Two roads diverged at thirty-five, and I - I took the one less travelled by, and that has made all the difference.
Monday, February 8
SIAPA AJAR CAKAP BEGITU?
"Hoi $%^&&*!"
"Depa mana ada sembahyang.. kafir!"
"B*&^!"
Saya terkejut. Kuatnya mereka bercakap. Saya perhatikan satu persatu wajah anak-anak muda yang berada di hadapan saya. Tak ada apa-apa kelainan. Tak kena sampuk. Tak kena rasuk hantu.
Agaknya mereka diserang cirit mulut, tak?
Kalau tidak, dari mana datangnya ayat-ayat busuk yang
kedengaran tadi?
Busuk, memang busuk. Sakit telinga apabila mendengar.
Yang lebih membahayakan, sasaran mereka adalah orang bukan Islam. Apa salahnya orang bukan Islam yang sebaya dengan mereka itu lakukan sehingga mengundang kata-kata kesat begitu? Bagi saya yang lama perhatikan mereka itu, tiada kesilapan langsung pada pihak remaja bukan Islam itu yang sedang sabar menunggu bas. Mereka tidak bersuara pun. Yang bising-bising adalah sekumpulan remaja Islam.
Gejala melemparkan kata-kata kesat semakin menjadi-jadi. Entah mengapa - salahkah asuhan ibu bapa di rumah atau tak mencapai objektifkah Pendidikan Sivik dan Pendidikan Agama Islam di sekolah sehingga masih wujudnya masalah ini?
Bukan kali pertama dengar. Kadang-kadang berlaku di sekolah yang pelajarnya pelbagai bangsa. Kadang-kadang berlaku di tempat awam seperti perhentian bas.
"Hairan la.. di rumah tak pernah akak dan suami guna bahasa begitu. Tiba-tiba anak balik ke rumah, guna. Bila akak marah, lagi seronok pula dia nak sebut. Akak tanya, dari mana belajar perkataan itu, dia kata dari kawan."
"Hmm, anak saya pula dengar PakSu dia cakap begitu."
"Susahlah nak didik anak-anak sekarang ni. Banyak sangat pengaruh negatif dari persekitaran. Kita haramkan perkataan begitu di dalam rumah tapi siapa nak kawal mulut mereka di luar rumah?"
"Ya la... Kalau orang lain dengar tentu mereka akan tuduh ibu bapa yang tak didik."
"Saya tegur anak-anak saya yang dok perli pelajar India kelasnya tak sembahyang. Saya jelaskan bahawa orang Hindu ada tuhan juga, mereka sembahyang cara lain tak sama dengan kita orang Islam. Dia pun tahu, tapi suka sangat perli-perli yang bukan Islam. Ishhh, tak berani saya nak tuduh siapa-siapa yang mempengaruhi pemikiran anak saya tu. Sampai hari ini pun dia suka pandang rendah mereka yang bukan Islam. Pening la anak-anak sekarang.. masa saya belajar di sekolah tak pernah pun bergaduh dengan pelajar bukan Melayu, malah kami semua berkawan baik, muhibbah saja. Sekarang entahlah..."
"Kadang-kadang hairan juga bila saya fikirkan... makin kita maju ke hadapan, makin susah nampaknya anak-anak kita hendak berkawan baik dengan yang bukan sebangsa seagama. Pergilah ke mana-mana, jarang nampak remaja-remaja pelbagai kaum duduk makan bersama dengan mesra. Mungkinkah salah satu sebabnya adalah kerana semakin kuat kesedaran agama Islam kita?"
"Ehh, takkan perkembangan pengetahuan Islam pula punca perpecahan di antara kaum? Bukankah Islam menggalakkan umatNya untuk hidup dengan harmoni dengan penganut agama lain?"
"Memanglah gitu sepatutnya, tapi awak bukan tak dengar kata saya tadi, ada remaja Islam sekarang yang anggap diri mereka yang beragama Islam saja yang baik, penganut agama lain tak baik... lemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak elok pada bukan Islam, guna bahasa kesat padahal perbuatan itu sebenarnya salah dari segi akhlak Islam."
"Betul juga kata awak ni, patutnya remaja Islam yang berakhlak lebih baik daripada mereka yang bukan Islam, tetapi masalah sosial di kalangan remaja Islam yang semakin serius. Jangankan suruh mereka berdakwah, ada sebahagian yang tak mampu nak uruskan diri sendiri pun. Golongan mereka inilah yang merosakkan nama baik bangsa dan agama. Penganut agama lain lihat tindakan negatif mereka dan secara tak langsung beranggapan itulah yang diajar oleh agama Islam."
