Dah nak meletup ni.
Dah pukul 11 malam tetapi jiran terdekat sebelah rumah masih memasang karaoke. [yang baru siap renovation rumahnya selepas lebih 4 bulan tu la].
Malam ini diadakannya Jamuan Hari Raya. Jemputan adalah kawan-kawan dan turut dijemput jiran-jiran tetangga [surat jemputan dimasukkan ke dalam posbox rumah, oklah].
Kanopi dipasang pada malam semalam. Kerusi dan meja disusun di separuh jalan selepas maghrib.
Pada mulanya saya bercadang untuk menerima jemputan kenduri dan bawa Ikram sekali tetapi apabila bunyi lagu karaoke mula kedengaran sejurus selepas isyak, saya dah mula kurang senang hati.
Karaoke dipasang secara terbuka di luar rumahnya. Open air. Full volume. Malam selepas isyak pula tu.
Rumah saya pula terletak bersebelahan dengan rumahnya. Mahu tak mahu terpaksa bersabar sahaja mendengar suara penyanyi tak profesional orang kebanyakan dengan kadang-kadang 'out-of-tune' melolong.
1 jam bolehlah bersabar. 2 jam masih boleh bertahan.
Ni dah 11 malam, tetapi tak dapat berehat lagi kerana gangguan bunyi dari luar [walaupun di tingkat atas, bilik tidur berhawa dingin].
Issshhhh geram.
Ni satu kezaliman dah.
Tak menghormati hak jiran.
Apasal la nak memasang karaoke dengan mike dan speaker besar di luar rumah.
Sambut Hari Raya Aidilfitri dengan cara berhibur beginikah?
Mesti menyanyi/mendengar karaoke semasa makan? Dengan lagu raya dan lagu jiwang-jiwang entah apa-apa?
Mengapa tak boleh pasang muzik atau nasyid dengan bunyi sederhana saja? Jatuh standardkah?
Nak tegur, saya malas sungguh, tambahan pula suami outstation malam ini.
Jiran itu pula, si suami yang dah berusia baru balik dari belajar mengaji di benua Arab. Patutnya ilmu agama Islamnya lebih tinggi daripada saya, bukan? Entahlah...
Alahai, ketika saya menulis pun [11.10pm], masih kedengaran dengan kuat suara 'teruk' mereka menyanyi di luar sana.
Pintu pagar rumah saya sudah 'ditutupi' mereka yang meletakkan meja kerusi di luar rumah saya tanpa kebenaran saya.
Ya, meja kerusi menjalar sehingga ke depan pagar rumah saya. Aduh, aduh. Tak tanya langsung tuan rumah ini samada boleh letak atau tidak.
Saya tak mahu keluar tegur kerana tak mahu bergaduh dengan jiran, dan memalukannya di hadapan para tetamunya.
Lebih baik duduk diam di dalam rumah dan melepas geram dalam blog saja, huhuhu.
Ikram dah merengek beberapa kali kerana terkejut tetapi syukur, dapat ditidurkan semula.
Alhamdulillah berkat latihan dari bayi lagi, dia sudah lali pada bunyi sekeliling dan mudah lelap.
Kalau tidak, memang ummi ini akan mengamuk sakan, jamuan pun lantaklah :P
Entah bagaimana keadaan anak jiran sebelah rumah yang satu lagi yang sedang membuat ulangkaji terakhir malam ini untuk UPSR keesokan hari?
Agaknya inilah sikap orang kaya, sehingga lupa akan hak jiran tetangganya?
Atau adakah dia fikir hanya kerana dia dah jemput kami ke jamuannya, maka semua pun boleh dia lakukan pada malam ini?
Hmmm... susah bila dapat jiran begini. Syukur jiran di sebelah lagi sangat baik.
[Saya tak hadiri jamuan jiran malam ini kerana 1) Pening dengan bunyi karaoke itu 2) Mahu latih Ikram supaya tidak sambut Aidilfitri dengan hiburan begitu. Dengan tidak hadir, secara tidak langsung dapat hindarkannya daripada terpengaruh dengan hiburan karaoke begitu, insyaAllah]
Sedih betul dengan perangai mereka yang tiada perasaan peka terhadap orang lain. Mementingkan diri sendiri. Bagaimana lah nasib adik yang hendak UPSR tu. Kasihan sungguh. Mari kita sama-sama doakan adik tu di permudahkan oleh ALLAH.
ReplyDeleteIsy, sampai kul 11pm? Bukan esoknya orang lain kena kerja ke, kena sekolah..yang UPSR tu, mesti nak dapatkan tidur yang sempurna. Marahnya dengan orang2 macam ni...selfish!
ReplyDeleteJika dia tahu adab2 berjiran dia xkan buat. Antara adabnya
ReplyDelete-Nak naik bata pagar sempadan dengan rumah sebelah pun perlu dapat kebenaran jiran.
