Wednesday, November 5

TERIMA KASIH BERITA HARIAN

Alhamdulillah agaknya ini satu sebab mengapa Allah swt belum izinkan saya menjalani pembedahan lagi.
Surat permintaan bantuan saya yang diemel ke 2 akhbar utama Bahasa Melayu yang dilakukan telah mendapat perhatian sidang editor. Akhirnya ia diterbitkan (dengan sedikit editing)
dalam akhbar Berita Harian hari ini. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20081105000741/Article
Saya menulis surat itu bukan bertujuan menjatuhkan nama Jabatan Imigresen tetapi agar perubahan positif dapat dilakukan untuk memudahkan proses permohonan paspot saudara baru, terutamanya yang sudahpun bergelar pegawai kerajaan. Selagi orang ramai hanya merungut dan diminta bersabar, selagi itulah nama jabatan kerajaan akan terus buruk pada mata masyarakat. Pegawai kerajaan terikat dengan prosedur kerja yang sudah ditetapkan, maka perubahan perlu bermula di peringkat atasan.

Harapan saya adalah agar selepas ini, maklumat yang lebih terperinci tentang proses yang perlu dilalui saudara baru Islam dinyatakan dengan jelas dalam laman web jabatan serta diwartakan di papan kenyataan, di samping termasuk dalam piagam pelanggan jabatan ini.

Saya berdoa agar selepas ini, proses permohanan paspot untuk saudara baru dapat dipermudahkan. Bak kata orang, kalau diri sendiri tak pernah sakit, kita takkan tahu perasaan dan derita orang yang sakit.

(Baru terima panggilan telefon dari En. Rizal Abu Bakar, pegawai dari Jabatan Imigresen PP, meminta saya ke sana. Terima kasih)

2 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    Memangnya kena bising2 dulu baru mereka ini nak buat kerja. sampai bilalah mentaliti sebegini nak bersarang dalam masyarakat kita.....

    ReplyDelete
  2. Mungkin kerana tidak melihat kerja yang dilakukan itu sebagai jihad, sebagai satu peluang membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Tidak mengenali orang ramai secara personal boleh menyebabkan sikap 'kurang kisah'. Saya pernah diberitahu kalau nak proses cepat, kena kenal orang dalaman, telefon minta tolong, boleh disegerakan apa-apa pun. Berbeza dengan kerja di institusi sekolah yang melibatkan urusan terus dengan orang ramai, tidak dipisahkan oleh cermin seperti yang dialami di pejabat kerajaan lain. Wallahu'alam.

    ReplyDelete