Friday, December 2

SUAMIKU SUDAH MURTAD?

Kelu lidah saya apabila membaca  emel daripada seorang pengunjung blog beberapa minggu yang lalu. Isu yang tidak pernah saya sangka berlaku sebenarnya sedang berlaku di luar sana, dan alhamdulillah kali ini Allah izinkan saya diketemukan pula dengan seorang muslimah yang sedang menghadapi masalah berat.

Husna [bukan nama sebenar] yang sedang menuntut di luar negara telah berkahwin dengan seorang warga negara tersebut. Dia mengaku bahawa suaminya, Hans [juga bukan nama sebenar] belum betul-betul memahami Islam dan telah memeluk agama ini untuk tujuan perkahwinan. Dia juga mengaku lalai sebab kurang membimbing suaminya Hans dalam selok-belok agama Islam yang baru dianuti.
Justeru, apabila kawan-kawan Husna yang turut menuntut bersamanya menyoal Hans,"betul ke awak percaya Allah sebagai Tuhan yang Esa? Awak rasa diri awak tu Muslim?Jawab YA atau TIDAK sahaja,tak mahu jawapan tengah-tengah."
Hans telah menjawab "Tidak" sebab dia sendiri tidak 100% yakin.
Apabila mereka mengajak Hans untuk solat, Hans sekali lagi bertanya mengapa dia perlu solat sedangkan dia tidak faham akan keperluannya. Masyarakat Islam di situ, iaitu mereka yang rapat dengan Husna berkali-kali menyoal Hans tentang kepercayaannya pada Allah Yang Esa. Hans pula yang baru hendak belajar mengenal Allah berkata 'Bolehkah jika 99% percaya?" tetapi mereka mahukan jawapan 100%, yang gagal diberikan oleh Hans. Disebabkan jawapan Hans yang kurang menyakinkan itu, masyarakat Islam di situ sangsi dengan pengislaman Hans lalu membuat kesimpulan bahawa Hans belum lagi Islam ataupun telah murtad.


Lebih mengharukan, Husna telah didesak dan kemudian dipisahkan daripada suaminya, Hans.
Hans yang keliru dengan keadaan yang berlaku, masih meminta Husna untuk pulang semula ke rumah tetapi Husna teragak-agak. "Saya tidak dapat pulang ke rumah bersama Hans sebab masih tidak mampu meyakinkan mereka bahawa suami saya tidak murtad seperti yang mereka dakwa."

"Tak adakah mahkamah syariah atau imam masjid yang dapat membantu Hans untuk kembali semula ke jalan Islam? " saya tanya dalam balasan emel.
"Di sini tiada mahkamah syariah sebab masyarakat Islam di sini adalah minoriti. Mereka yang menuduh Hans murtad berkata bahawa mereka tidak mahu memaksa Hans. Jika Hans benar-benar insaf dan ingin belajar tentang Islam, dia yang perlu pergi mendekati dan berguru dengan mereka. Tapi saya tahu Hans tidak berminat berguru. Sekarang mereka tuduh suami saya itu murtad. Saya pula terpaksa berpisah dengan suami sebab tidak dapat yakinkan mereka bahwa suami saya masih Islam. Betulkah suami saya sudah murtad? "
" Orang-orang yang mengatakan suami saya itu murtad pun, adalah orang-orang yang penting bagi saya di negara yang asing ini. Saya tak mahu bergaduh dengan mereka. Saya juga tak sanggup berpisah dengan suami dalam keadaan begini, dah sebulan lamanya.
Walaupun masuk Islam sebab kahwin, tetap muslim juga, bukan?
Dan suami saya tu tak belajar apa2 pun, iman lemah. Betulkah dia dah murtad sebab berkata tak 100% percaya pada Allah?"
Saya dah mel beberapa org malaysia(perkim, pguam syarie) tp masih belum dapat jawapan."
*******************************************************************************
Hmmm... geleng kepala sambil membaca emel tersebut. 
Seorang isteri Muslimah dipisahkan daripada suami sebab suami yang memeluk Islam dituduh sudah murtad, oleh sekumpulan masyarakat Islam di sebuah negara majoriti bukan Islam.
Saya nak rujuk siapa pula pada waktu yang singkat - baru selesai tugas mengawas SPM, nak ambil anak-anak daripada taska, nak kemas barang untuk keesokan hari [nak tangguhkan membalas emel, rasa berdosa pula]. Lalu saya ambil pendekatan sebagai seorang isteri dan mualaf lalu balas begini:
Tak baik kita sebagai Muslim untuk terus melabel seseorang terutama yang baru memeluk Islam di sebuah negara minoriti Muslim sebelum kita memberinya peluang untuk mengenali Allah dan Rasul saw. Saya tak mahu menuding jari, yang dah jadi sudahpun berlaku. Sekarang kita perlu cari solusi, bukan teruskan biar suami sis terkapai-kapai begitu dan seterusnya lebih jauh dari Allah dan Islam.
Nasihat saya, balik dulu pada suami. Jangan terlalu peduli apa orang sekeliling kata, sebab yang nak tanggung dosa isteri derhaka itu adalah sis. Sebab kita tak pasti sama ada dia benar-benar murtad selagi dia tidak diberi peluang untuk belajar dan mengenal Allah dan Islam. Di Malaysia pun, bukan semua saudara baru 100% yakin bila memeluk Islam, tapi itu bukan kerja kita. Hidayah milik Allah swt, dan kita tak ada hak untuk menyoal berapa % seeorang itu percaya pda Allah sebelum kita sendiri mengajar dan memberi petunjuk padanya.


