Saturday, January 30

SEARCH THIS BLOG COLUMN

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, without realising it, this blog has reached more than 600 postings. I myself have lost track of what I've written.
So, to help new readers and yours truly [hehe] find suitable posts in this blog, just go the Search This Blog on the right of the webpage [just scroll down], type a word in English and Malay e.g ' teacher guru' .That'd open up a box which will reveal all the posts in this blog that contain those words.

Happy reading!
Have a lovely weekend.

GONG XI DULU DAN SEKARANG

Dulu sebelum memeluk Islam, saya seperti isteri-isteri lain akan sibuk menyiapkan persiapan menjelang Tahun Baru Cina. Banyak yang perlu dilakukan, walaupun tidak membuat biskut. Selepas upacara sembahyang menghantar tuhan dapur [kitchen god] ke langit dengan hidangan kuih bakul yang manis melekit itu, bermulalah kerja membersih atau 'spring-cleaning'. Pantang ada kotoran dan sarang labah-labah, nanti dipercayai tidak akan ada ong atau tuah. Berleterlah Mak dan Nenek jikalau masih ada habuk yang kelihatan.

Saya masih ingat lagi, beberapa minggu sebelum perayaan, saya dan adik akan dikerah oleh Mak untuk membersihkan seluruh rumah, mencuci perabot rotan dan menukar langsir rumah. Kalau boleh semua alas sofa dan alas meja serta langsir ditukar kepada warna merah, merah jambu atau oren. Ceria sekali rumah dengan warna merah! Ketika itu juga, Nenek akan membeli set peralatan sembahyang yang baru seperti colok, lilin besar, dan sebagainya untuk upacara sembahyang. Ayah pula akan membawa balik colok panjang yang akan dibakar pada malam selepas makan besar.

Kalau berbanding dengan sambutan perayaan ketika saya di zaman kanak-kanak, nampaknya sekarang ini lebih banyak karenah dan kepercayaan mistik. Dahulu kami hanya dihidangkan dengan ramalan tahunan untuk setiap yang lahir pada tahun tertentu berdasarkan almanac dan pendapat ramai. Misalnya mereka yang lahir pada tahun monyet; adakah ia tahun yang baik untuknya atau perlu lebih berhati-hati agar tidak ditimpa malapetaka. Maklumlah pusingan dalam kalendar Cina adalah 12 tahun; setiap tahun diwakili oleh seekor binatang [tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, babi].

Kini, konsep Feng Shui dan Astrologi yang semakin popular di kalangan masyarakat Cina Tao-Buddhist menampakkan trend untuk menghias rumah berdasarkan elemen-elemen tertentu pada tahun yang diraikan. Buku-buku astrologi untuk tahun 2010 dan feng shui 2010 sudah pun berlambak di pasaran. Pada zaman tok nenek saya, kami kurang mengambil berat tentang kedudukan terbaik mahupun kedudukan buruk dalam rumah untuk sesuatu tahun baru. Kini, ada pula pakar-pakar yang membuat teori bahawa kalau selalu duduk di satu bahagian di ruang tamu, boleh mendatangkan sial pada tahun itu, kerana itu kedudukan yang tidak baik. Teori itu diwar-warkan dalam majalah, suratkhabar dan juga tayangan astro. Ahhh, memang banyak teori yang dikemukakan, terpulanglah kepada masing-masing untuk percaya atau tidak. Yang pasti, keuntungan di tangan mereka yang menerbitkan buku dan mereka yang menjual barang-barang yang dinyatakan oleh pakar-pakar astrologi/feng shui itu sebagai boleh mendatangkan tuah serta melindungi daripada malapetaka.

Bukan itu sahaja sekarang ni, bahkan golongan peniaga nursery turut mencari keuntungan pada setiap tahun menjelangnya perayaan ini. Setiap tahun, ada sahaja pokok atau tumbuhan yang dikatakan membawa tuah kepada pemiliknya. Pada asalnya, pokok limau, dan bunga kekwa yang menjadi pilihan tetapi sekarang sudah banyak tumbuhan baru yang kononnya juga membawa tuah dan mempunyai maksud yang baik untuk dimiliki seperti azalea, orkid, batang buluh, bunga pussy willow[gambar], . Oleh kerana masyarakat Cina sukakan bunga menghiasi rumah pada Tahun Baru Cina, maka banyaklah pokok dan bunga-bungaan yang dibeli. Malangnya daripada pengalaman saya, kebanyakan tumbuhan berbunga itu akan mati selepas tamatnya perayaan ini.

Saya berhati-hati ketika membeli barangan untuk sambutan perayaan ini. Takut nanti tersilap beli dan menghias, sehingga boleh mendatangkan kesyirikan. Walaupun Tahun Baru Cina adalah perayaan mengikut adat dan bukanlah perayaan keagamaan seperti Deepavali dan Krismas, namun elemen-elemen kurafat masih wujud, terutamanya dengan pengaruh kuat astrologi dan feng shui dewasa ini.

Huruf 'fuk' yang bermakna tuah/kebahagiaan yang akan didapati di setiap rumah orang Cina pun saya tak berani gantung di rumah kerana ia seolah-olah membawa implikasi bahawa perkataan itulah yang akan mendatangkan tuah kepada seisi rumah. Begitu juga dengan kain rentang berwarna merah di muka pintu serta tanglung berbentuk nanas; saya takkan gantung kerana adanya kepercayaan tentang tuah, sedangkan sebagai Muslim, kita wajib percaya bahawa semua rezeki datangnya daripada Allah swt semata-mata. Malah perlu berhati-hati apabila menggantung jongkong-jongkong emas [ kalau percaya akan bawa wang/tuah, sudah jatuh hukum syirik] serta perhiasan kecil-kecilan untuk mencantikkan rumah sempena perayaan; tidak boleh ada patung/gambar binatang dan tuhan/dewa Cina walaupun sekecil mana.

Yang akan ada di rumah untuk sambutan perayaan ini hanyalah pokok pussy willow [suka bunganya yang putih] dan bunga-bunga segar yang lain [kerana saya suka bunga hidup], makanan dan minuman halal. Hiasan yang ada gambar tuhan tuah yang membawa jongkong emas pun tak boleh. Begitu juga, saya tak pasang lagu Tahun Baru Cina yang mempunyai lagu-lagu tentang kedatangan tuhan tuah [chai sen tao] dan yang sewaktu dengannya walaupun sedap didengar. Secara ringkas, apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan keraguan atau yang mempunyai unsur-unsur syirik akan ditapis terlebih dahulu. Saya sudah lama tak sorok penyapu dan mop pada Tahun Baru Cina semenjak memeluk Islam [dipercayai menyapu sampah dan membasuh rambut pada hari pertama akan membuang tuah]. Mesti nenek dan Mak menggeleng kepala jika mereka ke rumah saya ketika itu, hehe.

Malah sekarang saya pun jarang lagi mengucapkan 'Gong Xi Fa Chai' yang bermaksud 'Tahniah dan semoga bertambah kaya'. [Tahniah kerana apa?] Saya lebih suka mengucapkan 'Xin Nian Kuai Le' atau 'Happy New Year', dan 'Wang Shi Ru Yi' bermaksud 'semoga apa yang dilakukan mencapai kejayaan.' Suami saya yang berbangsa Melayu tidak tahu maksud di sebalik setiap perhiasan dan amalan tersebut, maka saya yang lebih arif yang perlu berhati-hati. Nostalgia memang terasa, sambut tetap sambut tetapi akidah masih dijaga, insyaAllah.

Saya terpaksa berpesan kepada Mak supaya kuih bakul yang diberikan kepada kami bebas daripada aktiviti keagamaan. Risau juga sekiranya dia memberi kuih yang telah disembahkan pada tokong sebelum menyerahkan kepada kami. Untuk lebih selamat, saya ambil kuih bakul itu sebelum sambutan perayaan. Malah jika ada, saya akan membeli sendiri kuih bakul yang berbungkus daun pisang. Sedap oooo bila digoreng dengan ubi atau dicecah dengan kelapa parut.

