Friday, April 30

CERAMAH LAGI

InsyaAllah malam ini selepas solat maghrib di surau taman perumahan saya, saya akan menyampaikan ceramah ringkas.
Oleh kerana masa terhad, tak banyak yang boleh dikongsi bersama. Terpaksa pilih dengan teliti isi yang hendak disampaikan.
Walaupun ini bukan kali pertama saya menyampaikan ceramah [lebih kepada syarahan umum] saya masih risau. Maklumlah sudah setahun diri ini tidak berceramah, iaitu semenjak mengandung. Dah ingat-ingat lupa isi kandungan ceramah yang disampaikan dulu.
Tolong doakan agar saya dapat sampaikan dengan sebaik mungkin, dan semoga par hadirin yang mendengar dapat memahami mesej yang hendak disampaikan.

Anakku... jangan nakal sangat pada malam ni, ya!

Terkini:
Alhamdulillah, selesai sudah sesi ceramah di surau. Lega. Walaupun ada sedikit masalah teknikal, ceramah berjaya disampaikan dengan sebaiknya. Saya sebenarnya tak berapa puas hati dengan penyampaian pada malam ini, banyak tersangkut kerana masalah teknikal [tayangan powerpoint ] tetapi apakan daya, itu pun satu bentuk ujianNya untuk menguji kesabaran kita.
Selesai saja sesi ceramah, hujan lebat turun selama kira-kira 30 minit. Ramai yang tersangkut di surau kerana tertinggal payung di dalam kereta. Syukur, hadirin yang ada dapat menjamu selera dengan soto dan air teh-O oleh pihak pengurusan surau. Keadaan surau itu memang baik; tip-top!
Anak dalam kandungan baik sekali, tak ganggu umminya langsung semasa sesi ceramah [biasanya malam-malam dia berlatih silat].
Bertambah lagi kenalan, alhamdulillah.
Kata suami dalam perjalanan pulang," Selepas ini, orang dah kenal kita, perlulah lebih berhati-hati [dengan penampilan dan gaya hidup kita sebagai orang Islam]." InsyaAllah...

Maaf, kerana kalut dengan masalah teknikal pada permulaan ceramah, kami berdua suami-isteri terlupa mengambil gambar foto di surau untuk kenang-kenangan :)

Tuesday, April 27

WARNING

I'm on medical leave again, sigh. My boss and colleagues will not be happy.

The friendly lady doctor at the government clinic warned that due to some common infections affecting about 20% of pregnant women, I might go into preterm labor before the due date. Argghhh, horrors! Alhamdulillah, the cervix is still closed [ouch, the checkup was not very pleasant] and the baby still happily kickboxing. I begged not to be warded and promised to be good at home [meaning be lazier, LOL] mainly because I hate being poked with needles. The tube, used for emergency drips inserted at the back of the left hand of every warded patient, is very uncomfortable and at times painful. Besides, baby is still premature.

There are so many things to be done before the Big Day, half of them at school. Forms and forms to be filled up, test papers to be prepared, books to be marked.. the usual stuff. I just hope that I'd have enough time to settle everything propely before I enter the hospital for the baby's arrival.

This Friday, insyaAllah, will be ceramah day. I was invited to give a short talk at the surau. In the beginning I was unsure due to the current unstable pregnancy state but as husband said,"There's no holiday in dakwah work!", so I've decided to be bold and accept the challenge. If I should suddenly go into labour during the talk, there'd be more than enough people to take the role as a midwife and drive me to the hospital, hahahaaa.. I haven't decided what to talk about in the 1-hour talk [between maghrib and isyak] but it'd be something close to my heart- the challenges of the new reverts, especially Muslimah. Will have to ask the 'Big Boss' for guidance :)

So friends, if you notice that I've stopped answering comments or posting articles in the blog for more than 3 days, then it'd probably mean that the baby has arrived. Although I'm hoping and praying hard [and telling baby that's it's better being inside his ummi than venturing out now] that I'd deliver the baby in the 38th week of pregnancy, you'd never know what Allah swt has planned. Got to tawakkal.

Till next time, have a lovely day. I'm going for my bed rest now, hehehe..

Monday, April 26

IT'S ONLY WORDS...

Once there was a man and his wife. The man used to say to the wife," Go jump into the lake.. go and jump down the bridge... go and die la!" each time they had an argument. When queried, he gave the excuse that he had said them in anger, and that he didn't meant those words he uttered. He claimed that he still loved the wife.
However, it was not so with the wife. After tolerating the verbal abuse and being patient for many years, she finally left him. He was devastated. He could not believe when she told him that the hurtful words he had uttered during their 13-year marriage[without apologies to her afterward], had contributed to its breakdown.
He regretted his actions but it was too late.
It took him a long long time to recover from the divorce and be happy again.

Harsh words break no bones but they do break hearts.

The Malays have a saying, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."
To say something wrongly will bring harmful results, so always guard your tongue especially when speaking to your loved ones. Some people are very polite to their friends but careless when talking to their family members.

The tongue plays an important role in a person's life, as the body warns the tongue, "Fear Allah concerning us for we are dependent upon you. If you are upright then we are upright and if you are corrupt then we will be corrupt." [Sunan at-Tarmizhi, Mishkaat and Riyaadh as-Saleheen]

The responsibility of the Muslim regarding what he says is mentioned in the Qur'an:

"Not a word does he utter but there is a watcher by him ready to record it"
[Surah Qaf 50: 18].

The Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, said that a pious man from Bani Israel use to see his fellow man always committing sins. One day the pious man swore to the sinner: "By Allah, He will never forgive you." Allah was displeased with what the pious man said because only Allah knows what is our destiny, whether someone will end up in Paradise or Hell. Because of this, when the two men died, the pious man was punished and put into Hell and the sinner was forgiven by Allah. [Sunan Abu Daud]

image: http://openreflections.files.wordpress.com/2009/08/the-power-of-words.jpg

Friday, April 23

PANTANG LARANG LAGI

" Jangan bawa balik katil-katil tu, tunggu sampai awak masuk hospital baru ambil dan pasang di rumah. Atau lebih senang lagi , beli baru saja. Nanti terkena 'chong' [bala] susah..."
" Tak perlulah buat renovacation, biar selepas bersalin baru buat."

Saya dengar sahaja. Mak masih membebel panjang. Aduh, silap saya juga, memberitahunya bahawa kami bercadang memindahkan katil-katil bujang saya yang masih elok dari rumah lama ke rumah sekarang. Buat persiapan untuk saya gunakan di bilik tetamu tingkat bawah rumah semasa berpantang. Bahaya dan menyusahkan untuk saya naik turun tangga rumah sejurus selepas bersalin. Lagipun membazir saja kalau dibiarkan katil yang masih elok itu dibiarkan tanpa digunakan; masih perlu dipindahkan ke sini juga kelak. Kalau dibeli yang baru, mana pula hendak diletakkan yang lama nanti? Ruang rumah terhad.

Orang Cina memang banyak pantang larang untuk wanita mengandung.
Tak boleh buat renovation - takut anak cacat atau keguguran.
Tak boleh gerudi atau paku dinding rumah - takut anak buta.
Tak boleh pindahkan perabot dalam rumah - takut anak songsang.
Tak boleh hadiri pengebumian atau perkahwinan - takut kena bala
Tak boleh gunting atau potong apa-apa ketika duduk atas katil - takut uri anak terputus
Tak boleh guna glue - takut susah bersalin
Tak boleh beli stroller bayi dan simpan di rumah - takut membawa malapetaka
Perlu letakkan sebilah pisau di bawah katil - untuk elak gangguan makhluk halus

Saya tak percaya mahupun ikut taboo-taboo itu.
Namun begitu, untuk menjaga hati Mak, saya tidak memberitahunya bahawa kami masih jalankan sedikit renovation di rumah selepas mendapati saya mengandung. Mana boleh tunggu 9 bulan?
Syukur Mak tinggal kira-kira sejam dari rumah saya, dan perlu bergantung kepada adik untuk menghantarnya ke sini. Tak dapat la inspectorate di rumah setiap minggu, hahaha. Saya tahu Mak hanya risaukan keadaan saya dan cucunya tetapi bagi saya, susah nak terima bulat-bulat kepercayaan dan pantang larang untuk wanita mengandung itu.
Lagipun Allah swt yang menentukan masa depan dan keadaan fizikal dan mental anak yang bakal dilahirkan, bukannya kerana tindakan si ibu yang melanggar pantang larang itu.
Kalau terjadi pun, itu hanya secara kebetulan.

Amaran Mak saya beritahu kepada suami.
"Percaya tak?" suami bertanya.
"Tak 'cayalah... jadi bila nak ambil katil tu?" jawab saya. Lagi 5 minggu sebelum tarikh bersalin yang diberikan oleh doktor.
Yang perlu uruskan perkara itu adalah kami berdua; yang perlu angkat katil tentu sekali bukan saya.
" Tidur di atas tilam sajalah, tak perlu katil. Lagipun tak lama. Nanti kalau jadi apa-apa pada Yang dan anak, nanti Mak awak pula yang marah,' I told you so!'" cadang suami.
Arghhh, pulak...
Saya tak sanggup tidur di atas tilam tanpa katil, tambahan pula saya bakal menjalani pembedahan cesarean. Tentu susah dan sakit jikalau bangun dari tilam yang rendah. Gara-gara pantang larang, saya pula jadi mangsa, ishhhh tak mau!
Nak katil juga.. baru atau lama.
Anakku... ummi nak mogok ni!

Tuesday, April 20

WANGI SEKARANG...

"Cikgu, best la minyak wangi ni.. mai saya pakaikan," kata seorang pelajar sambil menghulurkan sebotol minyak wangi jenis roll on kepada saya.
Saya menggeleng kepala lalu tersenyum.
"Terima kasih tapi cikgu tak boleh pakai di sekolah. Haram hukumnya jika bau wangi pada badan ni dicium oleh lelaki bukan muhrim," saya jelaskan kepadanya.
"Oh... betulkah?" dia mengerutkan wajahnya. Menimbang. Menilai.
"Ya, betul... kalau wanita Islam keluar rumah dengan badannya berbau harum dan bau itu tercium oleh lelaki yang bukan muhrimnya, dia dah buat perkara yang haram di sisi agama Islam. Kita boleh pakai minyak wangi di rumah bila bersama dengan keluarga, tapi tak boleh bila berada di luar rumah."
Saya sengaja memberi penerangan yang ringkas kepadanya, sesuai dengan tahap pemahamannya. Kalau terlalu berat dan disusuli dengan hukum lain, takut nanti dia pula menjadi takut dan menolak.
Saya memerhati mereka dari jauh, anak-anak dara belasan tahun. Entah dari mana dan siapa yang membawa botol minyak wangi itu ke sekolah. Memang harum sungguh, sampai saya pun turut tercium.
"Eh, pergi jauh-jauh. Awak tak boleh dekat, haram... kami pakai minyak wangi!" tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang mendekati, mereka halau dengan garang.
Aik, begitu pula jadinya!

