum for a long time. Not since I reverted to Islam. My favourite is loh mai kai, which is basically glutinous rice steamed with chicken and shitake mushrooms.
Busy Me was too busy to dig into my dozens of recipe books for the recipe, so I did the most common thing most people do nowadays - google. Yup, I googled for the recipe, found the one that seems easy but looks delicious, and started preparing the ingredients. Taking advantage of the current school holidays, I sent the children to the kindergarten before soaking the rice. I did the traditional way, adding in the ingredients without taking proper measurements. Then pray for the best.
And this is the result.


Yes, it doesn't look tempting but as I said I made do with whatever I had. The taste? Yummy. I believe I had the taste right. To me it tasted great as I hadn't eaten it for about 9 years. It was a big bowl of loh mai kai that I ate that day and boy, was I full! Hehe.. then Mr. Husband came home.

"What's this?" He asked as I put a plate of loh mai kai for him on the table.
"Loh mai kai."
"Loh what?"
"Just eat it," I waited for his reaction.
 It's always fun watching a non-chinese eating a chinese dish for the first time.
He took a small bite.
"Pulut?" (Glutinous rice)
"Yes.."
"Haven't eaten this before. What'd you call this again?"
And I repeated, explaining how I cooked it.
He didn't finish the plate, citing that it's too much.
No need to guess where the rest ended up.
The boys had mixed reaction; Ikram took a look and simply refused to eat, Ihsan had two spoonful before shaking his head.

Now I've another 500g of glutinous rice left. If I could find some bamboo leaves, perhaps I'd cook some bak chang next week.
That would be a great ending for the school holidays, wouldn't it?


Wednesday, May 14

BILA CIKGU CINA NI DIPANGGIL PENDATANG, PENCEROBOH

Alhamdulillah tahun ini merupakan tahun yang ke 21 saya bergelar "teacher" setelah tamat pengajian di mpsah pada tahun 1992. Ini juga bermakna saya telah 13 tahun berkhidmat mengajar anak-anak orang di sekolah rendah sebelum melanjut pelajaran ke universiti. 13 tahun bekerja sebagai cikgu cina nonmuslim.
Saya masih ingat lagi saat dan ketika saya menerima surat dari JPN Trengganu memberitahu nama sekolah pertama saya. Nun jauh di daerah hulu Trengganu. Tak pastilah siapa yang lebih risau - saya atau Mak- sebab kami tiada seorang pun saudara mara atau sahabat handai yang tinggal di sana. Mak cadangkan saya mohon pertukaran ke daerah Setiu yabg menurutnya ada lebih ramai orang Cina. Saya menolak sebab percaya pada prinsip 'ke mana dihantar di situ lah yang terbaik untuk saya' ( hahaha.. jiwa adventurous ). Setibanya di Kuala Berang, saya dapati ada sekumpulan guru bukan melayu nonmuslim seperti saya yang juga dihantar bertugas di daerah itu. Ada yang sudahpun berkeluarga dan telah bertahun-tahun verkhidmat di sekolah - sekolah luar bandar di sana.
Baru-baru ini syukur Allah ketemukan saya semula dengan beberapa bekas pelajar SKL, sekolah pertama saya itu dalam Facebook. Walaupun dah 20 tahun dan nama serta wajah saya pun dah berubah, mereka masih ingat pada teacher mereka. Syukur ada yang dah berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.
Maka jangan marah jika saya nyatakan l tersinggungnya saya apabila ada pihak ngo islam yang menggelar semua cina sebagai pendatang dan penceroboh. Pada mulanya saya buat bodoh saja sebab dari pru yang lalu lagi, ngo itu saya anggap sebagai yang pro-melayu  tapi apabila ada pihak nonmuslim yang bertanya kepada saya, saya terpaksa selidik. Pergi kepda sumber asalnya iaitu website rasmi. Baca dan fikir. Baca lagi.
Hmmm.. kini ada seorang gadis pula yang mempertahankan ngo itu. Cina muslim. Saya senyum.  Muda lagi dan masih belajar. Yang hairan mengapa baru sekarang namanya disebut? Mengapa bila ramai pihak mempersoalkan kenyataan umum presiden ngo itu baru ditampilkan seorang amoi mualaf untuk mempertahankannya? Baca lagi. Macam kenyataan umum yang dibuat tempoh hari.. tak suka ikut usul yang dikemukakan mereka maka baliklah ke negara Cina. Huhuhu.. mudahnya cara penyelesaian.

