Wednesday, June 23

ADUHAI ANAKKU

Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah Aliya boleh menulis dalam blog sedangkan masih dalam pantang bersalin? Tak sibukkah menjaga anak?
Rahsianya?
Ikram tidur pada siang hari. Semenjak lahir, dia tidur nyenyak selepas menyusu pada waktu subuh dan hanya akan bangun sekejap untuk mandi dan menyusu, sehinggalah waktu maghrib. Oleh yang demikian, dia akan berjaga malam, dan Ummi serta Abahnya dipaksa turut berjaga malam bersamanya.
Hasilnya?
Mengantuk! Kesabaran amat teruji terutamanya apabila dia tidak mahu lelap, sebaliknya mahu didukung pada awal pagi. Dua biji matanya besar memandang sana sini. Dia terjaga hampir setiap 2 jam untuk menyusu. Dalam keadaan mengantuk itu, saya cuba menyedapkan hati dengan bersangka baik, "Ah, mungkin dia nak latih untuk bangun bersolat tahajjud nanti, kot.."
Saya sudah menjangkakan keadaan ini akan berlaku kerana semasa mengandungkannya pun, Ikram sering menendang dalam perut sehingga tengah malam. Namun begitu, tidak pernah pula saya jangka ia akan menjadi serius begini. Letihnya menemani si anak bertuah ni berjaga malam. Syukur saya dan suami masih kuat dan bertenaga walaupun kami berdua bukan berumur 20-an lagi.
Saya cuba mengubah sesi tidurnya dari siang ke malam tetapi masih belum berjaya. Marah dia apabila tidurnya diganggu pada siang hari.
Mungkin ada ibu bapa di sini yang lebih berpengalaman dapat memberikan cadangan?

Syukur alhamdulillah dengan kehadiran seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang.
Bibik sendiri terkejut apabila suami masuk ke dapur.
"Ibu..! Bapa boleh masak?!" tanya Bibik dengan hairan bercampur kagum.
Saya sekadar mengiakan. Syukur, suami yang masih bercuti semester, banyak menolong dalam hal menjaga Ikram ketika saya sendiri sibuk di dapur, mandi dan menguruskan rumah. Kadang kala suami turut membantu memandikan Ikram yang semakin aktif [yang tidak mampu dibuatnya hanyalah memberikan susu badan, hahaha].
Nampaknya badannya sudah susut sedikit semenjak kelahiran Ikram [tak perlu diet lagi]. Bukan bertujuan menghebahkan kebaikan dan kehebatan suami untuk pengetahuan semua tetapi saya mahu Ikram tahu akan hal ini. Mungkin suatu hari nanti Ikram akan baca pos ini dan tahu bukan Umminya sahaja yang banyak berkorban membesarkannya. Abahnya turut menyumbang.
Yalah, pengorbanan seorang bapa untuk anaknya jarang disedari si anak, apabila dia dewasa. Yang sering diketengahkan adalah pengorbanan seorang ibu.
Namun perlu juga kita sedari, tanpa seorang bapa yang turut menjaga dan memberikan perlindungan kepada si ibu dan anak yang masih kecil, mungkin si ibu dan anak tidak akan dapat keselesaan dan kesihatan yang baik pada hari ini. Wallhualam.

6 comments:

  1. Selamat menyertai group ibu bapa mata merah. Berjaga malam demi anak tercinta. Bertuah dapat suami yg sanggup bergilir mengasuh anak.
    Pengalaman saya. Kena berjaga malam sampai 2 tahun lebih. Sampai baby boleh minum susu banyak dan perutnya dapat tahan didisi 5-6 jam.
    Sementara tu. Kenalah la berjaga selang 2 jam untuk menyusu. X teruk sgt kalu hanya menyusu badan je. Tu tak kira meragam sebab kembung perut. Camna pun mata tetap merah! Hehehe

    ReplyDelete
  2. joe penang,
    Alhamdulillah belum bermata merah, cuma bermata sepet. Kopi radix kan ada, mai secawan, hahaha..
    Apa-apapun, masih berusaha mengubah tabiat tidurnya agar dia tidur lebih lama pada waktu malam, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Salaam sis,

    Mabrouk again :)

    You could try playing with him more in the daytime, and making the environment seem active.

    At night, or before his bedtime, have some wind down activities, some babies love a warm soak to relax them. Turn down the lights. The idea is for him to associate nighttime with sleep.

    All the best! :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam sis Rayhana,
    Thanks. InsyaAllah, I will. Tried almost everything recommended by friends and online sites. It's still ok now 'cause I'm on maternity leave but am a little worried about the challenges when I've to go back to work.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, saya juga baru beberapa bulan mendapat baby. Semasa di dalam pantang dulu dan hampir tiga bulan juga, anakanda saya suka berjaga malam. tetapi apabila dia semakin besar, dia semakin berubah dan dah pandai tidur nyenyak di malam hari.

    Cuma saya yang dah terbiasa berjaga malam sebab menyusu dan teman baby, sampai sekarang baby masih tak dapat tidur malam, jadi saya kena study lah sebab masih belajar. Baby dah 5 bulan, alhamdulillah tidur sampai subuh.

    Insya Allah, Puan Aliya akan dapati baby berubah dari masa ke semasa. Semoga Pn. Aliya sabar dan ceria.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam albazrah,
    Tahniah kerana menimbang cahaya mata.
    Terima kasih, insyaAllah.
    Diharap Ikram akan cepat berubah tabiat tidurnya supaya tidur awal dan dengan nyenyak pada malam hari kerana saya perlu bertenaga apabila kembali bekerja nanti.

    ReplyDelete