Saya paling takut menghampiri gerai-gerai yang menjual minyak wangi di gedung membeli-belah. Kedudukan gerai di tengah-tengah tempat lalu-lalang orang ramai menyebabkan mahu atau tidak, orang ramai terpaksa lalu di situ. Kalau nasib kurang baik, ada saja jurujual wanita yang menghampiri dengan sebotol minyak wangi dan menyemburnya ke tangan saya, atau mencalitnya ke pergelangan tangan tanpa meminta kebenaran. Gimik jualan. Hampir menjerit saya dibuatnya.
"Tak mau, tak mau," saya memberi isyarat tangan apabila melihat seorang jurujual sudah menghampiri.
"Kak, cubalah... percuma. Wangi ni, tak perlu beli. Cuba dulu, kalau suka baru beli," pujuknya.
"Tak mau, tak boleh. Saya nak shopping lagi."
Saja saya tidak mahu menerangkan kepada perempuan Melayu itu yang berwajah bertukar menjadi masam mencuka itu mengapa saya menolak tawarannya. Nanti lagi dia tersinggung.
Aduh, mereka tidak faham atau buat-buat tak faham. Islam melarang wanita daripada memakai minyak wangi di luar rumah.

Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid niscaya tidak diterima sholatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

“ Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi janabat.” (Shahih riwayat Nasa’i dari Abu Hurairah).

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa).

Tapi sekarang, ramai wanita yang berminyak wangi di luar rumah termasuklah Muslimah. Sedih, sungguh sedih. Takkan mereka tidak tahu tentang larangan memakai minyak wangi di luar rumah? Sukakah mereka jikalau digelar wanita berzina?

"Habis takkan nak berbau masam pula bila berpeluh? Kita ni wanita berkerjaya, kenalah jaga body dan jaga penampilan. Cuaca panas, kenalah pakai minyak wangi untuk menutup bau badan! Zaman dah berubah, kita pun kenalah sesuaikan dengan perubahan zaman."

Hello, kawan. Kalau tak faham hukum agama Islam, pergilah menuntut semula dengan ustazah. Buka balik kitab-kitab agama dan buku-buku fiqah yang menjadi koleksi pameran di almari rumah. Jangan cepat melenting apabila ditegur tentang tabiatmu yang selalu keluar rumah ke mana-mana dengan bau minyak wangi yang menusuk hidung sesiapa yang mendekatimu.
Berhati-hatilah ketika menyuarakan pendapat tentang hukum agama.
Mengapa perlu lihat pemakaian minyak wangi dari satu sudut sahaja?
Kalau badan berbau kurang menyenangkan, pakailah deodorant yang kurang wangi. Malah sekarang pun sudah ada deodorant yang dibuat daripada kristal yang tidak mempunyai sebarang bau dan tahan lama apabila disapu pada badan.
Tidak semestinya kaum wanita perlu bergantung kepada pemakaian minyak wangi sahaja apabila keluar rumah. Pilihan masih ada iaitu deodorant yang tidak berbau, atau baunya tidak kuat dan wangi sehingga menarik perhatian orang lain.

"Minyak wangi ni ada banyak kategori. Takkan semuanya diharamkan pakai di sisi agama? Takkan pakai minyak attar yang tiada alkohol pun tak boleh."

Minyak wangi bermaksud ia wangi. Asalkan ia berbau wangi dan boleh menarik perhatian orang lain sehingga oang suka dengan bau itu, hukumnya haram dipakai di luar rumah. Tak kiralah minyak attar yang dibeli di Makkah, minyak attar yang dibeli di pasar malam atau minyak wangi berjenama yang dibeli di Paris. Haram dipakai di luar rumah kecualilah kalau kamu mahu dicop sebagai wanita penzina oleh malaikat yang mencatat riwayat hidupmu.

"Kalau semua wanita tak pakai minyak wangi, tutuplah kedai perfum!"
Siapa kata? Minyak wangi masih boleh dipakai oleh Muslimah ketika berada di rumah, malah disyorkan isteri pakai untuk suami.
Cuma yang dilarang adalah tabiat Muslimah yang suka memakai minyak wangi di luar rumah sehingga baunya dicium oleh lelaki lain, dan ke masjid untuk solat, termasuklah ketika mahu solat hari raya di masjid-masjid.
Kalau Muslimah itu memakai minyak wangi lalu keluar rumahnya terus ke perhimpunan wanita atau rumah saudara/kawan wanita tanpa berjalan di kawasan lelaki, atau bau minyak wanginya itu tidak dicium oleh seorang lelaki bukan muhrim pun sehingga dia pulang semula ke rumahnya, maka itu dibolehkan.

"Kalau Muslimah berbau busuk kerana tidak memakai minyak wangi, nanti orang nonMuslim akan katakan kita ini golongan yang pengotor!"
Ishhh, ishh, ishhh... yang menyebabkan bau badan awak itu busuk bukan kerana tidak memakai minyak wangi tetapi kerana bau dari bawah ketiak awak. Mungkin kerana pemakanan awak yang tidak seimbang atau kerana awak tak mandi. Nak atasi masalah bau badan, kenalah gunakan deodorant atau anti pespirant, bukan dengan menyembur minyak wangi.
Orang non Muslim takkan menuduh Muslimah sebagai golongan pengotor kerana tidak memakai minyak wangi, malah ada yang akan berterima kasih kerana awak tidak seperti Muslimah tertentu yang berjalan ke sana sini seolah-olah sebotol minyak wangi tertumpah ke atas badannya. Namun mereka akan memandang sinis jikalau awak sebagai Muslimah memakai tudung yang kotor dan busuk, mulut awak berbau kerana tak bersihkan selepas makan, atau awak memakai makeup yang terlalu tebal sehingga awak kelihatan seperti pelakon opera Cina.

