Saturday, July 4

JIKALAU DIA JADI KAFIR, SALAH SIAPA?

Saya bukan kafir! - Lina Poh Abdullah

Posted on Friday, July 03 @ 13:15:08 MYT by alibukhari
[thanks azlan]
sumber di sini

MUAR: Kelunakan bilal memperdengarkan azan setiap pagi di surau berhampiran rumah selama 20 tahun membuka pintu hati seorang wanita untuk memeluk Islam.

Biarpun tidak mengetahui maksud di sebalik seruan solat itu, Lina Poh Abdullah, 62, sering bangun jam 4 pagi semata-mata untuk mendengar azan sebelum terpaut menjalani kehidupan sebagai orang Islam seperti kebanyakan penduduk di kampungnya.

Akhirnya pada 2006, dia memeluk Islam bersendirian manakala bekas suami dan empat anak masih menganut agama asal.

Bagaimanapun, dia yang baru bernikah dengan lelaki lain hampir dua bulan lalu kesal berikutan dihina, malah dituduh kafir apabila menegur perbuatan sekumpulan remaja supaya tidak melepak dan membuat bising berhampiran rumahnya.

“Saya pantang orang tuduh saya kafir sedangkan mereka tidak tahu banyak pengorbanan terpaksa dilalui orang seperti saya untuk memeluk Islam,” kata Lina yang menjadi mangsa penghinaan ‘kutu tembok’ di sini.

Menurutnya, pengalaman pahit itu bermula sejak 2007 apabila sekumpulan remaja sering mengeluarkan kata-kata yang menyentuh hatinya sebagai seorang Islam selepas tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur tabiat buruk mereka.

Paling menyedihkan, dalam kejadian terbaru Jun lalu, beberapa remaja tergamak menyuruhnya keluar Islam.

Malah, katanya, dia turut dicerca supaya tidak mengerjakan solat lima waktu selain tidak perlu berulang-alik ke masjid dan surau serta membuka tudung dipakainya sejak memeluk Islam.

“Apa salah saya sehingga sanggup menyuruh berbuat demikian serta menuduh saya kafir selain mengugut membunuh saya.

“Saya menangis semalaman kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian dan tidak lena tidur. Saya benar-benar sedih dan kecewa…kerana terlalu sedih, saya buka tudung selama tiga hari, hujung bulan lalu.

“Saya rasa bersalah, tapi kerana terlalu sedih saya ikutkan hati, tetapi memakai semula selepas dinasihatkan seorang kenalan yang bertugas sebagai anggota polis,” kata Lina yang menjaga dua cucunya yang bukan Islam pada hari kerja, manakala hujung minggu pulang ke Pagoh untuk bersama suami.

Lebih mengecewakan, kata wanita itu, anaknya yang bukan Islam turut menjadi mangsa apabila keretanya di depan rumah pernah dicalar beberapa bulan lalu.

Apabila masalah itu diajukan kepada pemimpin masyarakat, dakwa Lina, dia diminta berpindah jika tidak boleh menerima suasana kejiranan di situ.

Katanya, dia terpaksa membuat pengorbanan besar apabila mengambil masa 20 tahun sebelum tercapai impian memeluk Islam.

“Ketika mahu memeluk Islam, anak masih kecil dan saya tidak mahu apabila mereka besar dipersalahkan kerana memaksa mereka menukar agama,” katanya.

Disebabkan bimbang keselamatannya, Lina sudah beberapa kali membuat aduan di Balai Polis Muar dan terbaru pada 22 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsuddin, berkata umat Islam perlu sentiasa bersangka baik dengan saudara baru bukan dengan mencaci dan menghina mereka.

Katanya, kehadiran saudara baru perlu diterima secara terbuka dengan sentiasa diberi sokongan sebaik mungkin supaya menjadi mukmin sejati.

“Jurang pemisah atau sempadan antara saudara baru dengan umat Islam asal tidak seharusnya wujud kerana dalam agama akidah yang menyatukan kita. Kehadiran mereka menambah lagi kekukuhan Islam,” katanya.

