Dia tidak menyangka sama sekali tujuan mesyuarat itu diadakan adalah untuk itu. Baru tadi mereka berjenaka bahawa Boss mahu menjemput semua guru Islam ke surau untuk membuat korban sempena Aidiladha.
Boss masih terus berucap. Ahhh.. patutlah ustaz selaku pengerusi majlis memulakan mesyuarat tergempar itu dengan petikan hadis berkenaan.
Apa harus kubuat sekarang?
Memanglah surau sekolah yang ada kecil dan sempit. Tidak dapat memuatkan semua pelajar Islam sekaligus. Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan agama Islam itu terpaksa dijalankan di dewan serbaguna yang juga tidak sepadan dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah. Namun mereka bersabar dengan keadaan itu. Walaupun terpaksa bersesak-sesak. Tapi solusinya... inikah yang mesti kami buat?
"Kita perlukan kira-kira RM70 ribu. Saya tak nak besar-besakan perkara ini, maka kita takkan minta derma dari semua pelajar Islam. Sebab itu, saya berharap cikgu dapat sumbang. Kita ada kira-kira 50 orang guru Islam. Jika seorang cikgu dapat menyumbang RM1000, insyaAllah dapatlah kita besarkan surau yang ada. Inilah amal jariah yang boleh kita lakukan untuk sekolah ini."
"Ya Allah, Rm1000! Mana nak cari RM1000?"
RM1000 bukan jumlah yang kecil baginya yang berpendapatan sederhana. Tanggungan pula banyak termasuklah bayaran pinjaman PTPTN dan loan bank.Anak-anak kecilnya seramai 4 orang perlu disediakan pelbagai barang keperluan setiap bulan, termasuklah peruntukan kewangan untuk perubatan di klinik. Dia pula bakal menyambut orang baru pada tahun hadapan. Ibu di kampung juga perlu diberi elaun bulanan. Gaji yang diterima setiap bulan cukup-cukup makan saja, dengan sedikit lebihan untuk kecemasan. Tambahan pula sekarang sudah nak masuk hujung tahun; keperluan persekolahan anak-anak juga perlu diambilkira.
Dia bersyukur dan menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa penjawat awam sepertinya bakal menerima bonus pada akhir tahun. Bolehlah dia menggunakan wang tersebut untuk beberapa keperluan rumah yang semakin mendesak. Setengah bulan gaji taklah banyak namun lebih baik daripada tiada langsung.
Kini datang pula tekanan baru berbentuk sumbangan derma untuk pembesaran surau sekolah.
"Sempena Aidiladha yang bakal tiba, dan cikgu-cikgu pulang ke kampung, diharap dapat berkempen untuk mendapatkan sumbangan daripada saudara mara. Surat akan diberi sebelum cuti."
"Bagaimana jika kami tak dapat RM1000?"
"Cikgu bolehlah bagi seberapa yang berjaya dikutip. Jika RM50 yang dapat, serahkan saja."
Cikgu Yan dapati ada segolongan guru yang berkemampuan bersetuju dengan cadangan Boss. Yang selebihnya mendiamkan diri. Tak ada seorang pun yang membantah, sebab takut dituduh melawan Boss. Lagipun 'baik beramal jariah, kekal selagi digunakan' kata Cikgu Siti.
Surat memang dimasukkan ke dalam peti surat setiap staf pada hari Jumaat. Cikgu Yan membuat keputusan tidak mengambil surat tersebut setelah membaca isi kandungannya.
Nak derma RM1000, diri sendiri tak mampu. Nak kutip derma dari saudara mara, mereka juga sepertinya. Lagipun dia segan nak minta, tambahan pula resit tidak disediakan kepada penderma.
Arrghh, pening.
Bossnya yang bersuamikan hartawan itu tentu tak faham masalah kewangan yang dihadapinya.
Tak sangka cikgu Muslim sepertinya pula perlu jadi pemungut derma.
"Jangan bagi, RM1000 bukan sikit. Boleh beli bertin-tin susu anak," kata suaminya apabila dia meminta pandangan daripadanya.
********************************************************************************
Saya geleng kepala setelah mendengar keluhan Cikgu Yan yang berkongsi masalahnya. Memang susah nak selesaikan.
