Monday, June 28

MEMASAK

"Degil, tak mahu belajar memasak! Nanti bila dah kahwin baru kamu susah!" marah Mak.
"A laaa Mak, apa susah-susah. Tak tau masak, boleh beli di kedai, boleh upah orang gaji untuk memasak. Boleh belajar dari buku resipi. Apa yang susah? Janji ada duit," saya memberi alasan.
Huhuhu.. saya jarang ke dapur ketika di zaman remaja. Kalau masuk dapur pun, hanya untuk mengambil lauk dan membasuh pinggan.
Nak tolong masak? Ahhh, saya memberi alasan kerja sekolah masih banyak.
Nak belajar memasak? Tiada orang yang mahu ajarkan ketika itu. Mak sibuk kerja, dan kami sering memesan makanan yang siap dimasak dari food caterer.
Hasilnya, saya tidak tahu memasak apabila mencapai umur 21 tahun.

Apabila bergelar isteri, barulah saya belajar memasak. Bukan untuk memikat hati suami, tetapi kerana saya memang perlu makan. Takkan nak makan makanan luar sahaja pada setiap hari, tambahan cuaca di Taiping yang sering hujan lebat menyukarkan saya membeli makanan di kedai.
Belajar memasak dari buku resipi. Tanya kawan-kawan yang tidak kedekut berkongsi ilmu. Tanya Mak Tok saya untuk resipi keluarga. Tak berani saya mengaku pandai memasak tetapi setakat ini, belum lagi al berlakunya keracunan makanan akibat memakan masakan saya, hehe.

Pernah saya baca, seorang penulis buku Islam menyatakan bahawa tugas menyediakan makanan dan memasak merupakan tanggungjawab suami, bukan isteri. Suami yang perlu menyediakan orang gaji untuk membantu tugas isteri di rumah, termasuklah tugas memasak. Isteri hanya perlu mengasuh anak-anak dan melayan suami.
Terfikir juga saya ketika itu, 'Wah.. kalau macam itu, bestlah! Jadi Muslimah tak perlu memasak untuk suami" Namun demikian, apabila direnungkan semula, betulkah pernyataan itu?
Setahu saya yang masih belajar ini, suami bertanggungjawab memberikan makanan, tempat tinggal, pakaian dan perlindungan kepada isteri dan anak-anak. Maka, kalau suami telah membelikan beras, ikan mentah, ayam mentah, siapa yang perlu memasaknya? Suami jugakah? Bukankah suami juag yang tleha berpenat lelah mencari nafkah di luar rumah?

Kaji semula hadis-hadis yang ada. Cari di dalam al-Quran. Tak dinyatakan pun bahawa isteri tidak perlu memasak. Tak juga dinyatakan bahawa suami yang perlu pastikan makanan siap terhidang untuk isteri dan anak-anak. Cuma yang ada, kisah Rasulullah saw yang melawat puterinya, Fatimah yang memohon untuk mendapatkan pembantu rumah kerana letih dengan tugas-tugas di dapur. Rasulullah saw tidak melayan permintaan Fatimah, sebaliknya mengesyorkan kalimah-kalimah kepadanya.

"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.” [Ditakhrij Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Begitulah Rasulullah saw sendiri menajwab permintaan puteri kesayangannya. Tidak pula disuruh Ali Abu Talib, suami Fatimah untuk membantu dalam kerja-kerja memasak. Sudah tentu banyak kebaikan untuk seorang isteri memasak, walaupun tugas itu meletihkannya. Oleh itu, bagaimana pula datangnya hujah bahawa isteri tidak perlu melakukan kerja rumah tangga termasuklah memasak?

"Itu dulu, sekarang lain. Hak sama rata pada zaman moden ini!' mungkin itulah hujah para isteri yang masih kurang puas hati.
"Kata Umar, kerja rumah tangga tidak wajib ke atas isteri!" hujah yang lain, yang menyatakan pula kisah Khalifah Umar al-Khattab yang bersabar dengan karenah isterinya.
Benar, tidak wajib bagi seorang isteri untuk melakukan kesemua kerja rumah tangga seperti membasuh, memasak, mengemas dan sebagainya tetapi seorang isteri yang baik merupakan menenang jiwa kepada suaminya, bukan? Lagipun bukan susah pada zaman serba moden ini. Mesin basuh, vacumn cleaner, oven, dan segala peralatan elektrik untuk membantu dalam tugas rumah tangga sudah ada. Pembantu rumah sepenuh masa pun ada, jika mahu. Bukan sahaja suami, isteri dan anak-anak juga nak makan dan pakaian bersih. Pandai-pandailah uruskan.

Saya tahu, budaya Melayu menyatakan bahawa wanita/ isteri perlu pandai memasak dan mengemas rumah. Alasan yang diberi, untuk menambat hati suami. Ada juga yang kata, supaya suami tak kahwin lain. Hahaha, siapa kata suami takkan kahwin lain kalau isteri pandai menguruskan rumahtangga dan melayan suami? Itu alasan lapuk. Pokoknya, wanita Melayu masih dididik untuk menguruskan rumahtangga termasuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
Malah, mungkin ada jiran yang memandang serong seorang suami yang menolong isteri menyidai pakaian di halaman rumah, dikatakan suami itu kena 'queen control'. Mertua juga mungkin akan marah jikalau anak lelakinya memasak untuk santapan keluarga, dengan alasan yang sama. Hal ini boleh menyebabkan suami berat tulang untuk membantu isteri dalam kerja rumahtangga sedangkan mereka berdua sama-sama keletihan selepas balik dari bekerja di luar rumah.

Isteri yang masih bersungut kerana perlu memasak di dapur, sementara suami berehat menonton tv di ruang tamu atau melayari internet, bersabarlah. Tugas isteri memang melayan suami dan menurut perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Bersyukurlah kerana suami tidak meminta makanan yang susah untuk dimasak. Kalau dia bawa pulang makanan basah dan menyuruh isteri memasak makanan itu ala hidangan lazat di hotel, bukankah susah? Nak tolak tak boleh, sebab akan jatuh hukum tidak ikut perintah suami, nak masak isteri pula tak pandai.