"Lelaki Islam boleh pakai minyak wangi, mengapa wanita Islam tidak boleh? Ini diskriminasi namanya, tak adil!"
Lelaki Islam memang sunat berwangi-wangian dengan minyak wangi yang halal semasa ke masjid untuk solat berjemaah. Tapi Muslimah lain. Islam melarang Muslimah berwangi-wangian di luar rumah tentu ada sebabnya. Untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri dan menjauhkannya dari perhatian lelaki serta fitnah yang boleh berlaku.Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Wanita dicipta berlainan daripada lelaki, dan diberi tanggungjawab sesuai dengan fitrah kewanitaannya.

Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah swt berikan kepada kaum Muslimah.
Selidiki semula niat anda memakai minyak wangi atau perfume.

Sunday, April 18

MOM AND MY PHOTOS

One of the things that I didn't tell my mother until today, is my involvement in dakwah Islamiyah. Blogging. Giving ceramah and sharing my experiences. Answering emails from those interested and those against Islam.
As Mom has always been rather negative towards my insistence on wearing the hijab, I've taken special care not to say much about my 'other work'.
She might not like it. She might nag.
It's one thing having a prodigal daughter who reverted to Islam. It's another thing having that daughter doing dakwah and explaining about Islam so as to invite others to join her.
Well, I kept it from her until recently. She found out during the Chinese New Year reunion dinner.

While waiting for the food to be served at the Radix Oriental Cuisine restaurant, I passed around some photo albums of the pictures husband and I had taken in 2009 for my parents-in-law, brother and Mom to see. Photographs of our holidays in Medan, my students, my house, and my ceramah at USM and UiTM Segamat.
"What's this?"Mom asked as she stared at the photo of me giving a ceramah at USM.
Oooppps, I had forgotten to keep that album from her.
"That's me, giving a ceramah at USM," I answered, watching her face carefully.
"Hmmmm.." she grunted and flipped to see more pictures of me at the ceramah. Anyone who saw the photos would know that I was presenting an Islamic ceramah due to the slides at the background. And Mom is not illiterate. She can read and write in Mandarin, English and Malay [now, with the aid of a magnifying glass].

Fortunately, both mom-in-law and father-in-law were with us. They're my life-savers, as Mom has been brought up to honour 'one's face'. She will never create a scene in public, not in front of my in-laws anyway.
And I'm still waiting for her to bring up that subject of me giving ceramah about Islam in public, but she hasn't done so.
Hopefully, she's accepted the fact that I'll never turn my back on Islam.
Mothers... you'd want so much to be in their good books but sometimes what you'd get is their disapproving looks.

Saturday, April 17

NAK 'TACKLE' DIA

"Amin... mari sini jap," saya memanggilnya sebaik saja dia masuk semula ke dalam bilik.
"Mengapa t'cher?" jawabnya selamba. Ketua kumpulan hero dalam kelas yang tinggi lampai itu mendekati meja guru.
"Ni... cuba tengok ni. Nama kamu dah naik sekali lagi, kamu tak ada di dalam kelas," saya menunjukkan buku kepadanya. "Hampir setiap hari sepanjang minggu ni. Mana kamu pergi pada waktu-waktu ni?"
Amin [bukan nama sebenar] menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"La, t'cher... waktu dia saja saya tak de..."
"Itu kata kamu tapi buku ni ada catatan bukan seorang tetapi beberapa orang guru yang menyatakan kamu tak ada di dalam kelas semasa subjek mereka. Apa alasan kamu, bila guru disiplin panggil pada hari Isnin nanti?"
Dia menunduk diam.
"Mana kamu pergi? Kamu merokok di dalam tandas, ya?" saya memandang tepat pada wajahnya yang dipenuhi jerawat.
"Eh, takdelah t'cher. Saya merokok di luar saja!"
Ahhh, mengaku merokok juga!
"Masuk lewat pun ditulis. Taulah cikgu tu anti-kami, siap dia nanti!" Amin kelihatan tidak puas hati sambil membelek-belek buku panjang itu.
"Amin.. cikgu tulis nama kamu sebab mereka ikut peraturan sekolah. Mana-mana pelajar yang tiada dalam kelas semasa waktunya tanpa sebab perlu dilaporkan. Takut kamu dicolek, dipukul gangster atau cedera parah di kawasan sekolah tanpa pengetahuan pihak sekolah. Kalau kamu tak suka subjek atau cikgu yang mengajar pun, kamu masih perlu duduk di dalam kelas. Bila kamu tiada, cikgu wajib merekod nama kamu di dalam buku ini; tak baik marah pada cikgu yang cuma jalankan tugasnya, ok? Walaupun dia mungkin ajar kamu sebaris ayat saja, dia tetap cikgu kamu, sebagai orang Islam kamu wajib hormatinya."
Wajah Amin masih masam mencuka.
"Saya tak mahu kamu dikenakan tindakan disiplin oleh pengetua. Sukakah kamu lihat nama sendiri ditulis pada kolum pelajar ponteng atau masuk lewat pada setiap hari?"
"Tak!" jawabnya ringkas.
"Kalau gitu, tolong pastikan tak berlaku lagi, ya. Saya pun tak suka lihat nama kamu dicatat kerana ponteng, lebih-lebih lagi melihat kamu didenda. Dan tolong sediakan jawapan kamu kalau disoal siasat oleh guru disiplin atau pengetua nanti, k."
Amin mengangguk, lalu berjalan menuju mejanya di hujung bilik.

