Friday, May 1

SEKARANG ATAU KEMUDIAN?

Cikgu Karim diberitahu bahawa terdapat pelajarnya yang berminat pada Islam. Bukan seorang rakan sekerja yang memberitahu, bahkan apabila berbual-bual, memang hakikatnya ramai yang sedar keadaan pelajar itu.Namun tiada yang berjaya menarik pelajar itu untuk mempelajari Islam dengan lebih serius.

Namun bagaimana hendak bertindak berdasarkan berita yang disampaikan?
"Dia berminat, ada waktu dia duduk dalam kelas, tak ikut kawan-kawan lain ke perpustakaan pada waktu Pendidikan Islam."
"Dia ramai bergaul dengan kawan Melayu."
"Dengar kata dia boleh hafal beberapa ayat al-Quran."
"Dia bermain bola dengan budak-budak Melayu dalam kawasan masjid.
"Dia kata Mak dia tak benarkan dia peluk Islam."

Cikgu Karim serba salah. Betulkah apa yang didengarinya? Kalau benar, itu bermaksud kemungkinan bertambahnya seorang Muslim amat cerah. Tetapi sekiranya apabila ditanya kepada pelajar berkenaan tentang minatnya, risau pula nanti dia akan menafikan (kerana segan atau takut) seterusnya menjauhkan diri daripada Cikgu Karim dan guru-guru Melayu yang lain. Riuh pula nanti apabila pelajar bukan Islam menganggap bahawa Cikgu Karim cuba mengislamkan rakan mereka.
Apa pula bakal berlaku sekiranya tindakan Cikgu Karim untuk berdakwah kepada pelajar itu sampai ke pengetahuan ibu bapanya? Jikalau timbul isu Cikgu Karim mencampuri urusan agama dan aduan ibu bapa sampai kepada pengetahuan ketua jabatan, bagaimanakah harus Cikgu Karim atasinya?

Haruskah Cikgu Karim mendekati pelajar itu dan berdakwah kepadanya sekarang (menjawab sebarang kemusykilan dalam hati pelajar itu tanpa memaksanya memeluk Islam) atau mendiamkan diri dahulu sehingga pelajar itu mencapai usia majoriti 18 tahun, barulah mengajaknya kepada Islam?

10 comments:

  1. Assalamualaikum

    i'll consider this whole situation as 'gift' from our elected government. democracy at work right? its obvious our KERA-jaan is trying very hard to woo non muslim's support back by betraying Islam.

    we already denied our right to practice Nahi Munkar. now its look like our right to practice 'Amr Ma'ruf also being denied. in the name of democracy and human right that is.

    our solution? Khilafah

    ~ One Caliph One Daulah ~

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrt. Wbt.

    Now or later?
    I think the answer lies in the student himself. However it is also affected by what we muslims are doing to help. And the question is how much can we help this child if he embrace Islam. How much can our government help? How much zakat money can be used to help him for his education. Trust me it wont be more than a few hundred riggits. Can u imagine that? Is that enough to help him until he can stand on his own two feet? (if his parents turn their back on him).

    Many reverts will tell you the story of their reversion that ends with little support from the muslims. The story always ends with the revert himself/herself have to struggle to live as a muslim.

    Cikgu Karim should keep on promoting Islam to that child. Even if he do not revert today. At least it will always remember the true form of Islam. InsyaAllah he will choose Islam as his way of life.

    The only politics I will only get myself in is Islamic politics. Democracy sux. Can you imagine only the rights of the majority is been taken care of? Islamic law protects everyone's rights.
    Gogo Khilafah.

    ReplyDelete
  3. Hurm... Kalau pelajar tu betul-betul berminat dengan Islam, dia patut jumpa Cikgu Karim secara private di luar waktu sekolah. At least mereka ada sedikit kebebasan untuk berbincang secara ilmiah, insyaAllah.

    Kalau dia tak boleh peluk Islam sekarang, insyaAllah dia ada kebebasan dan hak untuk memeluk Islam setelah dia berumur 18 tahun.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    ahong,

    democracy not just sucks. democracy is Shirk and Kufr. by the means of democracy people are given the right to legislate the law. this is solely THE right of Allah alone. none of other creature posessed this right. thus this legislative process is Shirk Akbar and Kufr Akbar. there are many other issues concerning democracy from Islamic point of view. it is haram to adopt, implement, or call for it.

    this is not my own word but the Fatawa many of pious Muslims Ulama'.

    i have many ebooks on this topic. if anybody want to share just email me and i will send these ebooks.

    only Khilafah is the answer to our problem today.

    ~ One Caliph One Daulah ~

    Wasalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt.

    Ajar pelajar itu tentang Islam, jika dia mahu peluk Islam, benarkan. Mungkin dia tidak dapat praktis Islam dalam kehidupan kerana kekangan keluarga, tapi sekurang-kurangnya dia sudah Islam. Ini kerana kita tidak tahu bila maut akan tiba, takut-takut dia mati sebelum melafazkan syahadah.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli,

    Saya rasa ianya lebih 'complicated'. Bayangkan anda sudah mengucapkan syahadah. Mahukah anda makan makanan yang haram lagi (babi)? Sudah pastinya keluarganya ada menyajikan makanan dicampur babi, ayam yang tidak disembelih dan sebagainya. Kalau dia tidak memakannya pasti keluarganya akan syak. Ada banyak kes yang dimana mereka ini dipulaukan oleh keluarga mereka dan tergantung begitu sahaja. Ada juga yang dibunuh.