Maaf, tahun ini saya tak adakan rumah terbuka walaupun pada awalnya memang bercadang untuk berbuat demikian. Kami hanya akan adakan jamuan sendirian berhad sahaja, memandangkan keadaan saya yang agak susah untuk bergerak banyak. InsyaAllah menu adalah masakan Cina halal yang tradisional [tahun lalu suami tiada di rumah, tak rasa la dia] yang mampu saya adakan nanti. Tahun ini beri angpau, insyaAllah tahun hadapan boleh kutip angpau balik, hehehe [angpau milik anak, bukan saya laaa].

gambar: pussy willow dari http://thestar.com.my/archives/2007/2/9/central/m_p28cheng.jpg

Friday, January 29

PROGRAM DI SANA SINI

Ceramah Motivasi di Klang
CERAMAH "Motivasi Haji & Umrah" @ MASJID ASY-SYARIFF, MERU KLANG oleh PROF DR MUHD KAMIL IBRAHIM (Pengarang buku 'Travelog Haji') 30/01/2010 SABTU SELEPAS SOLAT MAGHRIB. SEMUA DIJEMPUT HADIR & WAR2KAN

Perjumpaan untuk Saudara Baru di Damansara
Kepada saudara baru yg tinggal di kawasan Damansara.Anda di jemput ke majlis ringkas perjumpaan saudara baru di Masjid Kota Damansara ( masjid Kuning) pd 5 Februari JUMAAT selepas Isyak.Perjumpaan tidak formal ini utk mngenali sesama mualaf dan di anjur oleh pihak masjid.Sila hubungi Ust Fauzi di talian 03-61481136

Mesyuarat agung pertubuhan IPSI, Pulau Pinang
Tarikh: 31 Januari 2010 AHAD
Jam: 10 pagi
Tempat: Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.
Terbuka untuk ahli dan mereka yang berminat.

Wednesday, January 27

MENGAPA TAK TERUS TERANG SAJA?

"Mengapa dia tak cakap terus atau datang berjumpa aku?"
Pengarahnya menggelengkan kepala, tanda tidak tahu. Dia hanya bertindak sebagai penyampai maklumat dan penerima aduan, dan kini bertindak sebagai penasihat.
Amira terkilan. Sedikit marah tetapi masih dapat dikawal. Perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah menjadi besar apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dan sebagainya mengambil tindakan mendiamkan diri dan senyum bila berhadapan dengannya, tetapi membuat pelbagai aduan di belakang [back-biting] kepada pihak atasan. Umpatan mereka juga telah sampai kepada pengetahuan beliau.
Mengapa mereka tidak menemuinya dan bertanya, untuk mendapatkan jawapan yang paling tepat? Mengapa membuat spekulasi dan mengumpatnya?
Yang menghairankan, dia sendiri sudahpun memaklumkan tentang masalah di luar kawalan yang sedang dihadapinya itu kepada rakan-rakan sekerja yang bertanya. Sudah pun direkodkan secara bertulis untuk pengetahuan umum.
Mengapa ada pula yang bertindak seolah-olah tiada masalah dengannya tetapi mengadu kepada pihak lain tentang 'kelemahan'nya?
Apa tujuan mereka?
Syukurlah pihak atasan memahami situasi yang sebenarnya. Mereka mengajaknya berbincang di dalam pejabat.

"Siapa pula yang membuat aduan itu? Siapa yang membawa cerita itu? Ada musuh dalam selimut, yang dengki dengan akukah?" Amira tertanya-tanya dan membayangkan siapa yang mungkin berniat jahat terhadapnya.
Setahunya, dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapapun di pejabatnya.
Kerjanya memuaskan malah boleh dibanggakan. Cuma satu kekurangan tetapi kekurangan itu di luar kawalannya. Dan kekurangan itu menimbulkan satu keadaan yang telah menjadi bahan 'serangan' untuk diketengahkan oleh mereka yang lain. Mereka tidak tahu bahawa sebenarnya dia telah berusaha agar tidak perlu menyusahkan rakan-rakan sekerjanya yang lain yang tentu akan ditambah bebanan kerja masing-masing jika dia terpaksa bercuti panjang.
Kalau boleh, mahu dijeritnya kuat-kuat untuk melepaskan geram tetapi Amira masih dapat mengawal dirinya. Dia mengucapkan terima kasih kepada Pengarahnya yang prihatin kerana memaklumkan perkara itu kepadanya dan berjanji untuk berusaha memperbaiki prestasi kerjanya supaya tidak mengundang fitnah lain.

Keluar dari pejabat ketuanya, Amira masih mengukir senyuman. Aduan mereka itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk bekerja di situ, apatah lagi untuk membuatnya bersedih atau marah. Jauh sekali untuk membalas dendam.
Sebaliknya dia bersyukur kepada Allah swt yang memberinya hidayah untuk mengetahui sikap sebenar segolongan rakan sekerja yang seagama dengannya, yang berurusan dengannya, juga yang bersikap hipokrit talam dua muka dalam pergaulan seharian dengannya. Setahunya dia tidak pernah pun mengganggu atau menyakiti hati sesiapa pun di tempat kerjanya.
Apa susahnya untuk berjumpa dan berbincang muka ke muka, tentang kekurangannya itu, jika itu telah mengganggu mereka sehingga membuat aduan itu?
Ahhh, dia tidak berminat untuk tahu siapa mereka. Baginya mereka adalah golongan yang rugi. Biarlah Allah swt yang mengadili.

Ironinya, setiap tahun menjelang Syawal, masing-masing akan tampil bersalaman dengan semua orang untuk memohon maaf zahir dan batin. Mengapakah perlu tunggu sehingga saat itu [yang mungkin tak akan kunjung tiba tahun ini] sedangkan kesalahan yang dilakukan itu boleh dielakkan jikalau pihak yang mengadu itu bersikap proaktif dan berani mengemukakan aduan mereka itu terus kepadanya, atau pun sekurang-kurangnya menegurnya terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan pihak atasan?
Atau adakah ada pihak yang beranggapan tidak mengapa buat sikit silap terhadap orang lain kerana boleh meminta maaf daripadanya kemudian? Bagaimana jika mangsa itu tidak mahu memaafkan?
Bagi Amirah, keadaan itu sudah banyak kali dihadapinya semenjak bekerja. Ramai yang tidak ikhlas; berani bercakap di belakang tetapi menjadi bisu bila berhadapan.
Jikalau dia bersemuka dengan mereka yang disyaki membuat aduan-aduan itu dan yang mengumpatnya, mahukah mereka mengaku?

"Tak apa, tak apa,"Amira terus tersenyum. "Banyaknya pahala yang aku akan dapat secara percuma, huhuhu... terima kasih nohhhh... "

Monday, January 25

BUKAN BUANG NAMA

"Ingatkan siapa dia, bila dok teliti baru tau rupa-rupanya awak!" kata Cikgu Tina[bukan nama sebenar] sambil memberikan saya buku tahunan KPPK bagi tahun 2010. "Apa nama, Yeoh.... apa da, tak ingat dah?"
Saya ketawa. Memang ramai di kalangan warga sekolah yang tidak tahu nama asal saya yang tertulis dalam surat kelahiran, kerana ketika saya mula bertugas di sekolah saya sekarang, saya sudahpun menggunakan nama Islam dalam semua urusan pekerjaan. Hanya kawan-kawan lama yang mengenali saya sebelum saya memeluk Islam pada tahun 2006 yang tahu nama asal saya itu.

Namun begitu, dalam urusan dengan beberapa agensi seperti bank, kesatuan guru dan LHDN, saya masih mengekalkan penggunaan nama asal yang Cina kerana masalah pertukaran nama itu sangat rumit.
Kini hHanya nama keluarga 'Yeoh' yang menjadi panduan untuk pengenalan diri apabila berurusan dengan pihak tersebut.

Pernah ada orang Melayu bertanya, mengapa saya tidak mengekalkan nama asal Cina yang diberikan oleh ibu bapa selepas saya memeluk agama Islam. Bukankah itu yang sebaik-baiknya? Lihatlah mereka yang masih mengekalkan nama Cina seperti saudara Lim Jooi Soon, yang kini menjadi pendakwah bebas.

Memang, saya setuju pengekalan nama seseorang itu ada kebaikannya. Lagipun pada zaman Rasulullah saw sendiri, sahabat-sahabat Nabi pun tidak disuruh menukarkan nama mereka sejurus selepas mereka memeluk Islam, kecuali bagi mereka yang namanya membawa maksud yang buruk.
Namun mereka yang bertanya itu juga tidak mungkin akan melalui masalah yang bakal saya hadapi sekiranya saya terus mengekalkan penggunaan nama Cina saya dalam semua urusan selepas saya beragama Islam.

Di Malaysia, mereka yang mengekalkan nama asal itu adalah lelaki Cina Muslim. Tak pernah pula saya kenali seorang wanita saudara baru Cina yang kekalkan nama asalnya bertahun-tahun selepas memeluk Islam dan memulakan hidup sebagai orang Islam. Dari rekod senarai nama saudara baru yang pernah saya tinjau, saudara baru berbangsa India selalunya memilih nama Islam sebagai identiti baru mereka. Tak tahu pula sesiapa yang masih mengekalkan nama asal mereka tanpa sebarang penyesuaian.