"Teacher... Amin, Syakir dan Shafiq belum hantar buku," adu ketua tingkatan.
"Biarlah... kamu pergilah makan dulu.. sekarang masa rehat kamu. Saya dah kenyang. Yang penting mereka nak siapkan kerja, walaupun lambat sedikit. Nanti ada juga bukti bahawa mereka membuat kerja bertulis pada hari ini."
"T'cher... baru siap sampai nombor 11," kata Amin sambil menghulurkan buku tulisnya. Kawan-kawannya yang lain berdiri di belakangnya dengan buku masing-masing.
"Ok, saya terima. Thank you."
"Thank you, t'cher," katanya sambil tersenyum.

* Kuasa dan pengaruh sebagai guru kelas perlu digunakan dengan sebaiknya. Kalau saya membebel dan memarahi Amin dan gengnya dengan kasar kerana rekod kehadiran yang tidak memuaskan, mungkin akan berlaku kes murid lawan guru. Walaupun saya mengaku saya bukan seorang guru yang cemerlang, dan bukan semua pelajar mahu berubah apabila ditegur, alhamdulillah saya bersyukur kerana masih ada segelintir yang mahu bekerjasama. Semoga Allah berkati pelajar yang masih hormat pada guru.

Thursday, April 15

BAHAGIA

Rasa bahagia sebagai seorang isteri apabila...

~ dikucup suami setelah selesai menunaikan solat sunat selepas baru menikah

~ selesai solat berjemaah berimamkan suami di rumah [bukan selalu dapat]

~ bangun dari tidur sebelum subuh dan melihat suami sedang khusyuk mengerjakan solat

~ masak ala kadar tetapi suami makan licin lalu mengucapkan "terima kasih"

~ menerima panggilan dari suami yang sekadar bertanya khabar [tensen di pejabat terus hilang]

~ suami membantu tanpa diminta

~ suami memberi hadiah tanpa diduga.

Anda bagaimana?

Tuesday, April 13

KALAU SUAMIKU CURANG

Pada suatu hari yang membosankan, saya terdengar...

"Isshhh... teruknya berita ni! Tengok ni, suami curang apabila isteri sarat mengandung."
"Kesian pada bininya, kan. Kalau terjadi pada saya, entahlah.."
"Kalau saya, jangan harap saya layan lagi. Susah-susah kita mengandungkan anak dia, dia pula menggatal dengan betina lain. Jantan tak guna!"
"Eh, Ita, tak boleh tu! Berdosa nanti, tau!"
"Dosa apa pula, Kak Nah? Kalau suami yang buat salah dulu, curang pada isteri, takkan isteri kena terus layan makan minum dan segalanya pula? Kalau dia tak hargai isteri, buat apa isteri pula kena terus berbuat baik? Kalau saya, saya tak layan dah!"
"Kalau suami curang pada isteri, suami berdosa pada Allah. Antara dia dengan Allah, bukan dengan isteri. Walau apa pun, kita perlu teruskan tanggungjawab kita padanya selagi kita masih
berstatus isterinya."
"Biar betul kak... walaupun dia curang? Walaupun dia berzina dengan pompuan lain? Senyap-senyap kahwin lain?"
"Curang, zina, maksiat.. itu antara dia dengan Allah. Yang berdosa dia. Dia yang kena tanggung sendiri dosanya, tak ada kaitan dengan hubungan kita. Kalau kita sebagai isteri tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri sedangkan dia masih suami kita, tidak berlaku perceraian, kita pula yang berdosa."
"Jadi... kalau kita merajuk tak layan.. lari balik kampung tu.. berdosakah?"
"Memang la berdosa, walaupun ketika itu kita rasa ditipu suami. Biasanya kalau suami isteri bergaduh, isteri akan lari balik kampung, merajuk di rumah orang tuanya, bukan? Dalam hati berkata,'Biar dia rasa tanpa aku di sampingnya. Kalau dia tak datang pujuk, aku tak nak balik rumah!' Tapi dari hukum Islam, berdosa seorang isteri meninggalkan rumah tanpa kebenaran suaminya, kecuali nyawanya dalam bahaya."
"Kalau macam tu, tak adillah! Suami bebas melakukan apa saja, sedangkan isteri perlu patuh dan taat padanya, walaupun dia menyakitkan hati isteri."
"Hak dan tanggungjawab suami serta isteri sudah pun ada dalam ajaran Islam. Islam ada garis panduan tetang cara hidup berumahtangga. Ikut sajalah. Bila berlaku krisis dalam rumahtangga, kena ingat balik sebba apa kita berkahwin. Kerana cinta, kerana harta atau kerana mahu keberkatan Allah?"

Hmmmm...
Kalau suami saya curang, nak buat apa ehh?
Cuba lihat apa yang disebutkan dalam Islam.

1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul
Ramai yang ketika mahu menikah atau mencari calon suami/isteri akan berkata, nak yang beriman. Kalau seseorang mahu pasangan yang beriman, dia perlulah menjadi seorang yang beriman dahulu. Dia sendiri perlulah menjadi seorang yang taat dan kasih kepada Allah swt dan Rasulullah, melebihi segalanya. InsyaAllah orang yang taat dan kasih pada Allah swt tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar syariat Islam; kalau buat pun, akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.
Itu termasuk para isteri; keperluan bersabar dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri kepada suaminya dan ibu kepada anak-anaknya, selagi tidak bercanggah dengan hukum Islam dan membahayakan nyawanya sendiri, kerana tugas dan tanggungjawab itu masih dituntut sehingga sah bukan lagi berstatus isteri [melalui perceraian atau kematian suami/isteri].

