Thursday, December 22

PUZ DAN ASNAF MUALAF

Hmmm, banyak masa lagi ni.. bolehlah saya masuk ke sini.
Saya lalu di hadapan bangunan Pusat Urus Zakat.

"Cik, boleh saya bantu?"
Lelaki muda di kaunter itu menegur dengan ramah.
"Tengok-tengok je," saya membalas senyumannya.
Di kaunter borang, pandangan saya jatuh pada kad ini.


"Maaf encik.. boleh saya tanya?" saya mendekati kaunter pelanggan.
"Boleh.. boleh" jawabnya.
"Boleh encik terangkan tentang asnaf muallaf?" saya tunjukkan kad itu.
"Asnaf muallaf? pihak puz ada sediakan bebrapa peruntukan unutuk membantu muallaf. seperti dalam borang ini, jika ada muallaf yang memohon kami akan hubungi JAIPP".
"Perlukah mualaf itu datang sendiri atau boleh melalui orang lain?"
"Dia mesti datang ke pejabat puz sendiri. bawa kad masuk islam dan salinan kad pengenalan."
"Maksud encik, mualaf itu mesti berdaftar dengan jabatan agama islam?"
"Ya. betul."
"Apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan?"


"Untuk mualaf yang baru masuk Islam, kami boleh bantu dia dapatkan pendidikan agama peringkat sekolah pondok atau diploma. Jika dia berminat, boleh jadi anggota PERKIM. Begitu juga jika dia nak berkahwin, boleh mendapat saguhati perkahwinan.
"Saguhati itu diberi sebelum atau apabila sudah melangsungkan perkahwinan?"
"Bila sudah tempah jurunikah, " katanya sambil tersenyum.
"Erm, bagaimana dengan bahagian yang lain ini? Kursus dakwah, program Syiar Ramadhan dan sebagainya?"
"Semua itu di bawah JAIPP [Jabatan Agama Islam Pulau Pinang]. Kami salurkan melalui JAIPP."
"Oh, begitu ya."
Hmmm, menarik juga. Selama ini saya tak tahu pun bahawa mualaf yang baru berkahwin boleh mendapat bantuan kewangan melalui PUZ. Asalkan dia berdaftar sebagai Muslim dan rajin ke JAIPP, mudahlah dia mendapatkan semua kemudahan yang disediakan, mungkin..

"Adakah semua bentuk bantuan itu sama dengan jabatan agama Islam di semua negeri?"
"Ikut jabatan agama Islam negeri masing-masing. Sebab pengurusan setiap jabatan agama agak berlainan."
"Oh, kiranya jika mualaf itu tak ada contact dengan jabatan agama Islam selepas dia memeluk Islam, tak dapatlah dia semua kemudahan itu?"
"Semua permohonan untuk asnaf mualaf sepertimana dalam kad ini mesti melalui jabatan agama Islam negeri. Walaupun dia datang sendiri ke sini, kami masih perlu hubungi JAIPP dulu untuk mendapat kepastian."
"Em, boleh bagi saya satu borang untuk permohonan asnaf mualaf ini?"
"Kami tak sediakan borang, cik. Mualaf yang memohon mesti datang ke sini sendiri dan berjumpa kami, selepas kami sahkan dengan JAIPP statusnya baru kami bantu dia."
"Jikalau mualaf itu tidak boleh datang sebab uzur dan sebagainya?"
"Itu kena melalui JAIPP."
Handfon saya berdering. Suami sudah menanti.Terpaksalah saya beredar dari situ.
"Ok.. terima kasih, ya atas penerangan tadi.Boleh saya tahu nama encik ni?"
"Nizam."
"Terima kasih, ya Encik Nizam."
"Sama-sama."
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hmmm, rupa-rupanya ksebahagian bantuan yang diberikan oleh jabatan agama Islam dari segi kewangan, perlindungan di rumah transit dan peralatan ibadat adalah sumbangan PUZ. Mualaf yang nak mohon pun perlu melalui jabatan agama Islam yang terdekat. Masalahnya, jika dah kantoi dalam permohonan di peringkat jabatan agama itu [tidak dilayan pegawai jabatan agama, diberi alasan tiada lagi peruntukan, dll] , tak dapatlah dia menikmati segala kemudahan yang sedia ada diberi oleh PUZ itu.
Lagi satu... mengapakah saya tidak pernah diberitahu bahawa ada peruntukan-peruntukan begitu untuk mualaf/ saudara baru Islam, semasa saya mula-mula memeluk Islam dulu? Baru hari ini saya tahu.. 
Hmm, jikalau mualaf itu masih belum berdaftar di JAIPP atas sebab ingin merahsiakan pengislamannya, tak dapatlah dia mendapatkan segala kemudahan yang disediakan.
Alhamdulillah dengan rahmatNya, mungkin hari ini saya dapat menolong seorang saudara seagama untuk mendapatkan haknya, insyaAllah.

