Wednesday, September 29

MATA

'Dari kerana mata... '

Saya terpaksa bercuti sakit selama 3 hari gara-gara sakit mata. Sudah berpuluh-puluh tahun tak sakit mata atau conjunctivitis, tiba-tiba ia melanda pula. Aduh, satu cabaran baru pula tambahan dengan kehadiran bayi kecil di rumah.

Alhamdulillah setakat ini keadaan saya masih ok. Ubat doktor untuk mengawal rasa gatal mata menyebabkan saya mengantuk. Oleh sebab itulah, saya tak dapat nak post apa-apa artikel dalam beberapa hari kebelakangan ini. Asyik taip silap ejaan sahaja kerana sebelah mata yang sakit itu ditutup dengan gauze sebagai langkah mengelakkan daripada berjangkit kepada baby Ikram. Akhirnya saya mengalah kerana pening. Nak tau bagaimana keadaannya melakukan aktiviti harian dengan sebelah mata tertutup, cubalah, hehehee...

Ikram yang dah berumur 4 bulan asyik memandang umminya yang sudah kelihatan seperti lanun bermata satu. Mungkin hairan. Dia dah makin lincah dan bijak, serta suka meniarap. Alhamdulillah, dia sangat 'people-friendly' menyebabkannya sering dikerumuni peminat wanita.

Pada pagi ini, kami [saya bercermin mata gelap untuk kurangkan risiko menjangkitkan kepada orang lain] ke hospital untuk temujanji dengan doktor pediatrik. Kata doktor, walaupun keadaannya masih terkawal, pernafasannya masih agak cepat, batuknya masih belum sembuh sepenuhnya, tetapi mereka masih mahu memantaunya, takut jadi asma atau sesak nafas. Seriau saya dengar gambaran 'the worst senario', tambahan pula timbulnya banyak kes bayi mati tercekik susu.

Sudah 2 minggu saya cuba merancang bagaimanakah cara terbaik untuk membawa Ikram ke hospital [pada hari ini] untuk appointmentnya. Agak rumit prosedur untuk keluar semula apabila sudah masuk pejabat/sekolah. Cuti rehat sudah dihabiskan menjaga Ikram yang sakit di hospital tempoh hari.

Sepandai-pandai kita merancang, Allah yang Maha Berkuasa. Tanpa diduga, saya diberikan cuti sakit 3 hari oleh doktor yang merawat mata saya ini. Syukur, kerana saya tak perlu memikirkan lagi masalah itu kerana penyelesaiannya telah diberikanNya. Biarpun tidak selesa dengan keadaan mata yang merah dan gatal, saya masih dalam cuti sakit ketika membawa Ikram ke hospital pagi ini. Lega juga tidak perlu kembali ke tempat kerja kerana kami tunggu dari jam 10pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kami tinggalkan perkarangan hospital hanya pada pukul 2 petang.

4 comments:

  1. Salam kpd Puan & Ikram
    Semoga cepat sembuh dari konjunktivitis. Biasanya ia disebabkan oleh virus yg mudah menular...mmg patutlah diberi cuti!

    Gembira sekali Ikram cukup mesra dgn peminat2nya. Anak pertama saya dulu pernah juga mendapat bronkiolitis. Dia dirawat di Sacremento, California. Biasanya penyakit yg juga disebabkan virus ini tidak mengakibatkan komplikasi selanjutnya dan insyaAllah paru2nya akan kembali sembuh sepenuhnya.
    Anak saya juga tidak mengalami asma walaupun kini sudahpun dewasa.
    Semoga Ikram juga akan sehat walaafiat..Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam nas,
    InsyaAllah, sekarang pun dah makin surut keadaannya dan sudah ke sekolah pada hari ini. Namun begitu, masih berhati-hati kerana bimbang merebakkannya di kalangan calon PMR sekolah.
    Terima kasih kerana komen yang melegakan kerisauan si ibu ini. Saya mula amalkan memberinya minum sedikit campuran madu dan habbatus saudah, insyaAllah untuk membina imunitinya.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah dan salam kenal :)
    seronok sy dapat jumpe blogger mcm awak...
    hopefully kite bleh kongsi2 ilmu dan pengalaman...

    sy doakan moga anda cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Hasrul Nizam,
    Selamat berkenalan di sini :)
    Alhamdulillah sudah sembuh dari sakit mata, terima kasih atas doa.

    ReplyDelete