Thursday, February 24

PELUANG KEDUA

Dia dikategorikan sebagai pelajar bermasalah. Pelajar kelas terbelakang.
Hari pertama saya mengajarnya, dia memberi alasan tiada buku tulis sedangkan sebenarnya ada sebuah yang masih belum digunakan.
"Tulis dalam buku ni," saya memberikan arahan.
"Teacher, ni buku nota Sivik."
"Buku ni belum digunakan lagi, kan. Nanti beli buku baru yang lain, guna sebagai buku Sivik la.. sekarang buat latihan BI dalam buku ni dulu," saya menasihatinya. Memberikan solusi kepada masalah dia yang tiada buku tulis.
"Tak boleh, nanti Mak saya marah, mak saya tak bagi koyak buku.." dia memberikan alasan.
"Teacher tak suruh koyak buku, cuma suruh kamu salin dan buat latihan dalam buku ni."
"Tak boleh... ni buku Sivik... buku BI saya tertinggal di rumah.."dia masih memberi alasan untuk tidak membuat kerja.
"Buatlah latihan ni dalam kertas kosong.." saya memberikan alternatif lain.
"Tak ada kertas..."


Itu hari pertama. Saya terus memerhatikannya setiap kali saya mengajar kelasnya. Dari awal lagi, ramai guru lain memberi amaran tentang sikap Awie [bukan nama sebenar]. Bagi saya, dia memang pelajar bermasalah tetapi bukanlah pelajar yang degil tak mahu mendengar teguran guru. Ada pelajar yang bersikap lebih teruk dan menyakiti hati guru. Awie cuma suka mendapat perhatian guru dan rakan-rakan lain, sama ada dengan cara yang betul atau tidak. Kalau moodnya baik, dia akan membuat segala tugasan yang diberikan dengan memuaskan. Dengan saya, dia tak banyak meragam. Teguran saya diterimanya dengan baik, dan latihan yang diberikan sering disiapkan mengikut jadual. Saya hanya perlu berlembut dan kadang-kadang melawak dengannya, memberi perhatian padanya supaya dia membuat kerja di dalam kelas, dan tidak menganggu pelajar lain.

"Awie... Teacher dengar bahawa kamu mohon jadi pengawas sekolah, betulkah?" saya bersembang dengannya sementara menunggu pelajar lain menyiapkan latihan. Itu strategi saya supaya dia tidak mengganggu amoi-amoi comel yang sedang duduk di hadapan kelas itu.
"Tak jadilah, teacher... Cikgu Zaid [bukan nama sebenar] kata saya tak layak.." jawab Awie menghampiri meja saya.
"Cikgu Zaid kata begitu?"
"Dia kata saya takkan berubah... saya tak layak jadi pengawas," sambung Awie dengan nada merajuk
"Betul kamu nak berubah, Awie? Kalau betul, alhamdulillah... Teacher sokong kamu," saya cuba memujuknya. Risau juga nanti dia merajuk lalu melakukan perkara bodoh di sekolah.
"Guru lain tak sokong saya.. mereka kata saya takkan berubah.. saya minta jadi pengawas sebab saya nak berubah, teacher.. saya tak nak jadi macam abang saya," jelas Awie lagi.
"Apa jadi pada abang kamu?" saya cuba mencungkil.
"Dia .... [sambil membuat aksi kena ikat kedua-dua tangan] kena cekup.. masuk lokap," kata Awie dengan tergesa-gesa.
"Ohhhh... hmm, itu abang kamu, jangan ikut jejak dia.. yang penting jangan bagi mak kamu sedih lagi, ok.. tak jadi pengawas pun masih boleh berubah jadi manusia yang lebih baik.. yang penting niat sendiri mahu jadi baik, tak kisahlah apa anggapan orang lain.. buktikan kepada guru-guru lain bahawa kamu boleh berubah jadi lebih baik lagi, dan berjaya dalam hidup," saya cuba menasihatinya.
" Saya tau, teacher.. tapi mereka tak bagi saya peluang..." adu Awie.
" Kesilapan lalu membuat orang tak percaya pada kamu lagi.. jadi kenalah usaha untuk ubah tanggapan mereka yang buruk terhadap kamu.. Kalau kamu terus nakal dan langgar peraturan sekolah, bermakna tanggapan mereka tu betul dan kamu tak layak jadi pengawas. Buktikan kamu tidak seperti yang mereka sangkakan.. Awie boleh jadi pelajar yang baik dan membanggakan mak bapa."
Dia mendiamkan diri lalu beredar dari meja saya.
Hmmm... sememangnya hasrat Awie yang memohon menjadi pengawas sekolah [dia mengisi borang permohonan dan menghantarnya] telah mendapat tentangan daripada sebilangan besar guru di sekolah. Akhirya permohonannya itu ditolak tanpa diberi peluang menjadi pengawas percubaan [tidak seperti yang dilalui oleh semua pelajar yang memohon menjadi pengawas].