- masak gulai bau sampai rumah sebelah pun kena bagi dia rasa...
Boleh saja jika nak buat report pd polis. Mengganggu ketenteraman jiran. Rasanya puan masih boleh bersabar lg...
Doakanlah moga Allah beri hidayah padanya. Atau beritahu pd someone yg dia boleh terima teguran. Sampaikan padanya.Agar tahu bagaimana menghormati jiran.
Puan,
ReplyDeleteSaya pernah bawa parang lading ke majlis karaoke jiran depan rumah kerana memekak dari jam 8.00 malam sampai 12.15 malam. Saya kata pada mereka, nak tutup atau saya tolong tutupkan?
dekat sebulan orang kampung bertanya pada ayah saya, mengapa saya mengamuk begitu sekali ha!ha!ha!
itu baru bertemu buku dgn ruas.
saya tidak sesabar puan.
namun kini berbaloi, bila kenduri di sekitar kejiranan saya di kampung, jarang yang berani memekak dengan karaoke lebih jam 12.00 mlm sebab tindakan saya sebelum ini. :)
Salam Sis,
ReplyDeleteSebenarnya jika dah lebih pukul 11 malam boleh sahaja buat laporan polis.
Agaknya...semasa nabi s.a.w. menyambut hari raya pada zamannya, apakah ini caranya dia berhibur...? ....dari Isyak ke larut malam...?
ReplyDelete(kita diminta utk meniru sunnah nabi !!, betul tak?...)
Puan,
ReplyDeletePolis hanya boleh bertindak jika aktiviti seperti karaoke berterusan selepas 12 tengah malam. Sebelum itu terpulang kepada budi bicara yang terlibat.
selaku seoarang hamba Allah...ya benar, kita sering melihat ada berlaku perkara2 yang tidak menyenangkan hati kita...perkara2 yang kita tahu salah dari segi hukum agamanya. namun begitu, rasulullah pernah ditegur oleh Allah swt supaya jangan bersedih dengan manusia. tanggungjawap kita adalah menyampaikan kebenaran namun kita pasti tidak mampu mengubah manusia.
ReplyDeletesahabat rasulullah pernah berkata bahawa...' aku menyukai 3 perkara yang tidak disukai orang... pertamanya kefakiran kerana ia membawa ketenangan hati, sakit kerana ia pelebur dosa, dan mati kerana ia bermaksud bertemu Allah..'
firman Allah di dalam surah al baqarah '...jika kamu menyukai sesuatu belum tentu ia adalah terbaik bagimu, jika kamu membenci sesuatu mungkin ia terbaik bagimu..'
di dalam kes puan Alia, saya berpendapat bahawa ia akan melatih kesabaran setelah menyedari bahawa jika yang benar telah kelihatan.. belum tentu ia menjadi ikutan.
Waalaikumussalam mumtazah,
ReplyDeleteAmeen. Anak jiran saya itu baik dan bijak. Rasanya yang tensen giler bukan si anak tetapi ibunya yang mengharapkan yang terbaik dalam UPSR [ibu mana yang tak gitu?] :P
Along, joe penang,aliff,
ReplyDeleteMemang nampak sangat mereka tak kisah akan kesusahan orang lain, kerana tidak pernah berbincang tentang rancangan jamuan raya itu dengan jiran-jiran. Sudah setahun saya tinggal berjiran tetapi tidak pernah ada peluang berbual dengan si isteri.Kalau kaya, boleh saja buat jamuan di dewan orang ramai tetapi mungkin saja nak tunjukkan rumahnya yang baru siap di-renovate.
Saya geram juga apabila pada pagi keesokannya kelihatan putung rokok dan sisa makanan masih bersepahan di luar pagar rumah saya sedangkan porch rumahnya bersih dicuci.Saya tinggalkan mesej menegur & nasihatkannya agar jaga adab berjiran tetapi sehingga hari ini tiada respon - maaf pun tidak,bertegur pun tidak.
ahong, nas,
ReplyDeleteTak guna telefon polis kerana belum tengah malam.
Masyarakat hari ini seolah-olah mahu balas dendam selepas menahan daripada berhibur berlebihan pada Ramadhan, kot? Berhibur pada majlis rumah terbuka=berkaraoke?
Ikut budaya apa?
maarof, tenang_aku,
ReplyDeleteTerima kasih atas komen anda.
Ya, setidak-tidaknya ia melatih saya untuk bersabar dan dok diam, tidak pergi menyerang jiran itu, hehehe.. sesuatu yang mungkin akan saya lakukan jika masih nonMuslim.{ya, I'm capable of doing that!]
Salam sis. Mohon copy paste ke blog saya untuk pengajaran semua. Jazakallah. Thank you.
ReplyDeleteWaalaikumussalam inksensei,
ReplyDeleteDiizinkan, semoga dapat membantu, insyaAllah