"Macam hamba pula, kena layan macam raja, semua kerja rumahtangga isteri yang buat!"
Hanya orang yang tidak memahami hukum syarak sahaja yang akan bersungut sedemikian. Tak salah kalau suami yang mampu mendapatkan pembantu rumah untuk meringankan beban isteri. Kalau ada yang begitu, bersyukurlah pada Allah dan berterima kasih pada si suami.
Tetapi pada pendapat saya, kalau boleh, buatlah sendiri setakat yang mampu.
Isteri yang solehah tidak sanggup melihat air tangan wanita lain yang tiada kaitan dengan suaminya memasakkan makanan mereka setiap hari.
Dia tidak mahu pakaian suami dibasuh dan diseterika oleh pembantu rumah, sedangkan dia sendiri masih boleh melakukannya.
Dia tidak membenarkan tempat tidur suaminya dikemas oleh pembantu rumah sedangkan dia masih berupaya melakukannya.
Dia merebutkan pahala yang dijanjikan untuk seorang isteri yang solehah. Dia melakukannya dengan seikhlas hati, demi ketenangan rumah tangga dan kebahagiaan keluarganya.

Siapa yang perlu memakai apron di rumah?
Pilihan terbaik masih seorang isteri. Tapi pada zaman serba moden ini, tak salah kalau dua apron digantung di dapur rumah - satu untuk suami, satu untuk isteri. Bukankah itu yang terbaik, suami isteri sama-sama bekerjasama menyediakan makanan? Kelak kalau isteri sakit dan tidak boleh memasak, tak kebuluranlah suami dan anak-anak kecil di rumah. Rasulullah saw sendiri pun membantu di rumah dengan kerja-kerja mengemas dan membasuh, bukan?

Buatlah segala dalam rumahtangga demi mendapatkan keredhaan Allah saw.

Friday, June 25

CARAKU, CARAMU

Ziggggggggggggggg...
Saya bersyukur kerana Ikram masih terlalu kecil untuk diganggu oleh bunyi bising. Mungkin juga dia sudah lali dengan bunyi bising dan kuat sehingga masih mampu tidur nyenyak walaupun dalam suasana bising.
Bunyi bising datangnya dari rumah jiran sebelah, yang sedang memperelokkan rumahnya. Renovation yagn dianggarkan berpuluh-puluh ribu ringgit. Tukar pintu pagar rumah. Buat awning depan. Bina pagar dinding sekeliling rumah. Tukar gerigi.
Renovation yang bermula sebelum saya melahirkan Ikram lagi. Sudah lebih sebulan tetap masih belum siap-siap. Kontraktor Melayu, pekerjanya orang Indonesia. Ketuk sana sini sedikit-sedikit setiap hari. Sampah-sarap terlonggok di tepi rumah yang kebetulan rumah corner lot, maka berlakulah masalah kenderaan lain untuk keluar masuk jalan.

"Kalau kontraktor kita dulu, mungkin sudah lama siap!" komen suami sambil menggeleng-geleng kepala.
Saya sekadar tersenyum. Benar, kalau kontraktor saya dulu, mungkin sudah lama siap. Din juga Melayu tetapi oleh kerana sudah bertahun-tahun bekerja dengan kontraktor Cina sebelum membuka bisnes sendiri, dia sudah mengikuti budaya kerja Cina yang positif. Sampah sarap akan diangkut dan dibuang pada hari yang sama- bersih jalan. Kerjanya kemas, bermutu dan cepat. Kalau janji siap dalam tempoh 2 minggu, akan tertunailah janji itu walaupun dia sendiri terpaksa bertungkus-lumus bersama pekerja-pekerja Melayunya yang lain mengejar masa. Oleh itu, kalau perlukan khidmat Din, terpaksalah tempah awal-awal sebelum diupah oleh orang lain.

"Jangan cari kontraktor Melayu, Aliya. Kerja lambat lagi kurang bermutu. Menyesal saya. Cina walaupun mahal tetapi kita puas hati," pesan seorang kawan Muslimah yang terpaksa membaiki semula dapurnya setelah tidak berpuas hati dengan hasil kerja kontraktor yang diupah.
Mengapakah jadi begitu?
Banyak juga komen negatif tentang kerja kontraktor Melayu yang saya dengar daripada pengguna Melayu sendiri. Tak kiralah komen bagi yang membuat dapur rumah, yang membina bangunan sekolah mahupun yang membuat renovation rumah. Melayu dikatakan lebih murah upahnya tetapi kerja lambat dan kurang bermutu.
Sepatutnya orang Melayu sebagai orang Islam, bekerja dengan lebih baik dan lebih serius daripada orang beragama lain, bukan?
Mengapa pula Melayu juga yang mengutuk Melayu lain dengan melabel mereka malas, lambat, dan tidak serius dalam melakukan kerja?
Mengutuk pekerja Melayu, secara tidak langsung agama Islam juga terkena tempias. Kerana di Malaysia, orang Melayu rata-ratanya diketahui umum beragama Islam.
Kalau orang pekerja Melayu malas, adakah ajaran Islam turut dipersalahkan kerana 'menghasilkan' pekerja malas?

Pada pendapat saya, berkemungkinan besar mereka yang dikutuk itu bekerja kerana wang/upah sahaja.
Tapi bukankah orang beragama lain/Cina juga bekerja untuk wang?
Benar, tetapi orang Cina mempunyai visi lain juga. Mereka menjaga mutu kerja kerana mahu diingati kerana hasil kerja yang berkualiti. Mereka sedar bahawa pelanggan yang berpuas hati akan menjadi pengiklan yang paling efektif, yang akan mengesyorkannya kepada kawan dan kenalan yang lain. Oleh itu, bisnesnya akan bertambah maju, dengan syarat dia jujur, menjaga mutu kerja dan bermulut manis. Mereka juga mempunyai modal pusingan yang baik, cukup untuk menampung kerugian bisnes pada tahun pertama. Itulah serba sedikit yang saya belajar daripada rakan Cina yang membuka bisnes sendiri.

Islam sebenarnya mempunyai etika kerja untuk Muslimin dan Muslimat.
Islam menyuruh umat Islam bekerja dan berusaha mencari rezeki.