Wednesday, December 21

SEPETANG DI TAIPING

Syukur alhamdulillah, anak-anak dah makin besar, sihat dan aktif. Menguruskan mereka berdua serentak bukan mudah; memerlukan kesabaran dan ilmu.

Umur Ikram dah 18 bulan, Ihsan 5 bulan dan Ummi mereka pula 491 bulan, huhu. (Abah mereka kata umurnya rahsia, sshhhh.. tak boleh habaq.)

Ikram pun nak makan gak

Fuyooo... cukup dah tu, Ikram

tak mau.. tak mau posing.. uhuk, uhuk


lariii.....panjat

camni la baru ada gaya

yeaaa...bebas


tak mau.. tak mau pegang tangan

Ikram nak turun
Abah, tak mau gambil foto lagi.. Ikram dah letih, nak balik..

Yang lucunya, Ihsan yang disangkakan mungkin akan meragam pula yang diam dan 'control macho' sepanjang hari. 

”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”[surah al-Anfal ayat 28]

Monday, December 19

PAMERAN PEDANG RASULULLAH 2011

Replika tongkat Rasulullah di kiri, tongkat Nabi Musa di kanan
"Huh? Bertongkat juga sunnah Nabi?"
Alhamdulillah, tambah satu lagi ilmu baru tentang sunnah Rasulullah. Selama ini saya sangkakan sunnah berjanggut dan berserban bagi lelaki Islam, tetapi itulah kali pertama saya tahu rupa-rupanya menggunakan tongkat juga adalah amalan Rasulullah dan sahabat-sahabat Nabi, walaupun mereka sihat walafiat.

 Setelah menunggu lama, akhirnya berjaya juga saya tiba di pameran pedang Nab Muhammad SAW di Gurun, Kedah pada hari ini. Memang dah lama rancang untuk pergi bersama suami tetapi pada saat-saat akhir, dia ada hal lain, maka terpaksalah saya pergi sendiri ke Dewan Sri Zaleha, tempat pameran diadakan.



Walaupun tempat itu agak sesak, saya berjaya mendapat tempat meletak kereta yang dekat dengan dewan tersebut. Tiket masuk berharga RM10 untuk dewasa.
"Buku ini untuk dijual?"
"Ya, kak. Kami bagi diskaun 50%," jawab wanita muda di kaunter jualan.
"Ok, saya ambil satu, ya."
"Terima kasih.. jual ya."
Ha... ini dia buku yang saya beli.. penuh dengan maklumat tentang koleksi pameran. Lengkap dengan gambar berwarna. Berbaloi dengan harganya. Seronoknya, tambah koleksi saya di perpustakaan rumah :)

alQuran dari Acheh
Entah mengapa, keletihan yang dirasai selepas memandu hampir 45 minit dari rumah hilang tatkala saya melihat koleksi mushaf al-Quran yang pelbagaian sejurus selepas masuk ke dalam dewan. Lagu yang didendangkan pula menenangkan jiwa. Sebagai peminat seni khat, saya tertarik dengan cara mereka menghasilkan sesuatu mushaf. Begitu teliti dan halus sekali seninya. MasyaAllah, hebatnya! Tidak hairanlah mengapa al-Quran masih tetap terpelihara daripada kecacatan walaupun sedikitpun. Al-Quran mushaf Acheh tulisan tangan yang dipamerkan menunjukkan bagaimana teliti dan halusnya kerja yang dihasilkan untuk sesebuah al_Quran.


Tak sah jikalau tak bawa balik sedikit hasil kerja tangan mereka. Dan akhirnya saya berjaya melihat bagaimana nama Ikram dan Ihsan diabadikan dalam tulisan khat, yang ditulis on-the-spot oleh seorang tukangnya. Cantik tak?