NOTA: Malas nak komen, dah banyak cerita saya dengar melibatkan saudara baru Islam dengan masyarakat di Malaysia. Remaja-remaja kutu tembok tersebut belajar daripada siapa, untuk tahu mengutuk Lina dengan bahasa kesat dan sebagainya? Macam kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri."

'Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dan siapa yang mendapat petunjuk'
[surah an-Nahl 16:125}

26 comments:

  1. Assalamualaikum Puan,
    ini satu jurang yang berlaku dalam umat Islam sendiri.Di satu pihak,mereka faham tentang Islam dan berkeinginan untuk menyeru kepada yang lain. Sayangnya selalu disambut dingin dan dipandang serong,apatah lagi dalam kes Puan Lina Poh Abdullah ini.

    Satu pihak lagi mungkin bersikap tak ambil tahu,ignorant.Bukan mereka tak belajar tentang Islam,bahkan mereka lahir sebagai Islam.Tetapi dengan persekitaran serta pengaruh-pengaruh negatif lain,dengan mudah mereka memperlekeh pihak yang pertama tadi.

    Semoga Allah tetap menjaga hidayah dalam hati-hati kita,dan sentiasa reda dengan kita.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak,
    Rasa geram sangat dengan budak-budak kutu rayau tu. Susah kalau diri dianggap lebih tahu Islam kerana konon sudah lama Islam.
    Nak tuding jari ke atas siapa lagi? Malu dengan masyarakat yang kononnya Islam, tapi pengamalan dan pengetahuan, ZERO.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah..Apalah bala yang menimpa kita hari ni sampaikan ada yang tegamak mengkafirkan sesama sendiri?

    Semoga Allah memberi petunjuk pada mereka...

    p/s : Saya selalu merasakan iri hati terhadap Muslim revert krn bg sy mereka selalunya jauh lebih baik drpd sy yg memegang title Islam secara warisan ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Saya ada satu pendapat setelah membaca komen saudara-saudari.

    Mula-mula sekali dengan term 'lahir sebagai Islam'. Pada pendapat saya, kita hanyalah dilahirkan sebagai muslim (semasa kecil di mana kita mengikut fitrah yang ditentukan Allah S.A.W.), kemudian apabila kita telah mula dewasa maka kita mungkin terus mengikut fitrah ini ataupun menentangnya bergantung kepada kemahuan kita. Dengan kata lain, apabila kita dewasa, kita mestilah menuntukan samada kita mahu menjadi Muslim atau tidak. Jadi konteks lahir sebagai Islam adalah tidak sesuai dalam konteks orang dewasa. Ini bermaksud samada lahir dalam keluarga Muslim tidak menentukan anak-anaknya mesti seorang Muslim juga. Anak itu sendiri yang harus memilihnya. Pada pandangan saya, idealogi anak seorang Muslim akan menerima Allah S.W.T. akan berlaku jika menerima didikan agama yang mencukupi dan diberikan hidayah oleh Allah S.W.T. Kita tidak mungkin boleh memaksa sesiapa pun untuk menerima Islam termasuklah anak kita sendiri. Bukti dan al-Quran adalah jelas dan saya rasa tertakluk kepada setiap kita untuk menerimanya atau tidak. Jika kita menerimanya maka Muslimlah kita.

    Bagi saya adalah mudah kerana jika seorang itu tidak mengamalkan Islam maka dia bukan Muslim. Pada pendapat saya bukankah tidak logik seorang yang mengaku Muslim tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam. Seolah-oalah seorang pencuri memanggil dirinya dermawan atau seorang kaya.

    Kesimpulan saya ialah agama Islam tidak boleh diturunkan atau diwarisi. Tiada paksaan dalam agama.

    Semoga Allah S.A.W. memberkati kita dan anak-anak kita. Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita.

