Two roads diverged at thirty-five, and I - I took the one less travelled by, and that has made all the difference.
Thursday, September 9
SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI
Selamat Hari Raya Aildilfitri 1431 Hijrah kepada rakan-rakan blogger dan semua pembaca blog ini yang beragama Islam.
Saya memohon maaf zahir dan batin. Harap maafkan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penulisan dan komen sepanjang perkenalan kita di alam siber.
Semoga bergembira di mana jua anda berada kerana telah sempurna menunaikan Rukun Islam ketiga pada tahun ini. Tahun ini kita berpuasa 30 hari, alhamdulillah. Semoga ibadah kita pada bulan Ramadhan ini diterimaNya, ameen.
Bagi yang nonMuslim, Selamat Bercuti :D
Alhamdulillah, tahun ini Aidilfitri bertambah meriah dengan adanya Ikram yang mudah senyum dan periang. Dia kini aktif dan sedang belajar meniarap. Kalau dibawa shopping, dialah yang paling seronok tetapi Ummi dan Abahnya terpaksa menggunakan stroller kalau mahu selamat. Cepat lenguh tangan kami mendukungnya lama-lama kerana berat badannya yang 3 bulan ini melebihi 6kg.
"Comelnya.. bulatnya!" begitulah komen yang biasa didengari.
Maaf, saya tidak mengadakan rumah terbuka pada tahun ini. Tahun ini akan menziarahi rumah orang pula sambil mengutip duit raya untuk Ikram, hahahaa...
Salam Aliya,
ReplyDeleteSelamat hari raya juga dari kami sekeluarga. Maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amal kita semua.
Eid Mubarak to you, your other half and Ikram..
ReplyDeleteThank you for all the do'a semuga kita di berkati dan dirahmat dengan taufik dan hidayahNYA selalu..
hehe... ikram akan mula kutip duit raya dah...
ReplyDeleteتقبّل الله صالح أعمالنا
May Allah accepts all our good deeds.
Eid Mubarak to you and your family.
Waalaikumussalam umijah,
ReplyDeleteameen..
Waalaikumussalam Wan Sharif,
ReplyDeleteThank you, ameen :)
Selamat Hari Raya kak.. TAQABBALALLAHUMINNA WA MINKUM
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletethat's Maryam Abu Ahmad asking you. wasn't me.
Wasalam
Assalamualaikum Kak Aliya,
ReplyDeleteAja ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Semoga akak sekeluarga sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. :)
Waalaikumussalam Hajar,
ReplyDeleteTerima kasih, ameen. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga kepada Aja sekeluarga.
Mocha Ghost, terima kasih, sama-sama kita.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Maryam,
ReplyDeleteYa, Ikram dah terima duit raya, alhamdulillah. Saya masih meninjau-ninjau tabungan Islamik yang paling sesuai untuknya untuk menyimpan semua wang angpau & duit raya :)