2. Takut pada Allah
Beringat-ingat ketika rumahtangga dilanda ribut. Ketika iman diuji, emosi bergoncang dan marah meluap-luap, beringatlah pada Allah dan nasihat Rasulullah.

Jangan dilayan nafsu amarah sehingga terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan suara isteri itu lebih kuat daripada suara suami ketika berbicara.
Jangan berdendam kesumat dengan suami kerana kesalahannya sehingga mengaibkan suami di hadapan ahli keluarganya dan orang lain.
Kemarahan itu adalah bara api dari neraka dan pada ketika itu, kita lalai dengan suruhan Allah, maka syaitan dapat mengalahkan kita. Mahukah kita menjadi sahabat syaitan?
Orang yang takut pada Allah tidak akan melakukan perkara yang akan mengundang kemurkaanNya.


3. Berserah kepada Allah
Jodoh di tangan Allah. Dia yang menentukan siapa pasangan hidup kita, dan Dia yang juga boleh memisahkan kita dari suami/isteri kita.
Ujian dalam rumahtangga sesuatu yang lumrah, kerana Allah akan sentiasa menguji pasangan yang berkahwin. Allah akan uji lebih-lebih lagi jikalau kita terlalu menggantung kebahagiaan kita pada suami/isteri dan kurangnya pada Allah swt. Syaitan pula akan sentiasa berusaha memisahkan pasangan suami-isteri, kerana kejatuhan sesebuah rumahtangga adalah kemenangan bagi syaitan yang berjaya menghasut.
Kalau masih boleh hidup bersama, banyakkan berdoa dan memohon bantuanNya untuk membina rumahtangga sakinah.
Klaau diri sudah tidak mampu bertahan dan meneruskan hidup sebagai isterinya, berpisahlah dengan cara yang baik, dan percayalah bahawa rahmat dan kasih sayang Allah tetap ada, mungkin akan digantiNya dengan yang lebih baik.

4. Ingat Allah Maha Adil.
Di dunia moden ini, ada yang berpendapat,'Kalau suami curang, isteri pun boleh curang. Baru adil.'
Ingat hukum Allah. Jangan guna logik akal saja.
Suami berzina, dia berdosa pada Allah.
Isteri berzina, dia berdosa pada Allah dan juga nusyuz pada suaminya.

Saturday, April 10

KOMEN MAK TENTANG BAKAL CUCUNYA

Kata Mak saya ketika berbual dalam bahasa Hokkien melalui telefon, "Saya harap anak awak tu lelaki."
"Kenapa?" saja saya tanya walaupun dah boleh agak sebabnya.
"Kalau lelaki, tak payah pakai tudung. Kesian dia nanti, kecil-kecil dah dipaksa tutup kepala, panaslah. Kalau ikut suami awak tu, rasa-rasanya umur 2 tahun dah disarungkan tudung dan dipakaikan dengan baju lengan panjang! Boleh mati lemas kerana terlalu panas!" suara Mak dengan nada kurang puas hati.
Mak berpendapat saya beralih memakai tudung labuh kerana pengaruh suami saya, yang dianggapnya agak 'Islamic religious'.

Saya tersenyum.
Aahhh, sampai hari ini isu tudung masih menjadi topik perbualan kami.
Kalau dulu saya disuruh tak pakai, sekarang bakal cucu ini pula dikhuatiri perempuan kerana katanya cucu emasnya ini akan dipaksa bertudung dari kecil.
Mak ohh mak.

Dari awal dulu lagi ketika saya memberitahunya bahawa saya mengandung, dia sudah bermimpikan cucu lelaki.
Ketika berjumpa dengan saya pun, dia meramal saya bakal mendapat anak lelaki.
Kalau orang Melayu meramal berdasarkan bentuk perut ibu mengandung, Mak pula melihat dari segi rupa dan pemakaian saya.
Kalau cucu ini tidak berkromosom XY, entahlah berapa kali dia nak membebel tentang penutupan aurat dan sebagainya untuk cucu pertamanya, hehehe.
Terpaksalah tunggu kira-kira 7 minggu lagi untuk memastikannya ini kerana boleh berlaku kesilapan dalam pengenalan jantina bayi melalui teknik ultrasound.
Pakaian si kecil ni pun masih terhad, maklumlah anak pertama. Banyak yang berwarna putih, lelaki atau perempuan pun boleh pakai :)

imej hiasan: http://www.diyinvitationsensation.com/images/baby_clipart_5_rr20.jpg

Friday, April 9

WHAT'S IN MUMMY'S BIG BELLY?

Assalamualaikum,
Am feeling a little lethargic, maybe due to the hot weather.
It's still another 7 or 8 weeks before due date.
I've lots of questions for the gynea.
Anyway, I enjoyed watching this nice video clip [it's in B.Indonesia] and hope you will too.

Wednesday, April 7

KATA-KATAKU, PENERIMAANMU

Kadang-kadang aku malas berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Bukan tak tahu. Bukan tak faham. Bukan tak reti.
Tapi ada saja yang serba tak kena
yang menyebabkan kamu mengomel marah.
Mungkin kerana aku tidak dibesarkan dalam keluarga Melayu.
Mungkin kerana aku tidak dididik dengan adat Melayu yang banyak cakap berlapik,
Mungkin kerana saya tidak tahu budaya Melayu yang menuntut penggunaan bahasa halus dalam percakapan sesama insan.
Banyak mungkin.