    -ahong- maaflah jika ada pendapat saya yang bercanggah atau salah.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam fakhruddin, Mocha Ghost, Raudhah,
    Mengapa Allah turunkan wahyu pertama kepada Rasulullah saw iaitu "Iqra?" Sebab yang perlu dilakukan oleh umat Islam adalah membaca untuk menimba ilmu pengetahuan. 2 tinggalan Rasulullah kepada kita adalah al-Quran dan Sunnah Nabi, dan untuk mengetahui maksud yang terkandung dalamnya, kita perlu baca. Sayang sekali, sekarang agama Islam banyak menjadi agama ikutan, agama warisan tetapi yang benar-benar membca kitabNya, menghayati ajaranNya dan mengamalkan cara hidup sebagaimana yang disuruhNya amat sedikit. Semoga Allah berikan Taufik dan Hidayah kepada kita dan mereka yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam ahong,
    Setuju dengan pendapat anda. Muslim ramai tetapi Mukmin kurang.Sama-samalah kita berdoa agar Allah kuatkan iman kita padaNya dan berikan hidayah kepada mereka untuk pulang ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, cercaan terhadap orang Cina yang memeluk Islam ini adalah saki-baki propaganda anti-komunis yang disemai kepada orang Melayu. Bagi golongan Melayu ini, Cina = Kafir = kerbau pendek H1N1. Dalam buku teks sejarah masa saya sekolah menengah dulu pun tidak diceritakan yang Cheng Ho itu Islam sejak lahir.

    Hakikatnya sebelum perang dingin berakhir pada tahun 1990, orang Melayu hanya kenal Arab Islam dan tidak kenal Uighur Islam, Bosnia Islam dan Chechnya Islam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Pavlavi,
    Betul,buku sejarah tidak pernah menceritakan pun tidak pernah tahu bahawa Laksamana Cheng Ho beragama Islam.Hakikat bahawa segolongan orang Cina di Tanah Besar Cina lebih dahulu memeluk Islam sebelum penduduk di Tanah Melayu hanya diceritakan sedikit dalam buku sejarah Tingkatan 4.Teori penyebaran Islam ke Asia Tenggara terdapat 3 - dari Arab, India dan Cina.
    Hairannya apabila saya melawat Beijing tahun lalu,warga Cina sendiri menceritakan bahawa Cheng Ho pernah sampai ke Tanah Melayu beragama Islam, hehehe.

    ReplyDelete
  9. Wa alaikumussalam.

    Izinkan saya menambah sikit.

    Kalau yang masuk Islam tu bukan orang Cina, kenapa tak kena kutuk contohnya 'dah sunat ke belum?' Tak perlu tunggu orang putih yang diagungkan orang Melayu, kalau orang India, Portugis, Iban atau orang kulit hitam sekalipun, tak ada pulak kena kutuk gila2 macam yang orang Cina kat Malaysia terpaksa hadapi dari orang Melayu yang memeluk Islam ratusan tahun selepas orang Cina memeluk Islam.

    ReplyDelete
  10. x perlu jadi org masuk islam untuk kene hina dgn budak2 macamtu...org yg lahir islam pun kena...
    zaman saya sekolah dulu...lalu je mereka yg suka melepak akan mengeluarkan kata2 yg sangat menyakitkan hati..
    saya buat x dengar, x nampak, x tahu..tapi dalam hati macam nak lempang2 je mereka..
    21 tahun kemudian..saya tgk mereka menjadi $%^&*...he he he..otak kosong..nak buat macam mana..

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. 'Tak perlu tunggu orang putih yang diagungkan orang Melayu'

    Saya org melayu, lahir Islam. Saya x pernah agung2kan org putih.