Hello kawan! Saya dan keluarga nenek moyang saya telah lama menetap di negara ini. Bukan sedikit bakti yang dicurahkan demi negara yang telah menjadi tanah air dan tempat tinggal keturunan kami. Juga bakti kepada bangsa melayu. Siapakah kamu untuk suruh balik ke negara asal nenek moyang? Itu bukan negara saya; saya adalah warganegara Malaysia; saya ada hak yang sama seperti kamu.
Tolonglah saudara saudari. Usahlah gunakan ayat lapuk lagi basi itu dengan suruh siapa saja yang tak setuju dengan mereka untuk balik negara asal, kecuali kamu memang orang yang belum berfikiran matang. Ayat itu kamu bolehlah gunakan kepada PATI. Saya dan orang-orang lain ada kad pengenalan yang sah, ada hak mengundi dalam pru. Buang saja ayat ini daripada minda kamu. Tak payahlah ajarkan kepada pengikut kamu.
Saya bukan orang yang suka menyentuh isu perkauman. Saya juga bukan penyokong atau ahli mana-mana parti politik.
Cuma sebagai rakyat negara ini, saya juga ada hak untuk bersuara menyatakan rasa tidak puas hati saya terhadap label 'pendatang penceroboh'yang diberi oleh sebuah ngo yang kononnya memperjuangkan Islam. Hanya sebab saya berkulit cerah, bermata sepet, berbahasa cina, dan berbangsa cina maka saya turut disarankan agar balik ke negara cina jika tidak setuju dengan agenda mereka? Oh, atau mungkin sebab saya dah berbintikan Abdullah maka saya dikecualikan daripada kategori pendatang penceroboh?
 Mungkin ada yang nanti akan tegur bahawa sebagai seorang cina muslim, saya sepatutnya menyokong ngo ini. Minta maaf ya, saya takkan sokong mana-mana ngo yang lebih mengutamakan agenda bangsa tertentu berbanding agama Islam sehingga merendah-rendahkan bangsa lain. Cara itu bukan ajaran Islam, bukan ajaran Rasulullah saw.
Islam tidak pernah menyuruh umatnya agar memperjuangkan sesuatu bangsa. Mengamalkan diskriminasi. Tidak pernah menyuruh mualaf agar mengkritik bangsanya sendiri setelah memeluk Islam. Tidak pernah ajar agar menyinggung perasaan pihak lain secara umum dengan gelaran yang menghina sedangkan ada cara lain yang lebih afdhal. Jadi saya hairan, bagaimanakah seorang pemimpin ngo islam boleh bebas melabel bangsa lain sesuka hatinya dalam sebuah negara majmuk pelbagai bangsa dan agama? Hanya sebab marah?

Tak perlu pergi jauh.
Pergi saja ke sekolah anak anda.
Mahukah semua guru yang telah dilabel pendatang penceroboh ini berhenti mengajar anak-anak anda? Guru yang bukan berstatus bumiputera,  termasuk saya?
Berapakah guru bukan bumiputera dilabel pendatang penceroboh yang telah membantu anda belajar ABC, 123, fizik, kimia, english dan sebagainya sehingga anda mampu dan boleh membaca tulisan saya ini? Ya, mungkin ada antara mereka yang belum faham apa itu sebenarnya hudud, mungkin mereka terpengaruh dengan pihak tertentu yang menentang. Tapi semua masalah itu tidak memberi sesiapapun sebarang hak untuk melabel sesiapa warganegara ini sebagai kaum pendatang dan penceroboh. Jika kamu berilmu dan berani, pergilah berdakwah kepada mereka yang belum faham. Turun padang, temui dan bersemuka dengan penganut agama lain untuk fahamkan mereka, seperti yang dibuat oleh ngo islam lain. Itu baru ajaran Islam. Mungkin setelah beberapa kali melakukan dakwah interaktif ini, kamu akan berfikir panjang sebelum cepat melabel bangsa lain dengan gelaran hina.

Saya belum lagi suruh pergi ke hospital dan klinik kerajaan. Jika hentikan kerja semua doktor dan jururawat yang bukan bumiputera, ok tak? Yalah, mungkin ramai mereka yang belum faham apa itu hudud.. ikut cakap ngo itu, kenalah balik negara asal nenek moyang, kan.
Kini faham maksud saya, mengapa tak patut label orang secara hina?

