Tuesday, November 4

SIAPA BANTU SIAPA?

"Nak makan apa?" tanya Adik.
Mak tidak berkata apa-apa. Suami saya pula meminta agar membawa kami ke tempat makan yang terdekat. Restoran yang jual makanan halal.
"Kita pergi RFC, ok," akhirnya Adik memberi cadangan.
"Dua kali datang tak jadi makan di sini," terang Mak semasa kami masuk ke restoran itu.
"Kenapa?" saya hairan.
Kedai makanan Radix Fried Chicken itu pertama kali saya masuk. Meja agak penuh dengan pelanggan. Baris pun agak panjang.
"Dua kali datang, penuh dengan orang, sampai dekat pintu. Nak tahu juga kenapa ramai orang makan di sini. Sedap sangatkah ayamnya?" kata Adik.
"Pengusahanya orang Melayu. Syarikatnya di Malaysia, semua barangan buatan tempatan yang ditanggung halal. Mungkin ini sebabnya orang lebih suka ke sini berbanding KFC . Malangnya di tempat kami belum ada cawangan."
"Oh, kira 100% bumiputera la. Patutlah hampir semua orang Melayu."
Kami berbual dalam Bahasa Cina. Tak kisah orang kiri kanan yang memandang. Kami saja pelanggan bukan Melayu di situ, hehehe. Syukur sekarang Mak dan Adik lebih berfikiran terbuka, dan mahu masuk ke restoran Melayu untuk mencuba makanan di situ walaupun tanpa kehadiran saya. Bukan semua keluarga Cina begitu. Ada yang tidak pernah langsung masuk ke restoran dan kedai Melayu.

"Lembut ayamnya. Pandai mereka masak," komen Mak.
Saya menerangkan serba sedikit maklumat yang saya tahu tentang Syarikat HPA kepada Mak dan Adik.
"Kalau makan di kedai lain yang ada logo halal JAKIM, boleh. Tapi apabila berada di kedai fastfood seperti ini, kami orang Islam rasa lebih selamat memakan makanan yang dihidangkan. Lagipun servis di sini baik, bukan?"
"Tapi colanya sesuai untuk orang yang hypoglisemia," komen Adik pula.

"Beli di mana?"
"Di kedai Cina tu."
"Kenapa tak beli di Kedai India Muslim saja?"
"Dah pergi tetapi tak ada barang yang kita nak. Stok barangnya tak banyak seperti kedai Cina."
"Itulah masalah dengan kedai orang Islam. Barangan tak banyak. Tapi kalau barang yang sama juga dijual di Kedai Muslim, cubalah beli di sana. Sekurang-kurangnya kita tolong perniagaan mereka. Mungkin perniagaan mereka akan bertambah maju dan mereka dapat menunaikan haji dengan pendapatan dari perniagaan kedai, kita juga telah berjasa. Memang Kedai Cina banyak barang tetapi hasil perniagaan mereka tu, kita tak tahu pergi ke mana. Mungkin akan digunakan untuk bina tokong, untuk judi dan sebagainya."
"Ok. InsyaAllah saya akan lebih banyak melanggan di Kedai Muslim untuk barang keperluan rumah yang biasa-biasa. Mungkin barangnya mahal dua atau tiga puluh sen tetapi sekurang-kurangnya kita membantu saudara seagama kita untuk terus bertahan dalam keadaan ekonomi meleset sekarang, bukan?"
"Betul tu."

Kadang-kadang terfikir juga. Rasa bersalah pun ada. Kalau asyik membeli-belah di kedai-kedai besar dan shopping mall untuk barangan yang boleh dibeli di kedai Muslim (walaupun mahal sedikit dan tanpa diskaun), siapa pula yang nak melanggan di kedai-kedai peniaga Islam yang kecil itu? Kalau nak beli barangan biasa seperti pakaian, buku dan barang kemas, orang India akan lebih cenderung memilih kedai India, orang Cina lebih suka ke kedai Cina tetapi orang Islam? Orang Melayu? Ke mana kita?

image: flickr.com

1 comment:

  1. Salam Puan...
    Sepatutnya ISLAM PALING DIUTAMAKAN bukannya BANGSA... kalau semua orang ISLAM bersikap POSITIF ke atas orang ISLAM yang lain saya pasti suatu hari nanti EKONOMI ISLAM akan menggugat EKONOMI KAPITALIS.... mungkin mengambil masa tapi tindakan puan memulakannya adalah satu tindakan yang patut di sokong oleh orang ISLAM yang lain....

    ReplyDelete