Tuesday, June 1

BERITA BURUK

Saya tersentak apabila menerima sms demi sms dari kawan-kawan tentang keadaan di Gaza. Semenjak melahirkan Ikram, saya sibuk dengan tugas baru sebgai seorang ibu sehingga tidak sempat menonton berita. Membaca akhbar apatah lagi.
Geram. Sedih. Marah. Melihat video tentang keadaan yang menimpa misi Lifeline for Gaza itu hanya menambah perasaan benci pada rejim Zionist Israel.
Bagaimana nasib mereka yang berada di dalam kapal tersebut?
Bagaimana pula keadaan ahli keluarga mereka yang sedang menanti berita dengan penuh debaran?
Kita hanya mampu mendoakan agar mereka yang tertawan diselamatkan dan pihak yang terlibat mendapat azab Allah di dunia ini.

Semalam kereta saya dirosakkan orang. Ketika berpantang di rumah ustaz dan isteri-isterinya, kereta dipandu suami kerana is lebih menjimatkan minyak. Suami yang keletihan dan kesakitan asam urat meletakkan kereta itu di hadapan rumah pada waktu malam lalu masuk ke dalam rumah untuk berehat sebentar.
Jiran melihat ada beberapa orang yang tidak dikenali menghampiri kereta.
Tiba-tiba cermin kereta dipecahkan.
Pintu dibuka.
Laptop kerja dengan beberapa bahan penting yang tertinggal di dalam kereta diambil.
Beg yang mengandungi beberapa dokumen penting turut dilarikan.
Kasihan suami. Dia terpaksa ke sana ke mari dalam keadaan sakit kaki untuk urusan laporan polis, dan sebagainya.
Aduh. Ujian lagi. Belanja lagi. Bertambahnya letih.
Hanya kesabaran dan ketaqwaan yang mampu memberikan ketenangan jiwa pada ketika ini.

3 comments:

  1. salam kak aliya.

    untuk perkembangan misi lifelife 4 gaza, akak boleh rujuk 2 sumber yang boleh dipercayai.

    www.lifeline4gaza.org
    palestinkini.info

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Anna Najiha,
    Alhamdulillah, terima kasih atas link yang diberi. Disebabkan sibuk mengurus anak dan breastfeeding, tak sempat nak tonton tv.

    ReplyDelete
  3. Apala manusia zaman ini yang suka menyusahkan orang lain dan suka mendapat kesenangan dengan cara mudah. Semoga yang mencuri tu mendapat balasan setimpal dari Allah SWT.

    ReplyDelete