Esok masih ada.
 Esok saya yang juga dilabel kaum pendatang dan penceroboh ini akan terus bekerja menabur bakti mendidik anak malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan mereka.
Selamat Hari Guru kepada semua rakyat Malaysia.



Sunday, April 6

ALAHAI ANAK MURIDKU

"Ujian lisan wajib tau.. jangan tak ambil.. tak mau buat..jika tak buat akan pasti dapat G untuk subjek ini!:
Saya ingatkan para pelajar.
Bukannya mereka tak tahu tetapi ada saja yang tak ambil berat.
Awal bulan Februari lagi saya sudah ingatkan mereka bahawa mereka perlu jalani ujian lisan B.Inggeris lagi sebelum bulan April. Bahkan topik telahpun diberi pada awal bulan seterusnya supaya mereka berpeluang mencari bahan dan membuat latihan secara berkumpulan.
Mai mai bulan Mac.. ada pula yang menghilangkan diri. Terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah sehingga tidak masuk ke dalam kelas selama beberapa hari. Pelajar-pelajar kelas "ICU" pula semakin ramai yang mula ponteng sekolah. Disebabkan di sekolah saya sistem pengumpulan pelajar untuk subjek BI adalah berdasarkan prestasi markah  mereka dalam peperiksaan akhir tahun 2013 dan bukan mengikut bidang jurusan mereka di Tingkatan 5, hasilnya dalam satu kumpulan PdP saya terdapat 30 pelajar yang asalnya dari 4 kelas yang berlainan. Saya pening, pelajar pun pening sebab terpaksa menumpang bilik darjah orang lain. Nak komplen pun tiada yang nak dengar sebab ia cetusan idea ketua panitia... cikgu-cikgu lain hanya menurut perintah.
"Teacher.. tak boleh buat Oral.. Kamal dan Hazrin takde," kata Jamil.
"Takde? Tak hadir atau tak masuk kelas?" saya minta kepastian.
"Tak hadir.. main bola..wakil sekolah," jawabnya lagi.
"Ok.. ada nombor telefon mereka? Tolong minta mereka hadir esok dan jika mereka tak boleh kamu perlu teruskan Oral tanpanya. Saya akan suruh mereka buat Oral dengan pelajar lain."
Ahli-ahli kumpulan Jamil tersenyum. Lega diberi peluang sehari lagi untuk berlatih. Saya buat tak tahu saja tapi saya tahu sebenarnya mereka belumpun membuat apa-apa persediaan walaupun telah mendapat topik itu 2 minggu lalu.
Dua hari kemudian, mereka berdua masih tak hadir padahal perlawanan bola sepak telahpun berakhir. Saya buat keputusan mengadakan Ujian Lisan itu ke atas kumpulan itu ( baki tinggal 3 pelajar ) walaupun tanpa kehadiran jamil dan Kamal.
Setelah menagguh berkali-kali dengan alasan ada ahli kumpulan itu yang tidak hadir, akhirnya mereka berjaya menamatkan ujian mudah tetapi tidak disukai mereka itu.

"Tolong panggil Jamil di kelas 5B, minta dia turun ke bilik guru untuk Ujian Lisan," saya minta bantuan pengawas sekolah.
10 minit kemudian, pengawas itu masuk semula ke dalam bilik guru.
"Teacher, Jamil tak mahu turun. Dia kata Kamal tak hadir.. dia tak mahu buat Ujian Lisan.'
Saya segera bagun dari kerusi. Mahu tak mahu terpaksa juga naik dari tingkat 1 ke tingkat 3 semata-mata untuk mendapatkan kepastian.
Ketuk pintu kelas 5B.
Mohon kebenaran untuk berjumpa Jamil.
"Mengapa tak turun masa saya panggil tadi?"
"Kamal takde," jawabnya dengan muka masam.
"Saya panggil kamu, bukan Kamal. Lagipun sepatutnya kamu berdua dah lama tamat ujian lisan.. saya tak boleh tunggu kamu berdua lagi. Saya perlu hantar kembali semua markah kamu kepada Pn.Rita esok."
Dia diam.
"Mari turun ikut saya," saya naikkan suara. Dia diam tak bergerak.
"Nak buat Oral tak?"
Diam tak menjawab pun.
Saya keluarkan fail.
"Ok.. tandatangan di sini.. kamu tak mahu buat, kamu tanggung sendiri."
Dia menandatangani dokumen itu tanpa sepatah perkataan.
Masuk ke dalam kelas 5D. 3 pelajar yang dicari-cari masih ponteng sekolah. Ujian Lisan BI tak dapat dijalankan ke atas mereka juga. Masuk kelas 5R. Seorang daripada pelajar berlima itu, Eric tidak hadir - rakan rakannya membuat keputusan tidak mahu menunggunya... mereka tamat jalani Ujian Lisan

