Thursday, December 27

KURUS GLAMOR

Maaf.
Saya semakin kurang membelek majalah wanita. Bukan tak suka tapi kadangkala iklan yang ada dalamnya kurang menyenangkan mata saya yang memandang. Mungkin saya dah semakin tua, fikiran saya dah semakin kritikal. Entahlah tapi kurang selesa membelek majalah wanita yang banyak iklan terutama iklan salun kecantikan.

Buka saja mana-mana suratkhabar dan majalah, pasti ada iklan yang menunjukkan kehebatan salun kecantikan. Masing-masing mendakwa mampu menguruskan badan seseorang dengan jumlah banyak dan pada waktu yang singkat.
Tengok foto sebelum wanita itu nampak agak gemuk, foto selepas memang nampak kurus. Slim.
Namun jikalau perhati secara kritis, banyak juga kekurangan iklan-iklan tersebut.

Pertama, kita lihat foto wanita yang berbadan besar, biasanya berpakaian baju kurung longgar. Sekiranya berbangsa Melayu, biasanya bertudung.
Alih pandangan pula kepada foto kedua wanita yang sama. Haaa... dia dah kelihatan kurus, slim dengan badan kerengga. Tersenyum riang dengan berpakaian kebaya ketat menampakkan pinggangnya yang kini ramping.
Pada pandangan mata umum, wanita itu kini dah cantik dan menawan semenjak berjaya menguruskan badannya. Kini dah boleh mempamerkan kecantikan tubuh badannya yang sudah di-modified semula dengan memakai baju kebaya ketat yang menonjolkan bonjol buah dadanya dan juga buntutnya.

Tak mengapa jikalau wanita dalam iklan itu wanita bukan beragama Islam. Boleh terima alasan dia itu tak tahu tentang penutupan aurat. Lagipun, banyak salun itu diusahakan orang bukan Islam.
Masalahnya, apa macam jika yang dalam iklan dan berpakaian ketat menampakkan bentuk badan yang solid itu seorang wanita Melayu beragama Islam dan bertudung?Bolehkah dia berposing untuk jurukamera dengan berpakaian ketat begitu?
"Ah, kan dia dah menutup aurat? Bertudung dan berbaju kebaya? Nampak wajah dan tapak tangannya jer.. apa masalah pula?"
"Tolonglah kawan..baca balik al-quran atau buku agama Islam, bab menutup aurat. Awak fikir menutup aurat itu takat menutup rambut dengan tudung singkat dan berbaju menutupi kulit badan? Jika berpakaian tetapi masih jelas menonjolkan segala bentuk bukit dan lurah pada badan tu, awak fikir dah lengkap menutup aurat? Bukankah antara syarat menutup aurat adalah tidak menampakkan rambut, berbaju kain yang bukan nipis dan baju itu mesti labuh dan longgar?"
"Dah kurus, mestilah nak show-off badan yang dah slim tu. Kenalah pakai baju ikut saiz badan.. takkan nak terus pakai baju ala khemah lagi! Dah slim, pakai la baju yang lebih sesuai."
"Bukan tak boleh show-off tapi kenalah betul caranya. Kita wanita Islam, cantik macam manapun masih perlu ikut hukum Allah. Patutnya badan yang dah slim kurus molek itu kita tunjuk khas kepada suami saja, barulah dapat pahala dari Allah dan kasih sayang suami. Malangnya, bila dah berbadan kurus semula, tunjuk pula kepada seluruh dunia dengan berpakaian ketat. Betulkah cara yang nabi ajar?"
"Erm, foto untuk iklan jer.. buat apa nak bising-bising?"
"Inilah masalahnya.. alasan untuk iklan jer.. mungkin bila foto model dulu-gemuk-kini-kurus itu dah muat dalam iklan, dia dapatlah perkhidmatan percuma di salun tersebut. Dia seronok la, sebab setiap kali buka majalah dan suratkhabar, boleh tengok foto dia. Glamor. Tapi bagi saya, bila dia buat begitu, dia rugi banyak. Bayangkanlah, sudahlah dia berdosa sebab berfoto tak tutup auratnya dengan sempurna dengan berpakaian kebaya ketat, ini fotonya dilihat ramai orang lelaki bukan mahram setiap kali iklan itu diterbitkan. Dulu masa gemuk dia tak tanggung dosa ini, kini bila dah kurus, dia pula buat dosa dengan bersetuju menjadi duta salun melalui fotonya dalam iklan. Saya kasihan tengok wanita beragama Islam yang diperalatkan begitu dalam iklan, bayangkanlah jikalau dia tak taubat..?"
"Ishhh, ke situ pula awak ni... janganlah fikir ekstrim sangat. Foto dalam iklan jer, bukannya berzina."
"Saya hanya menyuarakan pendapat saya yang saya dapati melalui pembacaan dan perbincangan dengan rakan-rakan Muslim lain. Setahu saya, haram bagi wanita Islam mempamerkan bentuk badannya dengan berpakaian ketat. Terpulanglah kepada awak untuk bersetuju atau tidak."
"Tapi orang lain pun pakai ketat gak, bukan hanya di iklan begitu. Tak bising pun.. awak ni over la."
"Apa ramai orang buat bukan semestinya betul, apa yang hanya satu orang buat bukan semestinya salah. Allah beri akal untuk kita fikir dan nilai. Saya suarakan pendapat saya berkaitan pemakaian model itu berdasarkan apa yang sudah jelas ada dalam alquran dan hadis.. saya tak tahu pula apa sumber yang awak dan orang lain guna yang membolehkan wanita terutama beragama Islam berpakaian ketat sebagai model iklan."
"Habis, tak boleh masuk iklan langsung ker?"
"Bukan tak boleh tapi tak digalakkan.. Buatlah iklan dengan cara kreatif, tak perlulah model beragama Islam itu berpakaian ketat sekiranya produk itu baik. Lebih baik lagi, elak guna model wanita beragama Islam."





