Monday, April 25

SEBAB ANAK

"Kena masuk wad," kata doktor yang bertugas sambil menulis semula dalam buku merah saya.
"Doktor, saya tak boleh masuk wad," saya merayu.
"Mengapa?" doktor wanita itu memandang saya.
"Anak saya takde orang jaga," air mata sudah bertakung."Suami saya outstation, esok baru balik"
"Betul tak ada orang jaga?Keluarga?"
"Keluarga pun jauh, tambahan bukan senang nak jaga anak berumur 11 bulan. Tolonglah doktor, bukan saya tak nak masuk wad tapi saya tak boleh."
"Tapi BP awak tinggi ni, 150/100.. tambahan awak tinggal seorang dengan anak kecil."
"Tak apa doktor, jika saya rasa lain, saya akan minta tolong jiran bawa ke hospital. Masa tu, berserahlah padaNya. Tapi saya tak boleh tinggalkan anak sekarang, lagi stres saya tinggal di wad dengan anak takde orang jaga."
"Anak di mana sekarang?"
"Ada di nurseri, kejap nanti saya kena pergi ambil balik."
"Cuba telefon kawan-kawan awak, tengok siapa boleh tolong jaga. Nanti saya buat surat untuk awak masuk wad."
Saya terpaksa akur. Tunggu lagi. Sudah beberapa jam saya ditahan di klinik kesihatan itu. BP 140/90. Jam 10.30 pagi saya dibawa berjumpa dengan doktor di bahagian pesakit luar kerana doktor bahagian kesihatan keluarga tidak bertugas pada hari Jumaat. Doktor itu tidak dapat membuat keputusan sama ada saya perlu diberi cuti rehat atau ditambah dos ubat darah tinggi. Lalu saya disuruh berehat di atas katil pesakit sehinggalah 2.45 petang.
"Saya nasihatkan awak pergi segera ke hospital bila dah selesai uruskan anak,"kata doktor itu kepada saya sekembalinya dari bilik lain.

Saya membuat keputusan untuk tidak ke hospital. Memang berisiko tinggi tetapi apa nak buat, di mana nak diletakkan Ikram? Lagipun bukan semudah dulu nak uruskan dia; dia dah kenal orang dan akan menangis jika didukung melebihi 5 minit oleh orang yang jarang dijumpainya. Tangisannya pula lama sehingga terbatuk-batuk; takut orang yang mendukungnya. Ummi ini jugalah yang menjadi sasaran jika Abahnya sibuk dengan urusan lain. Hanya pengasuh-pengasuh nurseri yang sudah biasa dikunjunginya yang masih boleh mendukungnya.

Alhamdulillah, jururawat datang menziarah selama 2 hari. Semalam datang ketika saya tidur maka tidak dapat berjumpa. Pagi tadi, ketika saya mandi. Kelam-kabutlah turun tangga walaupun suami yang telah balik dari outstation itu yang menyambut mereka. Bacaan BP masih kurang cantik Amaran pre-eklampsia diberikan.

Saya periksa semula buku merah lama, yang digunakan ketika mengandungkan Ikram. Hmm, saya telah disuruh makan ubat darah tinggi dengan dos yang lebih tinggi [500mg x 3 kali] mulai minggu ke18. Sekarang mengandungkan anak kedua, masih dengan dos rendah [250mg]. Memang la lebih baik makan dos rendah tetapi itulah, risiko BP naik dengan tiba-tiba juga lebih tinggi. 

Esok saya akan ke hospital. Memang ada appointment dengan doktor pakar mengikut jadual. Itu juga antara sebab saya malas nak ke wad pada Jumaat. Takut ditahan sehingga Ahad, kemudian disuruh pula ke hospital pada Isnin kerana ada appointment. Kasihan kedua-dua anak ni. Yang dah 11 bulan ni memerap terus seolah-olah takut ditinggalkan Umminya. Yang dalam perut pula menggeliat setiap kali mendengar abangnya bising. Risau juga dia lemas jika tak cukup oksigen apabila BP saya naik mendadak, tetapi saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Kata doktor memang betul, perlu dipantau kesihatan ni tetapi dalam apa juga keadaan, Allh swt juga yang Maha Berkuasa.

