Thursday, May 17

MUA-CHEE

"Nak masak apa ni?"saya termenung.
Hari Kantin/ Kokurikulum Sekolah adalah sesuatu yang selalu memeningkan kepala saya sepanjang karier sebagai guru. Pengalaman-pengalaman lalu di sekolah-sekolah lama telah mengajar saya untuk cuba mengambil jalan mudah pada hari tersebut. Tak larat lagi teacher ni membuat ais-kacang atau hotdog. Sepatutnya memanglah pelajar yang memasak dan berniaga tetapi disebabkan saya ni mengajar di sekolah biasa-biasa ni, mahu tak mahu terpaksalah cikgu-cikgu turut menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sedikit modal.

Pengetua pula mahukan menu yang lebih banyak dan pelbagai.
Akhirnya gerai persatuan saya itu berniaga roti, mi/bihun/koayteow goreng,aiskrim jeli, dan juga muachee.

"Teacher, apa tu muachee?" tanya pelajar Melayu.
"Tunggu dan beli nanti, " saya enggan memberitahu.
Mua-chee, sejenis makanan dessert Cina. Halal sebab hanya menggunakan tepung, gula, kacang tumbuk, dan bijan. Ia memang sering dijual di pasar malam, tetapi semenjak saya memeluk Islam, saya tak beli lagi. Lagipun di sebelah Seberang Perai ini, belum pernah saya lihat orang menjaja mua-chee.
Hah.... buat pertama kali dalam hidup saya, saya membuat muachee. Nak untuk dijual pula tu, hehe.. Dalam hati, berdoa agar jadilah tepung yang diuli itu menjadi mua-chee. Jikalau tak jadi, mati saya, hehehee. Sudahlah satu sekolah dah tahu saya ni akan jual kuih ini pda Hari Kokurikulum.

Bahan yang diperlukan dibeli dan disukat ikut resipi. Alhamdulillah, suami dan anak-anak tidur lena pada malam tersebut. Saya mulakan kerja pada jam 3pagi, menguli tepung beras sambil berselawat. Hampir 2kg tepung saya gunakan. Kemudian kukus dan akhirnya saya bungkus dengan plastik untuk dibawa ke sekolah. Hampir 3 jam baru selesai kerja itu. Kacang tumbuk telah saya sediakan sehari sebelum itu. Bila sampai di gerai di sekolah, barulah saya mula memotong kuih tepung yang telah dikukus itu dan digaulkan dengan kacang.

Pendekkan cerita, mua-chee itu berjaya dijual dengan laris. Hampir 80 pinggan dengan harga RM2 setiap satu. Ramai juga yang bertanya, apakah makanan yang dijual itu. Saya terpaksa memberitahu setiap yang bertanya itu bahawa saya sendiri yang menguli, memasak dan menyediakannya. Hal ini sebab masih ramai orang kita yang berwaspada apabila membeli makanan di gerai yang ada pelajar bukan Melayu [sekolah saya 40% pelajar bukan Islam, 1Malaysia]. Pelajar-pelajar terutama 'amoi-amoi' yang menjadi ahli persatuan juga banyak membantu saya melariskan jualan dan memberi cadangan kepada saya ini bagaimana cara memotong kuih itu kepada kepingan-kepingan kecil untuk dijual. Maklumlah saya ni dah beberapa tahun tak makan kuih ini, hampir lupa bentuknya!

Syukur alhamdulillah.
Walaupun untung tak banyak, tapi saya berpuas hati sebab berjaya memperkenalkan sejenis makanan Cina yang halal kepada pelajar bukan Cina.
Betul kata-kata saya," Sekali makan, nak lagi!"
Selepas Hari Kokurikulum itu, ada pelajar yang mengidam muachee, tetapi saya dah tutup gerai, hahahaa. Setahun 2-3 kali cukuplah. Bukan susah nak buat kuih ini sebenarnya tetapi saya yang tak larat nak uli tepung dan tunggu kuih itu selesai dikukus. Tambahan dengan anak-anak kecil di rumah, memang agak susah nak uruskan.

Tahun depan, menu lain pula untuk Hari Kokurilum.. bukan muachee lagi.
Mungkin Mee Hokkien atau Laksa Penang.. insyaAllah.

BAHAN-BAHAN UNTUK MUACHEE
Bahan A = Tepung beras 120g, air masak 1 1/2 cawan, minyak bijan 2 sudu, secubit garam
Bahan b = kacang goreng ditumbuk, sedikit gula dan bijan [digoreng hingga wangi].


1. Uli bahan A dan stim selama 30-40 minit...
2. Potong dengan pemotong dough, kemudian gaul dengan bahan B.


9 comments:

  1. salam kak aliya!

    mua chee's my favvvv!! I still buy it at pasar malams! but not all pasar malam has them.. it's just the best thing to much on.. om nom nom.. and in penang, they have really good ones at most affordable prices.. most places are hiking up mua chee prices cos it's in so high demand !! tsk tsk.. hehe but can just make it at home.. if got time and someone to clean up after. lols..

    Liana=)

    ReplyDelete
  2. hokkien mee and laksa penang my favs too ! lol i love eating.. hehe

    ReplyDelete
  3. ish ish ish sedapnye~~!
    ni yg kite boleh makan dgn air halia/soya bean ek? kalau tak silap kat luar ade jual frozen Glutinous rice ball.....teringin nak try buat

    ReplyDelete
  4. Is there different Chinese delicacies by areas in Malaysia like Terengganu's keropk lekor, Penang laksa? Perhaps the population is not large enough to create diversified cooking skill.

    ReplyDelete
  5. salam

    @sereez : yang glutinous rice ball tu dipanggil "tang yuan".. lain sikit drpd mua chee. dua2 pun saya suka sgt2!! hehe >< =) yang tang yuan kalau beli frozen pre made senang je buat.. masak air dalam periuk pastu bila air mendidih masukkan frozen balls dan turunkan heat jadi medium pastu tunggu terapung dah siap boleh keluarkan makan camtu atau masukkan dalam air halia manis dan makan sebagai manisan!! hehe

    ReplyDelete
  6. oooo ic..tang yuan ek....ish2 kite tak reti sgt makan dgn air halia, pedas terasa...dgn air soya le..manis sket :P

    ReplyDelete
  7. Liana,
    It's my first time making mua chee, so alhamdulillah it turns out ok, hehehee. I miss my pennag laksa, too much work just to cook for two. Got a stall selling halal hokkien mee near my area but still can't find authentic penang laksa in s.perai :(

    ReplyDelete
  8. sereez,
    Mua chee adalah lebih kurang sama dengan tang yuan [kuih ee, dalam loghat hokkien],guna tepung pulut dan cara uli pun sama, cuma tang yuan dimasak dalam sup. Sup halia bukan pedas sebab dicampur dengan air gula.Saya belum guna resipi dengan air soya tapi insyaAllah akan cuba pada perayaan winter solstice tahun ni

    ReplyDelete
  9. Al-Manar,
    Well, actually among the Chinese communities, there is and most of us Chinese do know what to look for when we reach a certain town or city.
    Penang has its laksa, 'tau-sa peah'[green bean biscuit] and char kaoy teow kerang; Ipoh is famous for its 'nga-choy kai' [chicken rice served with brussel sprouts/fried taugeh]; taiping for 'heong peng' [a type of fragrant biscuit] and cantonese koay teow [here the malays call kuih teow kungfu], and Kampar has spicy biscuit.
    By the way, I miss Trengganu's keropok lekor :P

    ReplyDelete