“ Apabila telah ditunaikan sholat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (Surah Al-Jum’ah : 10)

Orang Islam juga disyariatkan untuk menjaga amanah, bersikap profesional dan berdisiplin ketika bekerja supaya rezeki yang diperolehi halal dan diredhai Allah.
InsyaAllah setiap pekerjaan itu ada hasilnya tetapi untuk mendpaat keberkatanNya, perlulah kita bersikap jujur, dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Kita juga disuruh bersikap profesional dalam kerja. Kalau tidak mampu mmbuat sesuatu kerja kerana bukan kepakaran kita atau kerana kta kekurangan bahan, kita perlu menyatakannya secara jujur. Bukannya dengan cara melengah-lengahkan kerja atau lebih teruk lagi, menggunakan bahan yang kurang bermutu sehingga boleh membahayakan nyawa orang lain.
Dispilin juga amat penting, kerana dengan displin yang baik, kita akan dapat melaksanakan kerja mengikut masa.

Saya percaya bukan semua orang Melayu khasnya kontraktor yang bekerja dengan lambat. Ramai yang menghasilkan kerja bermutu. Namun, kerana seekor kebau membawa lumour, habis semua terpalit.
Oleh yang demikian, marilah kita berusaha menjalankan pekerjaan kita dengan jujur dan amanah agar diredhai Allah dan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat, insyaAllah.
Jagalah nama baik Islam.

“Dan katakanlah (wahai Muhammad); bekerjalah kamu, maka Allah dan rasul-Nya serta orang beriman akan melihat pekerjaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata, lalu Dia akan memberitahumu apa yang telah kamu lakukan.” [Surah al-Taubah: 105]

Wednesday, June 23

POSMEN DATANG LAGI

Syukur alhamdulillah.
Terima kasih, Umijah [rakan blogger] dan anak-anaknya - Khadijah, Ahmad dan Maryam - dari Segamat.


Susah payah mereka membuat kad ucapan untuk Ikram dan mengirimkan hadiah pakaian ke sini.
Comel pakaian Doremon itu, hehehe.
Semoga Allah SWT memberkati mereka dan mempermudahkan urusan mereka dunia dan akhirat, ameen.

Saya sudah memulakan logbook baru untuk Ikram.
InsyaAllah kad ucapan yang cantik itu akan disimpan dan menjadi koleksi khasnya kelak.
Kata Abahnya,"Ramai juga peminat Ikram ni."
Ya, benar... alhamdulillah, murah rezekinya.

ADUHAI ANAKKU

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah Aliya boleh menulis dalam blog sedangkan masih dalam pantang bersalin? Tak sibukkah menjaga anak?
Rahsianya?
Ikram tidur pada siang hari. Semenjak lahir, dia tidur nyenyak selepas menyusu pada waktu subuh dan hanya akan bangun sekejap untuk mandi dan menyusu, sehinggalah waktu maghrib. Oleh yang demikian, dia akan berjaga malam, dan Ummi serta Abahnya dipaksa turut berjaga malam bersamanya.
Hasilnya?
Mengantuk! Kesabaran amat teruji terutamanya apabila dia tidak mahu lelap, sebaliknya mahu didukung pada awal pagi. Dua biji matanya besar memandang sana sini. Dia terjaga hampir setiap 2 jam untuk menyusu. Dalam keadaan mengantuk itu, saya cuba menyedapkan hati dengan bersangka baik, "Ah, mungkin dia nak latih untuk bangun bersolat tahajjud nanti, kot.."
Saya sudah menjangkakan keadaan ini akan berlaku kerana semasa mengandungkannya pun, Ikram sering menendang dalam perut sehingga tengah malam. Namun begitu, tidak pernah pula saya jangka ia akan menjadi serius begini. Letihnya menemani si anak bertuah ni berjaga malam. Syukur saya dan suami masih kuat dan bertenaga walaupun kami berdua bukan berumur 20-an lagi.
Saya cuba mengubah sesi tidurnya dari siang ke malam tetapi masih belum berjaya. Marah dia apabila tidurnya diganggu pada siang hari.
Mungkin ada ibu bapa di sini yang lebih berpengalaman dapat memberikan cadangan?

Syukur alhamdulillah dengan kehadiran seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Bibik sendiri terkejut apabila suami masuk ke dapur.
"Ibu..! Bapa boleh masak?!" tanya Bibik dengan hairan bercampur kagum.
Saya sekadar mengiakan. Syukur, suami yang masih bercuti semester, banyak menolong dalam hal menjaga Ikram ketika saya sendiri sibuk di dapur, mandi dan menguruskan rumah. Kadang kala suami turut membantu memandikan Ikram yang semakin aktif [yang tidak mampu dibuatnya hanyalah memberikan susu badan, hahaha].
Nampaknya badannya sudah susut sedikit semenjak kelahiran Ikram [tak perlu diet lagi]. Bukan bertujuan menghebahkan kebaikan dan kehebatan suami untuk pengetahuan semua tetapi saya mahu Ikram tahu akan hal ini. Mungkin suatu hari nanti Ikram akan baca pos ini dan tahu bukan Umminya sahaja yang banyak berkorban membesarkannya. Abahnya turut menyumbang.
Yalah, pengorbanan seorang bapa untuk anaknya jarang disedari si anak, apabila dia dewasa. Yang sering diketengahkan adalah pengorbanan seorang ibu.
Namun perlu juga kita sedari, tanpa seorang bapa yang turut menjaga dan memberikan perlindungan kepada si ibu dan anak yang masih kecil, mungkin si ibu dan anak tidak akan dapat keselesaan dan kesihatan yang baik pada hari ini. Wallhualam.

Monday, June 21

ISTERI ITU SATU AMANAH

"Aliya, minta tolong sikit..."
Hati saya gelisah. Sedih. Masakan tidak, sudah beberapa kes yang dirujuk kepada saya secara tidak langsung, sudah dalam tahap kritikal. Hampir tidak boleh dibuat apa-apa lagi melainkan berdoa. Kisah rumahtangga yang melibatkan saudara baru/mualaf yang hampir runtuh. Kes mereka yang diabaikan, serta mereka yang sudah diceraikan oleh suami maisng-masing dan hidup terumbang-ambing tanpa bantuan dan bimbingan saudara seIslam. Kisah mereka yang hendak kembali ke agama asal kerana tiada sokongan dan bantuan yang sewajarnya.
Saya tidak pasti sama ada Jabatan Agama Islam ada pegawai yang mengendalikan kes saudara baru wanita yang telah diceraikan suami, dan menjadi ibu tunggal.
Selamatkah akidah mereka selepas diceraikan oleh suami? Siapa yang ambil berat? Siapa yang membantu? Siapa yang peduli?