    ReplyDelete
  13. kadang2 org Islam bangga jd org Islam tak bertempat disebabkan terlalu cintakan Allah dan Islam seperti bermain di atas berlian dari syurga. inilah perasaan saya sebelum saya betul2 mahu mengenali apa yg terkandung dlm al-Qur'an seluruhnya. saya cinta Allah dan Islam tetapi dlm masa yg sama saya spt belum kenal apa itu maksud "kafir". mungkin mereka juga demikian. saudara baru Islam menggali berlian itu maka merasakan tak patut org Islam lama bertindak spt yg ditegah Islam. lgpun semua manusia di atas muka bumi ini mesti berbuat dosa kalau tak mcmana pengampunan Tuhan nk manifest. saya harap lina bersabar krn itu adalah ujian yg tentukan Allah dan org Islam itu tidak patut dipersalahkan. mereka hanya kurang ilmu atau bodoh sj lg. org Islam Malaysia terutama Melayu tidak agresif menyampaikan ajaran Islam ini kerana mereka pun masih belajar lagi ilmu2 agama dan mereka juga ada banyak masalah contoh masalah keluarga dsbnya. sekarang sudah semakin ramai org Melayu celik Islam kerana banyak ilmu2 agama disampaikan di mana2 shj, radio, televisyen, dsbnya dan jika dibandingkan dahulu mereka masih di bwh penjajah anak2 berpakaian skirt singkat (termasuk nenek & ibu saya pun dahulu) ke sekolah. YA Memang adat melayu dahulu kala tidak memakai tudung dan budaya ini masih terbawa-bawa. namun org melayu mulai sedar kerana dahulu jahil tentang ajaran Islam. ikon2 tv3 dan tv9 patut dibanggakan jika dibandingkan tv1. pengacara berita, host-host tv swasta spt tv3, tv9 lebih byk yg pakai tudung jika dibandingkan dgn pengacara tv1 yg pakaian seksi malah tidak pakai tudung lg didyekan lg rambut mereka. perlu diingatkan bahwa org melayu sendiri masiiih lg belajar Islam tetapi akidahnya fitrah. itulah Melayu yg dirahmati Allah fitrahnya lailahaillallah (kalau tak dirahmati sedemikian tentu ramai org Melayu masuk Kristian triniti tetapi hampir 100% org Melayu masih berugama Islam) maka mereka menganggap semua manusia percaya lailahaillallah dan ada hati yg sama spt kami cuma tidak Islam maka kalau bkn Islam kafir namanya - ini pemahaman saya sblm sy menggali berlian syurga ini. bahkan saya percaya ramai org Melayu pemahamannya begini. Inilah yg dinamakan Melayu. Bangkit Melayu krn agama warisanmu ini bisa membuat dunia subur kembali.

    ReplyDelete
  14. begini perasaan org Islam yg menanyakan kenapa kamu masuk Islam kerana dlm hatinya ingin mengetahui bahagian "berlian" mana yg paling menarik hati saudara baru. kerana Islam adalah berlian jd patut mereka menanyakan itu. wajib ditanya itu krn Islam bkn seperti agama lain bg kami. agama warisan kami Islam membuatkan kami tetap dgn berlian itu dan selamanya maka sejak lahir tak akan mengubah. saya rasa yg tersirat dlm jawapan penjual A adalah begini: jika sudah saya lahir dalam Islam sampai mati saya Islam. perlu dibangga krn tetap sdh pengakuan dan jika hendak dihurai shahadahnya penjual A merasa susah kerana sudah fitrah. sepertimana nk dihurai sifat fitrah yg lain spt sabar dsb agak susah utk dihurai.

    kenapa org kristian hanya mengalukan kedatangan saudara baru mereka krn jika disoalkan bertambah pusing dan tidak tenang krn dlm al-Qur'an sendiri menyatakn perasaan tidak tenang bagi org yg musyrik. jd memang patut mereka tidak menanyakan apa-apa.
    Subhanallah, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam Reza,
    Bagi saya, isu orang bangsa lain yang memeluk Islam dipandang serong oleh segelintir anggota masyarakat Melayu mungkin berpunca daripada sikap lebih memberatkan fiqah berbanding pengukuhan akhlak dan aqidah saudara baru.Sedangkan Rasulullah mengambil masa bertahun-tahun untuk menguatkan aqidah umat Islam sebelum mewajibkan amalan solat 5 waktu sehari semalam.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumussalam uji,
    Tiada satu bangsa pun yang lebih hebat daripada bangsa lain; hanya mereka yang lebih bertaqwa pada Allah yang lebih baik pada pandanganNya. Propaganda barat sekarang seolah-olah mereka lebih hebat dan maju sedangkan jika kita kaji sejarah, umat Islam sudah lama bertamadun dan maju berbanding Barbarians Barat, hehehee.