Terpegun. Itulah perasaan saya semasa masuk ke dalam ruang pameran pedang. Banyak sekali, dan ada yang hampir 1 meter panjangnya. Walaupun replika, saya sudahpun terpesona dengan keunikan setiap satu pedang yang dipamerkan. Ada juga busur yang digunakan oleh Rasulullah saw. Ada capal baginda, tapak kaki baginda di atas batu, dan tongkat. Ya, ada tongkat Rasulullah saw yang berkepala bulat, dan tongkat Nabi Musa yang lebih ringkas.

Oooo, ada juga replika rumah Rasulullah saw?
Saya ikut pelawat lain masuk ke dalam rumah. Subhanallah..! Walaupun dikatakan luas rumah itu adalah 1:3 kepada yang sebenar, ia masih terlalu kecil berbanding luas rumah kita hari ini. Syukur dengan nikmat yang Alla swt berikan kepada kita semua, alhamdulillah.
Syabas kepada pihak penganjur yang begitu teliti dalam merancang pameran. Setiap bahan dalam replika rumah itu dilabel dengan lengkap, malah ada juga ditulis hadis-hadis yang berkaitan.

'Inai itu penghulu haruman syurga (Ibnu Abi Syaibah & Ibnu Asakir)
Aaaahh... satu lagi sunnah Rasulullah untuk wanita, selain memakai celak. Akhirnya saya jumpa hadisnya :)

Oleh kerana kamera tidak dibenarkan di dalam dewan, mahu tak mahu terpaksalah saya upah jurukamera untuk mengambil foto kenang-kenangan. Tak mampu nak ambil banyak sebab RM10 sekeping untuk 4R.

sekeping foto je tetapi saya bahagi 2 - ni pedang Ja'far Ath-Thayyar

Akhir sekali saya ke ruang koleksi sejarah seni silat Pusaka Gayong. Hmmm... walaupun saya bukan orang silat, tapi sebab suami saya pun kerap mandi minyak, tengok-tengok jugalah bahan yang dipamerkan.
Sayang sekali, saya tidak dapat tunggu sehingga 5.30 petang untuk menyaksikan demonstrasi silat sebab perlu mengambil anak-anak di taska sebelum 6.30 petang.

Menurut poster, pameran ini berobjektif memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada Nabi Muhammad saw. Alhamdulillah, daripada reaksi para pengunjung, nampaknya objektif itu berjaya dicapai.
Tahniah kepada pihak penganjur, dan juga setiap individu yang bekerjasama menjayakan pameran ini. 
Tak tahu bila dan di mana pula pameran ini akan berlangsung lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati di facebook sini

image al-quran dari utusan malaysia 

Terkini: Berita baik untuk mereka yang belum melawat pameran ini. Berikutan sambutan yang begitu menggalakkan, tarikh pameran telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011. Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 mlm. Harap maklum