Kalau saya seorang lelaki Cina Muslim pun, mungkin saya akan teruskan dengan nama asal; tak perlu susah payah memohon dan menukar nama dalam kad pengenalan. Tak sesiapa pun akan pertikaikan tambahan lagi sekiranya saya masih belum bersedia mengumumkan pengislaman saya kepada ahli keluarga. Tiada perbezaan dari segi penampilan antara seorang lelaki Islam dengan lelaki bukan Islam yang sama bangsa, kalau mereka berdua-dua memakai baju kemeja dan seluar panjang.
Hanya apabila salah seorang itu berjalan ke surau atau masjid untuk mengerjakan solat, atau ketika dia memberi salam, barulah kita sedar bahawa dia beragama Islam.
Tapi kalau yang itu adalah seorang Muslimah saudara baru, bagaimana?

Sebab pertama saya pilih untuk menggunakan nama Islam yang baru adalah untuk kemudahan urusan, tambahan lagi saya sebagai kakitangan kerajaan.
Kalau saya panggil nama seorang wanita, Lim Mei Hua misalnya, apakah agamanya? 90% mungkin akan mengagak dia beragama Buddha. Kalau Mary Teoh? Mungkin beragama Kristian.
Tapi tup-tup-tup, apabila dipanggil namanya, tiba-tiba seorang wanita yang menutup aurat dengan lengkap bangun dan menyahut. Takkah rasa hairan? Tentu kita penuh dengan persoalan, adakah dia seorang Muslimah, bila peluk Islam, dan mungkin juga ada yang ingin bertanya juga, apakah nama Islamnya?

Saya sudah lalui pengalaman itu ketika menanti permohonan kad pengenalan diri saya diluluskan oleh Putrajaya. Berbulan-bulan masih beridentitikan nama asal sedangkan diri sudah menutup aurat. Saya letih menerangkan kepada orang lain yang bertanya bahawa saya telah memeluk Islam. Kadang-kadang saya terpaksa menjawab dengan ringkas saja [kelihatan kurang sopan pula] kerana mengejar masa, sedangkan yang ingin tahu itu ramai. Yang nak ajak bercerita itu ramai. Itupun apabila saya dapat menyatakan nama Islam saya ialah Nur Aliya. Bayangkan jikalau saya memilih untuk mengekalkan nama tanpa penambahan nama Arabic/Islam seperti orang Islam di rantau ini. Lagilah jenuh nak jawab - mengapa tak ada nama Islam? Entah-entah nanti, saya pula diberikan nama baru oleh orang lain, huhu.

Sebab kedua, supaya lebih mudah untuk orang lain terutamanya orang Melayu menyebut nama baru saya. Nama Cina saya yang dipilih oleh ibu susah disebut dengan betul [hanya mereka yang belajar Mandarin dapat sebutnya dengan tepat], kerap tersalah eja, dan maknanya pula agak kabur. Oleh itu, semenjak saya bekerja, saya selalu dipanggil dengan nama keluarga saya dan bukan nama sendiri sehinggalah ada rakan sekerja yang tidak tahu nama penuh saya. Daripada terus menyeksa diri mendengar kawan-kawan dan orang lain menyebutnya dengan salah, lebih baik saya simpan sahaja nama itu dan menggunakan nama baru yang mempunyai maksud yang baik serta mudah diingati orang [tetap masih kerap tersalah eja, hehehe]. Bukan buang nama tetapi simpan untuk keadaan tertentu, untuk dipanggil oleh orang tertentu sahaja dalam hidup saya.

Sebab ketiga, kerana saya mahu memulakan penghidupan baru sebagai seorang Muslimah, yakni dengan nama baru. Bukan bertujuan menjadi Melayu. Alhamdulillah kawan-kawan beragama Islam dan bukan Islam menyambut baik nama dan identiti baru saya.
Nur Aliya bermaksud cahaya ketinggian dalam bahasa Arab, Aliya dalam bahasa Mandarin bermaksud cantik dan anggun [haha].

Seorang tokoh agama pernah menyarankan supaya mewajibkan saudara baru mengekalkan nama asal mereka dan berbin/bintikan nama bapa kandung mereka. Bagi saya yang jahil ini, perkara itu biarlah saudara baru itu sendiri yang menentukan. Ada pro dan kontra. Mungkin beliau sendiri tidak sedar tentang kontranya. Bagi mereka yang diugut dan dibuang keluarga serta tidak lagi diakui anak, tindakan membin/bintikan nama bapa kandung pula mungkin akan menaikkan kemarahan si bapa, kerana satu negara akan tahu anaknya yang 'derhaka' itu telah beragama Islam! Syukurlah syor itu tidak diterima umum, kerana saya tidak dapat bayangkan akibatnya kepada saudara baru yang tidak bersetuju dengan tokoh itu [ saya pernah mengirim emel membantah usul itu tetapi tidak dibalasnya; yalah, siapalah kita ni].

Mak dan adik saya tahu nama Islam saya, dan mereka tidak berkata apa-apa. Bagi Mak, saya adalah anaknya, dan dia tetap memanggil saya dengan nama pilihannya. Adik pula menggunakan nama yang biasa disebutnya. Tiada masalah.

Sekarang apabila pelajar saya bertanya, "siapakah nama cikgu?"
Bila saya agak nakal, akan saya jawab, "Saya ada 3 nama. Nama asal yang Cina, nama Inggeris yang dipilih semasa saya beragama Kristian [umur 13-19], dan nama Islam yang digunakan sekarang. Semuanya istimewa. Nama manakah yang kamu nak tahu?" :P

Friday, January 22

ONE MORE SCAM - PENIPUAN SMS

I received another SMS this afternoon from a 019 number. Wonder if any reader has also received this. It seems that the scam has been going on for quite some time, from year 2007 actually until the middle of 2009 but perhaps due to the current economic downturn, it has resurfaced. I think TV3 show 360 had discussed this scam before.

Anyway,
From 019-532498*
'Nombor SimCard Anda tlh terpilih dlm undian &Memenangi Hadiah terkini. RM20,000. NO.SIRI2R447YK Dr Syrkt, SHELL-BERHAD. Sila dail; 014-86697**
[translated: Your SimCrad number has been chosen in a lucky draw and won the latest prize RM20,000. From Shell-Berhad. Please dial ....]

It's really irritating. Grrrrr, some irresponsible people must be misusing people's private data passing on people's phone number to these scoundrels. That reminds me- Never put contest forms in the boxes at petrol stations where foreigners work but post them to the given address.

I tried calling back but there's nobody answering on the other end. The number given had a waiting tone.
I checked for further information online and here's what I got :

"Shell Malaysia wishes to warn members of the public of the following scam.

It has come to Shell's attention that Short Messaging System (SMS) text messages are being sent to people claiming that they have won prizes from Shell Malaysia. Typically the sms will tell the SMS recipient that they have won a cash prize from Shell.

Please do not reply but ignore the sms. Shell Malaysia does NOT use text messages to communicate to our contest winners.

All winner announcements for contests run by Shell are advertised in the media and available on the Shell Malaysia website www.shell.com.my. Winners will also receive a phone call informing them of their win by a Shell appointed agency. At which point, Shell's agency will need to verify the winner's name, NRIC and address for the prizes to be couriered to the winners. Shell does NOT require any bank account numbers, etc. If ever in doubt, please do check the website to ensure that you are indeed a Shell contest winner.

Thank you for your cooperation and understanding in this matter."

source: http://www.shell.com/home/content/my-en/news_and_library/hse/hse_smsscam_msg_20071011.html

Has anyone been duped before? Sorry to say, but yes, there have been people, locals, who thought they were going to be a few thousand ringgit richer but ended up poorer.

Never trust anyone who asks for your bank account number.

Remember that if something sounds to good to be true, then it probably is[a lie].

So please be careful, just delete such SMS or even emails. And remember to warn your friends and loved ones, especially the senior citizens about this scam. You'd never know who might be fooled into parting with their hard earned money.



