Friday, February 26

3 BULAN LAGI

"You ni, tak habis-habis dengan masalah sakit," komen seorang kawan.
Saya sekadar senyum. Nak buat macam mana, betul juga komennya. Semenjak memulakan semula tugas mengajar selepas tamat pengajian universiti, saya telah didatangi masalah fibroid dalam rahim dan pendarahan teruk sehingga akhirnya terpaksa menjalani pembedahan mymectomy pada hujung tahun itu juga.
Selepas itu, demam-demam dan sakit biasa termasuklah sakit selepas pembedahan. Tidak boleh buat kerja berat-berat kerana luka masih terasa. 9 bulan selepas pembedahan tersebut, saya mengandung anak sulung pula.
Bermula lagi pengalaman baru. Tatkala rumah yang baru diduduki masih berselerak, saya mula didatangi morning sickness yang berlanjutan hingga ke malam. Bila alah itu semakin berkurangan, saya disahkan ada ketumbuhan fibroid lagi bersama kandungan. Doktor meminta saya mengambil ubat hypertension dan menjalani pemeriksaan selang sehari di klinik kerajaan. Temujanji dengan doktor setiap 2 minggu dan dengan pakar sakit puan setiap bulan. Diberi kod label merah, menandakan berisiko tinggi.
"Macam-macam.. untuk dapatkan seorang anak ni," komen seorang kawan lagi.
Saya ketawa. Memang ujian berat yang Allah swt berikan demi seorang anak. Tak boleh salahkan sesiapa, saya juga yang mahukan anak. Perlu terima segala dugaan dan bersabar sahajalah.

"Bukan dia seorang mengandung. Orang lain mengandung juga," desas-desus yang sampai ke telinga saya,
Ahh.. malas nak layan komen negatif. Benarlah, semua orang pun pernah dan sedang mengandung. Tapi semua kes ibu mengandung adalah berlainan. Kalau tidak, tentulah tidak ada label berlainan warna iaitu label putih, hijau atau merah yang dilekatkan pada Buku Rekod Ibu Mengandung. Kalau semua sama saja, sudah tentu bayi-bayi yang lahir semua mempunyai berat dan ukuran yang sama, serta tahap kesihatan yang sama. Tapi hakikatnya tidak; ada yang akan dilahirkan awal dan ada yang akan dirawat kerana demam kuning. Hanya mereka yang tidak pernah mengandung, yang tidak faham masalah ibu mengandung, atau yang ada hati bermasalah saja yang akan membuat komen sebegitu.

"Jaga kesihatan, ambil ubat ikut masa. Kalau ada jangkitan, kemungkinan akan pre-term labour," doktor memberi amaran.
Aiyah, mungkin bersalin awal? Gerun sekali mendengar, kerana masih ada 3 bulan lagi sebelum tarikh dijangka bersalin. Banyak lagi yang belum dilakukan untuk menyambut kelahiran si dia. Si dia yang semakin membesar dan kadang-kadang menyebabkan saya terpaksa memandu setakat 40k/j atau berhenti di tepi jalan kerana 'silat'nya yang terlalu hebat.
Alhamdulillah, kata doktor si dia sihat dan aktif. Saya yang perlu banyak bersabar dengan kesihatan yang memerlukan penjagaan rapi. Pekakkan telinga dengan komen orang yang tidak memahami. Benarlah kata pakar perubatan, mengandung pada usia lebih lanjut lebih banyak cabarannya.
Saya hanya mampu berdoa agar anak selamat di dalam rahim sehingga masa yang terbaik dan selamat untuknya keluar melihat dunia. 3 bulan lagi, insyaAllah.

Kadang-kadang saya terlupa bahawa saya mengandung, tambahan ketika sangat sibuk. Hanya apabila terpandang diri saya pada cermin, terutama pandangan sisi, barulah teringat," Wahhh... besarnya perut saya!"
Para pelajar dah mula bertanya," Cikgu bila nak bersalin?"
hahahaa... insyaAllah lama lagi.

6 comments:

  1. Woah. How time flies sis. All the best, pls take good care of yourself. May the Force be with you :)


    People's mouth are like a seasonal disease. They come and go. You are stronger than you think you are!

    ReplyDelete
  2. salam,
    maaf kalau mencelah utk beri komen, selalu silent reader jer :)
    mmg banyak mulut mengata kalau kita sakit selalu, i had a hard time masa preggy dulu jugak, org ingat kita malas la, sakit kita tu tak de apa2 la kenapa kena mc/leave la etc..
    Yang penting Allah tahu, kata2 orang pun salah satu ujian dariNya, insyaAllah, sabar it yang terbaik..
    pray all the best for u

    ReplyDelete
  3. Aleya,stronger than I think? InsyaAllah... guarding my tongue from lashing out, huhu.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam siti nurbaiya,
    Terima kasih atas doa dan komen anda. Ya, saya sedar itu. Yang penting kita sabar menghadapinya, lagipun marah-marah hanya akan menambah sakit kita saja, bukan?

    ReplyDelete
  5. again... alhamdulillah... disebalik setiap kesakitan pasti ada kemanisan kerana semuanya dari allah...

    ReplyDelete