Friday, December 16

BILA GELAP

"Aaaaaaaaaaaaa!!!!!!"
Tiba-tiba lampu terpadam. Tiada sedikitpun cahaya kelihatan. Saya tengah menukar lampin Ikram.
Dia meraung sebab terkejut apabila bilik tiba-tiba menjadi gelap. Ihsan yang sedang dalam dakapan Mak, turut menangis apabila mendengar jeritan abangnya. Suasana semakin gamat.
"Tak ada letrik!" saya menjerit kepada Mak. Syukur kami semua sedang berkumpul di ruang makan ketika itu.
"Cepat... ambil lampu suluh dalam bilik tidur," kata Mak dengan suara yang agak panik. Mungkin pening mendengar jeritan cucu-cucu kesayangannya.
Saya segera meninggalkan Ikram yang terus meraung, lalu berjalan ke arah bilik tidur. Syukurlah rumah Mak hanya satu tingkat. Tak perlu turun naik tangga.
Lampu suluh segera dicapai. Mak segera menelefon TNB. Nombor telefon itu telah lama dihafalnya. Laporan kerosakan segera dibuat.
Jam 8.30 malam. Rumah yang selalunya sejuk nyaman itu segera berubah menjadi panas.
Kesian Ihsan. Saya dah pakaikan dia dengan baju lengan panjang sebab sudah masuk waktu tidurnya. Badannya sudah berpeluh.
Mujurlah lampu minyak yang dipasang di meja tokong di ruang tamu masih menyala terang. Ia membantu saya melihat keadaan dalam rumah.
"Cepat, naik kereta. Saya nak pasang aircond, bagi budak-budak tu sejuk sikit."
Saya segera mengangkat Ikram dan memasukkannya ke dalam kereta. Ihsan juga dimasukkan ke dalam kerusi kecilnya lalu diangkat masuk ke dalam kereta. Susu Ikram yang baru dibancuh dan susu yang baru hendak diberi kepada Ihsan segera dimasukkan ke dalam beg tangan dan diletakkan dalam ruang duduk belakang.
Kedua-dua anak kecil itu berjaya ditenangkan sejurus selepas mereka duduk dalam kerusi masing-masing dalam kereta.
"Nak ke mana ni?" tanya Mak apabila dia mengunci rumah.
"Mana-mana saja. Kita ronda sehingga bekalan elektrik berjaya disambungkan semula. Petrol masih banyak."
Satu taman perumahan dalam keadaan gelap. Saya segera memandu kereta meninggalkan rumah yang berkunci.
Percutian di rumah Mak dengan anak-anak berubah menjadi kelam-kabut sebab terputusnya bekalan elektrik.
Kami meronda sekeliling bandar selama 30 minit. Ikram ketawa riang Saya pula terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan untuk memberi Ihsan susu. Syukur dia tidur selepas kenyang minum susu.
"Harap-harap dah elok semula sekarang," kata Mak apabila kami tiba semula ke taman perumahan.
"Ok, dah ada letrik semula," saya jawab apabila lampu dari deretan rumah-rumah teres jelas kelihatan.
Apabila kami turun dari kereta di laman rumah, barulah saya sedar rupa-rupanya saya masih berpakaian baju kaftan dan Mak pula terlupa membawa beg tangan dan ICnya. Ikram masih berlampin tanpa memakai seluar. Semua gara-gara kelam-kabut kami keluar dari rumah yang gelap, diiringi tangisan kuat anak-anak kecil.
Semua bilik dalam rumah Mak terang-benderang sebab dalam keadaan kami yang kelam-kabut itu, kami terlupa menutup suis lampu dan televisyen.
"Fuhhh, lega kita tak berhenti di mana-mana tadi. Kalau tidak, malu."
Saya hanya mampu senyum melihat Ikram bertepuk tangan gembira.
Nampaknya kami perlu lebih bersedia lagi untuk menghadapi keadaan sebegitu lagi.

Wednesday, December 14

WHAT DO TEACHERS MAKE?

This is for those who think that teachers can't do anything better than teach.
What do teachers make?


---------------------------------------------------------------------------------------------------
He says the problem with teachers is, "What's a kid going to learn
from someone who decided his best option in life was to become a teacher?"
He reminds the other dinner guests that it's true what they say about
teachers:
Those who can, do; those who can't, teach.
I decide to bite my tongue instead of his
and resist the temptation to remind the other dinner guests
that it's also true what they say about lawyers.
Because we're eating, after all, and this is polite company.
"I mean, you¹re a teacher, Taylor," he says.
"Be honest. What do you make?"
And I wish he hadn't done that
(asked me to be honest)
because, you see, I have a policy
about honesty and ass-kicking:
if you ask for it, I have to let you have it.
You want to know what I make?
I make kids work harder than they ever thought they could.
I can make a C+ feel like a Congressional medal of honor
and an A- feel like a slap in the face.
How dare you waste my time with anything less than your very best.
I make kids sit through 40 minutes of study hall
in absolute silence. No, you may not work in groups.
No, you may not ask a question.
Why won't I let you get a drink of water?
Because you're not thirsty, you're bored, that's why.
I make parents tremble in fear when I call home:
I hope I haven't called at a bad time,
I just wanted to talk to you about something Billy said today.
Billy said, "Leave the kid alone. I still cry sometimes, don't you?"
And it was the noblest act of courage I have ever seen.
I make parents see their children for who they are
and what they can be.
You want to know what I make?
I make kids wonder,
I make them question.
I make them criticize.
I make them apologize and mean it.
I make them write, write, write.
And then I make them read.
I make them spell definitely beautiful, definitely beautiful, definitely
beautiful
over and over and over again until they will never misspell
either one of those words again.
I make them show all their work in math.
And hide it on their final drafts in English.
I make them understand that if you got this (brains)
then you follow this (heart) and if someone ever tries to judge you
by what you make, you give them this (the finger).
Let me break it down for you, so you know what I say is true:
I make a goddamn difference! What about you?