Pengetua baru pula dah mula bermasam muka apabila saya mohon kebenaran untuk ke klinik buat pemeriksaan berkala. Apa nak buat.. kalau mampu, saya pun nak berhenti bekerja sepenuh masa begini. Masa beginilah, tak suka berurusan dengan birokrasi dan pelajar nakal. Jikalau boleh, nak saja berehat di rumah, tak perlu stres menguruskan anak orang di sekolah.

Masalah penjagaan anak kecil juga masih belum selesai. Memang la, ibu seorang boleh jaga ramai anak tapi belum tentu bapa seorang mampu melakukan perkara yang serupa. Apa-apa pun, saya hanya mampu berdoa agar tiada lagi ujian yang Allah swt berikan kepada kami sekeluarga. Cukuplah sudah dengan segala yang berlaku. Tak larat rasanya nak tanggung yang lain pula. Letih.

nota: Jikalau lama tak online, ada masalah la tu.... harap faham dan tolong doakan.. terima kasih :)

8 comments:

  1. jaga kesihatan baik2 kak~~insyaallah semua ok~

    ReplyDelete
  2. ujian ALlah bgi utk yg mampu je kak... so akak, u'll get through this, with flying colors.. insya-Allah.... prayers from here will be for you...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Kak Aliya.
    Kami disini semuanya mendoakan agar akak bertambah sihat hendaknya.

    Ain faham keadaan tekanan BP akak turut melibatkan faktor spt pekerjaan akak dan persekitaran.Mana tidak, urusan rumah sbg seorang ibu, isteri dan juga sbg seorang pendidik,tetapi dalam masa yg sama perlu menjaga diri sendiri serta kandungan.

    Banyak-banyakkan berdoa pada Allah moga dpermudahkan dalam segala urusan.Segala ujian diberikan itu tanda Allah masih sayangkan kita, dan ujian diberi sekadar yang mampu dengan hamba Nya juga.Dugaan/ujian itu harus kita terima dengan redha.

    Cubalah berbincang dengan pihak sekolah untuk bercuti panjang tanpa gaji ke.Maaf, ain cuma memberikan pandangan.

    Apapun, banyakkan rehat ye kak.May Allah Bless u Always! InsyaAllah...semua akan menjadi bertambah baik..

    ReplyDelete
  4. amalkan makan teh herba hpa,apirulina n mega 3. Baik utk ibu dan anak

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam semua yang komen,
    Alhamdulillah, tak kena tahan masuk wad hari ni, mungkin sebab saya self-prescribed ubat sendiri :P Apa nak buat, tak sanggup rasanya nak sakit dimasukkan tiub di belakang tapak tangan setiap kali masuk wad hospital. Kalau dapat berehat panjang sehingga bersalin, oklah, ni solusi pendek saja, bila dah keluar wad, terpaksa pula berhadapan dengan pelbagai urusan yang tidak selesai akibat masuk wad pula. Lega bila doktor tak komen apa-apa, hanya sekadar berpuas hati kerana BP turun ke tahap normal :)
    bujal, insyaAllah, ameen..terima kasih.
    atie, insyaAllah, ameen..thanks
    nurain, terima kasih, harap-harap begitulah.
    azween, insyaAllah.
    joe, insyaAllah akan tambah stok nanti.

    ReplyDelete
  6. Kakak Aliya,

    Saya peminat tulisan Akak. Risau dengar keadaan akak sebab ibu mertua aku dulu meninggal akibat preeklampsia ni.

    Kenapa Akak tak minta tolong dari Sister? Lagipun anak-anak Sister dah la besar dan dah kahwin. Tentu Sister boleh jenguk Ikram dan masa sama jaga Akak. Tak payah suami ulang-alik ke rumah isteri pertama dan kedua. Preeklampsia tu bahaya. Akak perlu sekurang-kurangnya satu orang untuk jaga kesihatan akak.

    Tolong jaga diri dan teruskan menulis jika masa dan kesihatan membenarkan.

    Salam
    Din.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Said/Din,
    Hahahaaaa... jikalau terdapat sister yang berpendirian baik hati seperti itu, alhamdulillah. Tak apa, jangan terlalu risau akan keadaan saya dan Ikram.Kami masih boleh bertahan. InsyaAllah Allah swt takkan beratkan seseorang melebihi kemampuannya. Lagipun seperti kata suami saya dulu, kalau dah ajal, kebumikan saja, saya tak takut bertemu denganNya :)

    ReplyDelete