Tuesday, August 11

GERAM

"Aliya, pi la tengok meja Aliya.. tengok macam mana mereka hias, bersinar-sinar," Cikgu M menegur saya.
Saya yang baru tiba ke sekolah hanya mampu mengangguk. Apa dah jadi dengan meja saya di bilik guru? Pelbagai perkara yang bermain di kepala. Kelihatan para pelajar pula duduk dengan senyap di tapak perhimpunan, sedangkan jam sudah menunjukkan hampir 8 pagi. Pelik.
Hari ini hari sekolah dibuka setelah 6 hari diarahkan ditutup kerana wabak influnza A H1N1. Hari ini juga para pelajar sekolah saya bakal menduduki peperiksaan percubaan dan ujian penilaian kedua.
"Ya Allah!"

Kertas-kertas emas yang digunting kecil-kecil untuk drama B.Inggeris bertaburan di tempat duduk saya. Bekas plastiknya pula masih di tepi meja, manakala pintu almari terbuka.
Rupa-rupanya ketika sekolah ditutup, ada 'hantu setan' yang menyelinap masuk dan mencuri!
Ada meja yang teruk diselongkar. Ada yang hilang barang, ada pula yang selamat tidak langsung disentuh.

Syukur, meja dan laci saya tidak disentuh mereka. Buku-buku dan fail-fail seperti sediakala. Hanya kertas-kertas emas yang bertaburan, mungkin mereka fikir ada wang di dalam bekas plastik itu. Atau saja mereka bermain-main dengan menaburkan kertas emas tersebut.

"Pening! Nak susun semula dokumen-dokumen yang bertaburan ni bukan senang!"
"Ni mesti kerja budak. Boleh berpesta lagi, makan dan minum barang yang kita simpan dalam laci. Lepas tu tinggalkan nota 'terima kasih'pula di atas meja. Isshhh, geramnya!"
"Bila polis nak datang ni? Saya nak kemas laci!"

Cikgu memang cikgu.
Tugas kami tetap diutamakan. Kertas peperiksaan diagih-agihkan dan peperiksaan terus berjalan lancar tanpa gangguan.
Kerugian tak perlulah disebut. Sakit hati.
Hanya lega barangan elektronik tidak diusik.
Yang pecah masuk pun bukannya orang lain. Anak-anak manusia yang tinggal berdekatan juga, yang tahu sekolah ditutup secara mengejut dan ada cikgu yang tidak sempat mengambil harta yang tertinggal di dalam laci.
Tak apa. Manusia tak nampak tapi Allah Yang Maha Esa tetap nampak. Yang di kanan dan kiri tetap mencatat setiap amalan mereka. Wang haram tetap wang haram. Akan bakal berkudis dan bernanah di dalam jiwa rohani mereka yang makan dengan duit haram.
Nak bersembunyi di mana? Mungkin hari ini mereka terlepas tapi bukan untuk selama-lamanya. Satu ketika nanti semua yang disembunyikan tetap akan terbongkar jua.
Ketika itu, tiada maaf bagimu!

2 comments:

  1. Assalamualaikum

    how i'm going to respond. on one side i feel sorry for what happened to you, kak Aliya. but on other side i really breaking to laugh.

    you really upset, i see. i mean this part "Rupa-rupanya ketika sekolah ditutup, ada 'hantu setan' yang menyelinap masuk dan mencuri!"

    i really laughing when i reading this, as my eyes almost reduce to tears. man.... what a funny things to said that 'hantu setan'.

    what happened that 'hantu setan' meet angry kak Aliya at the crime scene.

    i think they will scared and shouting 'chow kuai yaaa', as they themselves see a ghost.

    actually i already encounter similar situation twice at my university, first when i was at now defunct pantai baru matriculation center. my dorm was robbed when we all went to Solat Jumaat, and i lost my expensive shirt.

    second time was at gombak main campus, our room was broke on semester break, all my stuff was stolen. including my expired foods, cookies, and fungi infested sauce.

    my apology kak Aliya, but i think you have knock someting on me, something re-open my consciousness. it seem my long lost mischievious and notorious side reappear tonight. sometime i wonder where that 'fun azlan' i used to know many years ago went.

    but some time he coming to visit me, yes like tonight. maybe all this years he just went dormant.

    my apology for my mischievious behaviour. be patience kak Aliya, for that's why the teachers were as the way they are. this was what my mom, a retired teacher said to me.

    when Allah take something from you, He will replace you with something much better form what you have lost.

    may Allah bless you with Rahmat.

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam azlan,
    Yes, I do see the funny side. Looks like the virus has not only affected the humans but also the computers. Thanks to a computer glitch,I went around from class-to-class searching for a 'top' student for the Prize-Giving Day, and upon reaching the last class the amused boys said, "Teacher, dia dah lama tak datang sekolah, periksa pun dia tak ambil." Aduh! Komputer kena bawa 'jumpa doktor' pula.

    Sorry to hear about your loss during varsity days. It seems that the only places which aren't broken into are those with real penunggu. Like my former school in Taiping, there had been no breakin at all- thanks to the headless hantu-hantu jepun that patrol the school compound at night :P

    ReplyDelete