Saya sudah banyak kali mengingatkan, kalau hendak mengahwini wanita mualaf, perlulah bersedia dan melengkapkan diri dengan pengetahuan agama Islam yang secukupnya. Buat bekalan untuk mengharungi alam rumahtangga yang lebih mencabar.
Kalau yang beristerikan wanita sebangsa dan seagama pun ada yang sering berselisih faham, apatah lagi mereka yang beristerikan wanita yang baru mengenali Islam dan cara hidup Islam, dan yang telah dibesarkan dalam suasana budaya yang lain.
Cabaran untuk suami sudah tentu berlipat ganda.

Ramai yang beriya-iya menikahi wanita mualaf, terutama yang berketurunan Cina, mungkin kerana mereka berkulit cerah.
Nak bimbing. Kasihan. Kerana cinta. Kerana Allah. Semua alasan itu memang boleh diterima. Yalah, siapa yang tak mahu merebut peluang mendapat pahala kerana membimbing dan menyelamatkan akidah seorang wanita mualaf dengan menikahinya?
Tapi awas!

Sabarkah anda apabila si isteri mempamerkan kelemahannya yang tidak disedari sebelum bernikah?
Mampukah anda membimbingnya, mengajarnya dengan penuh kesabaran untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran tatkala lidahnya sudah keras untuk menyebut ayat-ayat dalam bahasa Arab dengan fasih?
Bolehkah anda terus memberinya sokongan moral dan nasihat dengan lemah lembut ketika orang di kiri kanan anda mencemuhnya kerana melanggar budaya dan adat resam keluarga anda? Atau adakah anda bakal memarahinya sahaja kerana telah menjatuhkan air muka anda di hadapan keluarga dan mempamerkan kelemahan anda membimbingnya?
Fahamkah anda akan kekosongan jiwa yang dirasai setiap kali tibanya hari perayaan yang pernah disambutnya bersama keluarganya sendiri [yang telah membuangnya] sebelum dia memeluk Islam? Atau adakah anda hanya akan berkata,"Itu perayaan jahiliah, mengapa nak dikenangkan lagi? Sudah haram kita orang Islam menyambutnya!"
Sudahkah anda memberinya nafkah dan segala keperluan yang mencukupi sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam [pakaian, tempat tinggal dan perlindungan]?

Cakap memang mudah..
"Saya mampu!"
"Saya boleh!"
"Kami nak kahwin kerana saling mencintai."
"Dah jodoh kami."
Hakikatnya, anda akan menerima satu pakej penuh misteri. Bukan semua lelaki bergelar suami akan diberi amanah itu. Isteri yang bergelar saudara baru adalah satu amanah khas dari Allah SWT untuk lelaki pilihan. Si suami bukan sahaja perlu memberikan kasih sayang kepadanya bahkan perlu menjaga, mengajar dan membimbing isterinya itu untuk mengenal dan mencintai Allah.

"Saya dah fed-up!"
"Dia degil, tak mahu dengar cakap!"
"Keluarga saya tidak dapat menerimanya."
Setelah bersama sekian lama, akhirnya si suami merungut apabila isteri yang dinikahinya itu masih gagal memenuhi kehendaknya, masih gagal dibentuk mengikut acuan si suami, masih degil dan suka memprotes arahan si suami.
Si isteri disalahkan kerana masih gagal mempelajari adat dan budaya orang Melayu si suami.
Si isteri dimarahi kerana dianggap kurang sopan ketika berbicara.
Si isteri ditegur kerana gagal memasak mengikut kehendak dan citarasa suami.
Semua salah isteri.
Suami yang dahulunya mendakwa berkahwin kerana mahu membimbing isteri akhirnya lupa akan janji-janjinya. Lupa pada janji untuk menjaga. Lupa pada janji untuk membimbing. Lupa pada kebaikan isteri padanya. Yang dilihat hanya kelemahan isteri. Yang dirasai adalah marah yang meluap-luap kerana isteri 'melawan'.
Akhirnya lafaz talak diucapkan. Suami mengambil jalan mudah - bercerai.
Pergilah suami. Dia tidak stres, kerana dilepaskannya seorang isteri, empat yang lain boleh mengisi tempatnya.

Si isteri pula dalam keadaan terkejut.
Ke manakah harus dituju? Nak balik ke rumah keluarganya, tentu akan dimarahi.
"Siapa suruh kahwin Melayu? Siapa suruh masuk Islam? Ha, padan muka kamu!"
Yang akan disalahkan bukan hanya si suami tetapi Islam. Nama Islam akan diburuk-burukkan. Isteri akan disindir kerana memilih Islam dan meninggalkan agama asal. Dia akan dituduh mendapat balasan tuhan kerana meninggalkan agama warisan.
Allah akan dikatakan tuhan yang tidak adil kerana tidak membantu meringankan beban isteri. Isteri mungkin akan dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga dengan syarat kembali ke agama asal. Sanggupkah dia?
Kalau dia tak mahu tinggalkan Islam, maka bersendirianlah si isteri yang diceraikan itu dengan anak-anak.

Lelaki bergelar suami yang bertindak mengambil jalan mudah menceraikan isteri saudara baru kerana ketidakserasian dan sebagainya perlu ingat - anda tetap akan dipersoal di akhirat nanti akan segala tindakan anda semasa di dunia.
Sudahkah anda jaga dengan baik amanah Allah di dunia ini, dengan terus menerus menjaga aqidah dan membimbing isteri saudara baru agar dia menjadi Muslimah yang baik?
Kalau merasakan diri tidak mampu menanggung beban dan tanggungjawab yang berat ini, janganlah nikahi wanita berstatus saudara baru/mualaf. Anda hanya akan menzaliminya apabila anda gagal memenuhi tuntutan agama untuk mendidik dan membimbingnya dalam Islam, di samping memberi kasih sayang dan perlindungan yang sewajarnya sepanjang perkahwinan. Kelak anda juga yang akan disoal di akhirat nanti akan tanggungjawab ini.