Thursday, January 21

FALSE LABOUR

Saya terpaksa bercuti. Pada hari pertama, badan kurang sihat maka saya mengambil keputusan singgah di klinik. Lagipun dh ramai orang komen bahawa perut saya agak terlalu besar untuk kandungan minggu ke .... Saya buat ultrasound, ternyata si kecil sihat dan membesar seperti biasa. Dah ditakdirkan perut lebih besar daripada biasa, apa nak buat, kan.
Pada keesokan hari, saya bersiap-siap seperti biasa untuk ke sekolah. Siap sahaja memakai tudung, tiba-tiba ia menyerang. Sakitnya! Perut terasa keras ketika sakit itu menyerang. Pembacaan buku-buku untuk ibu mengandung menunjukkan simptom-simptom saya seolah-olah mahu bersalin, bezanya saya perlu tunggu 4 bulan lagi. Risau juga kerana ketika itu saya berseorangan di rumah; suami sudah ke tempat kerja. Jam dinding menunjukkan hampir pukul 7 pagi. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Dalam hati berfikir,'Takkan dah nak bersalin? Baru berapa bulan."
Pukul 8 pagi, saya masih duduk di ruang tamu. Berzikir. Berdoa. Memujuk si kecil [huhu].Tak dapat bergerak banyak, apatah lagi memandu kereta. Alhamdulillah selain sakit perut, saya tak alami masalah kesihatan lain yang boleh membawa kepada keguguran anak. Bacaan tekanan darah yang saya ambil pula menunjukkan hanya sedikit peningkatan, bukan di tahap kritikal. Saya membuat keputusan untuk berehat di atas katil sahaja. Strong contraction di bawah abdomen kira-kira 5-6 kali sejam itu berlanjutan sehingga 9.30 pagi.
"Kalau ke hospital, doktor suruh masuk wad, camner? Nak tinggal di wad untuk 2-3 hari tak?" tanya suami yang tergesa-gesa pulang.
Wajahnya yang tenang mengurangkan kegusaran di hati ini.
Saya diam. Nak pergi atau tidak? Boleh dikira kecemasankah sekarang?
"Tunggu sampai lepas zohorlah. Kalau sakit makin teruk, baru pergi ke hospital," saya buat keputusan sambil bertawakkal padaNya.
Alhamdulillah bed rest membantu mengurangkan sakit. Air zamzam yang ada di rumah diminum. Selepas asar, saya sudah mampu bergerak seperti biasa.
"Boleh jadi contraction, boleh juga kerana kandungan bergerak dalam rahim. Sakit itu mungkin juga kerana ketegangan otot pada kawasan luka bekas pembedahan fibroid dulu," kata doktor di klinik. "Berehat di rumah, kalau sakit makin kuat, puan mesti terus ke hospital, jangan tangguh," nasihatnya lagi sambil memberi cuti 2 hari.
Alhamdulillah pada pagi ini, saya sudah cergas seperti biasa. Apa lagi, pergi kerjalah walaupun cuti masih ada sehari, hahaha... Rindu pada anak murid yang pelbagai ragam :)

nota: False labour bermula dengan sakit perut di bawah abdomen, irregular pains, boleh dikurangkan dengan banyakkan meminum air.
True labour untuk bersalin bermula dengan sakit pinggang sebelum ke bawah abdomen, sakit bertambah tenat dan lebih kerap.

Tuesday, January 19

ALAHAI WANITA

'Eh, awak tau tak, ustaz MMM tu baru nikah nombor dua?"
"Yakah? Bila? Dengan siapa?"
" Baru beberapa hari lalu. Dengar kata, bini dia yang carikan. "
" Oh, dapat payung emas la bini dia [dari mana pula datangnya istilah payung emas ni, tak jumpa pun dalam al-Quran dan hadis]. Kenapa pula tiba-tiba kahwin dua?"
" Dengar cerita, bini dia yang carikan. Perempuan tu asalnya pekerja dia, bukan orang kita."
" Orang kita tak laku lagi ker?" [dalam fikiran saya, kalau itu orang kita, awak akan benarkan kalau suami awak kahwin?]
Wanita-wanita itu terus bergosip.

Saya dengar dari jauh. Nak elak tak boleh kerana suara mereka agak kuat kedengaran. Dah hampir dua minggu ustaz tersebut mendirikan 'masjid kedua' tetapi berita itu masih hangat diperkatakan orang. Apa yang menarik sangat tentang lelaki berkahwin dua, tiga atau empat, sehingga tak habis-habis diperbualkan orang? Kerana kagum, kerana hairan atau... kerana takut? Bukankah lebih baik jikalau mereka yang diberitahu mendoakan kebahagiaan pasangan yang baru menikah itu, daripada terus-menerus menyebarkan berita dan bergosip? Mengagak-agak mengapa si isteri benarkan, mengapa ustaz berkahwin, siapa dan begaimana mereka berkenalan. Ahh, kalau silap cakap bukannya mendapat pahala tetapi menambah dosa.

Mungkin kerana budaya Melayu yang menitikberatkan wanita melayan suami dengan sebaik mungkin dengan amaran bahawa isteri yang lalai akan [hairan, mengapa Melayu guna istilah 'madu'?] dengan wanita lain menjadi mereka begitu sensitif [fobia?] dengan fenomena kahwin dua ini. Yang selalu saya dengar [maaflah ya, saya tidak dibesarkan dengan budaya Melayu] daripada kawan-kawan Melayu adalah, suami akan berkahwin lain jikalau gagal mendapat layanan baik di rumah. Oleh itu, isteri-isteri perlu berhati-hati supaya tidak diceraikan atau dimadukan. Kalau suami kahwin lain, isteri disalahkan kerana dianggap isteri tidak pandai melayan suami, suami pula 'gatal' dan tidak bertanggungkjawab, isteri baru pula dituduh penggoda dan pengacau. Jarang sekali kedengaran merek yang bergosip itu menerima sebagai takdir yang ditentukan Allah. Tanggapan masyarakat tidak semestinya tepat dan benar kerana suami bernikah lain kerana pelbagai sebab [jarang pula ditanya kepada suami mengapa nikah lain].

Masyarakat Melayu walaupun tahu bahawa berkahwin sehingga 4 orang dibenarkan oleh agama Islam, masih susah untuk menerimanya. Media suka memaparkan kisah mereka yang tidak bahagia dalam poligami, sehingga menambahkan fobia wanita Melayu untuk menerimanya. Filem dan drama menjadikan kahwin lebih seorang sebagai lawak jenaka. Malah ada pihak pula yang beria-ia untuk menjadikannya haram. Mungkin kerana Islam membenarkan seorang Muslim beristeri sehingga 4 orang, maka ia menjadi ketakutan wanita-wanita Melayu Islam di rantau ini. Tanyalah mana-mana wanita Melayu pun, tak ramai yang akan menyatakan kesudian untuk menerima kehadiran isteri lain kepada suaminya sehingga ada yang lebih sanggup bercerai daripada berkongsi. Senario lelaki berkeluarga lebih daripada satu masih kurang diterima, walaupun dewasa ini sudah banyak juga lelaki yang berpoligami dengan jayanya. Maka gosip-gosip masih berlaku. Di kalangan wanita, mereka heboh memperkatakan seolah-olah ia perkara luar biasa untuk isteri pertama menerima dengan baik kehadiran orang kedua, di kalangan lelaki pula seolah-olah suami itu hebat kerana berjaya mendirikan masjid baru. Kalau perkara itu dah biasa dan diterima masyarakat, mungkin orang dah tak kisah lagi, bukan?

Tapi kalau kita berada di benua Arab, fenomena suami beristeri ramai satu perkara biasa, malah ada isteri yang dengan senang hati mencarikan isteri baru untuk suaminya. Ada wanita tempatan yang mengatakan bahawa memanglah lelaki di situ mampu kerana semuanya kaya-raya. Tetapi bagi saya yang jahil ini, bukan soal kekayaan yang menjadi kayu pengukur kepada kelayakan lelaki untuk berkeluarga banyak; dalam Islam dinyatakan bahawa dia perlu berlaku adil. Kalau suami yakin dia boleh berlaku adil dari segi pemberian nafkah dan giliran seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, dia yang bertanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah swt kelak. Apa pula yang disusahkan oleh orang lain, terutamanya mereka yang tiada kaitan kekeluargaan dengannya?

Bagi wanita bukan Islam pula, mereka tidak bimbang kerana lelaki bukan Islam mengikut undang-undang hanya dibenarkan beristeri seorang sahaja. Yang lain itu dianggap wanita simpanan dan anak-anak yang lahir hasil perhubungan mereka adalah anak luar nikah. Oleh itu mereka berkemungkinan menutup sebelah mata dan tidak kisah dengan kehadiran wanita simpanan suami mereka asalkan mereka terus mendapat status isteri dan diberi nafkah hidup, walaupun suami mereka berzina di luar rumah. Malangnya keadaan ini juga berlaku di kalangan segelintir wanita Islam hari ini, yang bersikap tidak kisah tentang kegiatan suami mereka di luar asalkan suaminya tidak sah menikah lain. Alangkah malangnya keluarga sedemikian, kerana mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Apabila suami kena cekup dengan pegawai pencegah maksiat, barulah kelam-kabut.

Kebimbangan wanita akan kemungkinan suami mereka berkahwin lagi seorang boleh menyebabkan mereka bersikap dingin dan keras terhadap wanita lain. Awaslah terutamanya mereka yang diketahui berstatus janda dan ibu tunggal.
"Isshhh, geram saya. Tiba-tiba dia datang serang saya, bagi amaran agar saya tidak mendekati suaminya. Saya tak kenal pun siapa suami dia!" keluhan yang biasa kedengaran dan juga pernah saya sendiri luahkan.
Masalah wanita berstatus janda dan ibu tunggal yang menjadi target serangan pihak yang tidak bertanggungjawab dan berburuk sangka menyebabkan keadaan mereka semakin susah dan tertekan.
Hairan juga saya [kerana pernah melaluinya sendiri dan melihat berlaku kepada wanita lain] mengapakah masyarakat begitu memandang serong dengan janda dan ibu tunggal?
Sudahlah hidup mereka lebih susah jikalau dibandingkan dengan isteri-isteri lain yang masih boleh bergantung pada suami masing-masing, tambah pula dengan sindiran, amaran dan gosip-gosip liar yang dilemparkan terhadap golongan ini. Memang diakui ada di kalangan mereka yang sengaja mencari masalah, tetapi bukan semua bersikap begitu. Ramai janda dan ibu tunggal yang lebih suka hidup sendiri dan cuma berharap agar tidak diganggu oleh suami orang mahupun mereka yang mahu mengambil kesempatan.

