Monday, June 28

MEMASAK

"Degil, tak mahu belajar memasak! Nanti bila dah kahwin baru kamu susah!" marah Mak.
"A laaa Mak, apa susah-susah. Tak tau masak, boleh beli di kedai, boleh upah orang gaji untuk memasak. Boleh belajar dari buku resipi. Apa yang susah? Janji ada duit," saya memberi alasan.
Huhuhu.. saya jarang ke dapur ketika di zaman remaja. Kalau masuk dapur pun, hanya untuk mengambil lauk dan membasuh pinggan.
Nak tolong masak? Ahhh, saya memberi alasan kerja sekolah masih banyak.
Nak belajar memasak? Tiada orang yang mahu ajarkan ketika itu. Mak sibuk kerja, dan kami sering memesan makanan yang siap dimasak dari food caterer.
Hasilnya, saya tidak tahu memasak apabila mencapai umur 21 tahun.

Apabila bergelar isteri, barulah saya belajar memasak. Bukan untuk memikat hati suami, tetapi kerana saya memang perlu makan. Takkan nak makan makanan luar sahaja pada setiap hari, tambahan cuaca di Taiping yang sering hujan lebat menyukarkan saya membeli makanan di kedai.
Belajar memasak dari buku resipi. Tanya kawan-kawan yang tidak kedekut berkongsi ilmu. Tanya Mak Tok saya untuk resipi keluarga. Tak berani saya mengaku pandai memasak tetapi setakat ini, belum lagi al berlakunya keracunan makanan akibat memakan masakan saya, hehe.

Pernah saya baca, seorang penulis buku Islam menyatakan bahawa tugas menyediakan makanan dan memasak merupakan tanggungjawab suami, bukan isteri. Suami yang perlu menyediakan orang gaji untuk membantu tugas isteri di rumah, termasuklah tugas memasak. Isteri hanya perlu mengasuh anak-anak dan melayan suami.
Terfikir juga saya ketika itu, 'Wah.. kalau macam itu, bestlah! Jadi Muslimah tak perlu memasak untuk suami" Namun demikian, apabila direnungkan semula, betulkah pernyataan itu?
Setahu saya yang masih belajar ini, suami bertanggungjawab memberikan makanan, tempat tinggal, pakaian dan perlindungan kepada isteri dan anak-anak. Maka, kalau suami telah membelikan beras, ikan mentah, ayam mentah, siapa yang perlu memasaknya? Suami jugakah? Bukankah suami juag yang tleha berpenat lelah mencari nafkah di luar rumah?

Kaji semula hadis-hadis yang ada. Cari di dalam al-Quran. Tak dinyatakan pun bahawa isteri tidak perlu memasak. Tak juga dinyatakan bahawa suami yang perlu pastikan makanan siap terhidang untuk isteri dan anak-anak. Cuma yang ada, kisah Rasulullah saw yang melawat puterinya, Fatimah yang memohon untuk mendapatkan pembantu rumah kerana letih dengan tugas-tugas di dapur. Rasulullah saw tidak melayan permintaan Fatimah, sebaliknya mengesyorkan kalimah-kalimah kepadanya.

"Bagaimana jika kuberitahukan kepada kalian berdua tentang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kalian pinta kepadaku? Ada beberapa kalimat yang diajarkan Jibril kepadaku, hendaklah kalian bertasbih kepada Allah di hujung setiap solat sebanyak sepuluh kali, bertahmid sepuluh kali dan bertakbir sepuluh kali. Jika kalian beranjak ke tempat tidur,bertasbihlah tiga puluh kali, bertahmidlah tiga puluh kali dan bertakbirlah tiga puluh kali.” [Ditakhrij Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi dan Abu Daud]

Begitulah Rasulullah saw sendiri menajwab permintaan puteri kesayangannya. Tidak pula disuruh Ali Abu Talib, suami Fatimah untuk membantu dalam kerja-kerja memasak. Sudah tentu banyak kebaikan untuk seorang isteri memasak, walaupun tugas itu meletihkannya. Oleh itu, bagaimana pula datangnya hujah bahawa isteri tidak perlu melakukan kerja rumah tangga termasuklah memasak?

"Itu dulu, sekarang lain. Hak sama rata pada zaman moden ini!' mungkin itulah hujah para isteri yang masih kurang puas hati.
"Kata Umar, kerja rumah tangga tidak wajib ke atas isteri!" hujah yang lain, yang menyatakan pula kisah Khalifah Umar al-Khattab yang bersabar dengan karenah isterinya.
Benar, tidak wajib bagi seorang isteri untuk melakukan kesemua kerja rumah tangga seperti membasuh, memasak, mengemas dan sebagainya tetapi seorang isteri yang baik merupakan menenang jiwa kepada suaminya, bukan? Lagipun bukan susah pada zaman serba moden ini. Mesin basuh, vacumn cleaner, oven, dan segala peralatan elektrik untuk membantu dalam tugas rumah tangga sudah ada. Pembantu rumah sepenuh masa pun ada, jika mahu. Bukan sahaja suami, isteri dan anak-anak juga nak makan dan pakaian bersih. Pandai-pandailah uruskan.