Tapi kata-kataku kadang-kala disalah anggap.
Bercakap 'straight to the point' boleh dianggap tidak sopan.
Menyampaikan pesanan sms dalam Bahasa Melayu yang kuanggap biasa saja
boleh dituduh terlalu agresif oleh si pembaca.
Memberitahu sesuatu dengan ringkas boleh dituduh biadap
kalau tidak kena dengan gaya dan budaya Melayu.
Seolah-olah perlu ada teknik penyampaian yang betul,
sopan dan berpatutan, dan menepati ciri-ciri adat budaya Melayu.
Di mana nak belajar semua itu,
sedangkan saya bukan Melayu
tidak dididik dengan adat Melayu,
tidak mungkin berfikiran dengan otak Melayu?
Adakah sebuah kitab handbook yang memberi garis panduan
1- mesti buat ini, 2- kena cakap begini, 3-tak boleh guna istilah itu.
Kalau ada, aku mahu sebuah.

Kerana aku sudah cuak berbahasa Melayu
dengan mereka yang sudah mempunyai jangkaan tersendiri
tentang cara 'betul' untukku berkomunikasi,
mesti sebut itu-ini,
harus gunakan ayat power,
mesti berbahasa lembut yang sedap didengar,
aku salah kalau guna ayat begitu,
aku garang dan tak kena kalau cakap seperti itu,
aku perlu cakap begini, perlu belajar gaya sini,
sedangkan maksud yang hendak disampaikan ringkas dan mudah saja,
juga boleh disalahertikan
kerana tidak menepati jangkaan
segolongan insan.

Kerana itu
kini aku mungkin memilih berbahasa Inggeris denganmu
walaupun kamu mungkin kurang senang mendengar itu
mungkin kamu bakal melabelku sebagai sombong
tapi sekurang-kurangnya kamu perlu berfikir
bukan dengan bahasa Melayumu
menerima mesej tanpa konteks budaya dan adat Melayumu
tanpa jangkaan bias terhadap keperluan
untukku memenuhi jangkaan sosialmu
mahu menjadikan aku berotak Melayu
sepertimu.

Kalau kamu berbahasa Cina sepertiku
menggunakan adat budaya Melayu
mungkin ayat power kamu
dengan bahasa berkias-kias
kononnya menjaga hati pendengar
akan dianggap ibuku sebagai membuang masa
dengan perbualan meleret-leret,
sedangkan maksudnya boleh diringkaskan
dengan beberapa perkataan.
Itulah adat budayaku
yang menjadi sebahagian diriku.

Buangkanlah jangkaanmu
mahu mengubah diriku
menjadi orang Melayu sepertimu
kerana itu tidak mungkin
tidak adil bagiku
menukar personalitiku
untuk memenuhi jangkaanmu
dengan mendesak aku menerima semua adat dan budayamu semata-mata
tanpa memahami budaya dan cara aku dibesarkan sebagai seorang Cina.
Kalau tak suka dengan caraku bercakap dalam bahasa Melayu kamu semua
biarlah aku bercakap dalam bahasa lain saja.

Aku mungkin berpakaian sepertimu
bertudung dan berbaju seperti wanita Melayu
bercakap dalam bahasa Melayu
sehingga ada masanya kamu sendiri lupa
bahawa aku sebenarnya wanita Cina.
Agama kita yang sama
bukan adat budaya.
Terimalah aku seadanya
janganlah cuba mengubah
aku menjadi Melayu
sedangkan aku selesa sebagai Cina
dan kelainan aku ini juga yang kamu suka.

THE GENERATION GAP

Those days,
We didn't have computers, internet, playstation.
We didn't have Astro, not even a tv with remote control.
We didn't have highways.
We didn't have mobile phones.
We didn't have digital cameras and video cams.

Life was simpler, more challenging.
We wrote letters and posted them.
We played outdoor games and board games.
We watched tv with only 3 channels - RTM 1, RTM 2 and TV3.
We travelled long distances along dusty trunk roads.
We queued up with bags of coins for the public phones.
We bought films for cameras and needed to get them processed to see the images.

But we were resilient, hardworking and tough.
We worked hard in school, read the books, handed in our homework on time.
We dared not skip school or classes.
We had strict teachers who didn't hesitate to use the long rottan canes.
We dared not negotiate with the teachers for less work.
We stayed up late to complete our homework.
We didn't get scholarships or loans like PTPTN but we managed.
We typed long assignments with the rickety old typewriters.
We learned to survive.

Now,
when we said,
to our children,
who'd demand special gifts for every A they score in UPSR,PMR, SPM,
who'd insist on the latest mobile phone or sulk in silence,
who'd complain about hardworking but strict teachers,
who'd hand in shoddy work after a week's notice
or pretend that they've left the books at home when asked by the teacher,
who'd throw tantrums if the internet is down for an hour,
"Consider yourself lucky, life was tougher during my days!"
They'd roll their eyes and say,
"Here they go again! Talking about the 'when i was your age' thing.."
[Just like I once rolled mine when my mother started to talk about hers ]
And they'd add,
"What do these adults know about our lives?"