Sekembalinya ke bilik guru, saya serahkan fail kepada Pn.Rita.
"Aliya, tak boleh terimalah. Markah terlalu jauh berbeza.:
"Habis nak suruh saya buat apa lagi? Seorang tak hadir, seorang lagi tak mahu buat langsung dengan alasan nak tunggu kawannya tu. You dok press suruh saya siapkan semua dokumen..saya pun ada banyak kerja lain nak siapkan.. saya serahkan la apa yang ada."
"Tak boleh camni.. kena suruh dia buat oral gak. Tunggu sampai lepas cuti sekolah, you suruh mereka berdua buat semula.'
Ikut hati yang semakin panas ni, mahu sahaja saya hempaskan fail-fail tersebut atas meja.

Buka sekolah pada 31 Mac, saya mencari semula si Jamil dan Kamal. Kali ini Jamil hadir tetapi Kamal pula yang tiada. Eric pula saya ingatkan semula agar bersedia untuk diuji esok bersama pelajar lain sebab ia perlu dilakukan dalam kumpulan.
1 April...
Jamil masih tidak hadir ke sekolah. Saya panggil Kamal dan Eric dari 2 kelas berbeza itu berjumpa saya di bilik guru pada jam 12.30 tgh, iaitu selepas saya mengajar di 2E.
Jam 12.30tgh tiba, tak seorang pun yang masuk ke bilik guru. Tunggu lagi 5 minit. Kamal muncul.
""Tolong naik ke 5R dan panggil Eric. Jika dia tiada, kamu turun semula ke sini. Saya nak ke tandas kejap, nanti saya balik ke bilik guru. tunggu saya di sini."
Kamal keluar semula. Saya segera ke tandas.
Sekembalinya dari tandas, tiada seorang pun yang dikehendaki itu berada di sana menunggu saya. Sebaliknya telefon yang berdering.
"Hello.. Aliya. Tadi Eric datang jumpa saya.. dia minta saya beritahu awak yang dia tak mahu buat Oral.. dia tak bersedia."
"Apa?"
"saya suruh dia pergi jumpa awak sendiri.. saya tak mahu jadi posmen bagi dia.. dia pergi cari awak tak?"
"Takde.. tak seorang pelajar yang masuk ke bilik guru ni"
Rasa dipermain-mainkan pula.
Geram sungguh.
Mana perginya adab murid terhadap guru. Yang nak diuji itu pun untuk masa depan mereka, bukannya peringkat sekolah tapi markah bakal dihantar ke KPM dan akan dimasukkan dalam sijil SPM mereka. Ini pun mereka nak ambil mudah, sama seperti cara mereka ambil mudah tentang peperiksaan dan peraturan sekolah.






Saturday, March 8

SOALAN SENSITIF

"Eerr.. nak tanya sikit. . Soalan sensitif," Encik Samsul menghampiri Cikgu Zaleha.
"Pasal kawan saya tu?"
"Hah.. " Encik Samsul mengiayakan.
"Nak tahu apa?"
"Err.. dia tu Cina atau Melayu? Aku dengar dia cakap Cina dengan budak budak Cina."
"Memang dia Cina pun. Agama Islam."
"Oh, patutlah putih. Dia masuk Islam sebab kahwin yer?"
Cikgu Zaleha menarik nafas. Berfikir.  Mulalah cerita panjang lagi tentang kawan yang seorang tu.. demi mengikis pandangan sempit masyarakat umum bahawa wanita masuk Islam sebab berkahwin.
÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷÷

"Pai toi!" Saya berikan arahan ringkas.
Cikgu Safiyah memuji, "Pandai cikgu cakap bahasa Cina!"
Saya senyum.
"Saya memang Cina."
Setelah pelajar berbaris, kami berbual-bual sambil turun tangga ke blok lain.
"Cikgu dah lama ker masuk Islam? Suami Melayu?"
"Tak lama, baru lapan tahun. Ya, suami saya Melayu."
Soalan rutin. Sebaik saja tahu saya ini Cina muslim, biasanya itulah soalan yang menyusul.
"Masuk Islam lepas kahwin ya?"
Senyum lagi. Dah terlalu biasa ditanya, soalan begini pun yang asalnya bersifat agak sensitif pun dah tak sensitif lagi. Dah lali agaknya.. hehe.
"Sebenarnya saya masuk Islam dulu sebelum kahwin. Sendiri-sendiri la dulu, belum ada niat nak kahwin dengan siapa-siapa...tujuh bulan lepas tu baru suami saya masuk meminang.."
"Ohh.."
Senyum terus.

=====================================
Aduh, perlukah seorang wanita ada niat kahwin lelaki beragama Islam baru nak masuk Islam kah?
Sedih juga bila difikirkan, bagaimana masyarakat amnya termasuk yang beragama Islam memandang seorang saudara baru/revert yang telah memeluk agama Islam. "Mesti dia dah ada pakwe/makwe Melayu sebab tu dia masuk Islam".." Mesti dah nak kahwin"
Bagaimanakah jikalau tanggapan mereka itu salah dan saudara baru itu sebenarnya masih solo? Bukankah berdosa juga jikalau telah membuat satu kesimpulan tanpa memeriksa kesahihan spekulasi itu? Bertambah dosa lagi bukan jika dengan tanggapan bahawa revert itu telah ada orang tersayang untuk menjaga kebajikannya, maka dia tak perlu lagi diberi bantuan dan bimbingan sewajarnya?
Kes begitu dah pernah berlaku kepada saya sendiri.  Teringat lagi bagaimana saya terkial-kial seorang diri membuat persiapan menyambut aidilfitri serta aidiladha pertama sebagai muslim tanpa adanya keluarga angkat. Syukurlah waktu itu saya sudah ada pendapatan sendiri. Alhamdulillah sebab saya ni muka tebal tak tahu malu meminta bantuan dekan pengajian saya, tak payahlah saya berseorangan sambut raya di bilik asrama.. huhu. Semua berpunca daripada sangkaan orangramai bahawa saya dah berpunya ketika itu :)
Oleh itu, saya amat berhati-hati apabila berjumpa saudara revert lain. Berjumpa atau berhubung dengannya tanpa membuat andaian tentang dirinya terlebih dahulu lebih lebih lagi bertanya dah ada boyfriend/girlfriend muslim. Jika dia ada, tak salah pun.. terima saja.  Namun jika dia takde teman teristimewa itu tetapi berminat pada Islam, jangan pula anggap dia pelik. Terima dia saja sebagai ahli keluarga muslim yang baru dan bantulah dengan sebaik-baiknya.
Memeluk Islam tak semestinya sebab nak kahwin.
Jika orang hanya memeluk Islam sebab untuk kahwin takdelah wujud tokoh-tokoh dan pendakwah Islam yang kita kenali dalam sejarah.. betul tak?


Sunday, March 2

THE MAN

I looked at him.
"How are you?"
He nodded and mumbled something which I could not hear.
I just nodded back, as I didn't want to stress him out.
That's my dad, the man who helped to form me into the person I am today.
I was never close to Dad. He was the 'now you see him, now you don't' type. I grew up being afraid of him and what he was capable of doing when he lost his temper. He had shown me what domestic violence meant; the ugly side and its effects. By watching him, I learned to control my own temper.
Now as I watched his slow walk across the hall I was reminded of the strength and agility that once belonged to him. He was a good-looking man in his youth, which attracted many ladies to his side. He married his childhood sweetheart, my mom a year before I was born. As he liked the outdoors and traveling, there were times I didn't see him for weeks. He was busy and when he's not out if towb, he'll arrive home long after I've gone to bed.
Now, I only see an old greying man who could no longer drive his car as he couldn't control the pedals and the steering. In a way I was glad because he had been driving rather dangerously for the past few years.
Dad finally sat down. I asked him what the doctor said. He signaled that he couldn't speak.. that he had lost his voice.
The man who used to sing karaoke loudly at home and drove my mom crazy, had lost his voice.
The man who used to sneer at civil servants for their pension, now depends on the government's goodwill for his medication.
The man who used to threaten me with harm should I return home as a muslimah, now suffers from a minor stroke.
The irony of it all.
Once a proud man, in his old age he no longer has his voice, his vitality and his home.
Grandma glanced at him across the table and said, " The doctor said his brain has been affected so he can't speak properly now."
"Is he taking his medicine regularly?"
She nodded. Poor Grandma had to take him in as he had nowhere else to go after the divorce. She's staying alone anyway so Dad's presence would keep her company ( and to ensure that she's safe). Besides he didn't want to stay with me as he would miss his friends, who would come and drive him out for a cup of tea.
I don't know how long he'd be like this. It's painful to see the deterioration. May Allah have mercy on him and give him hidayah to be a muslim.
He enjoyed having his two young grandsons around although they messed up his things. I guess that's the least I can do to make him happy, taking the boys over for a short visit whenever I'm free. And with brother ignoring him, I suppose I'll also be his only child to send him off on his final journey, the child he once disowned for leaving ancestral worship and reverting to Islam.