Mengapa ada Muslimah yang juga melayan golongan janda dan ibu tunggal dengan pandangan serong? Pantang dilihat berpakaian cantik dan berhias seperti wanita lain, ada sahaja tuduhan yang dilemparkan, kononnya mahu menggoda lelaki lain. Salahkah wanita itu berpakaian cantik dan kemas terutamanya ketika keluar bekerja? Jikalau mereka yang bergelar isteri boleh keluar rumah dengan berpakaian cantik, mengapa wanita lain tidak boleh malah dipandang serong semata-mata kerana dia bukan lagi berstatus isteri? Tidak boleh dilihat bercakap dengan suami orang, siaplah nanti diserang dengan mata laser atau amaran keras wanita lain supaya menjauhkan diri daripada suami mereka. Sedangkan yang sering mencari alasan untuk berbual adalah suami mereka sendiri!

Sepatutnya kita wanita yang bergelar Muslimah bersikap lebih baik daripada mereka yang bukan beragama Islam. Kita dimuliakan dalam Islam, diberi hak yang tiada dalam agama lain. Namun kita juga yang sering menjatuhkan maruah sendiri dengan bersikap negatif terhadap saudara-saudari seagama kita, yang bernasib lebih malang daripada kita kerana diceraikan oleh suami atau ditinggalkan oleh suami tanpa sebarang berita.

Hal ini telah menjadi pengetahuan umum di kalangan mereka bukan Islam, sehingga ada kawan wanita bukan Islam yang bertanya kepada saya apabila mengetahui saya telah memeluk Islam, " Tak takutkah kalau suami awak [yang tentu juga beragama Islam] nanti berkahwin lain? Bukankah lelaki Islam boleh beristeri empat?"
Jawab saya?
"Takut apa? Bukan semua lelaki Islam akan berkahwin empat, yang beristeri dua pun tak sampai 30%. Lagipun bukankah berkahwin itu lebih baik daripada membiarkan suami berzina dan menyimpan perempuan simpanan seperti yang dilakukan oleh sesetengah suami bukan Islam? Awak sendiri pastikah suami awak tu tidak akan mempunyai wanita simpanan?"

Wahai Muslimah, usahlah melayan perasaan dan bersangka buruk! Mungkin hari ini kita memandang rendah dan berfikiran negatif terhadap mereka yang berstatus janda dan mereka yang ditakdirkan hidup berkongsi suami, tetapi kita sendiri belum tahu apa yang Allah swt sediakan untuk kehidupan kita pada keesokan hari. Mungkin pada hari ini kita bersikap bangga dan sombong dengan status kita sebagai isteri orang, boleh jadi esok Allah putuskan jodoh kita dengan suami kita dan berikan kita pula alami sendiri pengalaman dan perasaan mereka yang tanpa suami. Atau Dia yang Maha Mengetahui boleh menguji kita dengan perkahwinan poligami pula. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku esok.

Oleh yang demikian, marilah perbaiki diri kita daripada terus terpengaruh dengan sikap umum masyarakat kita yang masih negatif terhadap segolongan saudari-saudari kita. Sentiasalah bersangka baik sesama kita. Jauhilah segala sifat batiniah yang boleh menambah dosa seperti cemburu, iri hati, dengki, dan bersangka-sangka.

Rasulullah saw bersabda:
"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Dalam al-Quran surah al-Hujurat 49 ayat 11 dinyatakan:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

Sunday, January 17

KENDURI JIRAN

Alhamdulillah semalam saya berpeluang menghadiri kenduri perkahwinan anak jiran yang tinggal beberapa blok dari rumah saya. Kad jemputan dihantar ke rumah. Lokasi kenduri di rumahnya sendiri - rumah teres 2 tingkat. Khemah-khemah didirikan di sepanjang jalan dari rumahnya di satu hujung sehingga ke hujung yang lagi satu dalam satu deret rumah teres tersebut.
Saya kagum.Bagaimanakah mereka melakukannya sedangkan jalan sederet itu dikongsi bersama dengan jiran-jiran lain?
Tak bisingkah jiran-jiran lain yang perlu menumpangkan tempat mereka itu? Tidak boleh meletakkan kereta di hadapan rumah, kalau letak pun tidak boleh dipandu keluar dari pagi sehingga khemah diturunkan semula. Orang ramai yang tidak dikenali lalu lalang di hadapan rumah, khemah pula didirikan betul-betul di hadapan pintu pagar. Untuk kenduri perkahwinan itu berjalan seperti yang dirancang, tentu sekali jiran-jirannya perlu berkorban.
Saya meninjau bukan sahaja rumah pengantin bahkan rumah-rumah jiran semasa makan di bawah khemah kenduri. Kelihatan semua agak sibuk, jiran-jiran sebelah rumah pengantin menumpangkan halaman rumah mereka untuk kemudahan caterer dan sebagainya. Jelas ada persemuafakatan yang begitu kukuh di kalangan mereka. Mungkin kerana semuanya beragama Islam, semua sudah lama berkenalan. Nmaun begitu, bagi saya, tidak mungkin jiran-jiran akan sudi membantu melainkan tuan rumah itu sendiri seorang yang baik hati, peramah dan disukai mereka.

Kalau jiran-jiran tersebut adalah orang Cina, saya rasa kemungkinan besar kenduri seperti itu tidak dapat dijalankan. Kebiasaanya jika tinggal di rumah teres atau rumah semi-D, hanya ruang di hadapan rumah sendiri yang dibenarkan untuk dipasang khemah,biasanya untuk perkahwinan atau kematian. Itupun hanya separuh jalan. Saya masih ingat, ketika melawat bekas abang ipar saya di Kuala Lumpur, dia terpaksa menghantar memo meminta maaf kepada jiran-jirannya, meminta maaf kerana kami telah meletakkan kereta di tepi rumah mereka. Jikalau meminta untuk mendirikan khemah di luar kawasan rumah mereka selama 12 jam, ohhh.. jangan haraplah!

Tahniah kepada jiran saya yang berjaya menganjurkan kenduri perkahwinan anak mereka dengan baik, dan juga kepada jiran-jiran sebelah rumahnya yang sudi membantu. Alhamdulillah cuaca yang baik membolehkan majlis berjalan lancar. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat kepada pasangan pengantin yang diraikan.

Monday, January 11

CHARGE ME LESS LAAAA...

Jeeez, Chinese New Year is a month away and I haven't prepared anything. Blame it on my pregnancy [good excuse to be lazy :P] and the new school year. Usually by this time [before I became a Muslim], I would had done spring cleaning at home. Oh well, there's still 4 weeks to go, hehehe.

I was at the market last weekend when I saw some gingko nuts for sale. A 'must' dessert for my family during the festive season. So I went over to the Chinese stall to have a look.
"Hello, these are good for health," said a Chinese lady in Malay language. Must be the seller.
"100 gram kui lui [How much for 100 gramme?]" I asked in local Hokkien dialect.
She didn't even bat an eyelid or shrank in horror.
"60 sen," she replied after a quick mental calculation. "You want?"
"I'll come back later," I answered and thanked her. Need to compare with the supermarket price.

Shopping is always fun when I enter Chinese stalls especially for my supply of traditional herbs and fresh flowers. I've learned long ago never to give them any chance to ask questions regarding my reversion to Islam. Usually they won't ask anyway, but you'd never know when you might come across a kei-po-chi [busybody]. So it's strictly business. Enter, ask for whatever I need in Hokkien dialect, try to bargain, buy or leave.

First-timers might be surprised to hear me ask questions in the local Chinese dialect but being business-savvy, they recover very quickly. Reply will be quick and naturally-spoken. I suppose they see a hijab-clad lady as just another customer, although they might find it awkward to talk Chinese to me in my hijab. [same way, I'd find it awkward to speak Malay to a Chinese, hehehe]. When I first reverted, I hesitated to speak to Chinese sellers in the local dialect, fearing negative reactions but now I don't really care. It's all about being confident actually, to speak in my own Hokkien dialect with other Chinese. [I'm Cantonese but due to being brought up in Hokkien-speaking community, I'm more fluent in this dialect].