Oleh itulah, apabila seorang peluk Islam, perkara utama yang dia perlu belajar adalah tauhid. Kenal Allah, dan Rasulullah. Saya syorkan sis dapatkan buku-buku tentang Islam yang mudah difahami. Ataupun berikan dia baca tentang keajaiban Islam menurut Sains, seperti persamaan dalam tawaf haji, gerakan jantung dan gerakan planet dalam arah yang sama. Keajaiban air zamzam. Gunakan kebenaran Islam melalui Sains, insyaAllah lebih mudah untuk yakinkannya. Dapatkan tip2 sepertimana mengajar kanak-kanak kecil tentang Allah.

Sekarang kita nak selamatkan akidah suami sis itu, bukan terus menjauhkannya daripada komuniti Islam. Jika tidak, dia akan terus sesat dan boleh jadi murtad dengan erti kata sebenar. Masa itu dia benar-benar murtad, bayangkan dosa orang-orang yang tidak membantu dan cuba menariknya kembali pada Islam. Memang mudah bagi orang terutama born Muslim untuk melabel, sedangkan susah untuk mengajar dan meyakinkan orang lain termasuk mualaf tentang kewujudan Allah. And that is actually a challenge for all Muslims in your community, to bring him back to Islam.


Nasihat saya, teruskan berjumpa dan berbicara dengan suami. Ingatlah, selagi mahkamah syariah tidak menyatakan suami sis itu murtad dan tiada perceraian secara bertulis, anda masih suami isteri sah. Jangan terus mengalah dengan situasi dan kata-kata orang. Yang tanggung dan melalui masalaah itu semua adalah sis. Masih ada peluang untuk tarik dia semula pada Islam, selagi dia masih mahu berjumpa dengan sis. Gunakanlah peluang itu sebelum hatinya benar-benar tertutup.


Jangan mudah mengalah, dan teruskan berdoa pada Allah swt yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui. InsyaAllah, Dia mendengar dan Dia Maha Mengampun.


Setiap kita ada ujian masing-masing. Ini ujian sis. Mungkin berjaya, mungkin tidak. Usahalah sebagai isteri yang solehah. Ingatlah bagaimana Asiah isteri Firaun taat, bagaimana puteri Rasulullah taat pada suami dan terus berdoa selagi suami sendiri tidak menyatakan cerai. Mohon doa daripada keluarga terdekat agar perkahwinan sis dengan suami terus kekal dengan izinNya.
Semoga Allah swt berkati dan permudahkan sis dalam usaha murni ini, dan semoga Allah swt berikan hidayah pada suami.


======================================================================

Betulkah nasihat yang saya berikan itu?
Ada cadangan lain yang boleh saudara-saudari berikan untuk membantu Husna dan suaminya, Hans?

nota: *** edit sedikit sebanyak sebab emel kami yang sebenar panjang

7 comments:

  1. Yes, your reply is written very well. I agree with it wholeheartedly. I'm sort of horrified by how it is handled by the community there. He did say 99% which is a pretty good progress.