Bagi yang telah pun beristerikan wanita saudara baru/mualaf, terimalah dia seadanya.
Hargailah pengorbanannya selama ini untuk Islam, terutamanya jika dia memeluk Islam untuk menjadi isteri anda.
Jikalau anda masih belum memahami adat dan budaya keluarganya yang begitu asing bagi nada, begitu juga dia dengan adat budaya keluarga anda, maka bimbinglah dengan sabar dan lemah lembut.
Janganlah harapkan seorang isteri solehah jikalau anda sebagai lelaki masih gagal menjadi suami mithali.
Jangan desak isteri anda untuk sabar seperti Khadijah, tabah seperti Siti Hajar dan baik seperti Asiah sedangkan anda masih belum menjadi suami yang sabar, adil dan penyayang seperti Rasulullah saw.
Jangan jadi seperti mereka-mereka yang mengambil jalan mudah setelah gagal membentuk isteri itu seperti kehendak anda, dengan menceraikan mereka yang meninggalkan mereka dan anak-anak terumbang-ambing, baik dari segi nafkah hidup mahupun aqidah Islam.
Ingatlah bahawa isteri yang anda nikahi itu adalah yang terbaik untuk anda. Dialah amanah dari Allah saw, untuk dipimpin dan untuk dikasihi, bukan untuk dianiayai dan dizalimi.


Allah s.w.t Berfirman :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah – Ayat-34).

Allah s.w.t Berfirman :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Surah Al-Maidah – Ayat-8).

Allah s.w.t Berfirman :
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Baqarah – Ayat-240).

Saturday, June 19

HADIAH

"Ibu.. tadi ada lelaki hantar barang," kata Bibik sebaik sahaja saya pulang ke rumah dari kedai stokis HPA. [saya mula memandu dari hari ke18 selepas bersalin :P]
"Barang apa?" saya kehairanan.
MasyaAllah! Kelihatan sebuah bungkusan yang dibaluti kertas hadiah di atas katil.
Hadiah istimewa untuk Ikram, dikirim dari Pontian oleh Humyrah. Terima kasih banyak-banyak! Susah payah hantar ke sini.
Semoga Allah murahkan rezeki Humyrah dan berkatinya dengan seorang baby yang comel dan sihat sempurna kelak, ameen.
Alhamdulillah, set pakaian itu sesuai untuk si Ikram. Syukur, bertambahlah koleksi pakaiannya. Maklumlah anak pertama, semua perlu disediakan, hehehe.. boleh'pokai' abah umminya :P

Poh Poh Ikram [mak saya] turut memberinya hadiah pakaian tetapi sebaik saja saya melihatnya, saya ketawa besar. Masakan tidak, saiz besar untuk budak 18 bulan, sedangkan Ikram belum pun berumur sebulan! Kalau Ikram pakai sekarang, baju akan sampai ke hujung kaki, hahaha.. Poh Poh nak cucunya cepat membesar agaknya.

Ikram demam sedikit hari ini, oleh itu dia agak meragam.
Mungkin kerana rindukan Bibik, yang sudah pulang semula ke rumah tuannya. Kini tinggal saya seorang sahaja di rumah menguruskan keperluan Ikram, dan dibantu oleh suami.

nota:
pesan suami, jangan asyik tulis tentang anak saja, nanti orang bosan baca.. yakah?

Thursday, June 17

TAK MIMPI BOLA LAGI

"Tahun ni World Cup la... 2010!" kata saya pada awal tahun.
Saya peminat bola sepak. Bukan pandai pun main bola sepak di padang. Tapi tetap berminat menonton aksi perlawanan bola sepak di tv. English Premier League. Spanish League. Italian football. Piala Malaysia. World Cup. Semuanya saya tonton apabila ada masa terluang.

Malah pada musim Piala Dunia tahun 2002 dan 2006, saya sanggup berjaga malam semata-mata untuk menonton siaran langsung Piala Dunia. Bangun jam 2.00pagi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak seorang diri. Entah apa yang menarik sangat, tapi saya tetap mahu menontonnya. Sudah cukup puas hati apabila tahu skor gol pasukan yang berlawan itu. Bonus kalau dapat menonton jaringan yang cantik. Puas hati kalau ada pemain yang bermain kasar diberi kad kuning atau kad merah pada perlawanan tersebut.
Dan setiap kali perlawanan akhir Piala Dunia, saya akan menyokong pasukan underdog. Bukan Brazil.
Itu dulu.Dulu sebelum saya memeluk Islam. Sebelum saya bergelar ibu.
Sekarang?
Kalau tahu keputusan perlawanan pun, sudah dikira baik, hahahaa...
Kelahiran Ikram beberapa minggu sebelum bermulanya Piala Dunia menyebabkan saya terpaksa berjaga malam untuk menyusu dan menukar lampinnya yang kotor sehingga 4 kali semalaman. Menonton tv? Ahhh... nak ke tandas pun kadang-kadang tak sempat, huhu.
Dan ia sekaligus mengubah perspektif saya terhadap Piala Dunia.

Biasanya isteri-isteri akan mengadu bahawa musim Piala Dunia mengasingkan mereka daripada suami masing-masing. Suami memberi lebih perhatian pada si kotak segiempat itu daripada isteri yang dikahwini.
"Apa yang menarik sangat tentang 22 lelaki berseluar pendek mengejar sebiji bola di padang?" adu mereka sambil menggeleng kepala.
Ahhh.. sebenarnya ada magik yang tidak dapat dihuraikan oleh si suami yang meminati bola sepak. Hanya yang berminat yang akan faham maksud saya.

Cuma sekarang, sebagai seorang Muslimah yang sudah diubati demam Piala Dunia 2010 [hahaha] saya ingin mengingatkan para peminat Piala Dunia tentang beberapa perkara:
1. Kalau diri sanggup berjaga malam/ bangun pada awal pagi untuk menonton siaran langsung Piala Dunia, tanamlah hasrat untuk meneruskan tabiat ini selepas musim Piala Dunia, dengan melakukan solat tahajjud pada dua pertiga malam.

2. Awas daripada membuat betting/pertaruhan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga. Ya, walaupun bertaruh secawan teh untuk pasukan yang menang. Walaupun alasan sekadar bersuka-suka. Tindakan bertaruh itu masih dikira berjudi. Berjudi tetap haram.