5 comments:

  1. mmg byk boleh nmpk... skrg ni, the trend is to be kurus, and beautiful... x salah, tpi~ bila dah start jadi model.
    their perception of cari rezeki halal by modelling pn sy dah ragu2. how?

    ReplyDelete
  2. Kalau ada iklan kereta mewah wajib ada yang muda muda terkangkang sana sini dengan seberapa sedikit pakaian melekat. Apa ertinya? Jangan pandang dan mencari kekurangan yang ada kereta sahaja maanusia pun ada banyak yang berkurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Alangkah eloknya satu iklan yang memberi ingat kekurangan diri sendiri. Itu lah agaknya saya suka tengok iklan yang tersirat ciri ciri keislaman! It teaches viewers not to have a dirty mind, doesn't it?

    Selamat tahun baru. Semoga diberi kemewahan dan kebolehan bersyukur.

    So if we see a lady with scanty dress we think of pooverty and be grateful for all the clothes we have on top of beautiful spouses and all.

    ReplyDelete
  3. mereka ini hanya nak glamour. kebanyakkan perempuan melayu islam sekarang, terutamanya yang muda2 lebih pentingkan benda materialistik, easy money, glamour, etc. ramai yg letak agama sebagai no 2 sebab tak beri keuntungan.

    fikiran kita banyak dirosakkan oleh media, once kita stop media producing all the entertainment that leads to keghairahan, showing off aurat and so on, insyaAllah kita dapat halang mereka ini untuk tidak melakukan perkara perkara yang melanggar perintahNya.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. dan telah dibuat perumpamaan bagi org ingkar/kufur itu isteri nabi Allah Nuh a.s dan isteri nabi Allah Lut a.s . Dan telah dibuat perumpamaan bagi yg beriman itu isteri Fira;un dan hidupnya Maryam ibnata Imraan iaitu ibu kepada nabi Allah Isa a.s

    ReplyDelete
  5. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    ReplyDelete