"Saya tak pasti pula sama ada subjek Pendidikan Islam yang dajar di sekolah menekankan tentang akhlak umat Islam dengan mereka yang bukan Islam. Saya lihat mereka jarang bergaul. Kalau di sekolah pun anak-anak kita jarang nak bergaul dengan yang bukan Islam, bagaimana mereka nanti bila bekerja?"
"Anak-anak kak bersekolah di bandar, tak teruk sangat kott.. saya yang jadi kerani di sekolah luar bandar, pelajar bukan Islam boleh dibilang dengan jari.. mereka yang sering jadi mangsa ejekan pelajar majoriti."
"Di sekolah bandar pun teruk juga, ada yang sampai bergaduh kerana tabiat ejek-mengejek antara pelajar berlainan kaum."
"Kita mesti didik anak-anak kita untuk hormat orang lain.. untuk bersabar dan jangan menggunakan bahasa kesat."
"A laa... mereka yang beragama lain pun mencarut juga!"
"Memang ada, tapi sepatutnya kita yang Muslim ini yang menunjukkan contoh akhlak terbaik. Jangan pula bila orang lain mencarut, kita pun kena ikut sama, nak tunjuk lebih hebat kononnya. Sampai tak ingat lagi ada malaikat di kiri kanan dok sibuk mencatat!"
"Betul tu, bila kita mencarut, tanpa sedar kita menjadi pengikut syaitan!"
Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) ditanya tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia masuk syorga, lalu jawab baginda: Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia. Dan beliau ditanya pula tentang apakah (penyebab) yang paling banyak membawa manusia ke neraka, jawab baginda: Dua rongga: mulut dan faraj (kemaluan).
[Hadis Sahih Riwayat Tarmidzi]
Rasulullah juga bersabda bermaksud: Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji. (Hadis riwayat at-Tirmizi).
image: http://jackcentral.com
Assalamualaikum Sis,
ReplyDeleteGood post. The environment plays a part in our childrens life. They will tend to follow or copy how the people around them behave or talk.
The media also plays one of the biggest part of shaping our children. Exposure to TV, magazine and radio will shape how our children grow into because they are exposed a lot to the media. For those who grew up with lots of TV for example will grow to believe that many haram saying, haram food, haram drinks, haram attire etc.... is allowed simply because the west is practicing it.
I learned a lot after watching 'media and zakir naik' on youtube. What Dr Zakir Naik said was true, 99% of what is shown on TV is not good/haram for us, why watch anyway?
Sis, tips to get children to behave when they were young - dont expose them to TV (not even cartoons), dont bring them to places where many things are haram to muslims (example like supermart), instill in them the love and beauty in Islam.
ReplyDeleteInsyaAllah, children will have healthy unpolluted mind. They will be able to think and differentiate well between which is right and which is wrong even at young age.
salam,
ReplyDeletesaya setuju juga. Bahkan student yang sedang belajar medic di sini sekalipun suka mengeluarkan kata-kata kesat. Melirih hati dengar, tak tahu nak buat apa, may i ask for your assistance? Boleh cikgu tolong cadangkan something yang boleh kurangkan mereka-mereka ini dari berkata-kata kesat?
Waalaikumussalam ahong,
ReplyDeleteWe can't run away from the media;it's is all around us.. tv, radio, internet, books, magazines, posters. We can't protect our childen all the time; they're exposed at preschool, school, relatives' homes. However what we can do is to educate them to differentiate what's god and what's bad according to Islam. Keep a watchful eye and always discuss current topics with children and youngsters to ensure they're on the right track.
We can still watch tv but be selective, just as we select the websites we want to visit :).
Waalaikumussalam musafir,
ReplyDeleteIa berlaku di mana-mana, semua golongan dan tak mengira pangkat. Kalau dalam kelas, saya akan berseloroh,"Siapa tak basuh mulut tadi? Mulut siapa busuk sangat ni?" selepas ada yang mencarut. Kadang-kadang saya tegur terus, bergantung pada keadaan dan hubungan dengan mereka yang terbabit.Kalau teruk, jauhkan diri dan doakannya.
Assalamualaikum kak aliya.
ReplyDeleteDi sini kakchik belum jumpa lagi situasi orang Melayu-Islam mengata-ngata atau mencarut kepada bangsa lain, mungkin kerana kebanyakan bangsa Cina bersekolah di sek Cina. tapi selalu saja kumpulan pelajar dari sekolah berdekatan yang bercampur Melayu-Cina-India datang belajar bersama-sama di perpustakaan ni. Tapi bab mencarut ni memang berlaku, anak-anak saudara balik dari sekolah membawa perkataan-perkataan buruk yang tidak pernah kami gunakan dalam keluarga. Selalunya kami nasihatkan dan terangkan kenapa ia salah dari akhlak Islam. Susah, tapi berkurangan juga. Selagi rakyat negara ini tak diberi didikan sebenar tentang Islam selagi itulah jurang perkauman dan jurang agama akan makin ketara.