Thursday, February 20

TENGAH MENGELAP

Maaf kepada rakan rakan yang menjenguk ke sini. Saya agak sibuk semenjak sesi persekolahan baru 2014 bermula.. banyak urusan keluarga dan kerja yang memerlukan perhatian. InsyaAllah akan sambung menulis blog ini minggu depan.. banyak pengajaran dan pengalaman baru yang mahu dikongsi :)

Saturday, December 14

CUTI Tak CUTI

Hari-hari ada saja kerja.

Tahun ni saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM. Saya volunteer menggantikan seorang cikgu sekolah saya yang mahu menjalani rawatan di hospital swasta. Kasihan dia yang berjauhan dari suami dan sakit. Alhamdulillah dia dah berjaya dapat pertukaran ikut suami. Habislah waktu cuti saya hampir 3 minggu mengawas calon persendirian.

Selepas tugasan itu, alhamdulillah kami sekeluarga sempat bercuti beberapa hari di Melaka. Anak-anak seronok bukan main dapat pergi jalan jalan. Tak puas lagi meneroka Melaka.. insyaAllah tahun depan kami pergi lagi. Kali itu naik flight pula laa.. tak larat dok dalam kereta 12 jam..penat.
Peace.. cikgu taska yang ajar..hehe

Di kampung halaman, mak saya masih kurang sihat. Masuk wad, keluar wad lagi. Saya seorang tak mampu uruskannya tanpa bantuan orang yang berpengalaman.. dia perlukan wheelchair. Scoliosis. Arthiritis. SLE. Sebut pun dah letih, apatah lagi orang yang menanggung. Tapi kata suami, Mak kuat semangat. Dia tak takut ke hospital dan dengan pengalamannya sebgai jururawat, lebih mahir tentang ubat-ubatan dan medical term berbanding saya. Perlu berulangalik lebih kerap lagilah sekaranv. Harapan saya, semoga Mak cepat sembuh dan mendapat hidayahNya.

Ikram dah nak masuk 4 tahun. Dia kini berpindah ke bangunan lain, berpisah dari adiknya sebab cawabgan lama hanya untuk 3 tahun saja. 2 hari pertama ke cawangan taska itu, dia menangis tak mahu masuk. Peluk daya nak balik rumah. Satu kejutan sebab selama ni dia cool saja. Seronok bila nak ke "sekolah baru"..tapi sampai depan pintu saja, terus meraung nak balik. Alhamdulilah hari ini baru dia ok..pergi taska dengan senyuman.  Hai Ikram, tolong behave elok-elok bila buka sekolah tahun depan, ya.. dahlah kena hantar Ihsan ke cawangan lain.
Hai Ikram, di atas pentas tak menangis pun..

Cik Tikus pula asyik mengganggu kehidupan kami. Habis wayer digigitnya. Mesin basuh semi auto lama saya dicerobohi. Dah beberapa bulan kami cuba tangkapnya hidup-hidup. Mati seekor, masuk seekor lagi. Akhirnya saya buat keputusan. Bawa masuk Cik Belang pula. Alhamdulillah setakat ni masuk hari ketiga Cik Belang Wawa masuk rumah, tak adalah tanda haiwan perosak itu lagi.
Kena kurung la sampai pembedahan

Tapi kata En.Suami yang berpengalaman bela kucing, si Wawa yang saya 'adopt' dari tuan lamanya ni tengah galak. Belum dimandulkan. Aduh, patutlah dia suka berguling atas lantai. Hmm, kena buat appointment dengan doktor haiwan pula laa minggu depan.. harap harap ada diskaun akhir tahun, hahaha..

