Friday, January 21

MUNTAH DAN CIRIT

Assalamualaikum,
Maaf kepada para pengunjung blog ini yang mungkin hampa apabila mendapati saya tidak update blog selama seminggu. Bukan tidak mahu tetapi tidak sempat.
Sudah seminggu saya dan Ikram kurang sihat.
Saya diserang 'morning sickness' yang agak teruk, malah lebih tenat berbanding ketika mengandungkan Ikram dahulu. Tak perlu lihat jam pun akan tahu sudah pukul 5 petang, kerana ketika itulah saya akan dipaksa berlari ke tandas. Kebanyakan ibu mengandung mengalami alahan pada waktu pagi, tetapi yang empunya diri ini pula diserang pada waktu selepas asar sehinggalah tengah malam. Hmmm, apa nak buat, terima sajalah sebagai cubaan. Waktu pagi masih bertenaga untuk ke tempat kerja dan mengajar seperti biasa. Petangya pula, segala yang dimakan akan termuntah. Kadang-kadang sudah tak tahu apa yang selamat dimakan lagi, kerana hampir semua yang dimakan pasti akan keluar semula. Letihnya, tak terkira....
Saya minta ubat menahan muntah dari doktor di hospital. Malangnya ubat itu akan menyebabkan keadaan mengantuk. Terpaksalah saya cari alternatif lain, kerana bimbang mengantuk ketika memandu.
Alahai, saya sabar menanti untuk masuk trimester kedua.. semoga ketika itu morning sickness tiada lagi.

Ikram pula sudah 7 bulan, semakin aktif dan bijak. Dia pula diserang cirit-birit selama lebih seminggu. Pening saya dan suami cuba mendapatkan rawatan perubatan untuknya di samping mengubah susu ke susu laktos-free. Puas kami berusaha mencari punca sakitnya. Bubur biasa ditukar kepada bubur kosong untuk beberapa hari sementara menunggu sistem penghadamannya sihat semula.
Kami juga terpaksa memakaikan lampin yang lebih murah untuknya kerana kerap perlu ditukar. Satu cabaran baru untuk menukar lampin Ikram yang tidak sabar menunggu Abah dan Umminya memakaikan benda itu padanya. Berlakulah adegan dia merangkak separuh bogel dan saya mengejar dengan lampin baru dan krim Drapolene, sama seperti satu iklan lampin, hehehee.
Buat pertama kalinya, Ikram menangis selepas membuang air besar. Dia menangis apabila mandi. Merah melecet punggungnya. Kasihan saya lihat. Krim yang disapu tidak sempat memberi kelegaan sebelum lampin perlu ditukar lagi. Oleh kerana gagal mendapatkan cuti menjaga Ikram [selagi tidak dimasukkan ke wad hospital] saya terpaksa menyerahkan tugas menjaga Ikram kepada pihak pengasuh nurseri yang berpengalaman sementara saya bekerja.Syukurlah hanya Ikram seorang yang cirit ketika itu, maka mereka dapat menjaganya dengan baik.
Sebagai ibu bapa, kami hanya mampu buat yang terbaik sambil berdoa untuk kesejahteraannya, selebihnya berserah kepadaNya yang lebih berhak. 
Alhamdulillah setelah hampir seminggu dalam keadaan begitu, akhirnya Ikram beransur sembuh. Perutnya tidak lagi meragam walaupun dia masih melepaskan hajatnya dengan begitu banyak sekali pada satu-satu masa. Saya tidak lagi risau kerana dia masih aktif dan sudah pandai senyum dan ketawa. Handfon saya pantang dilihatnya, pasti akan dirampas kerana mahu melihat video rakamannya.

Semalam ketika bermain-main dengannya, saya ternampak sesuatu yang baru.
Saya sentuh bibir bawahnya.
Ahhhh, dah ada satu.
Mungkin itulah punca dia cirit sekejap.... Ikram dah tumbuh gigi sebatang!

5 comments:

  1. ragam budak mmg susah nk teka.. in this case, nk tumbuh gg.. :) ujian allah mmg hebat, tpi lepas ujian tu ada hikmah hebat jugak..
    go kak aliya

    ReplyDelete
  2. kak aliya...ujian Allah diberikan kpd hambanya yg mampu...nisha yakin akak mampu...sbb itu akak yg menjadi insanNya yg terpilih...semoga diberikan kekuatan oleh Allah :) amin

    ReplyDelete
  3. Amalkan sprimadu hpa. Tenaga segera. Sesuai juga utk bayi. Cairkannya dengan air masak(lebih baik air bertapis/filter).
    Untuk ruam/melecet gunakan bedak sejuk batu geliga. Untuk cirit birit amalkan minum teh kelat/myk but2(satu sudu bg dewasa).
    Berdasarkan pengalaman pd diri dan anak2. Sekarang pun masih diamalkan

    ReplyDelete
  4. akak, try amalkan makan/mnum madu utk diri snirik dan ikram jugak. byk khasiat madu yg x kita sedari. InsyaAllah, berkesan.

    ReplyDelete
  5. atiesharifuddin,nishe,joe,
    ameen..terima kasih atas ayat-ayat dorongan :)InsyaAllah, semua akan beres..
    Sudah lama tak ke stokis HPA.. dulu ada agen segera di sekolah, ambil terus saja, hehehe.. sekarang terpaksa memandu agak jauh untuk membeli stok.. nanti saya pergi :)madu memang kesukaan saya dan Ikram

    ReplyDelete