"Aliya mandikan baby dengan air daun liu, insyaAllah turun nanti."
"Boleh cuba guna air mandian asam keping, tapi jangan kena mata, pedih nanti.'
Saya dengar, dan berikhtiar juga.
Boleh dikatakan hampir semua petua yang diberi sudah kami cuba. Malah diberikan juga air zam-zam, air susu, perahan sengkuang cina [kalau ikut cakap doktor, hanya boleh air susu ibu saja] namun masih juga belum sembuh sepenuhnya si kecil ini.
Sudah lebih seminggu Ihsan demam kuning. Penat kami suami isteri berulang ke klinik untuk mengambil bacaan darahnya. Kasihan dia dicucuk di tapak kaki untuk diambil sampel darah.
Ketika ini, banyak urusan pejabat yang perlu dibereskan suami; kasihan, tak berehat dia.
Kadangkala kerana sibuk dan kesesakan lalulintas, terlambat juga kami ke klinik, maka bertawakkal sajalah padaNya yang Maha Berkuasa.
Nampaknya inilah antara ujian Allah pada kami sekeluarga pada Ramadhan ini. Sabar jelah.
Saya pun letih, apatah lagi dengan si Ihsan ini lebih banyak menyusu badan pada awal pagi. Jikalau hanya menyusu badan, alamatnya berjam-jamlah saya mendukung dia kerana dia tidak mahu menyusu dalam posisi berbaring. Terpaksa diampu kepalanya seolah-olah memegang bola ragbi barulah dia nak menyusu, huhu. Lenguh tangan.
Saya terpaksa perah juga susu badan untuk simpanan stok kerana dia akan meraung apabila mahukan susu. Sekali minum lebih daripada 2 oz. Jika menyusu badan saja, tak buat kerja lainlah saya ni. Syukur kali ini susu badan agak banyak, berbanding ketika melahirkan Ikram dulu.
Ni pun syukur abangnya, Ikram kurang meragam. Diperhatikannya sahaja dalam diam ketika saya menyusu Ihsan.
Botol susu masih diharamkan untuk Ihsan. Saya suapkan dengan sudu kecil. Letih kerja ini, tapi apa nak buat, demi kebaikannya, terpaksalah dilakukan. Bimbang apabila diberikan botol susu dengan puting, nanti Ihsan keliru puting, langsung ditolaknya susu badan kerana menyusu dengan botol lebih mudah dan cepat baginya.
Alhamdulillah, setakat ini, Ihsan masih kuat menyusu badan, dan kuat menyusu dengan susu kecil, hehehe.
Kata orang tua-tua, tak boleh guna benda-benda berwarna kuning pada bayi. Kerana akan menaikkan demam kuningnya. Saya setkan minda, tak mahu percayai. Tapi memang kami tak guna pakaian kuning pun bagi Ihsan. Yang ada pun hanya tirai berwarna kuning, itupun tirai bilik tidur.
Takut nanti syirik pula jika percaya bahawa warna kuning boleh menyebabkan penyakit, sedangkan sakit sembuh penyakit di tangan Allah swt. Hanya mampu berdoa padaNya agar disembuhkan anak saya ini daripada segala penyakit yang ada di badannya. Risiko demam kuning yang tidak dikawal memang membahayakan. Saya dan suami dah berikhtiar, selebihnya berserah padaNya yang Maha Berkuasa.
Semoga Dia permudahkan urusan dan sembuhkan Ihsan daripada demam kuning dan segala penyakitnya dengan mudah dan cepat, ameen.
sudah botak la, ummi.. |
ustaz sibuk menyuapkan kurma ke mulut Ihsan, Ikram pula 'keipo' melihat gelagat |
Kedatangan Ramadhan kurang terasa tahun ni, mungkin kerana sibuk dengan karenah anak-anak dan sebab masih dalam pantang. Walau bagaimanapun, semoga semua pengunjung blog ini diberkatiNya pada bulan Ramadhan, semoga terus kukuh dalam iman,dan sihat serta kuat mengerjakan ibadah sempena bulan yang mulia ini.
Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak.