    Tidaklah bila muslim tidak mahu bersolat. Pasti hati akan berasa tidak kena.

    Bagi saya mengucapkan syahadah itu bukan hanya mengucapkannya sahaja, kalau hanya mengucapkan maka siapa-siapa pun boleh. Orang bukan muslim boleh mengucapkannya juga. Apakah mereka juga dari golongan yang akan memasuki syurga?

    Jika benar dia mahu memeluk Islam maka sebagai saudara kita mesti membantunya sebanyak yang boleh. Tempat tinggal jika perlu, wang dan pendidikan sekiranya dia masih tidak bekerja. Dan lain-lain lagi.

    Saya pernah kesempitan duit dulu dan ada masalah tempat tinggal. Tak banyak yang boleh Pejabat Agama kita boleh tolong dengan wang zakat untuk saudara baru kita. Mungkin kita tak bayar zakat?
    Atau pengurusan zakat tidak betul? Atau buget untuk orang mualaf kurang?

    Mungkin saya salah...

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam wbt,
    azlan, ahong, adawiyah, masri,
    Thanks for your suggestions.
    Keadaan yang dihadapi Cikgu Karim dan pelajar bawah umur tersebut yang berminat memeluk Islam bukan perkara baru tetapi jarang diketengahkan oleh sebab kekangan sensitiviti agama dan politik tanahair. Ramai yang mungkin tahu keadaan pelajar etrsebut tetapi tidak sanggup masuk campur kerana implikasi yang banyak yang mungkin terpaksa dihadapi sekiranya pelajar bawah 18 tahun berkenaan memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa.
    yang dicadangkan saudari Adawiyah juga bagus.
    Mungkin apa yang disarankan saudara Masri itu boleh dilakukan, dan sudah pun dilakukan oleh mereka-mereka yang secara sembunyi-sembunyi telah mengucap syahadah secara sedar, dan dalam konteks agama, sudahpun Islam. Cuma mereka hidup dalam keadaan darurat, terpaksa berhati-hati ketika makan dan minum, serta terlibatkan diri dalam upacara lain. Manakala ada yang menunggu sehingga diri benar-benar stabil dari segi ekonomi barulah memeluk dan mengisytihar diri sebagai orang Islam, kerana sedar bahawa sumbangan jabatan agama Islam untuk dana mualaf tidak ada/tidak mencukupi untuk menampung hidup.
    Ada juga yang takut akan ditentang hebat oleh keluarga sehingga melibatkan bomoh agama lain untuk menahan ahli keluarga itu daripada teuskan hidup sebagai orang Islam. Saya tahu, sebab saya sendiri pernah melihat, mendengar pengakuan orang yg melakukannya, malah diri ini juga mungkin pernah disihirkan daripada meneruskan hasrat memeluk Islam 10 tahun lalu, wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. Salam

    Umat Islam di Msia mesti mengubah cara berfikir serta lebih banyak berkongsi dan bercerita kisah kisah dari Al Quran dan Hadith dengan mereka yang Islam dan juga yang belum Islam.

    Apakah perniagaan yg lebih baik selain dari berniaga dengan Allah, ganjaran amat lumayan di dunia dan akhirat.

    Tidakah kita malu kerana di US lebih 1.5 Juta memeluk Islam sedangkan kita bermegah kerana Msia negara Islam contoh

    Disertakan You Tubes semuga ianya menjadi perangsang dan pencetus kekuatan

    http://www.youtube.com/watch?v=1hBmLJWyCVc

    http://www.youtube.com/watch?v=PDrNoJrUJE0

    Pastikan tiada hari hari berlalu tanpa melakukan dakwah

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Cikgu Karim perlu sentiasa mendekati pelajar tersebut sehingga confidence levelnya tinggi iaitu bijak berhujah jika timbul tomahan. Setelah level of confidencenya tinggi, ajak masuk islam secara senyap-senyap. Pelajar ini nanti akan memberitahu perkara yang sebenar kepada semua orang bila tiba masanya. Mula-mula kawan-kawannya dan keluagranya akan membantah sekeras-kerasnya tapi setahun dua mereka akan mulai lemah berhujah. Islam tetap menang.

    Tak payahlah kita kaitkan dengan politik kerana takut akan berubah niat kita.

    Jayabdih

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam,
    Terima kasih arah dan JJR, semoga kita terus berusaha mengembangkan syiar Islam. Islam di Barat berkembang pesat kerana sikap Muslim di sana yang kurang judgemental terhadap orang lain,dan cara dakwah mereka lebih halus dna berhikmah.
    InsyaAllah saya akan panjangkan semua cadangan kepada Cikgu Karim.

    ReplyDelete