Sunday, July 19

MENZIARAH KE RUMAH TRANSIT

Kalau ada call, baru pergi.
Begitulah keputusan yang dibuat setelah saya pulang dari sekolah pada waktu petang. Lentok! Sepanjang pagi hingga petang mendengar ceramah sempena Latihan dalam Perkhidmatan. Yang bukan guru, jangan cemburu dengan cuti cikgu nohhh- sekarang cikgu-cikgi wajib hadiri LDP sekurang-kurangnya 7 kali setahun, bermakna 7 Sabtu perlu dihabiskan di sekolah. 8 pagi hingga 4 ptg.

Alhamdulilah tepat 5.30 petang, saudara Asyraf Tan telefon. Sebenarnya isterinya, Noor yang bercakap, saya yang menjawab. Setelah bersetuju untuk bertemu, saya pun bersiap-siaplah untuk keluar rumah. Saya sudah 3 tahun tidak ke rumah transit itu; dan waktu itu pun saya menaiki bas, bukan memandu kereta sendiri. Ah, rupa-rupanya bangunan itu tidak berapa jauh dari sekolah saya mengajar, cuma saya masih berpotensi sesat di jalan kampung itu. Tak banyak landmark untuk dijadikan panduan.

Keadaan masih sunyi ketika kami tiba pada 6.30 petang, maka saya sempat mengambil beberapa foto dengan handfon. Bangunan itu pun tidak banyak berubah semenjak 2006, cuma ditambahbaikkan dengan pejabat, sofa dan peralatan untuk ceramah. Alhamdulillah Ustaz Malik yang menguruskan rumah transit tersebut masih dapat mengecam saya. Ramai juga yang datang, kira-kira 30 saudara baru dengan keluarga mereka. Saya yang solo, kerana suami masih berkursus di seberang laut. Ketika menanti solat, saya sempat berbual dengan Aisyah, seorang saudara baru dari Thailand serta Ros, seorang saudara baru keturunan India yang membawa suaminya yang masih belum Islam ke situ. Mereka masih baru memeluk Islam, dan semoga iman mereka semakin kukuh dalam sinar Islam.

pemandangan dari bangunan 2 tingkat rumah transit..
jauh di kampug tetapi jerebu masih kelihatan

Kebanyakan yang hadir adalah saudara baru keturunan India, tetapi kami juga disertai beberapa orang warga emas yang tinggal di rumah transit tersebut.Setelah solat isyak berjemaah dan jamuan makan malam, kami dijemput mendengar
ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hj Ahmad Fatmur Rahman Hj Haroon.
Orangnya muda, bersemangat dan IT-savvy. Satu pengalaman baru mendengar ceramah yang disampaikan oleh graduan sebuah universiti di Mesir. Tajuk ceramahnya adalah "Israk & Mikraj' tetapi kami juga dihidangkan dengan pelbagai video clip tentang alam semesta, adegan [arwah] mat rempit serta azab kubur. MasyaAllah, ramai yang mengucap apabila menonton bagaimana mat rempit mati digilis, pecah kepala dan sebagainya. Menarik ceramah yang disampaikan tetapi mungkin akan lebih mantap lagi jikalau kurang menunjukkan video clip yang panjang. Cerita punya cerita, sesi ceramah tamat tepat jam 12 tengah malam, huhuhu.

Syukur. Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan saya. Pergi dipimpin oleh saudara Asyaraf Tan bersama keluarganya, pulang pula dipimpin oleh saudara Yusuf Yeoh dan keluarganya. Oleh kerana sudah tengah malam, saya pecut juga kerana tidak selesa memandu seorang diri di highway. Itulah yang sering berlaku; bila hadiri ceramah, tidak pasti pukul berapa akan pulang semula ke rumah. Tapi saya yakin, itu ketentuan Allah swt, dan saya sentiasa di bawah perlindunganNya. Pergi kerana Allah, kerana mahukan ilmu, dan pulang dengan bertawakkal padaNya dan berdoa agar selamat tiba di rumah.

Terima kasih saudara Asyraf dan isterinya Noor [yeah dapat kawan baru] kerana sudi memimpin saya dari Seberang Jaya ke rumah transit tersebut, serta Yusuf dan isterinya, Nana yang memimpin saya dari sana ke lebuh raya semula.
Hanya Allah swt yang dapat membalas jasa anda.
Mengapa hari ini Allah swt menentukan saya ke situ semula setelah 3 tahun? Pasti ada hikmahnya. Wallahu'alam.

nota: ditulis sejurus selepas pulang ke rumah dari Rumah Transit, jam 12.30 pagi 19 Julai 2009.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    oh kak Aliya tinggal penang ke? Suami saya pun orang penang. Saya pernah jg datang rumah transit tu masa menguruskan pernikahan. tapi 2 kali saja. ustaz malik tu lah yg membantu kami mendapatkan wali hakim. dia teman kami ke mahkamah syariah. Pandai buat kelakar ustaz malik tu kan kak. kami satu bangsa pula. sempat bercakap dlm bahasa kami masa jumpa dia.

    lain kali boleh la jumpa kak Aliya :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Sakinah,
    Ya, akak tinggal di Seberang Jaya tetapi bakal berpindah ke Permatang Pauh tak lama lagi. Ya, Ustaz Malik memang begitu orangnya, dia yang uruskan saudara baru di Penang. Bila datang ke sini lagi, contactlah akak. InsyaAllah akan adakan sedikit kenduri di rumah pada tahun ini.

    ReplyDelete