Antara petua yang diterima untuk sembuhkan anak dari demam kuning/jaundis:
Mandi dengan - daun limau purut, daun pokok liu, kucai dan kacang kuda, asam keping
Beri minum [jangan beritahu nurse/doktor, k] - air zamzam, titisan susu kambing
Si ibu minum - air sengkuang cina
15/8 = Alhamdulillah... demam kuning disahkan surut semasa membuat lawatan anak umur sebulan di KKSJ.. doktor kata tak payah ambil bacaan jaundis lagi sebab kurang daripada bacaan kurang daripada 100.
Masyarakat Melayu memang byk unsur khurafatnya. Berjuang dengan ilmu dan hikmah untuk membasminya perlahan2...
ReplyDeletePetua org2 x salah dicuba. Jika x bercanggah agama dan memudaratkan kesihatan xde salahnya dicuba..
joe,
ReplyDeleteSaya cuba macam-macam petua untuk sembuhkan Ihsan dari demam kuning tapi entah mengapa, lambat sangat nak turun bacaannya. InsyaAllah, akan sembuh sepenuhnya nanti,sabar saja, tentu ada hikmahnya.
petua mmg byk tapi sll nya susu kambing would do,
ReplyDeletesemua atas izinNya. kurafat2 jgn percaya.
hope your son get well soon..
bnyakkan berdoa
^__^
InsyaAllah Jaundis neonat yg dialami Ihsan kini beransur surut ke aras normal.
ReplyDelete-Mgkn jaundis tersebut cuma jenis fisiologikal, (yakni bukan patologikal)wlpn sedikit berpanjangan (bahkan kadang mengambil masa 1 bulan utk betul2 sampal ke aras normal (34 umol/L @ 2 mg/dL) terutamanya jika susu badan melambatkan sedikit proses penurunan bilirubin)
-Oleh kerana Ihsan tidak diberi fototerapi , ini menandakan aras bilirubinnya tdk sebegitu tinggi (> 21 mg/dL). Bahkan "transfusi pertukaran (darah) disarankan jika arasnya lebih tingg(>25mg/dL).
Semoga kedua2 anak & ibunya (serta ayahnya) bertambah sehat & lebih selesa menangani tugas mereka seterusnya.
Wassalam, NAS
utk makluman umum, jaumdis fisiologikal, biasanya dialami oleh bayi dalam hari 10 pertama kehidupannya (biasanya maksimal pd hari ke-5)...
ReplyDelete-Pada fasa pertama, aras bilirubinnya akan mencecah 204 umol/L @ 12 mg/dL., manakala bayi pramatang mungkin mencecah 255 umol/L @ 15 mg/dL).
Aras bilirubin ini akan surut lebih perlahan2 pd fasa kedua, sehinggalah sampai ke aras normal.
izinkan saya berikan sedikit penerangan istilah:
ReplyDeletejaundis (BM) = jaundice (BI)= "sakit" kekuningan.
-neonat (BM) = neonate (BI) = bayi berusia 1 bulan ke bawah.
-jaundis neonat (BM) = neonatal jaundice
-bilirubin (BM=BI) = bahan kimia kumuhan drpd hati yg membuatkan kulit nampak kekuningan. Boleh jadi merbahaya jika terlampau tinggi, dan perlu dirawat dgn fototerapi @ transfusi pertukaran (darah).
-jaundis fisologikal = jaundis berlaku (normal)kpd setiap bayi sebelum hatinya menjadi lebih matang.
-jaundis patologikal = apabila peningkatan bilirubin disebabkan oleh penyakit tertentu, cth "perdarahan", penyumbatan salur hempedu dll.
Waalaikumussalam kakudadotcom,
ReplyDeleteInsyaAllah, masih menunggu susu kambing tiba, hehehe [saya jarang keluar rumah kerana menyusu badan]
Benar, tak mahu percaya pada kurafat. Terima kasih atas doa, ameen.
Waalaikumussalam nas,
ReplyDeleteSetakat ni alhamduillah, masih ok. Pernah diberi fototerapi masa di wad kerana mencapai 268 pada hari ke-4,menurun ke 215, tetapi naik semula bila balik ke rumah. Sekarang bacaan dah turun tetapi pada kadar yang lambat. Ini pun saya tak makan jamu, halia mahupun minyak bijan kerana ikut nasihat jururawat. Saya tak mahu bawa ke hospital jika tahap kurang 200, kerana susah nanti bila anak kecil dijadikan seperti bahan ujikaji pula, dicucuk sana sini. Hanya mampu berdoa agar dia cepat sembuh.Setakat ni alhamdulillah, aktif.