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam Miss 01,
    Satu pendapat yang menarik. Sama seperti penjual A, jika Miss 01 katakan susah hendak dihuraikan syahadahnya, begitu juga bagi seorang saudara baru yang susah hendak terangkan syahadahnya, tetapi berlainan dengan penjual A, kerap ditanya dan didesak oleh orang Islam untuk menjawab persoalan itu. Bukan semua saudara baru suka menjawab mengapa dia memeluk Islam, ia satu perkara yang sensitif dan susah hendak diterangkan.
    Bagi saya orang Melayu tidak berhak bertanya 'mengapa peluk Islam' kecuali mualaf itu sendiri mahu menceritakan.
    Saya pernah menerima aduan daripada Melayu bahawa ada mualaf yang sombong dan tidak mahu menjawab soalan begitu, dan mualaf yang mengadu tidak selesa ditujukan soalan itu.
    Sebagaimana orang Melayu mungkin marah bila ditanya 'mengapa beragama Islam' ada mualaf juga marah bila ditanya 'mengapa peluk Islam'. Bagi saya, jika tak kenal rapat orang itu, tak perlulah tanya atau paksa dia jawab, melainkan dia sendiri sudi berkongsi. Tak wajib bertanya,soalan begitu bukan syarat untuk masuk Islam dan bukan hak sesiapa untuk bertanya.

    ReplyDelete
  18. Miss 01,
    Orang Kristian tidak bertanya saudara baru[kristian]mengapa dia memeluk Kristian, adalah kerana mereka percaya bahawa hanya orang Kristian yang mengaku Jesus sebagai penyelamat dan menghapuskan dosa mereka, dapat masuk syurga. Sudah tentu mereka gembira ada tambahan pengunjung gereja. Sebab orang itu peluk Kristian tidak penting. Itu pendapat mereka,itu juga pendapat saya ketika saya beragama kristian, maka ada yang bergerak aktif mempelawa orang lain ke gereja dengan harapan akan ada penganut baru Kristian.

    ReplyDelete
  19. Saya rasa org Islam tergerak mahu tanya mengapa Islam sbb mereka sudah ada di atas landasan itu/pegang tali Allah dan tergerak nk memperingati diri dan mengagumi org yg masuk Islam dan kemudian mahu mengucap subhanallah. wajib tu maksud saya ingin mengetahui krn islam agama yg serius bkn boleh main2 contoh percaya shj. mmg wajib ditanya oleh org yg mengislamkan saudara baru dan saksi-saksi agar saudara baru maksud sy yg terbaru 1 second baru Islam itu tak berdosa la masuk Islam. kalau tak mana boleh. org awam sj yg tak wajib.

    org Islam yg lahir Islam sdh ditanam surah al-ikhlass dr kecil lg oleh ibu bapa nenek moyang yg bisikkan surah itu dan makna surah al-iklass dan menjadi kewajiban guru2 ustaz-ustazah semasa di bangku sekolah rendah lg mengajar surah al-ikhlass ini di kelas fardu'ain. jd sudah tertanamlah/tetaplah fitrah itu bkn dari pembacaan kami. kalau org melayu tidak diberikan hidayah oleh Allah sejak kami kecil mesti kami sehingga skrg bertanya sperti kaum Nabi Musa bertanya sehingga terpesong akidah. jd boleh nampak akidah org melayu mantap cuma fiqahnya sj yg tak mantap terutamanya dlm soal menutup aurat ttp soal ibadah ritual sgt ditekankan kpd kami. akidah al-ikhlass shj permulaannya dan tauhid uluhiyyah, rububiyyah, sifat asma Allah tu bagi yg dh dewasa ada yg berpeluang utk belajar tu dan ada yg tak berpeluang.