Same goes for my dealings with other Chinese. My former Chinese neighbours have gotten used to me as a Chinese Muslim in hijab, so we always communicate in local Hokkien dialect. To do that comfortably, I know that they'd need to see me as a Chinese and not as a Malay. It's challenging for them too in a way, as they need to break the stereotype thinking that all hijab-clad women are Malays [just imagine suddenly talking to your Malay-speaking grandmother in English for 10 minutes to understand what I mean] Till today, they had never asked my why I had chosen to revert to Islam. Chinese are very private people, and unlike most Malays, they won't ask personal questions unless they know you very well.

An advantage of being a Chinese Muslim is that when I deal with Chinese sellers, it's usually easier to bargain with them. They can't communicate with their assistants secretly as I understand their languages, so usually I'd get a reasonable/lower price for goods. And sometimes the naughty me upon entering a new stall would choose to be a "Ho-nah cha-boh" [Malay woman] to listen in to their talk as they discuss how much they're going to charge me for an item. After that and only after that, would I reveal my true identity by speaking in Chinese. You should have seen their faces, hahahaaa! [usually to cover their embarrassment of being found out about their different prices, I'd get a good bargain :P]

Saturday, January 9

MEMANG SAYA TAK SETUJU!

Kamilah melihat wajah Azima sudah berubah. Azima masih bertahan, tidak mahu menangis di khalayak ramai. Restoran yang hampir lenggang itu tempat yang sesuai untuk mereka berbual kerana ia tertutup dan jarang dikunjungi kaum Adam.
Entah bagaimana topik perbualan mereka melencong ke isu itu. Mungkin kerana Kamilah dengan selamba memberitahu Azima bahawa dia sedang berkongsi suami dengan wanita lain. Mungkin juga kerana setelah memendam perasaan, akhirnya Azima memilih untuk meluahkan masalahnya kepada seseorang yang dipercayainya.

"Kalau isteri itu tak boleh beranak, boleh juga kita faham tetapi kalau sudah ada ramai anak, buat apa nak kahwin lain?"
"Azima... lelaki tak akan kira berapa anak yang dia ada.. kalau ada 8 orang anak pun, dia nak 10. Lelaki tak kahwin lain sebab nak tambah zuriat semata-mata," Kamilah menjawab perlahan.
Azima diam seketika. Dia kelihatan memikirkan sesuatu.

"Suami saya dulu pernah kata dia nak kahwin lain."
Kamilah mengangguk, tenang. Dia membiarkan Azima menyambung.
"Tapi saya tak setuju," kata Azima.
"Mengapa?"
"Kamilah, perempuan tu tak tutup aurat, warnakan rambut, pakaian ketat-ketat, sesuaikah? Kalau macam Kamilah [yang tutup aurat], boleh gak saya pertimbangkan walaupun berat hati saya. Saya dah selidik latar belakang perempuantu, dan memang saya tak setuju suami saya kahwin dengannya. Saya tak mahu suami saya tidak berlaku adil selepas berkahwin dengannya, saya tak mahu suami saya menanggung dosa jika gagal membimbingnya."

"Hmm, apa alasan yang suami awak bagi untuk berkahwin dengannya?"
"Suami saya kata nak bimbing dia, tapi saya kata, kalau nak kahwin lain pun, pilihlah perempuan yang faham agama.. ramai lagi perempuan yang lebih sesuai untuk dijadikan isteri, kenapa nak pilih dia juga?"
"Habis apa awak buat?"
"Mula-mula saya diam saja tapi Kamilah... dia pula yang telefon marah-marah saya."
"Maksud awak, perempuan tu marah awak?"
"Aaa aa, dia marah-marah saya dalam telefon, maki saya macam-macam. Patutnya saya yang marah dia, ni terbalik pula.. habis takkan saya nak terima dia sebagai madu saya?"
"Suami awak tak jadi kahwin dengan perempuan tu?"
Azima meneguk air tehnya.
"Saya syak dia buat ubat guna-guna pada suami saya, jadi saya bawa suami saya pergi berubat. Puas saya berdoa dan bersabar. Alhamdulillah suami saya nak juga ikut saya, dan selepas berubat dia tak hubungi perempuan tu lagi."
"Baguslah begitu.."
Wajah Azima masih keruh. "Tapi, saya risau. Entah bila pula suami saya akan kata bahawa dia nak kahwin lain, ataupun kahwin senyap-senyap. Anak saya dah 8 orang, mampukah suami saya nak uruskan 2 keluarga nanti?" Azima meluahkan kebimbangannya.

Kamilah melihat kawannya yang bertudung labuh. Azima masih muda jelita tetapi agak kurus . Mungkin sibuk menguruskan rumahtangganya di samping bekerja di pejabat.
"Jangan risau. Poligami ni bukan untuk semua orang, dan jika Allah tak izinkan, ia takkan berlaku kepada awak. Tapi kalau ditentukanNya suami awak kahwin lain juga, bersabarlah dan teruskan hidup sebaik mungkin. Jangan jadi isteri derhaka dan terlalu mengikut emosi apabila mengetahui suami kahwin lain. Tindakan itu hanya akan memberi keuntungan kepada isteri baru untuk mengeksploitasi keadaan, jika dia berniat jahat. Awak pun tahu, tanggungjawab isteri pada suami tetap ada walaupun suami telah berkahwin lain; masih perlu memberi layanan sebaiknya kecuali isteri itu diceraikan."
"Kalau suami saya pilih perempuan yang tak kuat agama, bagaimana? Saya pun hairan mengapa dia tertarik dengan perempuan begitu."
"Saya setuju dengan awak, wanita yang tidak kuat pegangan agamanya, susah untuk hidup berkongsi suami. Kalau aurat dan pergaulan pun tak terjaga, bagaimana pula hendak menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina? Banyak perkahwinan poligami yang gagal kerana ada pihak yang tidak memahami tuntutan agama dan tangungjawab masing-masing. Yang boleh kita lakukan hanyalah berdoa dan berserah padaNya. "

"Awak, bagaimana? Susah tak?"
Kamilah tersenyum buat pertama kali dalam perbualan mereka.
"Nak kata susah, tak susah. Nak kata senang, tak senang juga. Ia bergantung pada sikap dan tindakan kita menghadapi ujian sebab ia sebenarnya ujian Allah. Tak seorangpun perempuan yang mahu berkongsi suami, tak kiralah isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat. Tapi kalau dah ditakdirkan, perlulah terima dengan sabar. Takkan nak marah takdir pula. Tak kira suami mahupun isteri, semua kena kuat pegangan agama, tahu bukan sahaja hak tetapi tanggungjawab masing-masing. Kalau harapkan suami sahaja berlaku adil tetapi isteri pula bertindak mementingkan diri sendiri, perkahwinan itu takkan berjaya juga. Isteri yang kena bantu suami untuk berlaku adil, ingat-mengingatkan suami akan tanggungjawabnya pada semua keluarga."

"Suami sepupu saya berkahwin lain baru-baru ini. Sepupu saya merajuk, agaknya dia kecewa sangat kerana ditipu dan sia-sia pengorbanannya selama ini, dia pilih untuk tinggal dengan anak menantunya di bandar lain, bukan dengan suaminya. Puas kami nasihat tapi dia tak mahu dengar."
"Itulah.. wanita memang mudah ikut perasaan. Merajuk lari balik kampung bila tahu suami berkahwin lain, marah-marah sampai habis pecah pinggan mangkuk rumah, sindir-sindir suami bila suami pulang ke rumah. Semua tindakan itu hanya merugikan isteri tersebut. Beri peluang kepada suami untuk langsung tidak balik rumah. Bila sepupu awak pilih untuk berpisah dengan suaminya dengan cara tinggal berjauhan, siapa yang susah? Pertama dia berdosa pada suami kalau tindakannya itu tidak diredhai suaminya, kedua dia hanya menggalakkan suaminya untuk tidak bertindak adil dalam pemberian nafkah dan giliran kepada isteri-isteri. Anak-anak yang tidak faham hanya akan menuduh bapa mereka berat sebelah sedangkan ibu mereka yang tidak memberi peluang pada bapa mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik."

"Suami awak, bagaimana? Awak puas hati kah?"
"Alhamdulillah, suami saya baik dan saya tahu dia berusaha bersungguh-sungguh untuk berlaku adil pada isteri-isterinya. Kasihan juga lihat dia letih berulang-alik kerana nak adil memberi giliran isteri-isteri tetapi apa nak buat, itu pilihannya. Memang setiap manusia ada kekurangannya, sebab itu sebagai isteri, saya juga perlu mengingatkan suami akan tanggungjawabnya pada semua isteri dan anak-anaknya, bukan setakat saya dan anak-anak saya saja. Isteri kena main peranan, kalau harapkan suami saja untuk berlaku adil, susahlah. Kena ingat, berdosa isteri yang menghasut atau menahan suami daripada menjalankan tanggungjawab pada isteri-isteri dan anak-anaknya yang lain. Dan suami yang ikut cakap isteri begitu adalah suami yang dayus."

