Saturday, January 28

TAK ACI, MESTI MASUK ISLAM UNTUK KAHWIN?

Satu soalan yang menarik dan sering diajukan oleh yang bukan beragama Islam:

"kalau kaum hawa dan adam dicipta oleh allah untuk hidup bersama. kenapa pulak kene masuk islam bagi yang bukan islam untuk kahwin dengan yang islam? tak aci kalau masuk islam secara terpaksa hanye untuk bersama kekasihnye. tapi itu bagaikan politik kat beberapa negara islam sekarang ni, kalau tak masuk islam tak boleh kahwin... hai... dunia dah nak kiamat..." oleh Asurakia Asuran.

Jawapan saya untuk soalan ini:
[tolong betulkan jika ada kesilapan, tak sempat rujuk mana-mana]

Itu bukan suruhan manusia tetapi perintah Allah SWT. Masuk Islam atau lebih tepat lagi, mengucap 2-kalimah syahadah sebagai mengakui Allah tuhan yang disembahnya dan Nabi Muhammad pesuruh Allah, adalah perkara yang membezakan seorang Muslim dengan bukan Muslim. Dalam alQuran dinyatakan bahawa wanita Islam mesti berkawin dengan lelaki Islam, dan lelaki Islam mesti berkahwin dengan wanita Islam. Bukan dengan penganut agama lain.
Ini bukan soal aci tak aci. Tiada sesiapa pun boleh paksa seseorang untuk memeluk Islam semata-mata untuk berkahwin dengan kekasihnya. Allah Maha Adil. Dia jadikan manusia satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang berakal dan boleh membuat pilihan. Anda masih boleh berfikir, boleh pilih. Tak mahu masuk Islam, jangan kahwin dengan kekasih, cari orang lain sajalah. Bukannya susah, bukan?

Perintah memastikan pasangan hidup beragama Islam adalah untuk memastikan kesejahteraan hidup maing-masing dan keluarga. Bagi orang Islam, berkahwin bukan setakat 'I love u, u love me, let's get married' tetapi untuk membina keluarga yang bahagia, mendapat zuriat hasil hubungan halal serta menambah umat Islam. Islam menggariskan tatacara melayan suami-isteri serta anak-anak, serta hak-hak mereka yang mesti dipenuhi. Sebab itulah adalah penting memastikan pasangan hidup seorang Muslim adalah mereka yang beragama Islam juga, supaya sama-sama tahu dan dapat amalkan ajaran Islam dalam rumah tangga serta beri didikan Islam yang baik kepada anak-anak semenjak mereka lahir lagi. Lagipun dalam hadis telah dinayatakn bahawa agama anak-anak dicorakkan oleh ibu bapa mereka. Dalam hadis juga, antara harta, rupa, agama dan keturunannya, disuruh utamakan bakal suami/ isteri yang beragama.
Sekarang semakin ramai orang memeluk Islam semata-mata sebab percaya akan ajaran agama ini, bukan atas sebab nak kahwin. Mungkin susah bagi orang lain nak terima, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku. Tuduh semua orang masuk Islam untuk berkahwin adalah satu pendapat yang sempit.
Negara-negara yang wajibkan pasangan Islam berkahwin dengan orang Islam memang menegakkan perintah Allah ini. Tak salah, bukan sebab politik pun malah memang wajib bagi setiap negara yang pemimpinnya orang Islam.
Dunia dah nak kiamat? Memang pun.. setiap saat kita menghampiri hari kiamat.

5 comments:

  1. ini menunjukkan betapa Islam itu effect seluruh aspek kehidupan seseorang muslim.

    ReplyDelete
  2. Kak Aliya,
    Keluhan 'dunia sekarang dah nak kiamat' sangat selalu saya dengar. Selalu tertanya-tanya adakah pernyataan itu sekadar 'saying phrase' atau betul-betul dimaksudkan. Kerana kiamat itu pasti dan waktunya ekslusif Allah swt sahaja yang mengetahui. Sebagai hamba hanya berusaha membawa cukup bekalan untuk kemudian hari. Pendapat saya, keluhan dunia bakal kiamat tidak membawa erti tetapi bersedia menghadapi mati itu lebih bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Kindly refer to Al-Maedah, 5th Ayah.

    ReplyDelete