Friday, December 2

SUAMIKU SUDAH MURTAD?

Kelu lidah saya apabila membaca  emel daripada seorang pengunjung blog beberapa minggu yang lalu. Isu yang tidak pernah saya sangka berlaku sebenarnya sedang berlaku di luar sana, dan alhamdulillah kali ini Allah izinkan saya diketemukan pula dengan seorang muslimah yang sedang menghadapi masalah berat.

Husna [bukan nama sebenar] yang sedang menuntut di luar negara telah berkahwin dengan seorang warga negara tersebut. Dia mengaku bahawa suaminya, Hans [juga bukan nama sebenar] belum betul-betul memahami Islam dan telah memeluk agama ini untuk tujuan perkahwinan. Dia juga mengaku lalai sebab kurang membimbing suaminya Hans dalam selok-belok agama Islam yang baru dianuti.
Justeru, apabila kawan-kawan Husna yang turut menuntut bersamanya menyoal Hans,"betul ke awak percaya Allah sebagai Tuhan yang Esa? Awak rasa diri awak tu Muslim?Jawab YA atau TIDAK sahaja,tak mahu jawapan tengah-tengah."
Hans telah menjawab "Tidak" sebab dia sendiri tidak 100% yakin.
Apabila mereka mengajak Hans untuk solat, Hans sekali lagi bertanya mengapa dia perlu solat sedangkan dia tidak faham akan keperluannya. Masyarakat Islam di situ, iaitu mereka yang rapat dengan Husna berkali-kali menyoal Hans tentang kepercayaannya pada Allah Yang Esa. Hans pula yang baru hendak belajar mengenal Allah berkata 'Bolehkah jika 99% percaya?" tetapi mereka mahukan jawapan 100%, yang gagal diberikan oleh Hans. Disebabkan jawapan Hans yang kurang menyakinkan itu, masyarakat Islam di situ sangsi dengan pengislaman Hans lalu membuat kesimpulan bahawa Hans belum lagi Islam ataupun telah murtad.


Lebih mengharukan, Husna telah didesak dan kemudian dipisahkan daripada suaminya, Hans.
Hans yang keliru dengan keadaan yang berlaku, masih meminta Husna untuk pulang semula ke rumah tetapi Husna teragak-agak. "Saya tidak dapat pulang ke rumah bersama Hans sebab masih tidak mampu meyakinkan mereka bahawa suami saya tidak murtad seperti yang mereka dakwa."

"Tak adakah mahkamah syariah atau imam masjid yang dapat membantu Hans untuk kembali semula ke jalan Islam? " saya tanya dalam balasan emel.
"Di sini tiada mahkamah syariah sebab masyarakat Islam di sini adalah minoriti. Mereka yang menuduh Hans murtad berkata bahawa mereka tidak mahu memaksa Hans. Jika Hans benar-benar insaf dan ingin belajar tentang Islam, dia yang perlu pergi mendekati dan berguru dengan mereka. Tapi saya tahu Hans tidak berminat berguru. Sekarang mereka tuduh suami saya itu murtad. Saya pula terpaksa berpisah dengan suami sebab tidak dapat yakinkan mereka bahwa suami saya masih Islam. Betulkah suami saya sudah murtad? "
" Orang-orang yang mengatakan suami saya itu murtad pun, adalah orang-orang yang penting bagi saya di negara yang asing ini. Saya tak mahu bergaduh dengan mereka. Saya juga tak sanggup berpisah dengan suami dalam keadaan begini, dah sebulan lamanya.
Walaupun masuk Islam sebab kahwin, tetap muslim juga, bukan?
Dan suami saya tu tak belajar apa2 pun, iman lemah. Betulkah dia dah murtad sebab berkata tak 100% percaya pada Allah?"
Saya dah mel beberapa org malaysia(perkim, pguam syarie) tp masih belum dapat jawapan."
*******************************************************************************
Hmmm... geleng kepala sambil membaca emel tersebut. 
Seorang isteri Muslimah dipisahkan daripada suami sebab suami yang memeluk Islam dituduh sudah murtad, oleh sekumpulan masyarakat Islam di sebuah negara majoriti bukan Islam.
Saya nak rujuk siapa pula pada waktu yang singkat - baru selesai tugas mengawas SPM, nak ambil anak-anak daripada taska, nak kemas barang untuk keesokan hari [nak tangguhkan membalas emel, rasa berdosa pula]. Lalu saya ambil pendekatan sebagai seorang isteri dan mualaf lalu balas begini:
Tak baik kita sebagai Muslim untuk terus melabel seseorang terutama yang baru memeluk Islam di sebuah negara minoriti Muslim sebelum kita memberinya peluang untuk mengenali Allah dan Rasul saw. Saya tak mahu menuding jari, yang dah jadi sudahpun berlaku. Sekarang kita perlu cari solusi, bukan teruskan biar suami sis terkapai-kapai begitu dan seterusnya lebih jauh dari Allah dan Islam.
Nasihat saya, balik dulu pada suami. Jangan terlalu peduli apa orang sekeliling kata, sebab yang nak tanggung dosa isteri derhaka itu adalah sis. Sebab kita tak pasti sama ada dia benar-benar murtad selagi dia tidak diberi peluang untuk belajar dan mengenal Allah dan Islam. Di Malaysia pun, bukan semua saudara baru 100% yakin bila memeluk Islam, tapi itu bukan kerja kita. Hidayah milik Allah swt, dan kita tak ada hak untuk menyoal berapa % seeorang itu percaya pda Allah sebelum kita sendiri mengajar dan memberi petunjuk padanya.