Cikgu-cikgu muda dan baru bekeluarga sepertinya manalah ada simpanan yang banyak. Jika nak keluar zakat harta pun, perlu ada simpanan melebihi RM10 ribu, baru boleh.
Setahu saya, amal jariah bukan setakat memberi derma. Banyak bentuk amal jariah sebenarnya tetapi mungkin sebab kita selalu membaca dalam akhbar/majalah tentang rayuan derma sebagai amal jariah, maka secara tidak langsung ia sering dikaitkan dengan derma wang ringgit saja.
Salam..
ReplyDeleteThis reminds me of an incident where I was being forced to signed up for monthly contribution by makna volunteers. I did not sign up simply because they were just too aggressive. Daripada dapat pahala, boleh dpt dosa sebab tak ikhlas. Besides, our monthly income we hv allocated some for our preferred charity.
My son's school did ask for donation early this year to build musolla. It was a huge amt, not mistaken it was ard 350k but the school managed to get a corporate to donate 3/4 of d amt n the rest came from students n teachers. The letter ask for donation seikhlas hati :)
Kak aliya, I've been ur silent reader, keep on writing coz ur writing did inspire me one way or the other :)
Kesian cikgu2 itu. Buat salah, tak buat serba salah. Tapi betul, kalau nak beramal jariah ni, kita kena buat seikhlas hati...tak boleh dengan cara paksaan. Nanti benda yang baik pun boleh jadi tak baik. Kerna nak menderma untuk surau, laki bini boleh bergaduh, anak2 kelaparan, hutang sewa rumah tertunggak, sedara mara berjauhan dan macam2 lagi. Lagipun amal jariah bukan melalui wang ringgit sahaja. Semoga Boss cikgu2 sekolah agama itu prihatin hal ini.
ReplyDeleteI may be an odd ball to a stance that a school surau does not have to be able to accommodate all the muslim children at any one time. But the hall of a schoo is, to my mind, one integral part of a modern school. The Department of Education should be put to bear the responsibility to upgrade an unedequate one. An Islamic related activity should be viewed as an activitiy authorised by the school administration, hence the use of the school hall is in order. Of course there should be a surau adequate for children to say their prayers, not necessarily large enough for all of them to congregate at one go, as in a mosque at the specific five times a day..
ReplyDeleteAntara idea saya.
ReplyDelete1. Sekolah tu dalam Dun Seberang Jaya? Boleh minta sumbangan kat Ariff Shah. Dia nak promosikan dirinya lantak pi. Janji bagi sumbangan.
2. Jika ada guru kat sekolah tu yang rajin ngaji di An-Nahdhoh Kubang Semang. Mungkin boleh minta sumbanga sikit kat Ust Mutallib
Pengetua/GB tu takut kat waris. Tu pasal tak mintak kutipan derma kat waris. Jadi susahkan guru-guru. Pasai guru-guru takut kat dia.
Saya mungkin boleh tolong. Minta ust sekolah dia ceramah kat tempat pengajian saya. Akhir kelas umumkan minta sumbangan. Mungkin tak banyak. Tapi dapatlah sikit...
p/s; Sekolah isteri saya dapat kutipan derma surau hampir 20k. Tapi tersangkut nak buat. Pengetua kerek sgt. Alhamdulillah dia akhirnya ditukarkan. Mungkin guru-guru sekolah tu pakat-pakat doa. Mintak dia ditukarkan?
zan, thanks for the encouragement :)I myself prefer to choose my own charity. I was also approached by volunteers from Malaysia Kidney Foundation who asked for monthly contribution via credit card, and I decided not to sign up.
ReplyDeleteAlong, saya setuju. Perkara ini bukan boleh buat ala kadar, seperti paksa-rela. Bila merungut dalam hati sebab 'dipaksa' menderma dalam keadaan diri sendiri pun ekonomi sesak, nanti takut bertambah dosa pula.
Al-Manar, thanks for your comment. I'm not sure exactly how big they need the surau to be. Most probably to accommodate all the Muslim students at one go. Apparently the 'boss' is taking the easy way to solve the problem - asking the teachers to find sponsors.
joe penang,
hahaa.. nanti saya beritahu. Lebih mudah minta 'bantuan' guru-guru sebab semua di bawah perintahnya.
Apa nama sekolah isteri anda?