Tuesday, May 24

HAPPY BIRTHDAY, SAYANG

Rasa macam baru semalam saya melahirkannya di hospital.
Merasakan dia menyusu badan buat kali pertama.
Alhamdulillah, sudah 365 hari berlalu.
Ikram sudah pun berumur 1 tahun.
Dah besar rupanya anak saya ni.
Berat masa lahir baru 3 kg, kini kira-kira 10 kg.
Baju saiz L pun sudah ketat sebab perutnya bulat..perlu pakaikan dengan saiz XL/18/ baju untuk budak 2-3 tahun.
Dia sudah mula berjalan ke sana ke mari. Sudah tak boleh duduk diam melainkan bila diberikan buku bergambar. Dah pandai ajak orang bersembang dengannya. Pantang tengok wayar/gajet, pasti cuba dirampasnya. Pagi-pagi dia akan berdiri di pintu, tunggu nak keluar naik kereta.
Teruk perut saya yang makin membulat itu ditepuknya setiap kali berbaring di tepinya, seolah-olah dia mengajak si adiknya bermain bersama.
Hampir setiap hari, ada saja laporan daripada pengasuhnya di nurseri.
"Ikram dah makin nakal. Dia dah pandai tanggalkan seluar panjang dia."
"Ikram makan habis moi semangkuk, baru geleng kepala tanda tak nak lagi."
"Ikram berjalan merata dalam bilik petang ni, tak nak tidur."
"Ikram sorok mainan dia di bawah tilam."
Semenjak dia ada, hidup saya jauh berubah. Kadang-kadang seperti tidak percaya bahawa saya sudah mempunyai seorang anak. Hero pula tu.
Penat memang penat, tambahan dengan keadaan saya yang sarat mengandung sekarang. Memang tak dapat berehat apabila dia ada di rumah melainkan ketika dia tidur.
Syukur padaNya yang Maha Berkuasa. Saya masih larat mendukung Ikram naik ke bilik tidur setiap malam.
Syukur kerana Dia memberikan seorang cahaya mata yang menjadi sinar dalam kehidupan kami sekeluarga. InsyaAllah semoga anak saya, Ikram Mursyidi menjadi anak yang soleh, seorang Mukmin yang bertaqwa padaNya, berjaya menyumbang serta mengembangkan syiar Islam dan cemerlang di dunia dan akhirat.


meraikan hari lahirnya pada 20 mei di rumah mertua

rambut pendek stail pacak yang semulajadi.. tak payah guna gel
dah boleh berdiri dan berjalan tapi sebab tu pertama kali berada di situ, dia amat berhati-hati

8 comments:

  1. Salam Ulang Tahun Kelahiran buat Ikram.
    Semoga menjadi anak yg soleh. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. salam alaiki ukhti,

    mashaAllah comel sgt!! ^^

    ReplyDelete
  3. happy birthday adik ikram syg <3 kak nisha love u so much!!

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam FiraHasan, Ibu Muda, Liana, Nisha,
    Ameen.. terima kasih atas ucapan. Ikram demam panas pada 25hb[demam manja sempena 1 tahun agaknya], saya terpaksa bercuti rehat 2 hari untuk menjaganya. Alhamdulillah, demam-demam pun dia masih aktif dan sekarang dah makin sembuh :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum,Kak Aliya.
    Tahniah ye kerana sudah bergelar ibu dan bakal menimang cahaya mata ke2 pula nanti.Comel betul ikram ni...:D

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam nurain,
    Terima kasih, syukur pada Allah Yang Maha Berkuasa atas kurniaNya :)

    ReplyDelete