    He seems like someone who prefers to read up on his own? Hmm, if he happens to be brought up in a Western manner, it might be difficult for him to find the explanation of someone who grew up in a culture (such a Pakistani, Malay Muslims etc) because they possess very different worldviews. And if so, I would recommend a couple of resources by Western converts.
    - Even Angels Ask by Jeffrey Lang (book)
    - Youtube talks and articles by Dr Ingrid Mattson (President of the Islamic Society of North America, ISNA)
    - Articles and books by Muhammad Asad (formerly Leopold Weiss)
    - Suhaibwebb.com

    Hope this helps.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    sekadar memberi cadangan....dgn harap Allah bukakan jalan yg mudah utk membantu...

    zakir naik sgt bagus cara peneranganya tentang kewujudan Allah...

    boleh di cari dlm youtube...

    kalau nak tengok live pun boleh dalam peacetv...

    semua ceramah dia dalam bahasa eng dan ada juga urdu...

    minta suami sis tengok sikit2 pun tak pe dulu...lepas tu bila dah ada minat boleh tengok terus..

    Hidayah datang dari Allah...semoga Allah memudahkan urusan sis ini Amin.

    rasa sedih...sedih sgt dgn keadaan sis itu...saya faham keadaan dia...saya dulu tinggal di luar negara..dan org2 sekitar itu sgt penting bila kita bersendirian di perantauan.

    minta sis hubungi warga malaysia yg lain...mungkin boleh ke blog kawan saya di UK...insyaallah..dia boleh tolong2 mana patut...mungkin nasihat dan pandangan...sebab dia pun di perantauan dan banyak pengalaman dan nasihat...esp tentang golongan revert ini...setahu saya pengalaman dia luas...boleh lah cuba minta pandangan.
    http://malaysianhomeschoolmuminuk.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nasihat Kak Aliya memang dah paling elok. biarla si hans belajar. saya ada 2 3 kenalan yg Islam sebab kahwin. Lama2 jadi muslim yang proper juga.

    ReplyDelete
  4. dari pandangan saya satu nasihat yang bernas dan matang. Cuma puan Husna membuat kesilapan yang tak sepatutnya sebagai seorang islam, terburu buru berkahwin.sepatutnya puan Husna membimbing suami puan terlebih dahulu tentang islam dan bukannya nak berkahwin semata mata. dari e mailnya saya dapat mengagak yang puan Husna sendiri pun hanya islam baka. inilah kesilapan terbesar kita yang dilahirkan islam suka ambil mudah tentang benda yang paling penting dalam hidup kita(perkahwinan)di harap dapat memberi pengajaran kepada sesiapa yang ada cita cita nak kahwin campur. kalau tidak bersedia lebih baik jangan, bukan suami atau isteri yang masuk islam silap haribulan kita yang hanyut. fikir fikirkan tq.

    ReplyDelete
  5. saya pun ada kawan yang baru peluk Islam sebab berkahwin. kadang2 bila kawan2 lain tanya tak ajak dia solat ke...saya susah nak cakap. dia masih lagi hadiri kelas Jakim (katanya belum tamat kursus memahami Islam?)

    apa yang saya dapat bagi tahu..paling basic ialah mandi wajib. sebab itu penting untuk angkat hadas besar..berkenaan ketuhanan ini, saya berdoa Allah berikan dia hidayah. mana tahu dia jadi Muslim lebih baik dari saya ni.

    ReplyDelete
  6. bismillah..

    nasihat yangb bagus..

    ada satu hadis dari nabi s.a.w.:
    dari Abu Zar melaporkan, dia pernah mendengar Rasululla berkata,"Apabila seorang lelaki menuduh orang lain fasik ataupun kafir, tuduhan itu pasti kembali kepadanya apabila orang yang dicaci itu bukan seperti yang dituduh"
    HR Bukhari

    jadi, jangan ikut sedap mulut sahaja berbicara.. dia kafir atau tak.. yang jelas kafir tu, boleh r.. cth: dia pergi kuil, gereja dll

    orang malaysia sekali pun, bukan 100% percaya pada Allah.. ada sahaja yang melakukan maksiat dan kemungkaran.. kalau ikut logik, tak akan ada kemungkaran yang berlaku kalau yakin 100%..

