Friday, July 3

TEKA TEKI

"Pening laa.. susah nak tentukan siapa ikhlas dengan kita.. dah tu, ustazah pula asyik rekomen ustaz untuk saya tetapi entah mengapa, hati saya pula menolak seperti ada yang tak kena," saya mengadu.
"Habis apa awak nak buat? Dah ada pilihan hati?" tanya Zakiah.
Saya tersenyum "Adalah. tapi saya tetap nak uji dulu. Mimpi yang saya alami mungkin mainan tidur tetapi saya yakin sekiranya dia juga yang berjaya nanti, dialah yang terbaik untuk saya sebagai suami."
"Apa awak nak buat, Aliya?"
"Saya nak berikan teka-teki padanya dan mereka yang merisik. Siapa yang berjaya menjawab dengan tepat dahulu, insyaAllah dialah yang bakal memimpin saya sebagai suami. Bukankah jodoh di tangan Allah? Biarlah Allah yang berikan hidayah kepada calon suami saya untuk menjawab soalan yang bakal saya berikan."
"Teka-teki? Are you sure that will work?"
"I'm sure, insyaAllah."
"Ok, beritau saya...awak ni ada-ada saja," pinta Zakiah.
"Sabarlah.. saya nak susun ayat-ayatnya dahulu, heheheee."
Hmmm, teka-teki sebagai ujian menentukan jodoh... bagaimana caranya dan apa yang hendak disoal?

akan disambung dalam episod 2 :)

3 comments:

  1. wah kak aliya..kena turunkn ilmu teka teki ni...

    ReplyDelete
  2. menarik! do share the teka teki with us :)

    ReplyDelete
  3. yus.my & Mynie,
    Boleh share, tapi entah-entah lepas ni semua anak dara bagi teka teki ala aliya kepada calon suami, huhuhuu

    ReplyDelete