3. Kawallah diri supaya tidak terlalu leka dengan Piala Dunia. Banyak lagi sebenarnya tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam di dunia sementara ini. Bayangkanlah, kita boleh habiskan waktu selama 90 minit hanya menonton satu perlawanan. Sanggupkah kita habiskan waktu yang sama itu untuk mengaji, membaca buku atau mengerjakan solat? Tambahan lagi, sekarang sudah masuk bulan Rejab. Dua bulan lagi, kita akan berpuasa wajib pada bulan Ramadhan. Sudah sediakah bekalan kita untuk berpuasa pada bulan Ramadhan? Sudah berapa kali kita berpuasa sunat pada bulan Rejab ini?

4. Berapa banyakkah pengetahuan kita tentang pasukan yang bertanding dalam Piala Dunia 2010? Berapa banyakkah yang kita tahu pula tentang keadaan penduduk Palestin, perjuangan dan penderitaan mereka? 4 tahun akan datang, kita akan lupa hampir semua adegan menarik Piala Dunia 2010, kerana segalanya akan menjadi insignifikan. Namun, segala yang kita sumbangkan [termasuk doa kita] untuk meringankan penderitaan saudara kita di Semenanjung Gaza amat bererti dan sangat signifikan.

5. Suami, berilah perhatian pada isteri dan anak-anak. Tak kira betapa setianya anda pada sesebuah pasukan, anda masih 'nobody' pada pasukan tersebut. Mereka tidak kenal anda, mereka tidak akan menyayangi anda dan menjaga kesihatan anda apabila anda sakit. Layanan baik penuh kasih sayang hanya daripada isteri dan anak-anak anda. Hiburlah hati isteri dan anak-anak, lihatlah mereka tersenyum gembira sebelum anda menghiburkan diri dengan aksi perlawanan Piala Dunia pada hari itu.

6. Isteri, bersabarlah dengan demam Piala Dunia yang dihidapi si suami tersayang yang memang kaki bola. Ia berjangkit 4 tahun sekali, untuk beberapa minggu sahaja. Kalau anda tidak berminat menonton, belajar sedikit tentang bola sepak supaya anda boleh mengikuti perlawanan itu dengan suami. Paling tidak pun, bancuhlah segelas minuman panas untuk si kaki bola itu supaya dia bertambah sayang pada anda. Apa-apa pun, jangan disorok kad Astro atau remote control tv itu, ya. Kalau tidak, nanti dia bakal bermalam di restoran mamak yang ada tayangan Astro :P

Selamat mengharungi musim Piala Dunia.
Selamat menyambut bulan Rejab.
Semoga Allah SWT menerima segala ibadah dan amalan kita, ameen.

Tuesday, June 15

BIBIK

"Mahukah Bibik tinggal dengan saya? Tak bosankah dia nanti?"
Saya risau. Maklumlah seumur hidup saya, inilah kali pertama saya mendapat orang gaji atau lebih dikenali sebagai Bibik[yang bermaksud makcik dalam bahasa Indonesia] untuk membantu saya mengasuh anak dalam tempoh pantang.
Bibik dipinjamkan oleh ustaz, bapa angkat Ikram, sepanjang cuti sekolah ini.
Bibik bertugas mengemas asrama pelajar di sekolah tahfiz Ustaz.

Syukur alhamdulillah. Bibik yang berumur 42 tahun itu mudah menyesuaikan diri. Dia sayangkan Ikram, yang mengingatkannya pada anak dan cucunya di Indonesia.
Semenjak datang ke rumah, Bibik banyak membantu kerja saya.
Rumah dibersih dan dikemaskannya.
Tingkap dan kipas angin dilapnya.
Nasi dan lauk dimasaknya.
Ikram dimandikannya.
Kain baju dibasuh, dijemiur dan dilipatnya.
Bibik juga menutup aurat di dalam rumah apabila suami saya ada.
Saya tidak pernah mengarahkannya membuat kerja rumah. Bibik mencari kerja untuk dilakukan. Malah saya naik risau apabila melihat Bibik bersungguh-sungguh bekerja membersihkan rumah yang telah saya tinggalkan selama seminggu selepas bersalin. Takut dia keletihan.

Bibik sering bercerita. Dikongsinya kish sedih kehidupannya di Indonesia yang akhirnya memaks dia datang ke Malaysia untuk bekerja, dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dengan saudara mara. Dia akan menangis mengesat air mata sambil bercerita.
Saya hanya mampu mengangguk mendengar ceritanya di samping menasihatinya agar bersabar dan banyak berdoa. Serngkali saya kurang memahami bahasa percakapannya. Begitu juga, dia perlu dipantau kerana ada kalanya dia kurang memahami permintaan saya.

Kehadiran Bibik yang tidak disangka ini adalah rahmat bagi kami sekeluarga. Bibik rajin, bersih dan jujur. Saya dapat berehat seketika ketika Bibik mengasuh Ikram. Suami pula tidak perlu risau meninggalkan saya di rumah dengan anak kerana Bibik boleh diharap.
Adanya Bibik di rumah juga mendedahkan kepada saya akan keadaan susah di Indonesia yang memaksa ramai wanita ke sini sebagai pembantu rumah. Ada kalanya mereka manjadi mangsa keadaan. Seringkali mereka juga ditipu majikan yang mengurangkan gaji mereka tanpa alasan munasabah. Wang hasil tutik peluh mereka yang dikirm ke kampung pula ada yang habis digunakan oleh suami yang berkahwin lain atau oleh anak menantu yang tidak mengenang budi.
Kasihan mereka.

"Apabila Bibik pulang nanti, Ibu jangan buat kerja berat-berat... banyak berehat jugak," pesan Bibik kepada saya.

Nampaknya bukan Ikram seorang yang akan merindui Bibik yang mengasuhnya apabila Bibik pulang ke rumah majikannya pada hujung minggu ini, bahkan saya juga akan kehilangan seorang teman yang baik. Semoga Allah SWT memberkati Bibik dan mempermudahkan urusannya dunia akhirat.

Thursday, June 10

BOTAK

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Syukur alhamdulillah. Akhirnya hajat kami suami isteri melakukan majlis cukur kepala anak kami, Ikram Mursyidi diizinkan Allah.