    yang bercakap tu pun belum tentu dah 100%.. walhal saya ni pun belum tentu.. tengok sahaja amalan kita seharian.. tapi kita sedar dan cube perbaiki dan minta ampun pada Allah s.w.t.

    nasihat saya: berfikir sebelum berkata..

    tentang saudara baru itu, teruskanlah berdakwah padanya selagi mana dia masih katakan dia islam.. orang muallaf ini diberi kelonggaran dalam beribadah, tak macam kita orang mukallaf..

    kalau al-fatihah tak hafal, jadi masa solat zikir sahaja tapi dalam masa yang sama perbaiki..

    islam agama yang indah, jangan rosakkan dengan akhlak kita yang tak berpatutan..

    maaf jika, bahasa kurang sesuai.. tiada niat dan bermotif utk beri pandangan utk kebaikan bersama..

    wallahualam..

    ReplyDelete
  7. harap sis husna tabah menhadapi ujian..
    terlebih dulu saya ingin memintak izin untuk memberikan pendapat..
    kalau salah sila betulkan kesalahan saya :)

    saya tahu dugaan ini memang berat untuk diterima oleh sis husna.. tidak apa yang saya boleh tolong selain memberi support.. sis husna harap anda jangan lh berputus asas dalam memujuk suami anda untuk kembali kepada islam.. ye saya tahu memang saudara baru yang baru memeluk islam ni banyak cabaranya.. terpaksa meninggalkan apa yang bertentangan dengan syariat islam. lagi2 kalau benda yang dilakukan memang dah sebati dengan dirinya. xpi kita sendiri maklum risiko untuk menjadikan orang yang bukan asalnya born dari kalangan islam sebagai teman hidup kita adalah satu tugas yang sukar dan menduga. kita jugak tahu kita perlu menghadapi ujian2 serta dugaan2 ini,

    Apa yang saya baca ruangan yang telah dipostkan oleh cikgu aliyah membuatkan saya terpikir.. Hidayah.. ye hidayah memang satu anugerah daripada Allah... dan Allah berhak memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja kepada orang yang hendak dikehendaki... suami sis husna telah mendapat hidayah dari Allah ia adalah pemberian yang amat ternilai.. sebab itu lah pentingnya sis husna jangan putus asas untuk memujuk balik suami sis husna kembali ke jalan yang betul. saya gunakan diri saya sebagai contoh.. saya memang born islam sejak dari lahir... dan saya tahu yang Allah itu satu dan wajib menunaikan solat, puasa dan meningalkan benda yang yang dilarang oleh syariat islam. saya tahu semua itu dari kecil.. xpi secara jujurnya saya sebenarya hanya ikut apa yang ibu bapa saya ajarkan.. dan bnda ni akan menjadi sebati dengan jiwa. untuk menbentuk iman kita ia menjadi perkara yang penting selepas kita mendapat hidayah.. mungkin saya lahir dari kalangan islam so saya telah diterapkan sejak kecil lagi.. tentang iman. berbeza kepada saudara yang baru memeluk islam.. bagi mereka mendapat hidayah adalah satu benda yang lain dan untuk memperolehi iman mereka adalah satu benda yang lain. (boleh perbetulkan pendapat saya jika saya salah) iman ni bukan boleh datang dalam 1-2 tahun ia adalah benda yang perlu dipupuk dan di didik bertahun tahun. even saya pon kadang2 tertinggal benda yang wajib.. iman ini perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan kemanisanya. ia memang sukar untuk memupuk iman di dalam diri kita apa entah lagi kepada orang lain. sebab iman ni adalah kepercaya di dalam hati kita. saya harap sis husna tidak berputus asas dan masih terlalu awal untuk berputus asas. sis husna kena lah bijak untuk memancing balik hidayah yang Allah kurniakan kepada suami sis husna. tidak ada siapa yang lebih kenal suami sis husna melainkan sis husna. jikalau tersungguh dan jatuh bangun lah semula dan berdoa lah banyak2 kepada yang esa.. susungguhnya dia maha mendengar dan maha mengetauhi. goodluck for your jihad. always support sis husna

    kalau ada sebarang keslahan di runagan saya harap diperbetulkan :) terima kasih

    ReplyDelete