Monday, August 29

MAKIN GLAMOR MAKIN SINGKAT

Pening.
Itulah perasaan saya ketika masuk ke dalam kedai petang tadi. Gara-gara last minute shopping menjelang Aidilfitri [ suami tanya," Apa lagi yang takde? Kasut? Tudung?"]. Maklumlah bukan senang nak keluar rumah dengan 2 anak kecil. Perlu tunggu suami senang baru boleh keluar berombongan ke kedai.
Mencari tudung yang sesuai di kedai yang menawarkan diskaun sepatutnya mudah. Lagipun sudah tahu warna yang dicari. Saya perlu tambah stok tudung 'serkup' sebab dengan 2 anak kecil, tak mungkin saya ada masa panjang untuk pin sana pin sini kain tudung labuh, terutama bila kelam kabut ke tempat kerja nanti.
Malangnya beberapa helai tudung ala Ekin/Ariani-entah-apa-lagi-nama kurang menepati kehendak saya. Sekali pandang memang ok. Malangnya bila dipakai, tak cukup syarat pula. Pendek kerana tidak menutupi dada dengan sempurna. Akhirnya saya terpaksa kembalikan hampir 5 helai tudung yang dipilih, dan membeli cuma satu. Itupun yang paling plain.
Hmmmm, teringat zaman lawat 90an dulu. Masa tu tudung yang trendy adalah jenis kain yang dijahit manik berwarna warni. Saya ingat sebab saya masih menyimpan sehelai tudung itu sebagai bukti saya pernah berminat memeluk Islam. Kemudian ada tudung bawal yang nipis tetapi disulami dengan jahitan bunga yang cantik. -erlu pakai 2 lapis baru tutup leher dengan sempurna ataupun pakai jenis yang tebal/warna gelap. Kemudian ada pula tudung serkup Ekin dan Ariani, hasil daripada pengaruh drama Indonesia.
Trend terkini?
Aduh, pening bahhh. Cantik memang cantik tetapi cukupkah syarat menutup aurat dengan sempurna?
Ada rompol sana sini. Ada bunga sana sini. Ada pelbagai jenis warna dan lapisan. Belang-belang macam warna pelangi ada, beriben-iben pun ada. Lihat sahaja majalah untuk wanita. Banyak jenis tudung yang ditunjukkan termasuklah cara mengikat tudung. Sekali lihat, oooo lawa. Dua kali lihat, errrmmm...kain tudung hanya tutup kepala dan leher. Terlalu banyak rompol sehingga kelihatan agak janggal. Itu tak kira lagi fesyen ikatan yang pelbagai.

Setahu saya, bertudung itu untuk menutup aurat. Itu tujuan utama. Malangnya semakin ramai umat Islam terutamanya remaja yang sudah makin lupa tujuan asal mereka bertudung. Sekarang bertudung menjadi fesyen. Tak kisahlah fesyen pun tapi seharusnya syarat menutup aurat dengan betul itu dipatuhi. Tudung kepala perlulah labuh menutupi kedua-dua dada wanita yang memakainya. Tak boleh nampoak leher dan telinga.

"Cantik tak?"
Dikhuatiri juga dengan semakin bertambahnya rompol-rompol dan bunga-bunga setrta entah apa-apa lagi benda yang ditambah kepada tudung asal itu, pemakai tudung kini lebih suka menunjuk-nunjuk dan menanti untuk dipuji kerana tudungnya cantik. Maklumlah ada yang mencecah sampai beratus-ratus ringgit sehelai tudung. Pakai yang cantik dan yang trendy sebab takut nanti orang komen 'nampak tua' jika pakai yang biasa-biasa saja. Sehingga boleh hilang sebab sebenar bertudung iaitu untuk menutup aurat.
Dikhuatiri juga dengan trend fesyen yang terkini ini, semakin ramai wanita Islam di negara kita yang mempunyai sifat tabarruj. Suka bila dipuji kerana lawa, dan membanding-bandingkan dirinya dari segi kecantikan dengan orang lain.

Wanita...Lihatlah berapa ramai wanita yang akan komen tentang kain tudung kepala anda yang baru dan menarik. Malah ada yang mungkin pegang kainnya sambil bertanya,"beli di mana? berapa ringgit?" Bukankah itu menarik perhatian?