"Ya, benar. Sebab itulah saya selalu berdoa agar Allah tak uji saya dengan ujian seberat itu.
Bagaimana awak hadapi keadaan ini setiap hari? Tak susahkah? Tak cemburukah?"
"Saya selalu ingat contoh Saiyidina Aisyah, isteri Rasulullah. Kalau beliau boleh menerima dan menghormati isteri-isteri Rasulullah yang lain walaupun dia isteri yang lebih awal dikahwini baginda, serta menasihati baginda untuk bertindak adil, mengapa saya tidak boleh? Cuma yang penting, selalu lawan hasutan syaitan yang sentiasa cuba merobohkan sesebuah rumahtangga yang dibina, dan jangan ambil peduli kata-kata orang yang memandang serong pada perkahwinan poligami. Syaitan dalam bentuk manusia akan cuba menghasut isteri-isteri untuk bergaduh, dan tidak kurang juga yang akan mereka cerita untuk menyakitkan hati. Saya dah alami semua tu. Oleh itu perlulah sentiasa dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah, hidup sebagai isteri yang berkongsi suami boleh menjadikan seseorang Muslimah menjadi lebih kuat, membina sifat mahmudah dan mengurangkan sifat mazmumah, lebih mudah masuk syurga," terang Kamilah dengan panjang lebar.
Azima mengangguk-angguk.
Aliya yang duduk di meja bersebelahan dan secara tidak sengaja terdengar perbualan mereka, meneguk air kopinya perlahan-lahan. Dia tersenyum kerana pendapat Kamilah sama dengan pendapatnya.

gambar: http://www.limobroker.co.uk/images/wedding-photos/wedding-rings.jpg

Thursday, January 7

TAMBAH & KURANG

Berdebar-debar saya menanti giliran untuk pemeriksaan ultrasound.
Temujanji dengan doktor di hospital kerajaan, tempat saya bakal melahirkan anak nanti begitu merunsingkan.
Ya, saya dan suami berdoa. Sudah dan sedang berusaha sebaik-baiknya agar ketumbuhan fibroid yang muncul semula tidak mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Ini temujanji pertama setelah keluar wad sebulan yang lalu.
Keputusannya?
Alhamdulillah... doktor memberitahu bahawa saiz ketumbuhan itu sudah mengecil sedikit berbanding ukuran yang diambil pada bulan lalu dan dijangka tidak menganggu pertumbuhan si kecil. Semua dilaporkan sebagai 'ok' oleh doktor, walaupun saya masih dalam kategori mengandung berisiko tinggi.

Syukur, ini satu hadiah istimewa. Esok si manja akan dijamu dengan kek khas, harap-harap dia tak meragam di dalam perut, hahaha.
Tambah satu lagi nombor pada umur saya.
Tambah berat pada badan saya.
Tambah rezeki tahun ini.
InsyaAllah tambah ahli keluarga nanti pada pertengahan tahun ini.
Alhamdulillah pada nikmat dan kurniaanNya.

Wednesday, January 6

ANGKONG SAYA BUKAN ANGKONG ANDA

Pada pagi ini ketika memandu ke tempat kerja, masih hangat lagi isu tentang penggunaan 'Ismul Allah' yang dibincangkan oleh pendengar setia siaran radio tertentu.
Ahhh.. tentu sekali hangat di mana-mana.
Namun kita perlu rasional.
Yang bikin heboh isu ini sehingga melibatkan satu negara adalah segolongan kecil sahaja.
Ini bukan melibatkan orang Kristian melawan orang Islam.
Maka elakkanlah daripada berdialog hangat dengan orang beragama Kristian berkenaan isu ini. Kita sebagai Muslim boleh menerangkan kepada mereka nonMuslim mengapa kita membantah penggunaan istilah "Allah" dalam penerbitan itu, tetapi sekiranya perbincangan menjadi terlalu sensitif, tak usahlah.
Saya percaya mereka pun kurang senang hati dengan permasalahan ini, terutamanya mereka yang beragama Kristian tetapi bermazhab lain.
Mazhab Kristian banyak, dan mazhab Roman Katolik hanyalah satu cabang.
Cara penyembahan orang Kristian Roman Katolik amat berlainan dengan mereka yang bermazhab Protestan.
Inilah masanya kita umat Islam di Malaysia bersatupadu. Bukan berpecah belah dan memberi pendapat yang bercanggah yang hanya akan lebih mengelirukan masyarakat.
Anggaplah ni sebagai satu lagi ujian Allah swt kepada umat Islam di Malaysia.
Bagaimana kita menghadapinya.
Bagaimana kita membawa diri kita sebagai umat Islam dalam masyarakat majmuk apabila dihadapkan dengan isu sensitif ini.
Bagi saya tak usahlah membuang masa bertekak sama ada secara bersemuka atau dalam alam maya dengan nonMuslim dan mereka yang tidak bersehaluan dengan pendapat kita berkenaan isu ini.
Lebih baik kita memperbanyakkan solat hajat meminta bantuan dan petunjukNya daripada bergaduh dengan mereka yang lain.
Yakinlah bahawa Allah swt tetap akan memelihara kemurnian agama Islam daripada dicemari.
Yakin juga bahawa Dia akan menjadikan sesuatu yang kelihatan berpihak kepada musuh Islam pada mulanya untuk menguntungkan umat Islam pada akhirnya. Sejarah Islam telah menunjukkan kepada kita.
Kita berusaha melalui cabang undang-undang yang ada.
Dunia melihat dan menunggu tindakan kita.
Jangan biarkan diri kita diperalatkan.

Monday, January 4

SUDAH MELAMPAU

Benci. Meluat. Geram.
Ini kali kedua saya terima SMS demikian.
Kali pertama saya terus delete. Petang tadi ketika berehat di rumah satu lagi SMS masuk.

Nombor telefon 013438460* [saya tak kenal siapa]
Terpampang mesej berikut:
" Sunyi? Anda dipilih utk menikmati modal kami yg panas. Utk mendapat Koleksi Video Peribadi yg hangat tersebut, sila balas. Ya. Warning! Hanya untuk Umur 18 KeAtas."

Darah terus naik. Marah. Apa ni? Tak ada kerja lainkah mereka ini? Ternyata orang Melayu, kerana setahu saya orang Cina dan India takkan buat kerja bodoh ini. Pulangan tak banyak, risiko pula tinggi.
Mungkin benar ada koleksi video panas berbentuk lucah yang boleh dimuat-turun.
Mungkin juga ia hanya lawak jenaka - video yang dijanjikan bukan lucah tetapi menunjukkan benda lain.
Entah.
Saya malas nak ambil tahu.
Tapi kerana ini kali kedua, saya balas.
"%^&*** Nombor u akan ke balai polis."
Senyap tak dijawab.

Mana mereka itu mendapat nombor telefon saya? Syarikat telefon?
Bayangkan kalau yang terima SMS itu remaja lelaki yang ingin mencuba? Bukankah buruk padahnya jika benar video lucah dihantar ke telefon bimbitnya?
Saya agak ini perbuatan anak-anak muda.
Apalah nak jadi? Kemudahan telefon bimbit juga disalahgunakan.

BALIK SEKOLAH


Alhamdulillah, bermula sessi persekolahan tahun 2010 hari ini. Setelah hampir 2 bulan tidak bersama pelajar, akhirnya mereka kembali ke sekolah dengan pelbagai gaya dan ragam.
Baju baju, buku baru, kasut baru, beg baru tetapi malangnya, ada yang masih belum baru .. sikap dan kelakuan yang belum berubah di kalangan sesetengah pelajar.

Rambut fesyen balung ayam, fesyen durian dan fesyen landak masih terbawa-bawa ke sekolah walaupun setiap tahun tindakan tegas diambil terhadap mereka yang degil. Hairan juga, takkan ibu bapa tak sedar bahawa fesyen rambut yang digayakan oleh anak teruna mereka itu melanggar peraturan sekolah? Cara memberontak terhadap peraturan sekolah? Entahlah... pelajar sekolah menengah memang lebih susah dibentuk.

