Thursday, July 23

Pengakuan oleh bekas paderi gereja Katolik

Assalamu Alaikum Warrahmaatullah

Kepada semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah, s.w.t.

Minta perhatian. Insha'allah, pada hari Sabtu, 01 Ogos, IPSI (Penang) akan menganjurkan satu ceramah umum bertajuk 'From the Vatican to Al-Azhar'.

Ceramah ini akan disampaikan oleh saudara Idris Tawfiq dari Mesir. Beliau merupakan seorang bekas paderi gereja Katolik dari Rome, Italy yang telah dianugerahkan hidayah Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah ditangan Yusuf Islam, seorang bekas artis pop di England yang dulunya dikenali dengan nama Cat Stevens. Menerusi ceramah ini saudara Idris akan berkongsi pengalaman hidup dari menjadi seorang ketua gereja Kristian kepada pendakwah Islam.

Program ini akan bermula pada pukul 4 petang bertempat di Bilik Seminar 2 & 3, Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, 10460 P. Pinang (bersebelahan dengan kediaman rasmi TYT Gabenor Pulau Pinang) .

Masuk adalah percuma. Tempat meletak kenderaan disediakan. Buku-buku dan DVD agama akan dijual dalam program tersebut.

Sila datang beramai-ramai untuk menghadiri majlis ilmu ini yang diberkati Allah, s.w.t.

Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda. Jazakallah.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang berusaha,

Haji Kamarudin Abdullah, PJK
Presiden
IPSI (Penang)
www.ipsi.com.my

4 comments:

  1. Alhamdulillah di sini banyak program dakwah Islamiah tetapi kerana sering diadakan pada hujung minggu, banyak yang 'clash'.

    ReplyDelete
  2. program ini di tempat yang sama dengan Sheikh yusuf estes dulu ke? penganjur yang sama kan??

    ReplyDelete
  3. Ya Zoora, tempat sama,penganjur sama :D

    ReplyDelete