Saturday, July 11

THREE

Alhamdulillah, I'm three 'years old' already today! 12 July 2009. [The date's setup in Blogger is a little slow, hahihu]
Seems like only yesterday I walked out of Pusat Islam USM as a Muslimah.
No more being the unstable two, I'm gonna be a strong three, insyaAllah.

Please pray that being three for me, will be a happy and eventful year.
To celebrate, hubby gave me a treat at a halal restaurant with this special dish [yummy!] Thanks, dear.

Syukur, syukur, syukur...
Diri ini sudah berumur 3 tahun genap hari ini, 12 Julai 2009.
3 tahun yang penuh dengan pelbagai pengalaman pahit manis, masam masin.
Tahun pertama memang mencabar, perlu merangkak, perlu belajar berdiri di kaki sendiri.
Tahun kedua, baru hendak belajar mengenal dunia, dan untuk dunia pula menerima diri.
Tahun ketiga? Wallahu'alam, saya hanya mampu mengharapkan yang terbaik daripadaNya.

Di Penang, kelayakan mualaf menerima sumbangan zakat biasanya berakhir selepas 3 tahun memeluk Islam. Dikatakan seorang mualaf sudah sepatutnya boleh berdikari dan hidup sebagai Muslim selepas 3 tahun. Saya tidak pasti sama ada semua mualaf mampu begitu, kerana saya tahu apa kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk memantapkan diri menjadi Muslimah yang baik. Oh, bukan setakat baik, tetapi saya mahu menjadi cemerlang dunia akhirat. Bukan mudah, kerana lebih banyak yang kita minta daripadaNya untuk jadi baik, banyak lagi ujian dan cabaran yang perlu dihadapi. Tiket untuk ke syurga Firdaus mahal sekali tetapi berbaloi. Saya hanya berharap dan berdoa agar diri kuat dan sabar hidup di dalam sinar Islam, dan tabah menjalani kehidupan di dunia. Bukan mudah hidup di dunia sebagai Muslimah yang patuh padaNya; di kiri kanan terlalu banyak godaan dan kepalsuan yang mampu melemahkan iman.

InsyaAllah tahun ke3 ini akan diterangi dengan lebih banyak kerja dakwah dan pembelajaran agama Islam empunya diri, walaupun masih sibuk dengan tugasan di sekolah.
InsyaAllah tahun ke3 ini rumahtangga kami akan diceriakan dengan kehadiran cahaya mata sendiri, yang diharap akan mengembangkan syiar Islam lebih hebat dan lebih berkesan daripada ibubapanya.
Saya hanya mampu berdoa dan memohon padaNya, kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.

Sudah begitu banyak rahmat yang diberikanNya kepada saya, dan yang terbaik adalah mengizinkan saya untuk dapat hidup bebas sebagai seorang Muslimah, menutup aurat, mendirikan solat, berpuasa dan sebagainya tanpa sekatan. Seperti yang saya katakan dalam ceramah tadi, saya tidak terkilan bahawa saya terpaksa tunggu 10 tahun untuk memeluk Islam secara sah. Saya bersyukur kerana walaupun saya lewat memeluk Islam dan menjalani hidup sebagai Muslimah, itu juga satu rahmatNya. Saya terselamat daripada dosa selama 10 tahun, saya memeluk Islam dalam usia yang lebih matang dan dengan kewangan yang lebih kukuh, dan alhamdulillah iman saya juga lebih kuat berbanding 10 tahun yang lalu. Alhamdulillah.

Sekiranya saya lebih awal memeluk Islam, mungkin saya tidak akan berada di hadapan komputer menulis blog, dan kita tidak akan berkenalan di dunia siber. Ini semua ketentuan Allah; Dialah sebaik-baik Perancang. Subhanallah.

Tiada kebahagiaan yang boleh dibandingkan dengan kebahagiaan seorang hamba Allah yang dapat hidup bebas sebagai seorang Muslimah, walaupun tidak dilahirkan dalam keluarga beragama Islam. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan hayatku kini milik Allah swt. Saya dilahirkan dalam keluarga kafir tetapi saya bersyukur kerana bakal dikebumikan sebagai seorang Muslim.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

11 comments:

  1. moga ending kita semua dalam husnul-khaatimah insyaAllah.. kerana kita tidak tahu nasib kita pada masa hadapan.. mudah2an terpelihara dari segala dugaan yg mencabar.. Ameen..

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum Kak Aliya..

    Alhamdulillah,I'm glad to hear that you are now 3 years old..hehehe..As a Muslimah la..

    I wish you more strength to walk on the road that you have chosed..the one that less travelled by.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak aliya,
    I'm so happy for you sis. Although your are just 3 years old, i think you are already a good Muslimah. I wish I could be like you. May Allah bless you always in whatever you do for yourself, your family, the Ummah and Islam.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. happy birthday kak aliya ;D
    m0ga per0leh kekuatan utk teruskan perjuangan...
    i'allah...

    ReplyDelete
  6. semoga perjalanan hidup saudari dipermudahkan.. Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Kak Aliya,
    Tahniah dan selamat maju jaya dlm perjuangan utk menjadi seorg Muslimah yg berjaya dan cemerlang dunia akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam semua,
    Terima kasih atas ucapan dan doa...ameen.Internet susah nak connect semalam kerana hujan rahmat sepanjang hari.
    Raudhah, the road less travelled by is always more interesting.. the grass is greener, flowers more abundant, hehehe
    kakchik, let's emulate all the good values of the prophet's wives :)
    I feel good being three, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. salam..
    mashaallah.. tulisan ini sungguh menyentuh saya.. terima kasih.. bagi saya baru beragama islam atau tidak, tidak penting sama sekali.. Allah tidak mengukur seseorang dengan berapa lama dia bergelar muslim.. tapi diukur dari iman dan ibadahnya kan??? saya harap Akak akan jadi contoh, bukan saja untuk mualaf, tapi untuk muslimah yang lain..
    semoga jalan bagi kita menuju kebaikan dipermudahkan.. amin
    dan tahniah atas cahaya mata yang bakal dilahirkan

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam ZOORA,
    Benar, bukan tempoh masa yang menjadi ukuran tetapi ketaqwaan dan amal ibadah. Saya berserah kepadaNya untuk menentukan sisa-sisa jalan hidup ini, yang pasti tidak mahu mensia-siakan masa sementara saya mampu membantu orang lain mendekati Islam, insyaAllah.
    ameen..

    ReplyDelete