Sudah lebih daripada 2 minggu Awie tidak hadir ke sekolah. Saya diberitahu dia telah digantung sekolah 2 minggu lalu kerana masalah disiplin. Saya sendiri tidak pasti sebab dia digantung tetapi mungkinkah ekoran daripada ketidakpuasannya ditolak daripada senarai pengawas percubaan?

Wallahu'alam.

8 comments:

  1. klu mcm tu, masih lemah la senanye pemikiran cikgu2 lain kt skolah tu..
    chances mmg sptutnye dibagi utk org yg nk berubah

    ReplyDelete
  2. oh,what a disappointed..sangat malang bila orang dewasa tidak belajar memberi peluang kepada anak2 yang jauh lebih muda dari mereka. bukan saja tidak bagi peluang malah saya yakin, sifat ingin mendorong dan memberi motivasi juga kurang atau mungkin tiada. padahal mereka masih boleh dibantu dengan membuka ruang minda mereka seperti membenarkan mereka meraih pengalaman memegang tanggungjawab. contohnya seperti pengawas sekolah. dgn tanggungjawab, seseorang itu mampu menonjolkan kualiti dalaman yg mereka sendiri mungkin tidak sedar selain terus terusan menganggap diri buruk seperti yg dikatakan oleh masyarakat.menjadi guru mungkin mudah tapi tidak menjadi pendidik yang memerlukan sudut pandangan yang lebih dinamik. sekadar menyampaikan pendapat.

    ReplyDelete
  3. Siapa kata menjadi guru ini kerja yang mudah? Begitu besar tanggungjawab, membantu membentuk anak2 generasi akan datang. Dalam hal ini, saya tidak layak untuk menyalahkan sesiapa...samada Awie ataupun guru2 yang tidak memberinya jawatan pengawas itu. Mungkin guru2 tu berpikir, kalau diberikan jawatan pengawas kepada Awie yang selalu bermasalah, pelajar lain akan dapat mesej yang salah...selalu buat jahat pun, bleh jadi ketua. Ntah la.

    ReplyDelete
  4. ala siannya... budak2 bermasalah memang kebanyakan menyakitkan hati. tapi tak semua.. huhuhu ...tak salah kita bagi peluang.. malah lebih baik bagi peluang.. sebab kan Cikgu di sekolah kami budak2 macam tu yg cgu ambik jadi pengawas(walaupun tak semua),... Sebab diaorg bleh tolong kawal geng diaorng.. biasanya bila mereka ni diberikan peluang n ada rasa mahu berubah.. tak salah kita beri peluang...

    ReplyDelete
  5. atie,
    Bukan semua cikgu begitu tetapi tidak dapat dinafikan,ada yang suka melabel dan tidak memberi peluang lagi kepada pelajar begitu.

    ReplyDelete
  6. Da Only Asyh,Along,Sheeda,
    Saya tak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, cuma berkongsi satu kisah benar dalam senario persekolahan. Memang ada pro dan kontra melantik pelajar nakal menjadi pengawas walaupun peringkat percubaan.Namun pada pendapat saya, sekurang-kurangnya pelajar yang memohon diberi peluang membuktikan kebolehan & kewibawaan mereka, tak reject terus semata-mata kerana rekod lamanya yang buruk.Risau juga sekiranya tidak diberi peluang, mereka akan terus membuat kecoh di sekolah kerana tiada rasa tanggungjawab dan tugas khas untuk mengisi kelapangan.
    Setuju juga dengan pendapat Sheeda sebab pendirian begitu pernah dilakukan di sesetengah sekolah; hasilnya kes disiplin berjaya dikawal.
    Daripada pengalaman saya, pelajar Melayu Islam lebih mudah dibentuk semula kerana masih ada rasa malu dan mahu menjaga nama baik keluarga, berbanding pelajar lain.

    ReplyDelete
  7. saya telah cuba menjadi pengawas sekolah sejak tingkatan 1 lagi . pada tahun 2012 , saya yakin saya akn dapat menjadi pengawas pelatih selama 3 bulan . pada masa yang lalu , saya cuba dan jawab soalan2 yang diberi oleh guru2 yang interview saya. nasib saya sama sahaja sama awie..saya , tidak lah tidak hadir ke sekolah. saya hadirkan diri saya dengan muke yang monyok dgn tidak riang. kerane saya telah cube menjadi seorang pengawas sekolah yang berwawasan tinggi sejak saya Tahun 3 sampai saya tingkatan 1 saya bersemangat ingin mendapatkannya. pada tahun 2012 saya , ingin mencuba ia sekali lagi. dn moga2 guru2 pengawas yang interview saya melantik saya sebagai pengawas pelatih. moga2 ... x tahu nak panggil sape dalam ni. hehe , esok hari cikgu pengawas edarkan borang pengawas untuk sape2 yang teringin :) saya , harap .. saya , boleh diketegorikan seorang pengawas yang berade di Kelas Belakang. saya , duduk kelas paling last sekali kelas yg ke 8. sekolah saya banyak kelas nye. :) saya , harap2 guru2 pengawas saya memberi saya peluang..sbb , mungkin..cikgu tahu muka saya. bersemangat ingin menjadi. Amin :') :'(

    ReplyDelete