Saya diamanahkan mengajar 5 kelas Tingkatan 4 dan satu kelas Tingkatan 2 pada tahun ini, untuk 2 subjek utama. Mungkin kerana saya dijangka bersalin pada pertengahan tahun, maka saya tidak diberi kelas peperiksaan [leganya!]. Tercungap-cungap saya setelah menaiki tangga dari kelas ke kelas. Kaki yang agak bengkak menyukarkan pergerakan kerana kasut lebih ketat. Alahai, dengan berat badan yang bertambah kerana mengandung [komen seorang guru setelah 2 bulan tidak berjumpa: Bulatnya aliya..(huhu)] ternyata lebih susah dan lebih lama untuk tiba ke kelas berikutnya. Risau juga begini kerana kandungan baru 4 bulan, sudah agak keletihan. Ada jubah saya yang sudah cukup-cukup muat sahaja. Nampaknya terpaksalah saya memakai baju mengandung ke sekolah lebih awal daripada dijangka kerana baju formal yang boleh dipakai semakin terhad [aktiviti minggu ini - beli baju baru, duit keluar poket lagi :P]

Apabila para pelajar saya diberi borang untuk mereka memilih aliran yang sesuai untuk Tingkatan 4, maka berkerutlah wajah-wajah mereka yang tidak bersedia. Tidak tahu aliran apa yang dikehendaki - sains tulen, perakaunan, ekonomi, seni reka atau kemanusiaan. Ada yang kelihatan kecewa apabila diberitahu tidak layak untuk aliran tertentu kerana keputusan PMRnya yang kurang memuaskan tidak melayakkannya untuk mengambil aliran tersebut [hah, sekarang baru sedar mengapa cikgu suruh rajin belajar Matematik!]. Masih ada juga yang sehingga hari ini tidak tahu bidang pekerjaan yang hendak diceburi selepas tamat zaman persekolahan. Masa tidak menunggu mereka tetapi ada anak-anak kita yang belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemuda dan pemudi negara. Masih hendak bersuka-suka dan membuang masa.

Zaman ini orang berebut-rebut memohon menjadi guru. Kononnya senang dan terjamin. Boleh dapat cuti yang lama. Memanglah menjadi guru senang; masuk mengajar dan pada hujung bulan menerima gaji. Pekerjaan tetap halal. Kalau hendak menjadi pendidik, terpaksalah berkorban lebih masa dan tenaga untuk memastikan pelajar dibentuk menjadi manusia yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Adanya ketikanya usaha yang dicurahkan kurang memberi pulangan.
Namun seorang guru yang baik harus memegang pada prinsip : Mengajar menggunakan hati bukan menggunakan kekerasan, adalah lebih berkesan.
Pada hari ini seorang guru mendidik anak orang lain; esok lusa orang lain pula yang akan mendidik anak cucunya.
Boleh jadi juga orang yang bakal mengajar anak guru itu adalah hasil didikannya sendiri - bekas pelajar seorang guru.

Selamat balik ke sekolah.

Sunday, January 3

HORAS, MEDAN

"It'd be a loss if you've come to Medan and not pray in the masjid raya," said Pak Ramadhan, our driver.
We stopped by the Grand Mosque Al-Mashun which was built in 1906. It's by the main road and like its name, looked quite grand from outside.

Upon entering the women's wing, I noticed beautiful stained glasses at the windows and wooden carvings on the doors.The ceilings were beautifully painted with intricate designs. I was impressed to see that the telekung were all clean and hung neatly on the pegs at one corner of the solat area.

There was none of the ugly sweat stains we often find on telekung left for public use in mosques and surau in Malaysia [proof that they're not washed for months]. Unfortunately,the building was not well-maintained and there was a bad odour at the men's solat area. Don't know what caused it, as it was fine at the women's area.

After some more shopping at Medan Market and lunch, we left for the airport for the flight back. We had thought that our holiday in Medan would end in the evening but it was not meant to be. Flight was delayed. We were forced to wait and wait and wait. Alhamdulillah the long delay allowed us to get to know other Malaysian tourists who were also flying home to Penang. Encik Zul, his wife Kak Rohani and their large group of friends and family members told us about their trip to Acheh [they spent a week in Acheh, Parapat, Berastagi and Medan]. We had our packed dinner [provided by the airlines], exchanged stories and jokes which helped to ease the stress caused by the 1 1/2 hour delay, and formed new friendships.
Another mosque which we stopped to pray. This is Parapat's Mosque.


I'm happy that my trip to Medan with my husband has been good. We had a good time and learn to be thankful with what we have, while at the same time to work harder to improve our livelihood. A smile at the appropriate time will help in communication. For days, we didn't have to worry about food[ meals are paid and provided for in set lunches and dinner], work and other petty things that we use to back home. And with the little one behaving well [must be a kaki-jalan like parents, hahaha]this holiday has been the most relaxing.
So horas, Medan till we meet again.. horas, goodbye..

for more pictures of the trip, click here

Friday, January 1

FUN AND FRIGHT AT BERASTAGI

"Ya Allah, please allow us to arrive safely at Berastagi!"
It was almost dark, 6.20 pm Indonesian time and we [husband, our driver Pak Ramadhan, and I] were stuck in a traffic jam at a slope on the way to Berastagi.

We had left Parapat in the afternoon and stopped at Sipiso-piso waterfall for a short rest and to marvel at the of the beautiful waterfall about 200m high.

Subhanallah, the scenic view of Lake Toba from the area was simply beautiful. There we met many Malaysian tourists who were just as happy to meet us. It was cool up there, and being a little hungry, we entered a Muslim coffee shop, hoping for some banana fritters and coffee [haha, I miss my pisang goreng]
"Pak, we only sell fried rice," said the waitress to my husband. "There's a shop selling banana fritters but it belongs to Kristians."
"Why don't you sell banana fritters yourself? I'm sure many Muslim tourists especially Malaysians will buy from you."
"If we sell banana fritters, we need to fry them here. Who's going to look after the rice stall? There're only two of us working here" the owner, a Muslim wearing a skullcap replied.
Needless to say, we sighed. Husband spent a few minutes giving suggestions to his Muslim Indonesian brother on ways to improve the business, especially as it was the only Muslim coffee shop in the popular tourist spot.
The couple thanked us as we left to continue our journey to Berastagi but I'm not sure if they'd follow our suggestions.

All the way to Berastagi, we passed by fruit farms, wooden houses, churches and small coffee shops. It was raining. A rather uncomfortable ride as the road has many pot-holes.
"Pak Ramadhan, what is B1B2?" we asked the driver as we saw many signboards with the words.
"Oh, B1 means babi panggang [roasted pigs], while B2 means daging anjing [dog meat]."
Then we remembered that the folks there are Christians.

"Now why are all the vehicles stopping there?" grumbled Pak Ramadhan as we came to a crawl.
"The van in front can't move forward up the slope coz the lorry from the opposite direction is unable to come down, stuck at the junction,"I said as I had a better view from my rear seat.
Little did we realized what was actually happening.
After almost 30 minutes of slowly moving towards the junction, we found out that the heavy rain had caused water to flow heavily from higher ground, making the road dangerous for vehicles.
Rain had caused the road to be flooded.
Water was gushing down the slope like a waterfall. The road had become very dangerous to travel on with vehicles on the left side trying to move up the slope and those on the right side trying to move down the junction. And our Kijang car was stuck because there were other vehicles in front and behind us.
"Pak, have you been in this situation before?" we asked the driver.
"No, this is my first experience being stuck this way," he replied with a worried frown.
The Kijang car in front of us was facing some mechanical problems. Its clutch no longer worked, so one of its passenger had come down, dug some big stones from the road and used them to continue the journey uphill.
Yet despite the flood and still heavy rain, motorcyclists continued their way up the slope. They helped to shift big stones from the middle of the road, for which we were thankful.
6.30 pm turned to 7pm and we were still stuck there. I was beginning to feel cold and hungry, and was thinking of the possibility of having to spend the night in the car instead of a hotel in Berastagi. Thankfully the little one in my womb behaved himself during the worrying journey.

Alhamdulillah, inch by inch, we managed to go up the slippery road safely. By the time we reached our Grand Mutiara Hotel in Berastagi town an hour late, we were tired. The lovely dining hall of the hotel with a delicious dinner somehow calmed our nerves before we retired for the night.
The next morning we went to explore the town. Berastagi is famous for its fruit stalls and flowering plants as well as horse rides.
"Let's take a ride on the horse carriage," I suggested to my husband.
A young Muslim chap approached us and we got onto the 2-seater carriage. Washii was the female horse's name, and during the-10 minute ride around town, we found out that she was to work from morning till evening, and was fed grass from 6pm till 6am daily.
I was too scared of falling from the horse [ in my pregnant state] to ride one on my own although the youngsters assured me that it'd be safe. So hubby went for a ride alone on Kembang Ayu and enjoyed it, hehehe.

"Ah, I know what that is," I said pointing at a colourful board. "That's a Papan Bunga."
Papan Bunga is a board used as banner in Medan and nearby towns. Small plastic flowers are arranged to form words and pasted onto the board.
"One board costs about 70,000 Rupiah, ibu," explained Pak Ramadhan. [ It's amusing being referred to as ibu which means mother by an older man, huhu]
One bonus of travelling small is to have the driver cum tourist guide providing extra information about the language, culture and people to us. Ours is responsible and reliable, not to mention very experienced driver. And that, alhamdulillah, is God-given for our holiday in Medan-Parapat-Berastagi.