Tuesday, September 16

DUGAAN DUGAAN DUGAAN

Hari ke16 bulan Ramadhan.
Rasanya seperti masa belalu begitu cepat.
Bagaimanakah amalan anda pada bulan ini?

"Teacher, betulkah selepas raya Teacher tak ada?" pelajar saya bertanya.
Ahhh, akhirnya saya terpaksa memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan diajar oleh saya lagi selepas cuti hari raya. Saya akan berehat di rumah untuk beberapa minggu atas arahan doktor. Oleh yang demikian, saya mengejar syllabus setakat yang termampu. Kasihan mereka sekiranya tiada guru tetap untuk menggantikan saya yang akan bercuti sakit. Mereka masih agak lemah dalam pelajaran. Saya pula hanya berpeluang mengajar mereka untuk 2 bulan sahaja selepas tamat pengajian saya pada pertengahan tahun ini.
Soalan Peperiksaan Akhir Tahun belum siap dirangka. Perlu hantar sebelum cuti raya.
Ujian Lisan untuk pelajar terpaksa dijalankan pada bulan ini juga.
Buku-buku latihan pelajar perlu siap disemak pada bulan ini.
Semua sebab saya bercuti lama selepas Hari Raya Puasa.
Kejar masa.... Kejar masa...
Masa inilah terasa hendak cekik budak-budak yang tidak berdisiplin dalam kelas, tetapi bersabar kerana berpuasa, huhuhuu.

"Maaf ya, kami hanya boleh keluarkan sijil itu selepas Raya ini, kalau tidak Cikgu takkan dapat bonus tahun ini."
"Jadi saya takkan terima gaji pada bulan Oktober ini?"
"Nampaknya begitulah."
Aduhh.. lemah semangat saya mendengar berita daripada pegawai itu.
Kelewatan dalam proses penghantaran data antara satu pihak ke pihak lain menyebabkan proses urusan gaji saya tersekat. Akibatnya saya berkemungkinan terpaksa hidup tanpa menerima gaji untuk bulan Oktober. Selepas menelefon ke sana sini dengan duit sendiri dan akhirnya turun ke Ipoh bersemuka dengan pegawai di Pejabat Kewangan Negara, saya diberitahu mereka belum menerima data yang sepatutnya dihantar oleh pihak yang ditanggungjawabkan sebulan yang lalu.
"Sabar.. bila dah siap, kami akan poskan ke sekolah baru Cikgu," kata pegawai yang turut terkilan dengan masalah yang timbul.
Ya, terima kasih. Sementara itu saya terpaksa survive la dengan duit simpanan yang semakin susut (belanja konvokesyen dan persediaan raya banyak gak :P). Terpaksa hubungi pihak terlibat untuk bayaran insuran, bayaran pinjaman perumahan dan sebagainya yang kebiasaannya dipotong terus dari gaji saya. Leceh betul.. duti lagi..

"Letih la bulan ini, tak seperti puasa tahun-tahun lepas."
Ya, saya mengaku, saya letih. Letih kerana berpuasa dalam keadaan badan yang kurang sihat. Kalau bulan lepas, saya alami 'cramps' setiap pagi, alhamdulillah sekarang sakit itu sudah hilang. Sebagai ganti, saya pening-pening dan sakit badan terutama pada waktu petang. Muka pula terasa gatal sepanjang hari walaupun pelbagai krim dan bedak sudah disapu. Dah boleh bergelar Humairah kerana wajah kemerahan tanpa disapu blusher, hehehee. Saya turut risau ketika memandu pulang ke rumah selepas penat mengajar seharian di sekolah, kerana letih dan mengantuk. Dah menguap sepanjang perjalanan ke rumah lebih-lebih lagi kalau mesyuarat sehingga pukul 3 petang..huahhh. Mujurlah keadaan masih terkawal.
Di depan pelajar bukan main terror, bersuara lantang lagi :)
Ahhh, kena kuatkan minda melawan kepenatan fizikal.

Oleh kerana diberi ubat, saya akan berpuasa genap sebulan pada tahun ini (insyaAllah). Semoga keadaan akan bertambah baik.

2 comments:

  1. salam kak aliya,
    ish, tabahkan hati dan kuatkan fizikal, k? nani doakan kak aliya cepat sihat! =) and semoga puasa thn ni gemilang supaya raya kita pun bermakna. *hugz*

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Nani,
    InsyaAllah, nak cepat sembuh gak tapi takut dibedah, huhuhuu. Cepatnya Ramadhan, dah masuk minggu ke3. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete