Sunday, September 6

MERCUN

"booOOOMMM!"
Terkejut saya. Ah, rupa-rupanya kanak-kanak sedang bermain di taman permainan di hadapan rumah. Ada kira-kira10 orang pelajar sekolah rendah. Riuh-rendah mereka membakar mercun di tepi jalan. Ada yang menyakat kawan.
Saya perhatikan sekeliling. Tiada orang dewasa yang mengawasi. Naluri seorang guru [dan ibu?] segera timbul. Siapa yang akan bertindak sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini? Kereta dan motosikal jiran-jiran lalu lalang di situ. Sambil menyapu halaman rumah, saya menjeling ke arah mereka.


Hairan, dari mana mereka dapat mercun tu?
Kalau zaman saya kanak-kanak, tak ada pula mercun bunyi kuat begitu. Yang banyak hanya bunga api. Tahun 9oan mengajar di kampung-kampung sekali sekala terdengar bunyi meriam buluh. Sekarang mercun bising yang diseludup masuk ke dalam negara itulah yang digemari kanak-kanak. Memekakkan telinga. Boleh diserang sakit jantung kalau ia meletup berdekatan kita.
Di taman kanak-kanak ada bunyi mercun. Di bazar ramadhan ada bunyi mercun yang sama. Di sekolah pun ada pelajar nakal yang sengaja mencabar guru disiplin dengan membakar mercun yang sama.

Sakit hati bila tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat mercun dan hilai ketawa kanak-kanak. Sepanjang hari sabar berpuasa tetapi boleh mula marah bila mercun dibakar terus-menerus berlaku tanpa henti. Paling menggeramkan, mereka memilih untuk membakar mercun di hadapan rumah orang lain, bukan rumah sendiri. Ibu bapa mereka pula buat tak kisah asalkan rumah sendiri bersih.
Tak kira anak orang Melayu, anak orang Cina atau anak orang India. Bila bab mercun, semua serupa.

Bermain mercun bukan budaya orang Islam. Tetapi setiap kali Ramadhan semakin banyak mercun yang dibakar, terutama bila sudah hampir penghujungnya.
Bising. Buat orang terkejut bila ia tiba-tiba dibakar berdekatan rumah. Mengganggu orang yang sedang membaca al-Quran dan mengerjakan solat. Menganggu orang yang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. Merangsang kemarahan orang yang diganggu. Menimbulkan perasaan geram dengan jiran tetangga yang tidak mengawasi anak-anak mahupun menasihati anak-anak mereka supaya bermain di tempat yang lebih lapang agar tidak menganggu orang.

Ramadhan adalah bulan suci untuk bertaqwa pada Allah swt, berpuasa, membaca al-Quran serta mengeratkan siraltulrahim. Ia bulan untuk beribadat.
Di manakah fungsi bermain mercun yang berbunyi kuat dalam aktiviti bulan Ramadhan ini?

Ahhh.. kanak-kanak, biasalah. Mereka berseronok saja!
Berseronok banyak caranya. Ibu bapa dan penjaga perlu juga meneliti cara mereka berseronok agar tidak terjerumus dengan gejala negatif, dan mengundang kemarahan orang ramai.
Sabar sajalah.. ni kan bulan Ramadhan.
Sabar memang sabar tetapi lu fikirlah sendiri... membakar mercun atau membiarkan anak-anak bermain mercun pada bulan Ramadhan ini bakal mendapat pahala atau menambah dosa kecil? Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak menjadi orang yang soleh/solehah.

10 comments:

  1. itulah bila adat lebih di pentingkan dari ibadat..buat membakar duit sahaja dengan membeli sesuatu yang tak berfaedah dan dapat dosa di bulan ramadhan ini..memang gembiralah syaitan2 yang di belenggu keran nafsu yang di train bertahun2 menjalankan tugas mereka di bulan puasa ni

    ReplyDelete
  2. Salam Aliya,

    Betul kata Aliya, ibubapa tak kisah anak2 bermain mercun di mana, asalkan rumah mereka bersih. Puasa sepatutnya menjadikan kita lebih baik, tapi sebaliknya. Bulan Ramadan juga paling banyak kejadian hilang jari atau kecederaan yang disebabkan oleh mercun...sedangkan hal ini tak berlaku pun pada musim perayaan kaum lain. Kadang2 saya jadi malu sendiri...

    ReplyDelete
  3. Salam nazim & umi jah,
    Bermain mercun adat Cina, bukan adat Melayu tetapi anak-anak Melayu yang kelihatan banyak main - tak kira masa dan perayaan apa!Kasihan guru-guru di sekolah rendah berusaha menyedarkan anak-anak tentang bahaya bermain mercun tetapi di rumah bapa & abang pula siap bekalkan mercun kepada mereka.
    Paling benci bila kanak-kanak bermain mercun dekat kereta dan pagar rumah orang lain. Nampak sangat mereka itu kurang diajar.

    ReplyDelete
  4. Tak baik kata ibu bapa tu biarkan anak2 mereka main mercun.. Manalah hearing manusia tau yg ibu bapa anak2 itu dah bg nasihat, warning dsbnya.. macam la tak pernah jd anak2 kecil yg..dot2..-nakal..atau degil... Ibu bapa dah nasihat, larang tp anak2 tu yg degil.. budak2 jiwa mau meneroka lah, mau adventure lah, mcm2.. then akibatnya...nasiblah....

    Biasalah..kita bangsa Malaysia...adat/budaya Cina org Melayu nak merasa juga, adat Melayu org Cina merasa/buat juga...alahaih mcm lah cakap antara org di benua Tanah Besar Cina dan Tanah Melayu... Malaysia maaa..

    ReplyDelete
  5. Tak tahulah sama ada Miss 01 pernah tinggal di kawasan mana ibu bapa sendiri yang izinkan anak-anak bermain mercun di hadapan mereka tetapi saya pernah laluinya. Juga pernah menelefon polis untuk memantau apabila anak-anak itu membakar mercun ke arah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan [apabila gagal menasihati mereka dan tidak pula dihiraukan oleh ibu bapa]. Tidak dinafikan ada ibu bapa yang baik dan prihatin tetapi ada juga yang menganggap tidak mengapa anak mereka bermain mercun dengan membahayakan orang lain dan mengotorkan kawasan rumah orang lain.Ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak, bukan biarkan sahaja atau seolah-olah mengizinkan..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Banyak keburukan yang boleh berlaku daripada bermain mercun. Bayangkan jika mercun terkena mata anak-anak dan buta. Bayangkan jika menyebabkan anak anda menjadi pekak.

    Bayangkan jika dengan bermain mercun menyebabkan kebakaran sehingga membahayakan nyawa jiran tetangga.

    Saya rasa perbuatan bermain mercun itu haram. Ibubapa yang membiarkannya pula seolah-olah mengajar anak-anak untuk membazir wang. (lebih baik mengajar untuk menyimpan wang).

    Selain itu, ibubapa itu terlalu leka sehingga mengabaikan keselamatan anak-anak dan orang-orang di sekeliling mereka.

    ReplyDelete
  7. Salam semua.

    Kanak2 sepatutnya dipantau. Bagi ibu bapa yg terlalu sibuk pula sepatutnya suruh jiran atau sespa yg dewasa pantau. Memangla ibu bapa kebanyakannya mengizinkan tp mesti mereka nasihat juga. Yg tak bg nasihat langsung tu saya tak tau la nk komen. Lgpun mercun skrg lebih canggih dah mcm bom.

    Ye ke mereka main n sepah kan mercun dpn rumah kak aliya? hehe. kot2 diorg nak sambut jiran baru agaknya! ahaha. Senang2, cam muka bebudak tu atau tanya sapa mak ayah diorang, ada masa p ckp sendiri kat mak ayah diorg kalau bertemu kat smbahyang terawih ke dsbnyalah. Kalau nampak diorg larang je mcm cikgu larang anak2 murid boleh juga cara tegas atau lembut atau kedua2nya sekali hua2. sorry bahasa keanak2kan sikit.

    Assalamu'alaikum.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. tgk jenis mercun jugak tp kebanyakannya memang merbahaya cos involve bahan bakar api boleh menyebabkan kebakaran dsbnya. bebudak bukan expert pun lg kalau mercun yg mcm meriam atau bom. tak patut main kat tepi rumah patut cari tempat yg lapang spt padang ke, court bola jaring ke...

    Ketua kampung atau sesapa yg bertanggungjwb kat kawasan tu kena pantau masa musim perayaan mcm ni. ahli jwtankuasa kampung bukan takde. biasa ronda mlm jaga kawasan utk elak kecurian. sekarang pantau anak2 main mercun boleh jgk. kena buat cadangan nampaknya. ish2.

    ReplyDelete
  10. Mercun pop pop dianggap yang paling selamat. Tapi bayangkan jika budak2 tu nakal sikit baling kat kawan kena mata dia dan meletup. Buta dibuatnya.

    Saya suka main mercun sebenarnya tapi setelah dewasa ni baru perasan bahayanya mercun. Sekalipun mercun yang paling simple macam mercun pop-pop tu, bila saya ada anak nanti saya takkan benarkan mereka main lansung.

    ReplyDelete