tag:blogger.com,1999:blog-6218313360696306951.post2943501374386197802..comments2023-12-06T23:11:19.362+08:00Comments on Musings of a Mualaf: DIA YANG DI PINTU PAGARaliyahttp://www.blogger.com/profile/11218183427774411196noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-6218313360696306951.post-70696831191072092932011-06-23T23:09:18.533+08:002011-06-23T23:09:18.533+08:00studioukm,
Saya tak menafikan hak mereka yang data...studioukm,
Saya tak menafikan hak mereka yang datang ke rumah untuk mengutip derma, selain daripada pendapat saudara tentang hikmah bersedekah. Tapi topik di atas ditulis daripada perspektif seorang wanita dan isteri yang berada di rumah sendirian. Pada pendapat saya, banyak lagi cara lain yang lebih sesuai untuk mereka mengutip derma kerana jika mengutip dari rumah ke rumah,boleh memaksa para isteri yang berseorangan di rumah untuk keluar menghulurkan derma tersebut. Jika tak keluar derma, boleh timbul rasa bersalah;jika keluar maka menanggung risiko dirompak dll. Lagipun setahu saya, dalam Islam menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga sendiri serta bersedekah kepada saudara terdekat yang memerlukan itu lebih diutamakan. Bagi seorang isteri pula dia perlu menjaga maruah diri dan mengelakkan fitnah yang boleh menganggu keharmonian rumahtangga.aliyahttps://www.blogger.com/profile/11218183427774411196noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6218313360696306951.post-23319678308262553132011-06-23T22:51:54.853+08:002011-06-23T22:51:54.853+08:00Waalaikumussalam Ikhwan,
Ya, setuju. Bagi saya mud...Waalaikumussalam Ikhwan,
Ya, setuju. Bagi saya mudah saja.. janganlah kita menjadi seperti orang yang anak kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan. Utamakan mereka yang dekat dan memerlukan. Zaman sekarang, bukan mudah nak uruskan belanja rumah, maka setiap sen yang dibelanjakan[tak kiralah untuk apa pun] perlulah secara berjimat-cermat dan hemat.aliyahttps://www.blogger.com/profile/11218183427774411196noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6218313360696306951.post-17109048442139789642011-06-22T07:52:06.910+08:002011-06-22T07:52:06.910+08:00.....satu lagi....pernah tak kita terfikir, mungki........satu lagi....pernah tak kita terfikir, mungkin ALLAH hendak memberi kita pahala melalui pengutip derma yang datang kepada kita di mana-mana saja kita berada dan pada bila-bila masa. Pernah atau tidak kita terfikir, setiap manusia yang perlu pertolongan daripada kita itu mungkin digerakkan oleh ALLAH samaada nak menguji kita atau untuk membolehkan kita mendapat pahala 'percuma' dengan memberi sedikit bantuan kepada mereka...pernah tak kita berfikir begitu...? Renungkanlah...daud.montak.zakariahttps://www.blogger.com/profile/04827325931857319957noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6218313360696306951.post-35572511714769422412011-06-22T07:46:02.480+08:002011-06-22T07:46:02.480+08:00Rasanya tak salah kita memberi derma kepada sesiap...Rasanya tak salah kita memberi derma kepada sesiapapun untuk tujuan kebajikan yang diharuskan agama. Bukan nak riyak, rasanya aku tak pernah menghampakan sesiapapun yg mengutip derma walaupun datang kat pintu rumah. Mungkin derma aku tu tak banyak tapi yang penting yang datang mengutip derma tu datang mengutip untuk perkara yang harus dalam agama seperti membina surau, bina masjid, bina pondok pengajian dan sebagainya. Aku tak kisah pun jika mereka menipu sebab bila niat kita baik maka ia tetap berpahala. Bagaimanapun hati kita mesti ikhlas selalu jangan merungut-rungut dalam hati. Nak bersihkan hati kita bukannya senang. Jadi rasanya tak salah kita beri derma pada sesiapapun walau dimanapun asalkan ianya untuk kebaikan Islam. Biasanya jika kita sentiasa beprasangka buruk ini mungkin bermakna hati kecil kita masih belum lagi bersih....daud.montak.zakariahttps://www.blogger.com/profile/04827325931857319957noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6218313360696306951.post-28814088341150559112011-06-21T11:46:30.649+08:002011-06-21T11:46:30.649+08:00Assalamualaikum.
Ya benar apa yang suami kak caka...Assalamualaikum.

Ya benar apa yang suami kak cakap tu. Bukannya kita tidak bersimpati dan tidak bersedekah, tetapi perlu bersedekah kepada tempat dan orang yang betul.

Juga pernah didatangi seorang peminta sedekah yang mengutip derma di surau Thailand. Saya sedang berfikir... Takkan penganut Islam di Thailand sanggup datang ke Perak untuk mengutip derma semata-mata?

Bukankah lebih baik bersedekah kepada rumah anak yatim, surau, sekolah tahfiz yang memang memerlukan perbelanjaan?Ikhwan Nghttps://www.blogger.com/profile/03227455498715173482noreply@blogger.com