    saya rasa mungkin ada pandangan negatif yg dirasai oleh saudara baru bila ditanyakan sedemikian tetapi jika dinilai soalan itu berharga krn kalau dijawab saya tiada masalah percaya Allah tiada tuhan melainkan Allah, hanya Dia tiada beranak atau diperanakkan dan TIADA SATU YG SAMA dgn NYA, dan tiada masalah dlm mempercayai the chains of the prophethood until the last prophet without ask- yea, we too without ask. petunjuk Allah adalah spiritual dan agak susah nk diterangkan. saya juga bingung kalau org tanya awak ada masalah ke? sbb kite dh paham benar dan anda tidak layak mengetahui soal sy krn kalau sy ckp nanti anda akan ada tanggapan negatif. ya byk manusia psychology nya kurang sbb merasa diri lebih bagus dsbnya. tp kalau soal agama islam tak perlu dirisaukan krn semuanya kerana Allah, berani kerana Allah Azzawajalla. saya harap kalau ditanyakan kenapa kak aliya masuk Islam, kan kak aliya jwb scr fitrah scr anggukan universal sj ini petunjuk Allah sdh menyakinkan mereka yg berpandangan serong agar mereka merasakan sama landasan dan niat kak Aliya utk membangkitkan org Islam yg lama just as to remind them can diminish the sensitivity inshaAllah. org melayu juga perlu jawab mashaAllah kami diberi hidayah petunjuk Allah ini (sejak dr kecil sampai skrg dan selama2nya)<--ceh nk tambah jgk.

    AssalamuAlaikum WrWb. Peace.
    akhlak org Islam byk yg terpesong wlaupun akidah betul. saya byk berkawan dgn org yg akhlak terpesong ni spt dating mlm, pakai seksi, suka tgk cite bodoh org putih, make up tebal, aurat tak serius ditutup sbbnya cinta Allah ttp tidak mahu mengikutinya.....cuma sorg sj yg sy berani tegur yg mempunyai semua ciri di atas dgn ayat al-Qur'an kalau cinta Allah, ikut Aku. sbb dia suka baca doa, suka dgr al-Qur'an tp tak tahu / tak diajar / tak tergerak hati utk belajar.

    soal pergaulan dgn org "kafir" juga telah ditanam dlm diri kami semasa kecil lg dan ramai membantah senyap walaupun betul tapi tak ada ilmu. Allah melarang kami berkawan dgn org kafir tetapi yg ilmu kami tak tahu adalah kafir yg bagaimana. sekrang ramai yg paham ayat Allah itu jika diteliti al-Qur'an seluruhnya dan tafsir.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. wajib tanya krn tauhid Islam ada logik dan bisa dijawab. kalau tak boleh jwb mana boleh jd Islam. cuma persoalan yg berlebih-lebih ttg Allah swt sgt sensitive terutamanya bg org Islam, org Melayu contohnya dan tak patutla ditanya-tanya. spt agama lain byk persoalan yg tak boleh dijawab contoh bagaimana Jesus dikata tuhan, apa logiknya.

    saya rasa kak aliya mmg org akan tanya lgpun kak aliya baru lg inshaAllah bila dh lama 5-10 thn org tak akan tanya dah. Saya doakan bila ditanya soal akidah/tauhid pd saudara-saudara baru, maka bertambah lg taqwa serta keimanan mereka dlm menyampaikan agama Allah SWT ini.

    ReplyDelete
  22. perlu tanya krn dlm hadith mengatakan kawan boleh mempengaruhi faith seorang believer, jd yg tanya tu cuma hendak yakin berkawan/bersaudara sesama Islam dgn org itu. seorang believer yg mudah rapuh patut tidak berkawan dgn org bkn Islam kecuali yg mantap. ya tak perlu, demi menjaga Islam, umatnya juga. muslimah2 yg bertudung labuh/besar mmg patut berkawan dgn org bukan Islam krn terserlah keimanan mereka dgn agama Islam dr luar, tp kalau dlm tak ada iman menyilau2, itu munafik. tp ramai muslimah yg nampak warak jenis takut, perlu ditambah keberanian lg sama2lah kita support mereka. saya jenis pakai biasa agar org bukan Islam tak takut, nk selesakan mereka, psychology based :P yg penting berani krn benar AllahuAkbar.

    ReplyDelete
  23. Miss 01,
    Bila kita sebut orang kafir, bukan semestinya terhad kepada orang bangsa India, Cina, putih yang bukan beragama Islam. Kafir bermakna menolak Islam, dan mungkin seorang yang lahir dalam keluarga Islam adalah kafir jika dia menolak Islam dalam hidupnya. Begitu juga orang bukan Islam, dia bukan kafir jika dia mengaku kewujudan Allah dan ajaran Rasulullah, hanya dia belum memeluk Islam.kategori ini lebih sesuai disebut golongan belum Islam.Tolong jangan suka guna istilah kafir ini untuk golongan bukan Islam, kerana ia istilah yang sangat negatif.
    Bukan semua kafir akan mati sebagai kafir, dan belum tentu semua yang lahir sebagai orang Islam akan mati sebagai Muslim.Wallahualam.