Sepatutnya adat mencukur kepala dilakukan pada hari ke7 kelahiran Ikram, mengikut sunnah Rasulullah tetapi kerana sibuk dengan pelbagai urusan, ia ditunda ke hari ini, hari ke-17.
Majlis sangat ringkas. Bidan yang masih sihat dan kuat itu datang sendirian.
Baiknya Ikram. Tidak menangis langsung ketika dicukur kepalanya, dan dimandikan oleh bidan yang kami jemput. [Ikram memang berkemahiran sosial yang baik, tidak meragam di khalayak ramai setakat ini ]
Kini Ikram kelihatan macho berkepala botak. Rindu pula saya untuk membelai rambutnya yang lebat dan lembut itu. Oleh kerana Ikram berkulit cerah seperi saya dan abahnya, urat-urat di kepalanya yang bulat itu jelas kelihatan.
InsyaAllah rambutnya yang telah dicukur itu akan ditimbang dan sedekah diberikan kepada fakir miskin mengikut timbangan beratnya.
Dan bermulalah saat menanti tumbuhnya rambut baru di kepala Ikram.

Pada waktu petang pula, kami dikunjungi mertua saya.
Bacaan ayat-ayat al-Quran serta taknik dilakukan oleh seorang ustaz, sahabat baik suami.
Pulut kuning dan kari ayam dihantar ke rumah-rumah jiran sebagai tanda kesyukuran dan mengumumkan kelahiran Ikram Mursyidi.
Tak lama lagi, aqiqah untuk Ikram akan diadakan pula, insyaAllah.

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis: “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Monday, June 7

2 WEEKS OLD

Alhamdulillah, it's been 2 weeks since Ikram was born and consequently, my life has been turned upside down :P
His full name [after a long discussion] is Ikram Mursyidi bin Ismail.

I've lost the regular 10kg after giving birth. Ikram now weighs 3.4kg. Interestingly, if he wasn't delivered via cesarean, he might still be my uterus as his due date to be born was 9th of June.

Practising calling for azan


Day 13, leaving Abi, Mama and Ibu [his keluarga angkat] for home


Ummi, did you call me?


I choose to cry for milk

yeah... full already with Ummi's breast milk


Saturday, June 5

PANTANG SELEPAS BERSALIN

Nurse Imah mengucapkan salam di depan pintu rumah.

"Waalaikumussalam. Jemputlah masuk,"saya mempersilakannya.

"Sini ada orang baru bersalinkah? Mana dia?" tanya Nurse Imah.

"Sayalah orangnya," saya menjawab.

Dia kelihatan terkejut.

"Biaq betul! Kak ni tak nampak macam orang lepas bersalin! Relaks aje jalan.."

Saya ketawa.

"Bagaimanakah rupanya orang yang baru lepas bersalin?"



Alhamdulillah saya cergas selepas bersalin. Jururawat yang memeriksa saya pula yang naik risau kerana kata mereka, saya 'terlalu cergas'. Tak nampak macam orang yang baru menjalani pembedahan cesarean. Setiap hari ada seorang jururawat yang menziarah ke rumah untuk mengambil bacaan tekanan darah saya yang agak tinggi.

Pernah sekali pada minggu lalu,oleh kerana bacaan BP yang dikatakan bahaya [150/100] saya dikejarkan ke hospital dalam ambulans.
Sesampainya di hospital, doktor cuba menasihatkan saya supaya masuk wad. Saya membantah.
"Mengapa tak nak masuk wad, kak?" tanya Dr Sazali.
"Tak nak lah.. makanan wad tak sedap, boring, tak ada astro, tak ada internet.. lagi tensen! saya nak makan ikan haruan masak halia dan minyak bijan, teh herba, mandi herba di rumah," saya tersenyum. "Doktor,saya nak balikkkkk!!"
Dr Sazali ketawa, dia gagal memberi kaunseling kepada saya.
Dr. Jeevah bertanya,"Awak cikgu kan? Bagaimana pelajar awak tahan dengan telatah awak?" setelah saya berulang kali menekankan bahawa saya nak balik rumah dan enggan masuk wad.
Akhirnya saya dibenarkan pulang dengan bekalan ubat dan nasihat doktor pakar.

Syukur pada Allah SWT yang memberi kesihatan yang baik kepada saya. Walaupun tekanan darah masih perlu dikawal, saya tiada masalah lain. sakit akibat pembedahan cesarean terasa sekali-sekala tetapi tidak mengganggu aktiviti harian. Cuma lukanya masih belumsembuh sepenuhnya. Dapatlah saya menguruskan Ikram siang malam dengan bantuan adik-adik/Mama angkat dan Ibu angkat Ikram. Ikram kuat menyusu.



Mak telefon.
"Awak jangan mandi dan basuh rambut tau,nanti masuk angin!" katanya.
"Hahaha.. dah terlambat. saya mula mandi pada hari ke5 lepas bersalin, guna mandian herba," saya menjawab.
'Awak ni la... tak jaga pantang!" tegur Mak yang masih berpendapat ibu lepas bersalin tidak boleh mandi untuk bebrapa minggu, apatah lagi membasuh rambut. Syukur, dia tidak melihat saya berkaki ayam dan hanya berbaju lengan pendek pada waktu tengah hari. Kalau tidak sudah tentu saya disuruh untuk memakai jaket tebal [dalam cuaca panas, aduh] dan bersarung kaki.

Alhamdulillah, saya tidak kisah makan makanan khas untuk ibu yang berpantang. Makanan berhalia menjadi menu tetap. Rindunya pada nasi lemak, char koay teow, milo ais, dan telur goreng, huhu. Ditambah dengan pati ikan haruan yang diminum terus dari botolnya, untuk merawat luka cesarean. Set bersalin yang dihadiahkan oleh suami memang lengkap, cuma saya yang masih menggunakan kesemuanya lagi.

Kadang-kadang pantang larang Melayu dan Cina berlainan. Melayu ada ikan kering, Cina banyak sup herba. Melayu berbengkung dan mengurut, Cina tiada. Melayu kata boleh minum air, Cina suruh minum hanya rebusan air longan kering dan kurma merah. Cina melarang mandi tetapi Melayu menyediakan air mandian herba. Ibu-ibu Melayu berpantang 44 hari, ibu Cina berpantang 30 hari.
Aqiqah dan adat mencukur rambut diadakan pada hari ke7 untuk anak Melayu Islam.
Keraian majlis 'cukup bulan' diadakan pada hari ke30 kelahiran anak, menandakan bayi itu sudah sihat dan kuat untuk diziarahi tetamu.