Oleh itulah, apabila seorang peluk Islam, perkara utama yang dia perlu belajar adalah tauhid. Kenal Allah, dan Rasulullah. Saya syorkan sis dapatkan buku-buku tentang Islam yang mudah difahami. Ataupun berikan dia baca tentang keajaiban Islam menurut Sains, seperti persamaan dalam tawaf haji, gerakan jantung dan gerakan planet dalam arah yang sama. Keajaiban air zamzam. Gunakan kebenaran Islam melalui Sains, insyaAllah lebih mudah untuk yakinkannya. Dapatkan tip2 sepertimana mengajar kanak-kanak kecil tentang Allah.

Sekarang kita nak selamatkan akidah suami sis itu, bukan terus menjauhkannya daripada komuniti Islam. Jika tidak, dia akan terus sesat dan boleh jadi murtad dengan erti kata sebenar. Masa itu dia benar-benar murtad, bayangkan dosa orang-orang yang tidak membantu dan cuba menariknya kembali pada Islam. Memang mudah bagi orang terutama born Muslim untuk melabel, sedangkan susah untuk mengajar dan meyakinkan orang lain termasuk mualaf tentang kewujudan Allah. And that is actually a challenge for all Muslims in your community, to bring him back to Islam.


Nasihat saya, teruskan berjumpa dan berbicara dengan suami. Ingatlah, selagi mahkamah syariah tidak menyatakan suami sis itu murtad dan tiada perceraian secara bertulis, anda masih suami isteri sah. Jangan terus mengalah dengan situasi dan kata-kata orang. Yang tanggung dan melalui masalaah itu semua adalah sis. Masih ada peluang untuk tarik dia semula pada Islam, selagi dia masih mahu berjumpa dengan sis. Gunakanlah peluang itu sebelum hatinya benar-benar tertutup.


Jangan mudah mengalah, dan teruskan berdoa pada Allah swt yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. InsyaAllah, Dia mendengar dan Dia Maha Mengampun.


Setiap kita ada ujian masing-masing. Ini ujian sis. Mungkin berjaya, mungkin tidak. Usahalah sebagai isteri yang solehah. Ingatlah bagaimana Asiah isteri Firaun taat, bagaimana puteri Rasulullah taat pada suami dan terus berdoa selagi suami sendiri tidak menyatakan cerai. Mohon doa daripada keluarga terdekat agar perkahwinan sis dengan suami terus kekal dengan izinNya.
Semoga Allah swt berkati dan permudahkan sis dalam usaha murni ini, dan semoga Allah swt berikan hidayah pada suami.


======================================================================

Betulkah nasihat yang saya berikan itu?
Ada cadangan lain yang boleh saudara-saudari berikan untuk membantu Husna dan suaminya, Hans?

nota: *** edit sedikit sebanyak sebab emel kami yang sebenar panjang