    ReplyDelete
  24. Salam,

    Saya selalu bertanya kepada diri saya dan orang lain soalan yang sama. Apabila saya bertanya kepada student saya (golongan muda yang akan menjadi pemimpin masa depan) soalan yang mudah sahaja.

    Mula-mula saya minta mereka bezakan Islam dan Muslim.

    'Mengapa awak memeluk agama Islam?'
    Kebanyakkan akan menjawab saya dilahirkan dalam keluarga Islam.

    Saya bertanya,'Kalau macam tu kalau orang tu lahir dalam keluarga Muslim maka dia mesti Muslim jugak?'
    Ada yang menjawab ye dan tidak dan masing-masing memberikan pendapat sendiri. Tetapi kesimpulan yang boleh dibuat ialah semua Muslim samada dilahirkan dalam keluarga Muslim atau revert perlu mengucap syahadah. Maka tiada bezanya dari segi akidah pun, namun bezanya ada dalam pemahaman, konsep dan amalannya.

    Dari segi pemahaman dan amalan Islam, ada dua iaitu jika dilahirkan dalam keluarga Muslim maka anaknya adan dipengaruhi menjadi Muslim dari segi sosial. Maka Muslim ini akan baik jika keluarganya 'practice' Islam dan akan menjadi Muslim atas nama sahaja kerana keluarganya juga begitu. Inilah keadaannya di Malaysia sekarang. Malang sekali, kebanyakkan keluarga Muslim di Malaysia tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Mereka lupa Islam bukannya agama kepercayaan sahaja, kehidupan cara Islam dalam semua aspek tidak diamalkan.

    Ada lagi satu golongan yang menjadi Muslim kerana faktor ilmu (knowledge), mereka ini percayakan Allah dan mengamalkan Islam kerana pengetahuan Islam. Setiap aspek dan amalan dalam Islam akan dipelajari dan diselidiki. Setelah mengetahui kebenaran dalam agama Islam maka barulah memeluk Islam. Di Malaysia golongan ini adalah sedikit dan kita perlu tambahkan.

    Apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah soalan' Mengapakah kamu memeluk agama Islam?' perlulah ditanya kepada semua orang dan bukannya golongan orang yang baru memeluk Islam sahaja. Biasanya jika ada orang tanya saya soalan ini, saya akan tanya balik. :)

    ReplyDelete
  25. Tentang penggunaan perkataan kafir pula, kita haruslah mengikut konteksnya dalam al-Quran.

    Mengikut konteks seperti yang saya faham dari apa yang saya baca ialah:

    Orang bukan Muslim hanya boleh dipanggil sebagai 'kafir' hanya jika dia menolak(reject) Islam setelah mengetahui dan mempelajari tentang Islam
    dengan betul.

    Oleh kerana kebanyakkan non-Muslim tidak tahu tentang Islam yang sebenar gara-gara orang Malaysia yang tidak tahu kewajipan(mesti buat bukan sunat) berda'wah, maka kita tidak boleh menggunakan perkataan ini sesuka hati.

    Kalau saya salah minta dibetulkan.

    It is clearly held by the scholars of Islam that a non-Muslim may be termed ‘kafir’ only if he rejects Islam after properly knowing it. Since most non-Muslims simply do not have any clear idea about the teachings of Islam, they cannot be termed ‘kafir.’.

    ReplyDelete
  26. Lupa nak bagitau, ada sesetengah orang yang sensitif dengan soalan mengapa memeluk Islam kerana sebab-sebab peribadi. Dari segi adab adalah agak menggangu jika bertanya solan itu pada masa ketika orang itu baru sahaja memeluk Islam.

    Contohnya anda baru membeli sebuah kereta. Kemudian jiran anda tanya, mana dapat duit belik kereta tu.
    Adakah biadap?

    Jika orang itu tak kisah memberitahu tak apala, kalau dia tak mahu menjawab adalah hak dia.

    ReplyDelete