Saya?
Memang pening, hehehe... tetapi saya lakukan ikut kesesuaian, bukan terlalu ikut adat.


Wednesday, June 2

QUNUT NAZILAH & DOA UNTUK SAUDARA KITA

Dicopy dari laman web Ustaz Zaharuddin [http://www.zaharuddin.net]

Petang tadi, juruckap kerajaan haram Yahudi ISREAL diasak bertubi-tubi oleh wartawan berita Channel 4, sebuah siaran TV di United Kingdom. Ia berkaitan serangan terhadap rombongan kemanusian terdiri dari enam buah kapal di perairan antarabangsa. Rombongan tersebut digelar "Gaza Freedom Flotilla"
Dengan muka selamba dan tidak mengendahkan sebarang pertanyaan panas oleh wartawan terbabit. Jurucakap tersebut seperti biasa beralasan bahawa serangan yang dilakukan adalah kerana mempertahankan diri. Walaupun jawapan itu telah diketahui karut dan tidak waras, mereka sama sekali tidak peduli. Senjata juga kononnya dijumpai berada di dalam kapal-kapal terbabit, namun ia hanyalah spanar, pisau, parang dan tukul. Tidak munasabah alat sedemikian boleh dinggap senjata melawan Israel.
Egonya ternampak jelas, walau nama United Nations (UN) disebut berkali-kali oleh wartawan sebagai menuntut siasatan dan kecaman serangan dan pembunuhan sekitar 10-20 orang awam dan menyebabkan kecederaan puluhan yang lain selain membuat tangkapan dan serangan di perairan antarabangsa. Kini, semua ahli rombongan sedang ditahan dan kita sangat bimbang apabila terdapat ramai wanita muslimah khususnya dari Turki yang turut ditahan ketika ini.
Namun, tiada sebarang respect (hormat) atau apa jua kepada apa sahaja nama yang disebut, apa jua kerajaan. Itulah tahap keangkuhan kerajaan haram Yahudi Israel.
Serangan dan penahanan itu selain melibatkan warga Malaysia, ia juga melibatkan warga sekitar 41 orang warga British. Keadaan itu memaksa UK untuk bersuara menuntut penyiasatan lengkap dan telus.

YAHUDI ISRAEL ADALAH TERRORIST
Benar, itulah Yahudi Israel Zionis jika dilhat dari definisi terrorist menurut kerajaan Amerika
Under Section 3 of Executive Order 13224 "Blocking Property and prohibiting Transactions with Persons who commit, threaten to commit, or support Terrorism", the term "terrorism" means an activity that...
(i) involves a violent act or an act dangerous to human life, property, or infrastructure; and
(ii) appears to be intended
• to intimidate or coerce a civilian population;
• to influence the policy of a government by intimidation or coercion; or
• to affect the conduct of a government by mass destruction, assassination, kidnapping, or hostage-taking.
Selain itu, mereka turut menunjuk kuasa melebihi US, Eropah dan dunia apabila tidak ambil peduli kecaman masyarakat antarabangsa kerana menyerang rombongan kemanusian di perairan antarabangsa.

BANTUAN TERPANTAS KITA
La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tenetra MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera.
Sememangnya ramai yang tidak peduli dengan serangan ini. Pemimpin arab dan barat semuanya akan bermain dengan kata-kata semata-mata. Tanpa menafikan adalah lebih baik pemimpin yang berkata dan mengecam dari yang terus senyap membisu seribu bahasa.

QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين
.
Erti :Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِك فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
Mungkin kita juga boleh berdoa agar lubang besar luar biasa yang terbentuk di Guetemala itu terbentuk di Negara haram Israel.

Teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin khususnya yang semakin tersekat bantuan asasinya, demikian juga Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa kita boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu kita, kita juga dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.

TINGKATKAN KEPEDULIAN
Akhir sekali, tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib saudara kita umat Islam.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)


Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
2 Jun 2010

NOTA" Ingatlah bahawa rakyat Palestin adalah saudara kita sendiri, yakni yang seagama dengan kita iaitu beragama Islam. Merekalah adik beradik kita, anak-anak kita, keluarga kita yang kini sedang ditindas oleh puak yahudi laknatullah. Sanggupkah kita melihat abang adik kita serta anak-anak saudara kita disakiti dan dibunuh semata-mata kerana berlainan agama dengan puak Yahudi itu?

Tuesday, June 1

BERITA BURUK

Saya tersentak apabila menerima sms demi sms dari kawan-kawan tentang keadaan di Gaza. Semenjak melahirkan Ikram, saya sibuk dengan tugas baru sebgai seorang ibu sehingga tidak sempat menonton berita. Membaca akhbar apatah lagi.
Geram. Sedih. Marah. Melihat video tentang keadaan yang menimpa misi Lifeline for Gaza itu hanya menambah perasaan benci pada rejim Zionist Israel.
Bagaimana nasib mereka yang berada di dalam kapal tersebut?
Bagaimana pula keadaan ahli keluarga mereka yang sedang menanti berita dengan penuh debaran?
Kita hanya mampu mendoakan agar mereka yang tertawan diselamatkan dan pihak yang terlibat mendapat azab Allah di dunia ini.

Semalam kereta saya dirosakkan orang. Ketika berpantang di rumah ustaz dan isteri-isterinya, kereta dipandu suami kerana is lebih menjimatkan minyak. Suami yang keletihan dan kesakitan asam urat meletakkan kereta itu di hadapan rumah pada waktu malam lalu masuk ke dalam rumah untuk berehat sebentar.
Jiran melihat ada beberapa orang yang tidak dikenali menghampiri kereta.
Tiba-tiba cermin kereta dipecahkan.
Pintu dibuka.
Laptop kerja dengan beberapa bahan penting yang tertinggal di dalam kereta diambil.
Beg yang mengandungi beberapa dokumen penting turut dilarikan.
Kasihan suami. Dia terpaksa ke sana ke mari dalam keadaan sakit kaki untuk urusan laporan polis, dan sebagainya.
Aduh. Ujian lagi. Belanja lagi. Bertambahnya letih.
Hanya kesabaran dan ketaqwaan yang mampu memberikan ketenangan jiwa pada ketika ini.