Saya tahu, budaya Melayu menyatakan bahawa wanita/ isteri perlu pandai memasak dan mengemas rumah. Alasan yang diberi, untuk menambat hati suami. Ada juga yang kata, supaya suami tak kahwin lain. Hahaha, siapa kata suami takkan kahwin lain kalau isteri pandai menguruskan rumahtangga dan melayan suami? Itu alasan lapuk. Pokoknya, wanita Melayu masih dididik untuk menguruskan rumahtangga termasuk memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
Malah, mungkin ada jiran yang memandang serong seorang suami yang menolong isteri menyidai pakaian di halaman rumah, dikatakan suami itu kena 'queen control'. Mertua juga mungkin akan marah jikalau anak lelakinya memasak untuk santapan keluarga, dengan alasan yang sama. Hal ini boleh menyebabkan suami berat tulang untuk membantu isteri dalam kerja rumahtangga sedangkan mereka berdua sama-sama keletihan selepas balik dari bekerja di luar rumah.

Isteri yang masih bersungut kerana perlu memasak di dapur, sementara suami berehat menonton tv di ruang tamu atau melayari internet, bersabarlah. Tugas isteri memang melayan suami dan menurut perintah suami selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Bersyukurlah kerana suami tidak meminta makanan yang susah untuk dimasak. Kalau dia bawa pulang makanan basah dan menyuruh isteri memasak makanan itu ala hidangan lazat di hotel, bukankah susah? Nak tolak tak boleh, sebab akan jatuh hukum tidak ikut perintah suami, nak masak isteri pula tak pandai.

"Macam hamba pula, kena layan macam raja, semua kerja rumahtangga isteri yang buat!"
Hanya orang yang tidak memahami hukum syarak sahaja yang akan bersungut sedemikian. Tak salah kalau suami yang mampu mendapatkan pembantu rumah untuk meringankan beban isteri. Kalau ada yang begitu, bersyukurlah pada Allah dan berterima kasih pada si suami.
Tetapi pada pendapat saya, kalau boleh, buatlah sendiri setakat yang mampu.
Isteri yang solehah tidak sanggup melihat air tangan wanita lain yang tiada kaitan dengan suaminya memasakkan makanan mereka setiap hari.
Dia tidak mahu pakaian suami dibasuh dan diseterika oleh pembantu rumah, sedangkan dia sendiri masih boleh melakukannya.
Dia tidak membenarkan tempat tidur suaminya dikemas oleh pembantu rumah sedangkan dia masih berupaya melakukannya.
Dia merebutkan pahala yang dijanjikan untuk seorang isteri yang solehah. Dia melakukannya dengan seikhlas hati, demi ketenangan rumah tangga dan kebahagiaan keluarganya.

Siapa yang perlu memakai apron di rumah?
Pilihan terbaik masih seorang isteri. Tapi pada zaman serba moden ini, tak salah kalau dua apron digantung di dapur rumah - satu untuk suami, satu untuk isteri. Bukankah itu yang terbaik, suami isteri sama-sama bekerjasama menyediakan makanan? Kelak kalau isteri sakit dan tidak boleh memasak, tak kebuluranlah suami dan anak-anak kecil di rumah. Rasulullah saw sendiri pun membantu di rumah dengan kerja-kerja mengemas dan membasuh, bukan?

Buatlah segala dalam rumahtangga demi mendapatkan keredhaan Allah saw.

8 comments:

  1. aduh...bila saya jadi bakal suami nanti habislah kena psiko dengan isteri....mana pula tugas isteri memasak dan membuat kerjarumah....semua tu awak kena suruh pembantu rumah...saya dah senarai tugas saya sekian..sekian..hehehe

    ReplyDelete
  2. salam.
    pertama kali bagi komen sini sbb baru jmpa blog nih.
    sy dulupun tak suke ke dapur. tapi entah hangin apa yg bertiup dari pulau labuan menyebabkn sy suke msk skrg. (: klu kat rumah saya tak suke sgt msk sbb mak sy msk lagi sdp. bljr msk awl spya nnti lps kawen tak susah.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pun ada membantu isteri dalam kerja rumah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    talking about cooking make me feels hungry

    btw check this out if you too lazy to cook.

    http://ms-my.facebook.com/pages/Hj-Sharin-Low-Grand-Restaurant/120832831266819

    http://www.facebook.com/HjSharinLow

    nice good story

    http://www.aniqah.com.my/ssi/an06.shtml

    http://huijiao-macma.blogspot.com/

    Wasalam

    ReplyDelete
  5. Salam nazim,
    hehehee... nikahilah wanita kerana agamanya, nescaya anda selamat dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam hartini,
    Teringat makcik saya terkejut dulu, "Ha?! 'Aliya' dah pandai masak?" apabila saya menyiapkan makanan tengah hari sekeluarga.
    Apabila dah tinggal berasingan dari mak,barulah terpaksa memasak dan semakin pandai, kan. Kalau tinggal serumah, manja dengan mak, hahaha..

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Ikhwan,
    Benar :)
    Ramai lelaki kata nak ikut sunnah Nabi, tapi dalam bab ini, berapa ramaikah yang senyap sepi sahaja :D

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam azlan,
    Not as hungry as a mother who breastfeeds her baby, hahaha.. InsyaAllah, will check those when I'm free.

    ReplyDelete