Kini agak susah nak cari tudung labuh yang agak plain di kedai. Banyak kedai yang menjual tudung tak cukup syarat - singkat tak tutupi dada, tinggi seperti bonggol unta, dan banyak perhiasan sehingga menarik perhatian orang lain kepada tudung yang dipakai.
"Tu, baru RM25.." kata suami.
"Pendek, tak tutup dada," saya geleng kepala.
"Yang tu, cantik warnanya."
"Terlalu banyak rompol, nanti tarik perhatian orang yang tak dikehendaki," saya senyum.
Suami mengangguk, tanda faham. Dia dah boring mengasuh anak-anak sementara saya membeli-belah, heheeheee. Cepat-cepat saya bayar dan memberi signal untuk tinggalkan kedai itu sebelum salah seorang hero itu mengamuk.

"Itu baru ikut fesyen. Yang awak pakai tu, dah ketinggalan zaman."
Ahhh... biarlah. Asalkan saya senang hati. Hati tetap bahagia walaupun mungkin tak up-to-date dengan fesyen terkini.Kadang-kadang saya akui , sebagai manusia biasa, saya pernah juga fikir," Tudung baru ni, nanti mesti orang puji cantik., hehehe.." Huhu, pakai tudung untuk tunggu dipuji cantik dan menarik perhatian orang. Bahaya tu.
Takut juga timbul perasaan riak, timbul tabarruj dalam jiwa ini yang baru 5 tahun disemai dengan nilai-nilai Islam, jika terus berpakaian mengikut fesyen tudung terkini yang semakin tak cukup syarat. Tak sanggup nak kutip dosa kecil yang akhirnya akan bertimbun-timbun jikalau tidak dijaga dari awal. Oleh itu, saya pilih jalan selamat - biarlah tudung labuh yang simple dan tak begitu menarik perhatian. Tudung begitupun sudah susah nak dapatkan di kedai [ sukar nak order dari orang sebab ada masanya tak berapa sesuai dengan kepala] sebab tak banyak permintaan.

Entahlah... makin bercelaru nampaknyab umat Islam di Malaysia. Orang lain di Barat makin hampir dengan Islam dengan pemakaian tudung dan niqab, tapi kita seperti makin jauh pula dengan lambakan fesyen yang 'trendy' untuk kaum wanita. Bertudung mahal tapi tak cukup kain. Bertutup tapi tinggi macam bonggol unta. Berbelit tapi maih nampak benjol buah dada, huhuhuuu..bagi yang faham Islam, sakitnya mata memandang.
Renungi semula tujuan anda memakai tudung kepala. 
Ingat-ingat la selalu, menutup aurat bukan setakat menutup rambut daripada pandangan lelaki bukan mahram. Jagalah Islam dalam diri anda, dan insyaAllah Allah swt akan menjaga kita.
Janganlah terikut-ikut dengan fesyen sehingga penutupan aurat dilayan dengan 'cincai' sahaja dengan alasan 'orang lain pun pakai begitu.'
.
Al-Quran memberi amaran yang bermaksud: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (QS al-nur ayat 30)


nota: Malas nak upload gambar tudung-tudung tak cukup syarat ni. Tengoklah di sekeliling, sudah cukup model-modelnya, bukan.

12 comments:

  1. sebab tu saya suruh bini saya pakai tudung bawal je~~ble ejas tutup dada~he~~selamat hari raya cikgu dan keluarga~~

    ReplyDelete
  2. u r so right abt the difficulty to find a decent tudung. been haunting black tudung with a decent kelabuhan but x jumpa2 berbulan2 dah mencari.. yg ada skrg terlalu blink2 :)

    ReplyDelete
  3. Suatu cerapan yg tepat sekali...!

    Soalnya apakah fesyen yg semata2 diutamakan, manakala tujuan asalnya pula cuma kesampingkan.

    Pernah juga dibincangkan sebelum ini ttg sama ada ritual dlm Islam itu yg semata2 dipentingkan, manakala aqidahnya dilupakan. Kedua2nya penting!

    ReplyDelete
  4. Sila juga rujuk apa kata Tok Mamu (Mahaguru58) ttg hal yg sama...(siap dgn beberapa foto yg menarik)

    (Tok Mamu pun turut mndapat ilham drpd Che Gu Aliya utk menurunkan rencana brkaitan d dlm blognya, hehehe)

    For me: Che Gu Aliya is a good model for "pemakai tudung", heheheh

    Salam idulfitri kpd keluarga anda semua.