Semua cabaran masa cuti sekolah a k hir tahun.. semiga Allah berkati kami dan beri kekuatan untuk hadapi kesemuanya dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. .amiin.







Saturday, November 23

TERINGAT BUBUR ASYURA... TERINGAT KG.LEREK

Sempena bulan Muharram ni, tentu ramai yang membuat bubur asyura. Saya pun dah lama tak makan.. kali terakhir tak silap saya, saya tolong kacau 3 kawah besar di masjid USM semasa menjadi mahasiswi di sana.
Namun, setiap kali membaca atau melihat bubur asyura ni, ingatan saya akan melayang ke sekolah pertama saya mengajar.. ke sebuah kampung jauh di pedalaman Hulu Terengganu.. iaitu Kampung Lerek.

Saya ditugaskan mengajar di SK Lerek sejurus selepas tamat pengajian sebagai guru sekolah rendah dalam opsyen Bahasa Inggeris. Saya satu-satunya guru bukan berbangsa Melayu di sekolah itu yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit kawasan Felcra, 15km dari pekan terdekat iaitu Kuala Berang. Terdapat 2 lagi guru baru yang juga baru tamat pengajian yang dihantar bertugas di situ iaitu Cikgu Mohamad dari Marang, dan Cikgu Nik Yusoff dari Kelantan. Kami menggantikan guru-guru lama yang tela berjaya mendapat pertukaran ke sekolah yang lebih dekat dengan pekan.

Alhamdulilah, walaupun bukan sebangsa dan bukan seagama, saya dilayan dengan baik oleh semua staf dan juga pelajar di sana. Walaupun boleh dikatakan agak kurang berada, ibu bapa para pelajar juga amat menghormati kami kaum guru dan sering mengundang kami ke rumah untuk kenduri makan tengah hari selepas sekolah. Ketika itulah, saya gadis bandar ini belajar makan sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Amat susah dan mencabar oooo... terasa jauh sekali nasi sepinggan itu dari mulut, hehehe. Syukur sebab ketika itu saya sudahpun menjadikan baju kurung sebagai pakaian harian ke sekolah. Makin banyaklah mata yang memandang amoi guru Bahasa Inggeris yang memakai baju kurung makan dengan tangan sambil duduk bersimpuh.. malu juga tapi sebab nak jaga hati tuan rumah, telan sajalah apa yang ada di pinggan.

Di kampung itu jugalah, saya yang berasal dari Kedah diperkenalkan kepada bubur asyura. Kami semua dijemput ke rumah salah seorang pelajar. Saya tak belum Islam ketika itu hanya mengikut saja dengan menumpang kereta gurubesar. Setibanya di depan rumah, saya lihat ada satu kawah besar di tepi rumah.
"Masak apa tu? Dodolkah?" saya tanya guru lain [bagi saya masa tu, jika orang kacau kawah besar, mesti buat dodol..terimakasih TV, hehe]
"'Bubur asyura," jawab Cikgu Milah, orang pekan Kuala Berang.
Nak pendekkan cerita, saya perhati mereka memasak bubur itu, kemudian menuangnya ke dalam bekas-bekas plastik tupperware.
"Hmm, nampak macam bubur pulut hitam sahaja tetapi ada kacang," hati saya berkata.
Saya turut diberi satu bekas plastik dengan bubur yang masih panas.
"Ambillah cikgu, bawa balik," kata orang kampung.
Akur dengan permintaannya dan untuk menjaga hati mereka, saya bawa pulang ke rumah sewa.
Ketika itu, bubur sudahpun keras. Saya potong sedikit dan rasa.. hmm, sedap gak. Ada kacang, ubi dan entah apa-apa lagi..cuma warnanya kurang menarik sebab seakan-akan ungu. Saya ajak rakan serumah yang juga nonMuslim Cina makan tetapi mereka menolak.
Akhirnya saya berikan bekas dan bubur asyura yang selebihnya kepada jiran Melayu sebelah rumah yang ramai anak sebab takut tak dapat habiskan; nak buang, sayang.

Itulah perkenalan saya kepada bubur asyura dan kemurahan hati orang-orang kampung.