Saturday, April 3

PIKIRLAH DULU SEBELUM CAKAP MAHHH

Dulu,
masa mula-mula kahwin,
orang akan tanya,
"Belum ada anak lagikah?"
"Bila nak dapat anak?"
"Awak makan pilkah, rancang keluargakah?"
di belakang ku
"Dia mandulkah?"
"Dia tak buatkah?"
Ku jawab ringkas
"Belum ada rezeki"
malas nak layan
mereka yang dengan mudahnya
melontar kata-kata
menyebabkan rasa tak selesa
menyakitkan telinga
walaupun ada yang secara tidak sengaja
namun mereka perlulah sedar
rezeki anak di tangan Allah
bukan atas usaha manusia semata-mata

Bila dah mengandung,
orang pula berkata
"Jiranku pun mengandung, darah tinggi, lahir anak tak cukup bulan...mati.'
"Dia masuk hospital yang sama seperti awak, kasihan anaknya mati."
"Makan di kedai, nanti anak awak kuning."
"Makan kicap, nanti dapat anak kulit gelap."
"Doktor sana tak pandai, awak tentu susah nanti."
Aku senyum hambar
sambil bersabar
mudahnya mereka berkata-kata
tanpa ditapis
letih aku mendengar
banyak kisah buruk
menimpa wanita mengandung
aduh..
kenapalah ada orang suka bercerita
yang buruk-buruk
bukan yang baik-baik
kepada ibu mengandung?

syukurlah aku masih kuat
walaupun terpaksa mendengar
cerita orang yang kadang-kadang
tak berapa kukenali pun
tetapi kerana melihat ku mengandung
mereka seolah-olah bersemangat berkongsi cerita
kisah sendiri, kisah anak, kisah jiran
susahnya ku mencari alasan
meninggalkan mereka yang tengah hangat bercerita
seolah-olah setiap ibu mengandung perlu tahu
kisah itu

alahai
kalau ibu yang lemah semangat
tak lena tidur jadinya
kerana cerita-cerita tersebut
mampu merisaukannya
menakutkannya
yang sudah sarat mengandung
menunggu masa melahirkan
seorang cahaya mata.

Thursday, April 1

PEMANTAUAN

"Ehhh, depa dah pergi cari kelas ni.. cepat!"
"U kena tak?"
"Tak, kelas saya hari ni lepas 11 pagi."
"Siapa kena?"
"Saya ada kelas 5 kritikal nanti, risau juga kalau mereka masuk! Budak-budak tu kalau ada pelawat, lagi teruk pula perangai mereka."

Satu suasana yang sering berlaku setiap tahun apabila nazir sekolah, pihak pegawai pelajaran daerah dan negeri mengadakan lawatan rasmi. Boleh kelam kabut satu sekolah. Maklumlah laporan yang diberi kemudian akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kedudukan serta nama baik sekolah. Kalau sudah diketahui bila mereka akan melawat, alhamdulillah tak begitu gelabah para guru. Sebaliknya jikalau mereka 'turun padang' tanpa amaran, guru besar atau pengetua pun tak senang duduk dibuatnya.

Tanyalah semua guru. Tak ramai yang suka dipantau atau kena 'observe' semasa mereka mengajar di dalam bilik darjah. Sepasang mata yang menilai, tangan yang sibuk menulis komen dan wajah serius pegawai yang diamanahkan untuk memantau proses pengajaran dan pembelajaran digeruni kebanyakan warga pendidik, terutama yang baru bertugas dan kurang pengalaman. Yang berpengalaman pun kurang berminat dipantau jikalau kelas tersebut terdiri daripada pelajar lemah atau yang kurang berdisiplin. Stres apabila pengajaran yang telah dirancang untuk hari itu tidak dapat dijalankan dengan baik gara-gara kelakuan buruk segelintir pelajar yang tidak memberi kerjasama, dan komen negatif pegawai pemantau disampaikan ke peringkat kebangsaan.

Sebenarnya, pemantauan di dalam bilik darjah, penulisan rancangan mengajar dan semakan buku tulis pelajar memang dijalankan pada setiap tahun secara dalaman di sekolah. Itu adalah sebahagian daripada proses kerja seorang guru. Sepatutnya sudah tidak gelabah lagi jika datang pegawai nazir. Namun ada juga guru yang akan bermasam muka sekiranya dia dipantau semasa mengajar.
"Nak cari salah saja!"
"Tak senang dibuatnya apabila dia asyik meronda di dalam bilik darjah semasa pelajar sedang menjawab soalan."

InsyaAllah jika guru itu sentiasa bersedia dan merancang aktiviti pengajarannya setiap hari dengan sebaik mungkin mengikut kebolehan pelajar, dia tidak perlu risau jika dipantau.
Tugas guru memang mencabar tetapi bila sudah menceburi bidang ini, perlulah bekerja dengan sebaik mungkin. Mengajar dengan sebaik mungkin pada setiap masa.
Pelajar kita bukan bodoh. Mereka pun tahu menilai guru yang mengajar mereka. Mereka akan tersengih apabila tiba-tiba guru kelam-kabut masuk ke dalam bilik darjah dengan pelbagai bahan pengajaran dan diiringi oleh seorang pelawat sedangkan sebelum itu guru hanya mengajar dengan kaedah 'chalk and talk'.

Kadang-kadang saya hairan. Sepanjang tempoh saya mengajar iaitu lebih 10 tahun, suasana yang serupa akan berlaku di sekolah setiap kali lawatan nazir atau pegawai pelajaran. Ada saja guru yang stres kerana bakal dipantau. Jarang jumpa satu sekolah yang guru-gurunya kelihatan tenang apabila dilawati pegawai pemantau.

Hmmmm... takkan selama ini mereka tidak sedar bahawa selama 24 jam sehari mereka dipantau?
Menyampaikan ilmu dengan betul atau tidak, mengajar dengan ikhlas atau sambil lewa.. semuanya akan dipantau setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam kelas.
Bukan dipantau oleh manusia biasa yang juga ada kelemahan tetapi pemantauan oleh Yang Maha Esa.
Catatan yang direkodkan tanpa cacat cela hanya akan dipaparkan di akhirat nanti.
Kalau diri sedar akan hal ini, tentu pemantauan berkala oleh nazir dan pegawai pelajaran adalah seperti orang Cina kata,"sap-sap soi" atau perkara kecil saja, bukan?
Apa-apa pun, Allah Yang Maha Berkuasa.