Thursday, November 18

BAHASA SYURGA?

Semasa saya masih beragama Kristian, saya pernah mendengar beberapa orang kawan Kristian yang menyebut tentang 'speaking in tongues'. Saya kurang faham lalu tidak memberi perhatian kepada perbincangan mereka. Namun yang saya pasti, mereka memang percaya adanya fenomena itu.

Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang kenalan yang juga beragama Kristian.
Dia seorang yang peramah dan dari segi zahir, seorang yang baik. Kata kawan-kawan lain, dia amat 'religious' dan berpegang kuat pada ajaran agamanya.
"Nancy [bukan nama sebenar], awak seorang Kristian, kan?"
"Ya, benar," jawabnya ringkas.
"Gereja apa?"
Dia memberikan nama sebuah gereja/mazhab yang kurang dikenali ramai tetapi saya pernah dengarnya [bekas adik ipar saya juga bermazhabkan gereja tersebut].
"Apa beza gereja awak dengan gereja lain?"
"Oh, bagi kami ada heavenly language."
"Heavenly language? Apa tu?"
"Kami percaya Tuhan dan malaikat boleh turun dan lawat gereja kami.. masa itu ada penganut yang akan bercakap dalam heavenly language, bahasa Tuhan."
"Pernahkah awak alaminya?"
"Ya, pernah.. malah ada orang dari gereja Semenanjung Malaysia yang tak percaya wujudnya heavenly language ini yang pergi ke gereja di Borneo, mereka terkejut mendengar orang asli yang tidak tahu berbahasa Inggeris tiba-tiba bercakap dengan lancar dalam Bahasa Inggeris itu, memuji Tuhan. Ada juga yang boleh bercakap dalam heavenly language."
"Oh, menarik juga ya."
Saya tersenyum padanya. Masa tidak mengizinkan kami untuk berbual panjang.


Hmmm... rupa-rupanya masih ada penganut Kristian yang percaya akan heavenly language ini.
Saya tidak pernah alaminya atau menyaksikannya sendiri.
Tapi siasatan saya melalui internet mendedahkan memang wujudnya kepercayaan ini di sesetengah golongan penganut Kristian. Taip sahaja heavenly language atau speaking in tongues.
Sekiranya anak kita yang beragama Islam, bertanya kepada kita tentang fenomena heavenly language [jikalau dia terbaca atau diberitahu oleh kawannya yang beragama lain] apakah agaknya jawapan terbaik kita?
Saya menanti komen saudara saudari :)

9 comments:

  1. salam sis aleya..
    satu post yang menarik. saya memang tidak pernah mengalaminya namun pernah menyaksikannya semasa saya kristian dulu (Gereja SIB)Perkara ini berlaku apabila seorang paderi yang diimport khas dari semenanjung datang mengubati siapa2 yang sakit digereja ketika itu. Orang yang disentuh kepalanya tetiba boleh rebah dan meracau-racau dalam bahasa yang dia sendiri tidak faham. Kadang-kadang org yang tidak pandai bebahasa inggeris pun boleh fasih... Wallahualam....

    ReplyDelete
  2. -bgmn kah pula dgn lughatul-qur'aan...lughatul-'arabiyyah.....itu bahasa syurga?

    (lughah = bahasa)
    *(lughatu-al-Qur'aan ==> lughatul-qur'aan)...
    * lughatu...merupakan bentuk penyambung utk perkataan "lughah"
    (iaitu "h" ditukar kpd "t" (Ta MarbuuTah)

    ReplyDelete
  3. ape nak hairan, orang yang kena rasuk ngan jin siam pun boleh cakap siam... tak caya ? tengok jer kisah-kisah yang macam dalam tv3 tuh .... e.g misteri nusantara dan lain-lain.

    ReplyDelete
  4. bahasa syurga = lughatul-jannah
    (lughatu-al-jannah)
    (syurga = jannah)

    ReplyDelete
  5. Kita boleh jawab cara ilmiah atau logik. Jika logik.
    Apa kelas malaikat mai masuk kat manusia? Takkan nak jatuh darjat kot. Dari masuk manusia biasa baik masuk badan paderi/rahib wanita. Depa kan bersih?
    Hakikatnya cam kata akujahil(kita semua asalnya jahil). Jin pun cam manusia. Kalu dah jin yg masuk tu dr europa dah ttg cakap omputih... Tak pelik pun...

    ReplyDelete
  6. salam puan,

    menarik juga. saya pernah baca bahan2 kristian sebelum kembali islam kerana melakukan pencarian tp x pernah pula mendengar tentang heavenly language, hehe.

    saya rasa mungkin mereka dakwa orang2 yang cakap bahasa macam2 itu diselubungi holy spirit.

    bagi jawapan puan, saya rasa saudara saudari sblum saya sudah beri jawapan. saya tak rasa ia satu keajaiban pun, hehe.

    ReplyDelete
  7. bila diri dirasuk iblis/syaitan..mcm2 blh jadi....tak mustahil tiba2 orang asli reti BI....:)

    ReplyDelete
  8. So, obviously the terms "heavenly language" is a rather different concept for "Bahasa Syurga" ( a literal translation)...

    According to a weak hadith "Bahasa Syurga" or lughatul-jannah is the Arabic language...

    So, I guess, this has nothing to do with the outward manisfestations described above.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumussalam saudara saudari,
    Maaf lewat membalas, sibuk dengan pelbagai urusan lain.
    Ya,untuk tajuk pos ini, saya sekadar membuat 'direct translation'dari istilah Inggeris heavenly language.
    umangbajik: Benar, keadaan itu boleh berlaku dan diakui sendiri oleh mereka yang mempercayainya.. tetapi ada juga puak kristian yang menganggapnya sebagai dirasuk. terpulang kepada kepercayaan masing-masing.
    akujahil: Ya, benar juga walaupun saya jarang menonton t, hehehe
    joe penang & s.i.r: ada gereja yang menganggap jika tidak dimasuki roh dan berbahasa heavenly language, penganut itu bukanlah seorang yang alim.. gereja kristian pelbagai mazhab, jarang ada pendirian yang sama.
    nurain & nas: setuju :)

    ReplyDelete