    ReplyDelete
  5. 'Hukum membaca Al-Quran adalah SUNAT manakala mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB. Maka berhentilah dahulu daripada membacanya dan sempurnakanlah dahulu menutup aurat rambutmu.'

    Demikian saya petik komen drpd website TKO (Tranung Kite)yg mempamerkan foto seorang isteri kpd pemimpin negara yg secara beramai2 membaca al-Quran di Putrajaya)

    (Dlm diam saya mengharapkan foto itu tidak genuine!!! Wallahu-a'lam)

    ReplyDelete
  6. Setujuuuu sangat apa yang Aliya tulis. Alhamdulillah, kat Aloq Staq ada kedai IHRAM (depan pekan Rabu) yang masih banyak menjual tudung2 plain 60". Suami dah tau, kalau nak shopping tudung je, terus pi sana... Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  7. jemput dtg ke kedai saya di padang serai.. ada tudung serkup size XXL.. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah masih byk lagi kedai2 yg menjual tudung yg betul....bukan tak cantik, kan?
    Bertambah manis, ada...!

    -Rupa2nya Tok Mamu (Mahaguru58) masih konsisten menggodam TV-TV negara kerana terus menyiarkan terlalu byk hiburan & lawak2 bodoh sambil mempromosikan gadis2 yg mendedah aurat, tanpa teguran drpd jabatan agama negara!!!
    -sila rujuk blog beliau.

    ReplyDelete
  9. Saya setuju dengan apa yang Aliya tulis. Saya hendak beli tudung instant pun agak kecewa, kerana kependekan tudung tersebut. Sukar hendak cari yang labuh.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam semua yang komen,
    Terima kasih.
    Ummul ~ tahniah dan teruskan usaha saudari.
    bujal X ~ tahniah, suami soleh isteri solehah. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada bujal sekeluarga :)
    fatihah ~ kita yang suka mencuba pakai tudung dulu sbelum beli memang susah nak dapatkan yang sesuai. Boleh cuba ke kedai yang dinyatakan oleh komentar lain :)
    nas ~ Tok Mamu[hehehe, saya panggil sifu je] dan saya memang saling menziarah blog masing-masing..walaupun kami sehingga hari ini tidak pernah bertemu muka :)
    Maktih~ alhamdulillah, dapat lagi senarai kedai jual tudung labuh, hehehe. terima kasih.
    Ummu Auni ~ memang sukar, perlu cuba pakai dulu baru pasti labuh cukup syarat atau tidak. Tapi alhamdulillah setakat ini tudung-tudung yang suami saya belikan semuanya ok, perlu tanya pula apa formula dia gunakan :)

    ReplyDelete
  11. pandangan peribadi,sory kalau ada yg x sstuju...walaupun tudung2 ariani/yg berawning tu ada size Xl malah XXL pun ada, tp sy x kan selesa memakai tudung yg kainnya lembut yg sehelai nipisnya tu..xbiasa...sbb dh biasa pakai tudung akel/4 segi yg dilipat dua lapis, lebih selesa dan yakin menutup dada...kalu tudung2 fesyen lani kalaupun labuh sikit x tutup dada dgn sempurna sbb kainnya nipis walaupun labuh..boleh menampakkan bentuk di sebalik tudung tu....berhati2la memilih tudung..kalau nk belilit lilit ikut trend sekalipun biarlah menurut syariat...

    ReplyDelete
  12. limaumaniss, setuju dengan pandangan saudari. Sebenarnya kita Muslimah ada pilihan; terpulanglah sama ada hendak pakai tudung 4 segi yang dilipat atau tudung serkup labuh.
    Bagi saya secara peribadi, saya lebih suka tudung lipatan 4 segi yang labuh daripada kain tebal [susah nak dapat di kedai, perlu order online]tetapi sebab kekangan masa menguruskan 2 anak kecil, tudung serkup lah untuk sementara ini. Saya dapati mengepin tudung dengan brooch kecil pada kedua-dua bahagian bahu boleh membantu mengelakkan nampaknya bentuk di sebalik tudung :)

    ReplyDelete